Posts Tagged ‘susu ibu’
Kelas Ramadhan
salam semua. selamat bertemu lagi.
Jumaat lepas saya terima call bertalu2 “farah, website tulis bandwidth limit exceeded“. Ramai yang susah hati bagi pihak saya. (smile) Terima kasih semua.
Ia adalah 2 petanda: 1) Petanda baik: ramai pengunjung website/blog saya sehingga sampai ke limit bandwidth yang diberikan, sehingga server muntah2 pening and terpaksa tutup. 2) Ia juga menunjukkan saya harus tambah lagi bandwidth tersebut. Yup, saya akan lakukan sesuatu =)
Saya juga ingin update tentang Kelas Khas Penyusuan Sempena Kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah, ianya berjalan dgn lancar dgn penyertaan 20++ orang yang sgt sporting and friendly. Pack sgt SARAKIDS waktu itu. Kita lihat gambar sebelum saya bercerita lebih lanjut:
khusyuknya mereka – semua ibu menyusu =)
my session: Fasting guideline for nursing mom – nutrition
my lactation course partner – Pn Suraya
sementara sesi Puan Suraya, saya (kiri) dan Pn Haza Srisuri.com (kanan) mula prepare utk praktikal session =)
antara bahan2 utk kelas “masakan” kami
Guess, siapa cikgu masakan kelas kami hari tu? Takkan saya kot.. atau takkan sue?
MAMA saya la.. ‘chef’ nya =) resepi kerabu jantung pisang: utk menambahkan susu di bulan ramadhan =)
siapa pula pembantu bonda saya memasak?
papa-papa ini lah! -kena dera – kena potong bawang, potong sayur. Isteri: rileks je =) Sporting papa ni kan, thanks =)
Lihatlah mama2 sedang salin resepi =)
makanan yang disediakan pada hari tersebut: sup ketam, acar buah, kerabu jantung pisang, nasi dagang, buah longan: semuanya makanan penambah susu ibu! =)
* Acar buah mama saya betul2 mendapat sambutan hari tu. 28 bekas terjual hanya pada hari tersebut. Anda boleh dapatkan Acar Buah Warisan Mama dgn harga RM 5 di mana2 outlet SARAKIDS. Pasti buka selera anda sewaktu bersahur dan untuk ibu menyusu, ianya akan menambahkan susu anda di bulan Ramadhan. Acar buah ini hanya di buat pd bulan Ramadhan sahaja =)
Nak rasa? Boleh dtg ke SARAKIDS utk mencuba =)
Selepas itu, peserta dibahagi kepada 3 kumpulan utk sesi support group (kump. sokongan). 1 group di conduct oleh saya, 1 group oleh puan suraya dan 1 group lagi oleh Puan haza dan Puan aja. Kami berbincang dgn bertukar masalah penyusuan dan pengalaman serta masalah berbangkit yang lain.
sesi support group. Saya bersama Puan Azwana, Puan Sharina & Puan Sharini dan pasangan masing2. yup, suami mereka sangat supportif =)
sesi bersama Puan Suraya
sesi bersama puan Haza & Puan Aja
Saya respect ibu bapa kini yang betul2 concern tentang anak-anak dan keluarga mereka. Suami zaman dulu2 berbeza dgn suami2 zaman sekarang. Dulu suami tidak ambil tau langsung tentang anak2 (bukan semua ya) dan galaskan tanggungjawab pd isteri semata-mata. Sekarang, suami yang dtg ke kelas duduk di sblh isteri, teman isteri, jagakan anak, salin lampin anak and even mereka lagi banyak bertanya (dlm kelas) tentang penyusuan mahupun apa2 topik keibu-bapaan. Bila sesi support group, bila mereka cerita rutin harian, suami yang tolong basuhkan perkakas penyusuan setiap hari kerana isteri sedang menyusukan anak. Bukan seorang dua, tapi ramai. Alhamdulillah, ini yg kita inginkan!
________________________________________________________________
Saya mendapat feedback yang baik tentang kelas ini. Kerana apa? Kerana apabila berada di dlm kumpulan sokongan ibu, ibu2 akan mendapat lebih bnyk exposure, boleh bertukar pengalaman. Sebelum ini mungkin ibu tak ada kwn nak bercerita tentang breastfeeding kerana dia seorang shj di tempat kerja yang breastfeed anak. Atau dlm keluarga ibu tadi, dia seorang sahaja yang menyusukan anak sepenuhnya. mungkin masalah penyusuan ibu A berbeza dgn ibu B. Jika ibu2 dtg utk konsultansi secara personal, ya anda mungkin selesa tapi ianya terbatas pada kes/masalah anda sahaja. Namun bila anda melibatkan diri dlm kumpulan sokongan susu ibu, networking anda dgn ibu2 menyusu lain akan menjadi lebih luas. Anda boleh make friend and tukar hp number dgn other nursing mom. Inilah antara sebab Malaysian Breastfeeding Mom ditubuhkan. Anda boleh menyertai keahlian MBM yang diterajui oleh Kaunselor Laktasi Bertauliah. Anda boleh download borang (KLIK SINI) dan isi serta hantar semula ke admin@sarakids.com dgn bayaran RM 20 utk keahlian. Ahli yang mendaftar akan diberi satu kad keahlian yang mana kad ini mempunyai kelebihannya sendiri seperti:
1) Dijemput utk setiap aktiviti MBM (aktiviti terdekat: Charity work di rumah anak yatim)
2) Diskaun utk pembelian di mana2 outlet SARAKIDS dan LUNATOTS
3) Diskaun utk Kelas penyusuan di anjurkan oleh MBM
4) Latihan berterusan utk mother support group counselor (wakil setiap negeri)
5) Mendapat keahlian percuma apabila anda menyertai mana-mana kelas penyusuan susu ibu anjuran MBM (SARAKIDS dan LUNATOTS)
dan bnyk kelebihan lain yang hanya akan didapati oleh ahli2 ini. Tujuan MBM adalah satu: menyebarkan tentang kepentingan penyusuan susu ibu dan keibubapaan dgn info yang tepat dan kajian yang dilakukan. Maklumat terkini akan di upgrade oleh kaunselor2 terpilih dan matlamatnya juga utk menaikkan peratusan ibu menyusu anak secara EKSKLUSIF yang mana Malaysia adalah negara terendah di Asia iaitu hanya 14%! So come and join this group =)
_________________________________________________________________
Oh ya. Pada mana2 ibu yang masih berminat utk ikuti kelas Penyusuan di Johor Bahru, anda boleh KLIK SINI utk maklumat lanjut. Jumpa di sana =)
Utk negeri2 lain yang mmg menanti2 kan kedatangan kami, sabarlah ya mama2. Kami akan aturkan jadual ke setiap negeri sehinggalah Sabah & Sarawak dan kita akan buat perkara yang sama: berbincang dan berkongsi tentang penyusuan. Jadi tak adalah istilah “kat KL je ada semua” =) akan sampai ke sana, InsyaAllah .
Itu sahaja utk hari ini. Semoga kita berjumpa lagi =)
*Bonda: Happy friendship day. Kawan ada bnyk. Sahabat susah nak cerita. Ada kwn yang mcm chipsmore. Ada yg dpn baik belakang disebaliknya. Ada juga yang betul2 setia kwnnya. Apapun jenis kwn dan sahabat ini, mereka inilah yang mewarnakan hidup kita dgn hitam, putih, pink, biru dan warna2 yang lain, sejak dr kecil kita ada kwn hinggalah kita sekarang kita masih ada kwn walaupun bertukar org. Kwn 10 thn, nak jadi musuh 10 saat pun boleh zaman sekarang ni. Jagalah hati dan hargai kwn2 kita yang masih bersama kita dlm susah dan senang =)
3 Kawan baik mummy setiap saat, mini, jam, hari, bulan, tahun, dekad, abad dan selama-lamanya.
* Tahniah pada noni adik ipar atas berita “bunting pelamin” beliau. Hah.. tambah anak sedara lagi.. =)
Selamat,
Mengapa breastfeeding baik utk ibu
Salam semua.
Kebiasaannya kita biasa lihat kelebihan susu ibu untuk bayi/anak-anak. Ramai juga masih keliru apa pula kebaikan utk si ibu? Sbb boleh kurus saja kah? Atau sbb jimat duit kah? Ada banyak sebenarnya. Kita kupas satu2:
1) saya mulakan dengan penyusuan akan membebaskan hormon oksitosin yang akan membantu uterus/rahim utk contract dan mengecut dan memberhentikan flow darah nifas (lochia) dgn cepat dan deliver placenta in one piece.
2) Mama mungkin akan merasai ini sepanjang tempoh penyusuan: Amenorrhea – perkataan yang besar dgn definisi yang ringkas: Tidak datang bulan/period. Ibu akan enjoy 6 bulan pertama tidak period selepas kelahiran baby dan kadangkala mencecah 1 tahun. Bayangkan, 9+6 = 15 bulan kita tak perlu susah payah mengalami menstruasi yang kadangkala sakit dibuatnya. In berlaku disebabkan Lactational Amenorrhea (kitaran haid pause semasa penyusuan) akan reduce fertility/kesuburan. Ianya method yang baik utk merancang keluarga selama 6 bulan. antara kebaikan LAM ini adalah menghalang si ibu dari terkena anemia (kurang darah merah) kerana penyusuan akan membuang iron (zat besi) dari badan mama pada kadar 0.3 miligram sehari.
3) Losing Pregnancy Pounds – Ini memang kebanyakan mama suka =) Mcm mana utk makan banyak namun masih lose weight? Tentulah breastfeeding! Tahu tak mama anda yang menyusu sgt2 bertuah, semasa anda menyusu baby, badan anda akan burn/bakar lemak yang tersimpan semasa kehamilan utk menghasilkan susu. Dan juga 500 kalori terbakar sehari! Walhal anda tak perlu jogging, tak perlu ke kelas tarian, tak perlu beli alat senaman mahal, hanya breastfeed dan tidur bersama anak (ohh saya sgt suka =) Namun mama harus ingat, berat badan bukannya turun sehari dua penyusuan, ianya mengambil masa. Teruskan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat! =)
4) Ini yang paling istimewa: Bonding- Semasa menyusu si kecil mama akan dakap baby bukan? ini memberi peluang mama having time dgn babynya sendiri dan bermesra dgnnya with all her senses. Asas komunikasi kepada simanja adalah bermula dari penyusuan. skin to skin contact – akan membebaskan hormon prolaktin dan oksitosin secara semulajadi. Oksitosin yag dirembeskan membuatkan kedua2nya tenang. Hormon ini memang hebat, ianya akan membuatkan si mama berasa sayang terhadap anak yang dikandung walaupun apa yang berlaku di sekitarnya (contoh: perceraian, postpartum blues, anak luar nikah, masalah peribadi atau anak cacat)
5) Mengurangkan kanser payudara dan ovari – Perlu mama ingat baby tidak akan berjangkit kanser melalui susu ibu. Mama juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui penyusuan. Pada tahun June 1999, terdapat sebuah kajian tentang susu ibu dan immunologi di publish di majalah “Discover” di bawah tajuk “Got Cancer Killers?” – Terdapat satu protein (dubbed HAMLET) di dalam susu ibu yang akan menyebabkan sel kanser “membunuh diri” – bukan di bunuh! Hebat kan?
6) Breastfeeding adalah environmentally friendly – sgt2 friendly. Tiada pengawet, tiada bahan kimia, tiada tin botol, tiada sisa selepas penyusuan, tiada pencemaran. Mungkin kita beranggapan “Alah, aku sorang je buat mcm ni bukan membantu sgt pun ke arah earth saver”. Namun percayalah, ianya utk generasi kita akan datang.
7) Breastfeeding akan menjimatkan kos sara hidup dan reputasi sebuah keluarga. Tiada susu yang mahal dan juga mama bukan pelanggan setia klinik pakar kanak-kanak. Mama akan lebih kerap ambil MC kerana anak tak sihat. Ini juga akan menjejaskan kerja2 mama di ofis. while anak2 yang breastfeed bukanlah tak sakit langsung, namun anda boleh lihat sendiri ketidak-kerapan anda ke klinik atau membeli ubat kerana si kecil mempunyai sistem pertahanan yang kuat oleh ubat semulajadi mereka – susu ibu =)
Papa suka: Ini pun penting! Keluarga papa adalah keluarga yang sihat, persekitaran yang bersih, kewangan yang baik, bebas dari feeding duties (membancuh susu), disamping potongan badan yang menarik dari pasangannya (isteri). Mama tentu suka bila badan anda yang ‘berat’ ketika mengandung telah ringan dan suami puji “Abg tengok bini abg ni makin slim la. seksi” =) Percayalah, breastfeeding akan menyebabkan seluruh keluarga menghargainya.
9) Penyusuan memberikan si mama merasa bangga kerana mama menjadi provider utk anak-anaknya. Walau apapun kata2 org di belakang, hati mereka sahaja yang tau betapa indah memberi yang terbaik utk anak-anak. Ibu itu sendiri percaya akan kehebatan tubuhnya: yang mampu menghasilkan susu utk tumbesaran anaknya. Walaupun kadangkala timbul “cukup ke susu ni” namun dgn kepercayaan terhadap diri sendiri itulah yang membuat si ibu berjaya menyusukan anak-anaknya selama mana rezeki anak-anaknya. walaupun tak capai 2 tahun, namun anggap rezeki anak sampai di situ. No worries. Si ibu telah provide tenaga, kasih sayang, dan segala-galanya walaupun dia bekerja. Terima kasih semua mama2!
________________________________________________________________
Itu saja lah coretan hari ini. Saya pasti ada bnyk lagi kebaikan, setiap ibu mengalaminya dgn cara yang berbeza. Saya hanya tulis beberapa strong point yang perlu mama tahu bila org tanya “apa baiknya penyusuan utk ibu?”. Now mama boleh jawab tanpa ragu2 =)
Semoga berjumpa lagi semua.
*Bonda: Ibu akan penat sepanjang hayat. Tp itulah ibu. Syurga di bawah tapak kakinya.
Puteri2 baru bangun tidur. Comot dan busuk macam mana pun mereka, anak-anak ini lahir dari perut saya, mummy mereka. Love u sara & syasya!
Kaunselor Laktasi Anda,
Ramadhan Oh Ramadhan
Ramadhan dah makin dekat. Kebanyakan mama dah risau “mcm mana susu nanti”. Ramai yang susah hati production susu merudum. Jgn mama risau, ada caranya utk mengekalkan pengeluaran susu semasa berpuasa. Ya, mungkin akan berlaku sedikit perubahan pada pengeluaran susu waktu ini esp di akhir2 waktu hendak berbuka (sehari dua hari mungkin anda rasa ok, tp hampir sebulan, memang terasa merudumnya).
Pemakanan mama sewaktu berbuka dan bersahur juga perlu dijaga bagi memastikan mama mendapat khasiat yang secukupnya utk hari esok. Akan saya kupas satu persatu tips semasa ramadhan nanti. Saya menjemput anda ke:
Kelas Khas Penyusuan dan persediaan sempena Kedatangan Ramadhan – OGOS
Tarikh: 1 Ogos 2009
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari
Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor
Bayaran: RM 80/individu RM 150/pasangan
Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank
Tempat kosong: 20 11
Selepas sesi ini, akan diadakan support group utk berkongsi pendapat dan masalah dalam kumpulan yang kecil. Istimewanya, makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga 100% makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Juga KREW VIVA ZOOMERS HotFm akan berkunjung ke SARAKIDS selama 1 jam utk aktiviti mereka. Akan saya umumkan waktunya dalam masa terdekat. Keep reading ya!
Promosi makanan penggalak susu ibu:
ACAR WARISAN MAMA : RM 5 sahaja
Istimewa acar buah ini:
1) Mengandungi 12 jenis buah-buahan, 8 daripadanya adalah buah-buahan yang meransang penghasilan susu ibu iaitu : 4 jenis kurma (kurma cina, kurma arab, kurma kuning dan kurma hitam), Lobak putih, kismis, buah pala dan bijan.
2) Sedap dimakan sewaktu bersahur dan berbuka kerana ianya home-made acar dan tidak mengandungi MSG atau perasa tambahan.
3) Ianya acar buah air tangan bonda saya, yang mana dari dulu lagi setiap tahun org tertunggu2 acar buah beliau setiap kali menjelang ramadhan. Org mengandung pun teringat2 =)
Ianya bukanlah promosi semata-mata. Khasiat yang terkandung dalam acar ini designated untuk ibu-ibu yang menyusu. Juga rasanya yang sedap menambah selera papa2 di waktu bulan ramadhan =) Anda boleh dapatkan di Butik SARAKIDS dgn harga RM 5. Acar akan mula berada mana2 outlet di SARAKIDS pada 1hb Ogos 2009 =)
Minuman GABA Coklat G-LAT RM 10/sachet. RM 99/box
Keistimewaan Minuman Ini (dari segi penyusuan):
1) Mengandungi GABA (Gamma Amino Butryric Acid) yang bertindak sebagai polupeptide neurotransmitter (this helps to release oxytocin)
2) Koko: akan merembeskan hormon serotonin: hormon gembira dan tenang (yang mana juga akan membantu ibu tenang dan berehat setelah penat berpuasa)
3) Ia adalah selamat dan tidak toxic utk ibu menyusu. Minuman ini juga memberi tenaga kepada ibu utk meneruskan ibadah puasa keesokan harinya.
Anda boleh dapati produk ini di Stokis G-lat Selangor: SARAKIDS (melalui website www.sarakids.com) dan Stokis Kuala Lumpur: Puan Huril (012-5731290) dan Perak: Puan Amrah (012-4505989). Kepada sesiapa yang ingin menjadi dealer, anda adalah digalakkan berbuat demikian dan email di amfattah_4ever@yahoo.com atau glatgaba@yahoo.com
____________________________________________________________________
Apapun, anggaplah kita sedang melakukan 2 ibadah di bulan ramadhan ini iaitu: Berpuasa dan menyusukan anak. juga ditambah dgn ibadah2 lain. Panjatkan doa moga kita ibu2 diberi kekuatan utk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, kepada suami, kepada ibu bapa kita, kepada anak2, kepada masyarakat dan lain2. Bukan senang tugas ibu. Dialah yang menyusu dan menggalas beg pam ketika bekerja, sibuk memikir juadah bersahur dan berbuka, dialah juga yang org terdahulu siapkan semua, dialah sibuk siapkan suami kerja, dia jugalah siapkan anak2 ke sekolah, dia jugalah memikir baju raya, dan dia JUGA BERPUASA. Mudah mudahan diberi tubuh badan yang sihat utk melaksanakan semua ibadah2 ini. Amin…
______________________________________________________________
Saya nak kongsi dgn anda jadual saya:
1hb Ogos: Kelas Penyusuan Semasa Ramadhan
2 hb Ogos: Kenduri adik ipar di sebelah mertua (Cheras) pula
2 hb Ogos (malam): Penggambaran “anak-anak ramadhan” utk TV3 dan TV9 dari SARAKIDS
3-5 hb Ogos: Sambutan Minggu Penyusuan di Jab Wilayah Persekutuan
8 Ogos: Kelas Penyusuan dan Majlis Pembukaan SARAKIDS JB
9 Ogos: Sambutan Hari Penyusuan di KL sentral (Suami: Beri talk tentang “Peranan Bapa dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu”
13 Ogos: sambutan Minggu Penyusuan di PPUM
Ada lagi yang saya tak tulis. Itu tak termasuk promosi SARAKIDS di tempat2 yang lain. Saya akan transform jadi robot bulan Ogos ini =) semuanya saya akan buat dgn tulang 4 kerat ini. Mudah-mudahan hari raya thn ini saya boleh bercuti sebulan, agaknya? =)
Jumpa lagi utk isu yang lain =)
Keluarga SARAKIDS dan keluarga LUNA bersiar2 smp tgh malam last weekend lepas penat bekerja di siang hari =)
Bonda: X sabar menunggu ramadhan.
Kaunselor Laktasi Anda,
Susu Ibu & Mikrobiologi & Wanita Hari Ini
Salam semua. Lama sgt dah saya tak update entry perjuangan penyusuan susu ibu. Ini disebabkan kekangan masa yang sgt hebat terpaksa saya hadapi. Saya akui, kerja saya tak pernah akan habis. Tak ada masa senang/senggang.Kalau pun ada, ianya adalah bersama keluarga kerana mmg masa tersebut milik mereka.
Setelah beberapa tahun meninggalkan karier ‘microbiologi’ saya (ni kena seteru dgn isabelle and ibu mu’az kerana kami adalah graduan mikrobiologi –> microbiologist- kaji kuman), kini saya ingin sekali relate kan mikrobiologi dgn penyusuan susu ibu. Suami saya selalu usik “U belajar benda yang tak nampak (kuman), ok ke?” Ha-ha.
Ingin sekali saya mulakan tentang kehebatan susu ibu- yang mmg tercipta sgt2 istimewa dan indah. Sememangnya susu ibu (manusia) utk anak manusia. Susu lembu untuk anaknya. Mungkin ada yang terasa hati tentang ayat ini namun inilah hakikatnya yang harus kita telan. Tak guna sedapkan hati sendiri tetapi membelakangi kebenaran. Menurut pakar, subsitute susu yang paling hampir dgn susu manusia adalah dr susu gorilla – good match. Namun, dgn populasi gorilla yang menjadi haiwan terkawal yang makin pupus, dan sukar utk dapatkan susu dr ibu gorilla yang garang (takkan mak gorilla sanggup bagi susunya pada manusia), so the best way they can make is memilih lembu yang sememangnya haiwan tenusu yang mudah didapati sbg pengeluar susu. Dan susu tersebut di campur dgn air utk dilute (cairkan) kandungan protein, tambah gula utk naikkan kandungan kalori and tmbh itu ini berdasarkan resepi dan formula berbeza. So, orang kaya boleh beli susu dr formula yang baik, resepi yang hebat. Org yang kurang mampu terpaksa beli susu yang kurang resepi atau formula yang bagus. Disini sudah terserlah ketidakadilan ciptaan manusia. Allah itu Maha Adil. Tidak dibeza2 kan hambaNya dengan mengurniakan mereka sepasang payudara yang mampu mengeluarkan susu utk anak-anak mereka dengan khasiat yang SAMA. Lagipun, anak lembu mempunyai 4 perut utk hadamkan susu ibunya, walhal, anak manusia hanya ada satu perut. Jadi amat susah nak hadamkan susu formula yang tercipta dr susu lembu. Kesian anak-anak ini (bayi yang berumur 6 bulan ke bawah)
Anatomi lembu. Thanks sue atas gambar ni =)
Tahukah mama semua di dalam susu ibu terdapat sel hidup yang aktif. Berdasarkan kajian, terdapat 1 juta sel hidup/milileter (satu per tiga sudu teh). Ianya adalah leukosit atau sel darah putih, yang menyerang mana2 bakteria asing. Mereka2 askar2 ini membunuh patogen (makhluk yang menyebabkan penyakit) dengan cara melepaskan toksin pada sel musuh tadi — akan menyebabkan sel tak boleh survive dan mati!
Makrofaj, yang terdapat dalam susu ibu akan melindungi usus dan perut si anak. Cuba bayangkan seperti pac-man game yang kecil memakan atau NGAP apa saja yang dianggap musuh didalam path/lorong, begitulah ibaratnya makrofaj-pacman, usus-lorong pac-man. Production of macrofaj berlaku sejurus selepas kelahiran dan mereka (saya gunakan mereka sbg kata ganti nama) boleh survive dalam keadaan beku – sehingga 6 bulan, dan juga tahan semasa thawing (susu dicairkan). Namun, mereka TIDAK dapat survive dalam keadaan pemanasan terlampau (lebih suhu 40 deg c) termasuklah dalam microwave atau pempasturan. Ini sama sekali fakta yang menidakkan keSAMAan subsitut/komposisi susu lembu (yang mana susu lembu boleh di pasturkan)
LYSOZYME
Mungkin anda selalu terbaca perkataan ini didalam buku panduan penyusuan atau dalam setiap ceramah di hospital, mahupun ada yang pernah mengikuti kelas penyusuan susu ibu dan salah seorang penceramahnya adalah saya =). Ayat yang selalu keluar adalah “Susu ibu mengandungi Lysozyme” namun bagi saya, jika ibu yang tiada medical background, info itu hanya stop di situ sahaja. jadi saya akan kongsikan hari ini =) Lysozyme adalah sejenis enzim yang terdapat di dalam persekitaran berair seperti di saliva (air liur) atau air mata (tears), hidung dan kelenjar mamari. Apabila enzim ini in contact dengan beberapa bacteria, ia akan ‘lyse’ dan dissolve/release dinding sel mereka dan seterusnya membunuh bakteria tersebut. Enzim ini juga bertindak sebagai disinfectant semulajadi yang merencat atau hapuskan bakteria serta mengurangkan bengkak dan kemerahan. Perasan tak, bila anak sakit mata, ibu akan titiskan susunya ke dalam mata si anak.(Ruj: Kareb Pryor)
Saya hanya kupas beberapa point di atas sahaja, khuatir mama lebih confuse dgn terms2 atau definisi2 medical/microbiology yang rumit. Sekali sekala kita belajar scientific terms apa salahnya kan? Boleh menambah ilmu =) Apa yang saya ceritakan di atas tidak terdapat dalam susu formula. Susu formula selalu berubah kandungan formula mereka. Anak-anaklah bahan eksperimen mereka- syarikat pengeluar susu di dunia. Percayalah, Susu ibu lah yang paling baik utk anak-anak kita. Semoga kita sama2 dapat membuka mata dan menyebarkan perkara penting ini kepada ibu-ibu lain.
______________________________________________________________
Sedikit update destinasi saya hari ini:
Saya dijemput oleh penerbit Wanita Hari Ini sebagai tetamu utk berkongsi topik tentang fesyen kanak-kanak (yang mana SARAKIDS juga mempunyai koleksi pakaian kanak-kanak)
Wanita Hari Ini 6 July 2009 – Fesyen Kanak-Kanak
Dari kiri: Adik Ezryn Loi (pelakon drama Aiyyad), saya (Farah), Suraya Yeop (pengacara) dan Azizah Ariffin (pengacara) LIVE in TV3
My cute models: Dania, Nabil and Dina ~ sgt comel!!
Me – kalau dah dapat cakap susah nak berhenti
with beautiful expecting mama: Suraya Yeop
he’s the one: my number ONE supporter =)
Terima kasih atas respon2 yang anda berikan sejurus selesai rancangan. Saya menerima banyak panggilan dari ibu2 seluruh Malaysia dan maaf jika talian sibuk. Telefon saya tidak berhenti ringing. Segala sms yang masuk akan saya jawab perlahan-lahan. Beri saya masa ya =)Thanks pada model2 saya pada hari ini: Dania, Dina & Nabil. Berair mata ketawa lihat gelagat anak-anak kecil =) Kids, u have done a good job!
Syukur alhamdullillah. Sedikit tips Situasi pemasaran Luar Kotak: Jambu boleh didapati dimana2 saja. Seluruh Malaysia ada jual jambu. Banyak pesaing. Namun Jenama Jambu terkenal = Jambu Pak Chu. Semua org boleh jual/masak burger. Beribu-ribu pesaing. Namun Jenama Burger terkenal = Burger OTAI. Bagaimana mereka boleh terkenal? Adakah sedap? Adakah kerana servis mereka bagus? Adakah disebabkan marketing strategy yang baik? Mereka sendiri yang tahu di mana kekuatan mereka. Kita juga tau di mana stand dan kelebihan kita. Nah, gunakan! Jangan sekali takut bersaing, tetapi bersainglah dgn sihat. Superstar will lasts! – i like this phrase =) Anda dan saya juga boleh! Kita boleh =)
Jumpa lagi. Saya akan pulang ke kampung sebelah suami di Kuala Terengganu hari Rabu ini bagi menguruskan persiapan meraikan perkahwinan adik ipar saya Sabtu ini. Kepada ibu2 yang bermasalah dalam menyusukan anak yang menetap di kawasan Pantai Timur esp Terengganu, anda boleh bertemu 4 mata dgn saya utk sesi konsultansi.
Terima kasih atas segala sokongan anda, para ibu bapa yang hebat!
* Bonda: 2009 yang sangat pack =)
cara menyusukan anak angkat / feeding an adopted baby
salam semua!
saya ingin sekali berkongsi tentang topik ini dgn anda semua. Supaya kita dpt sama2 menolong ibu angkat yang ingin menyusukan anak2 mereka. Mungkin ada yang ingin ada ‘muhrim’ dgn bayi lelaki mereka dan tak kurang yang benar2 ingin menyusukan anak sendiri.
Seperti entry “menyusukan anak angkat” yang lepas harini saya ingin sambung sedikit info dgn anda semua. Apa yang saya ingin kongsi hari ini lebih teliti dan step by step bagaimana hendak mula, dan lain2 lagi.
PERMULAAN PROGRAM
Untuk memulakan permulaan perjalanan penyusuan ini, ibu2 digalakkan mengambil cuti (bagi yang bekerja) sekurang-kurangnya 2 minggu dan seelok-eloknya 2 bulan. Kita bermula dgn kosong, dan juga kita tak tahu bila susu si ibu akan keluar. Jadi, ibu digalakkan berada bersama anak 24 jam sepanjang masa, selama 2 minggu atau 2 bulan. Disini saya galakkan papa bercuti sama utk sama2 membantu isteri yang baru pertama kali mengurus hal si anak kecil. Ini adalah pengorbanan terbesar utk pastikan matlamat ini tercapai. Ibu digalakkan beri tumpuan sepenuhnya pada baby. Kalau boleh, selama 2 minggu tak usah kemana2, atau menerima tetamu hanya pd waktu malam. Kerana penumpuan masa ini sgtlah penting utk memastikan ransangan antara bayi-ibu. Hari pertama baby di tangan ibu, anda tentunya sudah mula mengambil pil hormon (PERLU diingatkan pil hormon adalah prescribe by the doctor- i wont reveal it here to avoid any problem in future). yang pastinya, pil hormon ini adakalanya menyebabkan ibu mengantuk, lesu dan pelbagai kesan lain. Terdapat juga suntikan utk mematangkan buah dada lebih cepat supaya susu akan dikeluarkan lebih cepat. Juga ibu2 harus ingat, susu tidak akan keluar serta merta dgn sekali ransangan. Program ini mengambil masa adakalanya 30 hari, adakalanya 60 hari. Jgn putus berdoa, jgn putus usaha. Pam 3 jam sekali selain beri ransangan pd puting payudara.
SNS adalah satu alat yang digunakan oleh ibu yang ingin menyusui anak angkat mereka, untuk bayi yang mempunysi masalah cleft palate atau sumbing, baby premature atau lahir tak cukup bulan atau relaktasi semula bg ibu yang telah kekurangan susu atau ingin menyusukan bayi mereka semula.
Berikut komponen SNS:
3 saiz tube yang berlainan diameter
CARA MEMASANG/MENGGUNAKAN SNS
masukkan tiub pada attachment ring
tube + attachment ring. Jgn tarik tiub terlalu kuat kerana tiub adalah sgt halus dan mudah putus.
Botol yang berisi susu formula (pada awalnya) di gantung pd leher ibu
tiub di lekatkan pada breast ibu dan hujung tiub hingga ke hujung nipple.
Hujung tiub dilekatkan hingga hujung nipple ibu. Dont worry, tiub unnoticed by baby kerana tiub tersebut adalah lembut dan halus. Pastikan ia terlebih /extend 5mm dr nipple dan kedudukan adalah vertical dan di atas nipple, bukan di tepi kanan atau kiri nipple.
si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Ibu akan dapati terdapat PERUBAHAN pd breastnya seperti membesar, aerola/tampuk hitam berwarna lebih gelap dan ibu mula merasai “tingling sensation” atau rasa picitan/nyeri. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar. Susu yang keluar pd awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar dr breast anda! =) Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =) If ibu mengalami kesusahan pd awal2nya, itu adalah perkara biasa. Practise makes perfect.
Selain itu, ibu harus mengepam regularly utk meransang breast menghasilkan lebih bnyk susu. Disini konsep supply and demand berlaku. Lebih banyak ibu feed baby, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih bnyk susu akan dihasilkan.
* utk maklumat lanjut, sila berjumpa dgn kaunselor laktasi disamping mengatur jadual yang betul. Entry hari ini adalah perkara asas, ada bnyk lg perkara yang harus ibu ambil tahu dan maklum. Anda dinasihatkan berjumpa dgn kaunselor sejurus selepas bayi berada di tgn anda. Namun, anda juga digalakkan mempelajari sejak awal (sebelum dapat baby) utk persediaan mental dan fizikal =). InsyaAllah, kami sedia membantu anda!
________________________________________________________________
Sekian untuk hari ini. Entry di atas adalah sekadar panduan. Anda dinasihatkan utk menghubungi mana2 kaunselor laktasi utk maklmat lanjut. Sebarang ‘copy paste’ haruslah di maklumkan =)
anakanda puteri sara: berbudi pd tanah. Earth saver in training. di kebun rumah atuk =)
* Bonda: Ibu angkat pun boleh menyusukan. Sedih teringat perbualan bersama? seorang wanita yang masih tidak mempunyai anak: “bertuahnya golongan wanita yang dipilih Allah menjadi wanita subur utk mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Saya akui saya cemburu” –> Ayatnya membuatkan saya syukur! Kpd wanita tabah tersebut: “Andalah wanita yang dipilih Allah untuk melalui dugaanNya. Kerana anda tabah. Saya tidak sekuat anda, jadi saya tidak dipilih melalui dugaanNya”
Terima kasih: Puan Rohayah, PPUM atas maklumat =)


















