Posts Tagged ‘pam susu’

Increase Milk Supply (Menambahkan Air Susu)

Salam semua. Terima kasih atas keperihatinan mereka2 yg sentiasa support bonda ini nak menjadi usahawan berjaya. Sejak entry semalam, saya terima beberapa sms, komen dan call dr kwn2 bertanya “siapa? kenapa?” dan mereka sentiasa mendoakan saya. Thanks semua. Thanks to mr wyatt erp! we will always support your business =) Ok. tutup buku. Tiada lagi ulasan mengenai benda ini kerana ianya adalah 1% sahaja. Ini bukan menjatuhkan semangat saya, malah saya lebih bersemangat nak berhadapan dengan dunia perniagaan dan risiko2 nya. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Hari ini saya nak bercerita tentang Bagaimana Ibu-ibu yang telah kembali bekerja atau yang tidak bekerja setelah beberapa bulan bersalin. Beberapa soalan diterima berbentuk begini “Saya masih menyusukan anak secara eksklusif? Namun kenapa susu makin kurang selepas beberapa bulan. Tak sebanyak semasa berpantang, boleh kumpul berbotol2″ Ya, perkara ini amat merisaukan mama2. Setiap ibu akan merasai begitu. Ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pd hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, dlm erti kata lain, ikut nature cara ibu beri susu pd anak, mengepam dan lain2. Kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif, tanpa air masak (sebelum 6 bulan), sentiasa mengepam dan tidak ponteng sesi mengepam, anak menghisap kedau2 belah payudara, maka susu yg terhasil bnyk, WALAUPUN tak sebanyak semasa berpantang. Namun, jika ada yg kata susu mereka telah kering, pam satu hari pun susah nak dpt 4 oz, ibu harus kaji apakah rutin mereka setiap hari. Ada berbagai cara utk increase milk supply:

1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? – 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.

2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.

3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.

4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.

5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.

6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.

7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ‘serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.

8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)

8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.

Ibu2, jgn lupa utk minum susu, atau ambil pil kalsium di pasaran, kerana menurut paedatrician, ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!

* Tidak semua senarai di atas serasi dgn semua ibu. Boleh cuba yang mana berkesan dan kongsikan dengan rakan lain. Jika saya ada tertinggal mana2 petua, tolong tambah ye. Bukan apa,kita boleh tolong ibu2 lain juga =)

**Celoteh bonda (mummy sara & syasya): I do believe of one thing. Semakin ramai saya menolong ibu menyusu dalam kesusahan, semakin bnyk rezeki air susu yang Allah berikan kepada saya. Saya tidak ambil mana2 supplemen selain air masak (pernah ambil pil asi ketika berpantang, namun breast engorge sampai berbotol2 setelah pam, i stopped). Iya sangat benar… Alhamdulillah, syukur ya Allah.

p3070659menyusukan si kecil in safari bus, bali =)

Rujukan: Breastfeeding Essentials, La Leche League International, petua mak2..