Posts Tagged ‘menambahkan air susu ibu’

Kelas Ramadhan

salam semua. selamat bertemu lagi.

Jumaat lepas saya terima call bertalu2 “farah, website tulis bandwidth limit exceeded“. Ramai yang susah hati bagi pihak saya. (smile) Terima kasih semua.

untitled

Ia adalah 2 petanda: 1) Petanda baik: ramai pengunjung website/blog saya sehingga sampai ke limit bandwidth yang diberikan, sehingga server muntah2 pening and terpaksa tutup. 2) Ia juga menunjukkan saya harus tambah lagi bandwidth tersebut. Yup, saya akan lakukan sesuatu =)

Saya juga ingin update tentang Kelas Khas Penyusuan Sempena Kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah, ianya berjalan dgn lancar dgn penyertaan 20++ orang yang sgt sporting and friendly. Pack sgt SARAKIDS waktu itu. Kita lihat gambar sebelum saya bercerita lebih lanjut:

p2participant

participantkhusyuknya mereka – semua ibu menyusu =)

mummymy session: Fasting guideline for nursing mom – nutrition

100_2951

my lactation course partner – Pn Suraya

mum hazasementara sesi Puan Suraya, saya (kiri) dan Pn Haza Srisuri.com (kanan) mula prepare utk praktikal session =)

bahan2antara bahan2 utk kelas “masakan” kami

Guess, siapa cikgu masakan kelas kami hari tu? Takkan saya kot.. atau takkan sue?

mamaMAMA saya la.. ‘chef’ nya =) resepi kerabu jantung pisang: utk menambahkan susu di bulan ramadhan =)

siapa pula pembantu bonda saya memasak?

papa helpingpapa-papa ini lah! -kena dera – kena potong bawang, potong sayur. Isteri: rileks je =) Sporting papa ni kan, thanks =)

masak5Lihatlah mama2 sedang salin resepi =)

masak6khusyuk nya =)

resepimakanan yang disediakan pada hari tersebut: sup ketam, acar buah, kerabu jantung pisang, nasi dagang, buah longan: semuanya makanan penambah susu ibu! =)

* Acar buah mama saya betul2 mendapat sambutan hari tu. 28 bekas terjual hanya pada hari tersebut. Anda boleh dapatkan Acar Buah Warisan Mama dgn harga RM 5 di mana2 outlet SARAKIDS. Pasti buka selera anda sewaktu bersahur dan untuk ibu menyusu, ianya akan menambahkan susu anda di bulan Ramadhan. Acar buah ini hanya di buat pd bulan Ramadhan sahaja =)

100_2890Nak rasa? Boleh dtg ke SARAKIDS utk mencuba =)

Selepas itu, peserta dibahagi kepada 3 kumpulan utk sesi support group (kump. sokongan). 1 group di conduct oleh saya, 1 group oleh puan suraya dan 1 group lagi oleh Puan haza dan Puan aja. Kami berbincang dgn bertukar masalah penyusuan dan pengalaman serta masalah berbangkit yang lain.

support groupsesi support group. Saya bersama Puan Azwana, Puan Sharina & Puan Sharini dan pasangan masing2. yup, suami mereka sangat supportif =)

sg3sesi support group

sg2

sesi bersama Puan Suraya

sg4sesi bersama puan Haza & Puan Aja

groupTerima kasih semua =)

Saya respect ibu bapa kini yang betul2 concern tentang anak-anak  dan keluarga mereka. Suami zaman dulu2 berbeza dgn suami2 zaman sekarang. Dulu suami tidak ambil tau langsung tentang anak2 (bukan semua ya) dan galaskan tanggungjawab pd isteri semata-mata. Sekarang, suami yang dtg ke kelas duduk di sblh isteri, teman isteri, jagakan anak, salin lampin anak and even mereka lagi banyak bertanya (dlm kelas) tentang penyusuan mahupun apa2 topik keibu-bapaan. Bila sesi support group, bila mereka cerita rutin harian, suami yang tolong basuhkan perkakas penyusuan setiap hari kerana isteri sedang menyusukan anak. Bukan seorang dua, tapi ramai. Alhamdulillah, ini yg kita inginkan!

________________________________________________________________

Saya mendapat feedback yang baik tentang kelas ini. Kerana apa? Kerana apabila berada di dlm kumpulan sokongan ibu, ibu2 akan mendapat lebih bnyk exposure, boleh bertukar pengalaman. Sebelum ini mungkin ibu tak ada kwn nak bercerita tentang breastfeeding kerana dia seorang shj di tempat kerja yang breastfeed anak. Atau dlm keluarga ibu tadi, dia seorang sahaja yang menyusukan anak sepenuhnya. mungkin masalah penyusuan ibu A berbeza dgn ibu B. Jika ibu2 dtg utk konsultansi secara personal, ya anda mungkin selesa tapi ianya terbatas pada kes/masalah anda sahaja. Namun bila anda melibatkan diri dlm kumpulan sokongan susu ibu, networking anda dgn ibu2 menyusu lain akan menjadi lebih luas. Anda boleh make friend and tukar hp number dgn other nursing mom. Inilah antara sebab Malaysian Breastfeeding Mom ditubuhkan. Anda boleh menyertai keahlian MBM yang diterajui oleh Kaunselor Laktasi Bertauliah. Anda boleh download borang (KLIK SINI) dan isi serta hantar semula ke admin@sarakids.com dgn bayaran RM 20 utk keahlian. Ahli yang mendaftar akan diberi satu kad keahlian yang mana kad ini mempunyai kelebihannya sendiri seperti:

1) Dijemput utk setiap aktiviti MBM (aktiviti terdekat: Charity work di rumah anak yatim)

2) Diskaun utk pembelian di mana2 outlet SARAKIDS dan LUNATOTS

3) Diskaun utk Kelas penyusuan di anjurkan oleh MBM

4) Latihan berterusan utk mother support group counselor (wakil setiap negeri)

5) Mendapat keahlian percuma apabila anda menyertai mana-mana kelas penyusuan susu ibu anjuran MBM (SARAKIDS dan LUNATOTS)

dan bnyk kelebihan lain yang hanya akan didapati oleh ahli2 ini. Tujuan MBM adalah satu: menyebarkan tentang kepentingan penyusuan susu ibu dan keibubapaan dgn info yang tepat dan kajian yang dilakukan. Maklumat terkini akan di upgrade oleh kaunselor2 terpilih dan matlamatnya juga utk menaikkan peratusan ibu menyusu anak secara EKSKLUSIF yang mana Malaysia adalah negara terendah di Asia iaitu hanya 14%! So come and join this group =)

_________________________________________________________________

Oh ya. Pada mana2 ibu yang masih berminat utk ikuti kelas Penyusuan di Johor Bahru, anda boleh KLIK SINI utk maklumat lanjut. Jumpa di sana =)

Utk negeri2 lain yang mmg menanti2 kan kedatangan kami, sabarlah ya mama2. Kami akan aturkan jadual ke setiap negeri sehinggalah Sabah & Sarawak dan kita akan buat perkara yang sama: berbincang dan berkongsi tentang penyusuan. Jadi tak adalah istilah “kat KL je ada semua” =) akan sampai ke sana, InsyaAllah .

Itu sahaja utk hari ini. Semoga kita berjumpa lagi =)

*Bonda: Happy friendship day. Kawan ada bnyk. Sahabat susah nak cerita. Ada kwn yang mcm chipsmore. Ada yg dpn baik belakang disebaliknya. Ada juga yang betul2 setia kwnnya. Apapun jenis kwn dan sahabat ini, mereka inilah yang mewarnakan hidup kita dgn hitam, putih, pink, biru dan warna2 yang lain, sejak dr kecil kita ada kwn hinggalah kita sekarang kita masih ada kwn walaupun bertukar org. Kwn 10 thn, nak jadi musuh 10 saat pun boleh zaman sekarang ni. Jagalah hati dan hargai kwn2 kita yang masih bersama kita dlm susah dan senang =)

100_26313 Kawan baik mummy setiap saat, mini, jam, hari, bulan, tahun, dekad, abad dan selama-lamanya.

* Tahniah pada noni adik ipar atas berita “bunting pelamin” beliau. Hah.. tambah anak sedara lagi.. =)

Selamat,

Ramadhan Oh Ramadhan

Ramadhan dah makin dekat. Kebanyakan mama dah risau “mcm mana susu nanti”. Ramai yang susah hati production susu merudum. Jgn mama risau, ada caranya utk mengekalkan pengeluaran susu semasa berpuasa. Ya, mungkin akan berlaku sedikit perubahan pada pengeluaran susu waktu ini esp di akhir2 waktu hendak berbuka (sehari dua hari mungkin anda rasa ok, tp hampir sebulan, memang terasa merudumnya).

Pemakanan mama sewaktu berbuka dan bersahur juga perlu dijaga bagi memastikan mama mendapat khasiat yang secukupnya utk hari esok. Akan saya kupas satu persatu tips semasa ramadhan nanti. Saya menjemput anda ke:

Kelas Khas Penyusuan dan persediaan sempena Kedatangan Ramadhan – OGOS

Tarikh:  1 Ogos 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 80/individu RM 150/pasangan

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 11

Selepas sesi ini, akan diadakan support group utk berkongsi pendapat dan masalah dalam kumpulan yang kecil. Istimewanya, makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga 100% makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Juga KREW VIVA ZOOMERS HotFm akan berkunjung ke SARAKIDS selama 1 jam utk aktiviti mereka. Akan saya umumkan waktunya dalam masa terdekat. Keep reading ya!

Promosi makanan penggalak susu ibu:

100_2890ACAR WARISAN MAMA

100_2887ACAR WARISAN MAMA : RM 5 sahaja

Istimewa acar buah ini:

untitled

1) Mengandungi 12 jenis buah-buahan, 8 daripadanya adalah buah-buahan yang meransang penghasilan susu ibu iaitu : 4 jenis kurma (kurma cina, kurma arab, kurma kuning dan kurma hitam), Lobak putih, kismis, buah pala dan bijan.

2) Sedap dimakan sewaktu bersahur dan berbuka kerana ianya home-made acar dan tidak mengandungi MSG atau perasa tambahan.

3) Ianya acar buah air tangan bonda saya, yang mana dari dulu lagi setiap tahun org tertunggu2 acar buah beliau setiap kali menjelang ramadhan. Org mengandung pun teringat2 =)

Ianya bukanlah promosi semata-mata. Khasiat yang terkandung dalam acar ini designated untuk ibu-ibu yang menyusu. Juga rasanya yang sedap menambah selera papa2 di waktu bulan ramadhan =) Anda boleh dapatkan di Butik SARAKIDS dgn harga RM 5. Acar akan mula berada mana2 outlet di SARAKIDS pada 1hb Ogos 2009 =)

100_2936Minuman GABA Coklat G-LAT RM 10/sachet. RM 99/box

Picture1G-Lat Choc GABA

Keistimewaan Minuman Ini (dari segi penyusuan):

1) Mengandungi  GABA (Gamma Amino Butryric Acid) yang bertindak sebagai polupeptide neurotransmitter (this helps to release oxytocin)

2) Koko: akan merembeskan hormon serotonin: hormon gembira dan tenang (yang mana juga akan membantu ibu tenang dan berehat setelah penat berpuasa)

3) Ia adalah selamat dan tidak toxic utk ibu menyusu. Minuman ini juga memberi tenaga kepada ibu utk meneruskan ibadah puasa keesokan harinya.

Anda boleh dapati produk ini di Stokis G-lat Selangor: SARAKIDS (melalui website www.sarakids.com) dan Stokis Kuala Lumpur: Puan Huril (012-5731290) dan Perak: Puan Amrah (012-4505989). Kepada sesiapa yang ingin menjadi dealer, anda adalah digalakkan berbuat demikian dan email di amfattah_4ever@yahoo.com atau glatgaba@yahoo.com

____________________________________________________________________

Apapun, anggaplah kita sedang melakukan 2 ibadah di bulan ramadhan ini iaitu: Berpuasa dan menyusukan anak. juga ditambah dgn ibadah2 lain. Panjatkan doa moga kita ibu2 diberi kekuatan utk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, kepada suami, kepada ibu bapa kita, kepada anak2, kepada masyarakat dan lain2. Bukan senang tugas ibu. Dialah yang menyusu dan menggalas beg pam ketika bekerja, sibuk memikir juadah bersahur dan berbuka, dialah juga yang org terdahulu siapkan semua, dialah sibuk siapkan suami kerja, dia jugalah siapkan anak2 ke sekolah, dia jugalah memikir baju raya, dan dia JUGA BERPUASA. Mudah mudahan diberi tubuh badan yang sihat utk melaksanakan semua ibadah2 ini. Amin…

______________________________________________________________

Saya nak kongsi dgn anda jadual saya:

1hb Ogos: Kelas Penyusuan Semasa Ramadhan

2 hb Ogos: Kenduri adik ipar di sebelah mertua (Cheras) pula

2 hb Ogos (malam): Penggambaran “anak-anak ramadhan” utk TV3 dan TV9 dari SARAKIDS

3-5 hb Ogos: Sambutan Minggu Penyusuan di Jab Wilayah Persekutuan

8 Ogos: Kelas Penyusuan dan Majlis Pembukaan SARAKIDS JB

9 Ogos: Sambutan Hari Penyusuan di KL sentral (Suami: Beri talk tentang “Peranan Bapa dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu”

13 Ogos: sambutan Minggu Penyusuan di PPUM

Ada lagi yang saya tak tulis. Itu tak termasuk promosi SARAKIDS di tempat2 yang lain. Saya akan transform jadi robot bulan Ogos ini =) semuanya saya akan buat dgn tulang 4 kerat ini. Mudah-mudahan hari raya thn ini saya boleh bercuti sebulan, agaknya? =)

Jumpa lagi utk isu yang lain =)

100_2934Keluarga SARAKIDS dan keluarga LUNA bersiar2 smp tgh malam last weekend lepas penat bekerja di siang hari =)

Bonda: X sabar menunggu ramadhan.

Kaunselor Laktasi Anda,

Bagaimana konsep supply & demand dalam penyusuan?

Salam mama!

Breastfeeding is a matter of supply and demand. Konsep bekalan dan permintaan. The more demand, the more milk will be supplied. Ya, Semakin banyak susu diminum/dihisap oleh baby, semakin banyak susu akan dihasilkan. Saya suka ibaratkan seperti satu flushing system di rumah. Selepas selesai menunaikan hajat, kita akan tarik flush dan tank itu akan kosong. Tak lama kemudian, ia akan penuh semula ikut amount yang sepatutnya yang dikawal oleh pelampung. Atau perumpamaan saya sedang menjamu rakan2 makan di satu majlis. Jika sate yang ditempah oleh saya berlebihan setelah selesai majlis, saya akan tempah/kipas smaller amount next time. Tetapi jika tetamu saya menghabiskan sate tersebut and look around for more, saya akan mengipas sate lebih banyak utk next event.
Know what, Lactating breasts work in the same way! Ya, ianya sama sahaja. Terdapat satu protein di panggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan kawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu. Apabila kuantiti susu yang banayk tidak dikeluarkan (apabila payudara penuh namun tak diberi/dikeluarkan samada menyusu anak atau mengepam, akan menyebabkan FIL berkumpul dalam payudara, pengeluaran akan berkurangan. FIL diibaratkan seperti pelampung dalam flushing system, pada satu takat bila air dah penuh, air takkan diisi lagi ke dalam tangki flush. Ini akan meningkatkan takat penghasilan FIL. Jadi disini saya harap anda jelas tentang pentingnya mengosongkan payudara.

flushflushing system

Jika baby nurse dgn baik dan susu dikeluarkan dgn baik dr payudara, badan akan mencukupkan susu yang terhasil. Penyusuan atau Pengepaman (jika bekerja) yang kerap dari payudara dan “mengosongkan” payudara akan meningkatkan supply/bekalan/pengeluaran susu ~ untuk memberitahu pd badan “anak saya perlu lebih susu” seperti kisah tetamu yang mencari sate2 lebih yang habis tadi. Baby akan mendapat susu yang cukup setiap kali dia menyusu.

Dengan konsep supply ini, apa yang penting bukanlah “BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA” namun lebih kepada “BERAPA BANYAK YANG BABY DAPAT/PERLUKAN”. Saya ingin sekali highlight perkara ini: Payudara ibu akan sentiasa mengeluarkan susu, setitik dua titik atau lebih NAMUN TIADA SETITIK pun yang baby akan dapat jika cara perlekapan yang salah atau sucking problem. So, cara perlekapan bayi masih satu perkara yang sgt penting dan berkait rapat dlm setiap hal penyusuan. Sudah tentu lama kelamaan susu ibu akan drop off. Dan juga selalu ibu berpendapat susunya makin kurang kerana breastnya sudah lembut dan tidak penuh/tegang seperti dlm confinement/pantang kerana babynya menyusu dgn kerap. Dont worry, its a good sign =) Kuantiti susu yang dihasilkan telah di adjust oleh hormon mengikut keperluan baby dr masa ke semasa =)

lacthgood latch =)
Tips for keeping the milk flowing:

1) susui baby seawal yang mungkin (within 1 hour selepas bersalin) dan amalkan rooming in supaya boleh menyusu bayi on demand/bila2 masa di hospital.
2) Jauhi susu formula, atau makanan pelengkap lain atau air masak (baby bawah 6 bulan) utk mengelakkan gangguan bekalan/supply susu ibu dan mengurangkan risiko jangkitan.
3) Biar baby yang tentukan masa bila dia mahu menyusu bila2 masa sahaja tanpa melihat jam atau mengira waktu feedingnya. A normal time frame for a newborn feeding is ten to thirty minutes on each side =0
4) Offer kedua-dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan pada minggu awal kelahiran baby. Bekalan susu utk setiap payudara tidak sama, ianya bergantung kpd kekerapan memberi pada baby.
5) Biar baby habiskan penyusuan pada sebelah payudara ~ he’s done bila dia let go mama’s breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan baby di tengah2 penyusuan ibarat menyuruh baby skip “desert”nya atau dlm erti kata lain, baby tidak akan dpt susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (utk mengenyangkannya) And please, ibu tentu tidak mahu baby nya put on diets =)

6) Susui bayi at least 8-12 kali pada hari/minggu awal kelahirannya termasuklah waktu mlm

7) Hubungilah pakar laktasi jika penyusuan menyakitkan atau baby tidak menunjukkan minat pd penyusuan. Kesakitan menyusukan akibat poor latch/perlekapan tidak betul dan akan affect supply susu

8)Avoid pacifiers, please. Puting akan mengakibatkan mama tidak perasan anaknya lapar dan ‘penyusuan on demand’ affected.

9) Makanlah supplemen atau makanan yang berkhasiat dan boleh menambahkan air susu. Sila rujuk SINI

Terdapat juga situasi yang mana susu ibu tidak ada disebabkan keabnormalan atau penyakit2 lain, akan saya ceritakan kemudian. Banyak ibu yang amat risau bila stok susu mereka sudah mulai ‘surut’ dan masa inilah ibu2 panik. Saya amat sarankan anda mula mengumpul stok susu semasa di dalam pantang. Kumpullah sebanyak yang mungkin supaya apabila kita kembali bekerja, kita tidak akan ada masalah “stok ngam-ngam sui”. apabila anak anda tidur, anda mula lah mengepam kerana semasa pantanglah susu kita overflow dan kita tidaka akan dpt sebanyak itu apabila sudah mula bekerja dan seterusnya. Dan cuba tidak berikan stok EBM semasa dalam pantang dan susuilah anak anda secara direct feeding.

Harap entry hari ini dapat membantu mama2 memahami apakah konsep supply dan demand dalam penyusuan susu ibu. sehingga berjumpa lagi.

____________________________________________________________

*Bonda: Blog ini masih baru bernyawa. Harap semua maklum yang entry penyusuan akan di update dr masa ke masa. Juga blog ini adalah penterjemahan/lontaran semula pemahaman bonda dalam ayat bonda sendiri, hati bonda sendiri. Tidak ada scientific words, bombastic pneumonic atau apa2 terms yang “menyukarkan” ibu khususnya ibu ‘malaysia’. Semua ini untuk pemahaman semua. Sharing is caring =)

Disclaimer: This page is for educational and informational purposes only and may not be construed as medical advice.

image030girls go shopping! sweet sara =)

Your Certified Lactation Councellor,

Bolehkah saya menyusu anak in public?

” Ish.. malu pulak nak selak baju depan tgh2 org ramai. Ni nak pergi kenduri ni.”

“Alamak… adik nak nenen ke.. Kejap2 mama cari nursing room”

“Abg jom balik cepatlah susah pulak baby ni nak menetek”

breastfeeding

Yup, seringkali perkara ini menjadi keraguan. Ia adalah lumrah, bonda. Saya pun pernah mengalaminya suatu ketika dulu. Malu menguasai diri kerana “benda” yg kita tutup dr sejak aqil baligh, even ibu kita sendiri pun tak pernah tgk, tiba2 hendak dibuka di khalayak ramai apabila dah mempunyai cahaya mata, oww.. memang malu. Ya, for the first time mesti malu sgt2. Tetapi, anda akan dapati semakin kerap anda melakukannya, semakin mudah jadinya. Dan benda ini akan menjadi kebiasaan. Berbaloi untuk anda membiasakan diri menyusukan baby secara terbuka kerana anda akan memaksimumkan faedah penyusuan itu sendiri (stimulasi-direct feeding) dan anda ibu2 juga tahu, susu ibu merupakan makanan tersedia paling baik dan paling bersih dalam dunia!

Tips untuk penyusuan secara terbuka (in public)

1. Baby first. Jgn pedulikan org lain yang sibuk melihat anda. Kat mana2 pun anda, dgn siapa anda, when baby need her “candu”, dia mesti diutamakan dan org lain harus menghormatinya.

2. Tanamkan rasa yakin. Mom, u can. Ya, at first, mengerikan. Just do it sejujur yang mungkin. Ia akan jadi mudah. Kalau ada org tengok2 anda, anda buat muka seolah2 ckp: Bf in public~hey, whats the big deal? ~ ha-ha

3. Pilih tempat yang ada ramai ibu bapa, kanak2 atau ibu2 lain yang turut menyusukan anaknya. Ini akan sgt menenangkan anda seperti berada di rumah sendiri sekaligus mempercepatkan refleks membebas (let down reflex).

4. Pakailah cardigan, shawl, nursing cover, poncho atau letakkan bayi didalam kain gendong (pouch) – so bila breast menitiskan susu, anda dapat melindungi keadaan ini ~ pelindung tambahan

5. Tetapkan kedudukan dengan berhati-hati. Jika berada di restoran atau kafe, pilih kedudukan yang membelakangkan pelanggan lain. Ya, anda boleh menyusu baby tanpa disedari oleh org lain.

6. Menyusu baby secara senyap ~ mudah saja: Tarik pakaian (seeloknya pakai baju menyusu- jika tiada ikuti tips ini) dari pinggang dan susui bayi di sebelah yang tertutup. Cara ni kurang menarik perhatian daripada membuka butang baju. Tutuplah dengan shawl bahagian yang terbuka di bawah.

Tips2 lain:

~ Bawa air bersama ketika menyusu. Penyusuan boleh mendahagakan anda. Its good to drink a lot of water.

~ Jika susu memancut sedangkan anda belum bersedia menyusui baby, tekan lekap buah dada dengan lengan atas utk stop pengaliran susu.

CERITA TENTANG NURSING ROOM

Sesetengah shopping mall di lengkapi dgn nursing room/bilik penyusuan ibu ~ a place where mama boleh bawa baby menyusu “senyap-senyap” dan menyorok. Ya, mmg sgt selesa dgn muzik mozart yg menenangkan, warna2 bilik menyedapkan mata yang memandang. Namun, semua bf mothers tak berapa gemar terkurung didalam bilik kecil, betul tak? Bagi saya secara peribadi, takde seorg ibu pun patut ditanamkan dengan fikiran bahawa ibu patut bersembunyi utk menyusu baby mereka. Why? kenapa perlu sorok2? Anak perlukan susu, kita harus bangga kerana kita menyusukan anak kita. Yup, sgt istimewa!

^ Just remember, jika ada yang suggest? anda menyusu anak di toilet atau ladies room, fikirkan. Adakah anda mahu anak anda menikmati meal(susu) mereka dlm tandas? Tempat org menunaikan hajat besar & kecil? Saya tak sanggup! Bagiku bf – obviously is freedom. To bring back society to nature. Ya, kita takkan hidup sejauh ini jika terlalu bergantung pd susu formula ~ ingat, susu formula/tepung is not forever. Bayangkan jika kita berada dlm keadaan darurat/perang? Again, baby dilahirkan utk menyusu dr ibunya. Mereka tidak dilahirkan utk tau susu jenama apa yang sesuai, botol brand apa yang bagus dan itu ini. Fikirkan =)

WELL, I AM SO PROUD TO FEED MY BABY IN FRONT OF PUBLIC. Ianya bukanlah simbol seks pun. Its a bonding between me n my baby to feel the “gifts” from God. Untuk mengalami situasi semulajadi. Terasa seperti anak berbisik di telinga “mummy, just u and me. we feel it. Again, only u and me” Undescribed feeling. It doesnt mean saya tidak langsung berasa malu, no worries.. kerana berbagai cara utk melitupinya. Bila telah mahir, nope~ tiada siapa yang sedar pun! Saya akui, sebagai org yang menyusui bayi, saya dilindungi undang2 jika memilih utk menyusui bayi secara terbuka. In fact, ramai yang show their respect and support. This happen to me pd satu hari di satu tempat yang sgt sibuk ketika saya bercuti di jakarta bersama family 2 tahun lepas. (semasa anak sulung, sara masih 6 bulan). I breastfed her in public di ITC mangga dua, tempat yang sgt pack. Ada beberapa org tempatan menegur saya ” Susui aja anak ibu. Kita bisa tutupin utk ibu” (susukan lah anak puan, kami boleh tutup/halang utk puan). Cayalah!

Hmm.. satu lagi. Ketika ibu2 yang memberi anak mereka susu botol perlu menggalas beg mengandungi susu, thermos air panas dan lain2.. Namu ibu menyusu hanya perlu selak baju dan beri. Hanya bawa beg berisi lampin. Baby boleh di susui mengikut keperluan dengan kekecohan mimimum. Anda boleh mendodoi baby semasa menyusu di khalayak ramai.

I really want to highlight this =) ~ Jika menyusui baby in public mampu menarik perhatian lelaki- yang amat meminati anugerah Allah ini – Breast- Percayalah, ianya lebih menjerumus ke arah fikiran yang positif. In fact, mereka kdg2 malu jika berfikiran kotor terhadap ibu yang menyusukan. Kerana ianya satu perasaan yang telah dicreate oleh Allah ~ ibu yang menyusu bayinya tidak langsung mendatangkan rasa ghairah. Ianya sgt indah dan tenang, satu perasaan yang tak boleh di ekspreskan. Yelah!

~Apapun, jgn sesekali lupakan aspek menutup aurat =)

Ketahuilah bonda, bagi sikecil, andalah pusat semestanya. Anda yang lebih mengenalinya berbanding org lain. Kerana didlm rahim andalah dia berlindung 9 bulan, di dakapan andalah dia beradu setiap malam. Susuilah anak anda. Tak kiralah apa situasi anda, susu ibu merupakan hadiah anda, milik anda seorang, utk anak anda.

mumSuka dgn cara penyusuan ibu yang menekankan hakikat “baby perlu didahulukan tak kira apa yang berlaku”

* Bonda: Menyusui anak-anak saya adalah perkara paling memuaskan pernah saya lakukan dlm hidup. Ya, i know my body was made to do that (breastfeed), tapi saya sgt merasakan ianya satu pencapaian yang membanggakan. ~ahaks~

~ Anda pula bagaimana?

Increase Milk Supply (Menambahkan Air Susu)

Salam semua. Terima kasih atas keperihatinan mereka2 yg sentiasa support bonda ini nak menjadi usahawan berjaya. Sejak entry semalam, saya terima beberapa sms, komen dan call dr kwn2 bertanya “siapa? kenapa?” dan mereka sentiasa mendoakan saya. Thanks semua. Thanks to mr wyatt erp! we will always support your business =) Ok. tutup buku. Tiada lagi ulasan mengenai benda ini kerana ianya adalah 1% sahaja. Ini bukan menjatuhkan semangat saya, malah saya lebih bersemangat nak berhadapan dengan dunia perniagaan dan risiko2 nya. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Hari ini saya nak bercerita tentang Bagaimana Ibu-ibu yang telah kembali bekerja atau yang tidak bekerja setelah beberapa bulan bersalin. Beberapa soalan diterima berbentuk begini “Saya masih menyusukan anak secara eksklusif? Namun kenapa susu makin kurang selepas beberapa bulan. Tak sebanyak semasa berpantang, boleh kumpul berbotol2″ Ya, perkara ini amat merisaukan mama2. Setiap ibu akan merasai begitu. Ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pd hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, dlm erti kata lain, ikut nature cara ibu beri susu pd anak, mengepam dan lain2. Kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif, tanpa air masak (sebelum 6 bulan), sentiasa mengepam dan tidak ponteng sesi mengepam, anak menghisap kedau2 belah payudara, maka susu yg terhasil bnyk, WALAUPUN tak sebanyak semasa berpantang. Namun, jika ada yg kata susu mereka telah kering, pam satu hari pun susah nak dpt 4 oz, ibu harus kaji apakah rutin mereka setiap hari. Ada berbagai cara utk increase milk supply:

1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? – 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.

2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.

3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.

4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.

5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.

6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.

7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ‘serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.

8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)

8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.

Ibu2, jgn lupa utk minum susu, atau ambil pil kalsium di pasaran, kerana menurut paedatrician, ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!

* Tidak semua senarai di atas serasi dgn semua ibu. Boleh cuba yang mana berkesan dan kongsikan dengan rakan lain. Jika saya ada tertinggal mana2 petua, tolong tambah ye. Bukan apa,kita boleh tolong ibu2 lain juga =)

**Celoteh bonda (mummy sara & syasya): I do believe of one thing. Semakin ramai saya menolong ibu menyusu dalam kesusahan, semakin bnyk rezeki air susu yang Allah berikan kepada saya. Saya tidak ambil mana2 supplemen selain air masak (pernah ambil pil asi ketika berpantang, namun breast engorge sampai berbotol2 setelah pam, i stopped). Iya sangat benar… Alhamdulillah, syukur ya Allah.

p3070659menyusukan si kecil in safari bus, bali =)

Rujukan: Breastfeeding Essentials, La Leche League International, petua mak2..