Mami hari khamis
Hari ini hari yang lebih bertenaga untuk saya.
Saya dah berehat beberapa hari dan kembali!
Owh.. rupanya banyak kerja yang tertunggak.
Termasuklah blog yang bersawang
2 3 hari tak bekerja,
saya ‘ganti’ balik masa yang terambil masa weekend lepas dgn anak-anak.
Ajak mereka belajar berbelanja barang rumah.
adik “nak tato (potato)” – saya minta kakak tolong kira berapa biji potato yang dia masukkan dalam beg plastik. Kakak “eh silap. eh tak kira pulak” – kelakar
adik tolong buka plastik – dia pun sibuk nak kira.
“Memi… nak owen” – Nak orange
Pilih ikan pula.
Kakak bertanya “daddy, kenapa fish ni duduk diam saje? Dia dah mati ke. Kenapa kita makan ikan mati. Kenapa tak bubuh fish dalam aquarium?”
Daddy nya terang satu persatu. Sambil tersenyum.
“tak ape ke tangan kakak bau kuman?” – hehehe ketawa saya dgr.
daddy “tak apa, nnti kita basuh”
Malam, selepas terawih, kami main mercun pop dan bunga api. Kalau boring sgt, daddynya start kereta dan ajak round KL dalam kereta. Menghabiskan minyak. hehe
seronoknya dapat kembali kepada kehidupan normal.
Dapat bergolek-golek dgn anak.
Dapat habiskan masa dgn keluarga.
Dapatkan mingguan wanita terbaru (cover Maizawati edisi 27 ogos-2 september) dan selak2 ke mukasurat 100-101, artikel suami saya, Saiful Azwan.
Mengambil kata-katanya “Kekuatan Sarakids adalah kami sendiri, sepasang ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak dan pastinya keadaan ini memberikan kami inspirasi untuk mengendalikan perniagaan memandangkan kami adalah ibu bapa seperti pelanggan kami”

Katanya lagi “Tuhan itu Maha Kaya apabila wanita diberi keistimewaan hamil dan boleh melahirkan anak, malah dibekalkan sekali dengan susu untuk diberikan kepada anaknya”
Mudah-mudahan dengan adanya artikel dari seorang lelaki untuk lelaki, akan membuka mata bapa-bapa untuk menggalakkan isteri mereka menyusukan anak.
Anak-anak juga ada sesi shooting bersama akhbar Harian Metro khusus untuk hari lebaran akan dtg.
sara, syasya & hafiy (anak hero cik lyna) – tak lupa terima kasih kepada pasangan angah & ila serta ratu aleesya kerana sudi membantu utk sesi ini
Saya hari ini?
Ceria gembira bertenaga!
Ibu sarat mengandung menghitung hari melahirkan bergaya dgn busana nursing kurung dari Mumsdreams. Tiada zip, kain yang amat selesa, sesuai utk ibu mengandung dan menyusu seperti saya!
Dapatkan baju kurung menyusu dari Mumsdreams dan Bling Buubies di Sarakids utk ibu menyusu bergaya di pagi lebaran
Ok, saya nak mula kerja.
Ambil sara sekolah- hantar balik rumah-ke bank-ke JPJ- ke store pembekal- update invois-payment-order-tulis artikel-balik rumah-masak-berbuka-terawih-jalan-jalan malam
Jumpa lagi
Break :-)
Salam semua
Lelah saya masih berbaki sejak pulang dari Parenthood Expo di Midvalley.
Kedai yang masih berantakan dgn brg2 yang masih belum habis di kemas,
Badan sakit2 lenguh dek berkampung 3 hari dari pagi smp malam di booth,
Perhatian lebih yang harus di beri pada anak-anak yang dah ditinggal 3 hari – keluar ketika mereka masih tidur, pulang ketika mereka sudah tidur malam,
Semua ini membuatkan blog ini bersawang berhari2
Saya masih lelah. Masih sakit2 badan.
Kehamilan sudah melepasi angka 30 minggu ke atas - berdiri terlalu lama di booth melayan pelanggan dan ibu yang memerlukan semangat tentang penyusuan, menyebabkan kaki bengkak teruk dan mami seorang ini berjalan terjingkut2.
Tapi – saya puas – saya gembira – saya rasa semuanya!
Tak sabar berkongsi gambar di Parenthood expo – dan cerita di dalamnya!
Terima kasih, anda – yang hadir – yang dtg utk bertanya khabar – yang dtg utk bertemu 4 mata dan bergambar – yang dtg menegur sapa – yang senyum dan yang memberi semangat kepada saya & suraya di booth A86.
Kami berkongsi booth – sarakids & Lunatots- berkongsi cerita – berkongsi suka dan duka.
2 syarikat yang berbeza – tetapi matlamat kami sama.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak – booth kami tak henti2 dikunjungi – penuh sesak sepanjang 3 hari – walaupun ada yang tidak membeli – senyuman dan tegursapa anda kepada kami cukup2 bermakna walaupun kita hanya kenal di alam maya sebelum ini
Beri masa saya berehat sekejap ya.
Adik putera dah tak lama nak keluar – berat dah lebih 2.5kg – doktor jangka kali ni adik putera lahir besar – kakak-kakaknya paling berat 2.8kg (sara) dan 2.6kg (syasya). Si kecil ni sihat2 saja di dalam
Ibu manis yang baik hati menegur sapa mami dan ajak bergambar – nice to know u dear – ada masa kita jumpa lagi
**Bonda: Mengenali rakan baru membuatkan hidup kita lebih berbunga kerana ada episod cerita yang baru
Selamat Ulangtahun Perkahwinan
Sewaktu entry ini dipublish, mungkin sedang berjalan-jalan dgn suami. Sebelum bersalin, ingin benar saya ajak suami berbuka di atas cruise tasik putrajaya ataupun menara Kuala Lumpur. penat bekerja, sekali sekala mahu merasa. seperti biasa, walaupun hari ini hari kami, si kecil dua org tak pernah kami tinggal.
Ini kerana hari ini merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 4 tahun. Kami disatukan berwalikan ayahanda saya yang tercinta. Ayahanda saya menangis. Menangis kerana akan berpisah dgn anak sulungnya.
Saya & Saiful, berkenalan dalam suasana yang sangat tiba2.
Mengenali dgn lebih rapat di tempat yang jarang org pergi – workshop – kereta Kembara saya rosak – minta tolong si dia yang merupakan rakan sekelas housemate – tanpa menolak- dia teman – dia membantu seorang wanita yang sgt tak faham apa2 tentang hal kereta.
Siapa sangka, dia sekarang adalah bapa kepada anak-anak saya!
2006- mengandungkan anak pertama- Sara
Tak tergambar seronok nak jadi ibu dan bapa buat pertama kali
Seorang wanita ego, degil, keras kepala, jurusan mikrobiologi yang dikatakan dari fakulti skema bertemu dgn seorang lelaki yang nakal dan romeo, jurusan kejuruteraan, yang mmg saya tak pernah berkenan dgn lelaki di fakulti kejuruteraan. Boleh bayangkan bagaimana?
Kuasa Allah, jodoh itu kalau dari benua lain pun, ia akan bertemu jua.
Gambar zaman dahulu kala:
dua2 masih kurus
Nampak tak kereta myvi hijau di belakang tu tenggelam? Tahun 2006- baru bertunang – baru beli myvi 6 bulan duit hasil kerja, berlaku banjir besar di TTDI Jaya. saya sedih, tapi dia ajak saya bergambar utk tenangkan perasaan.
Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita, kanda.
Menjadi seorang isteri kepada kanda, buat dinda merasa bertuah. Bertuah kerana Allah memberi peluang kepada seorang wanita yang tiada apa2 untuk disayangi oleh seorang lelaki. Tempat utk bermanja, tempat utk menangis, tempat utk mengadu segala sesak di dada, tempat untuk menumpang kasih dan sayang seorang lelaki. Kita menangis, ketawa dan kongsi segala-galanya.
Tiada ucapan yang indah kerana dinda tidak pandai bermadah berbunga. Hanya doa mengiring setiap langkah kanda. Hanya minta Allah pelihara kesihatan, tubuh badan dan jiwa kanda. Hanya minta Allah pelihara keharmonian rumahtangga dan keluarga kita sehingga tertutup mata.
Dia letakkan sekeping kad kecil di tepi handbag pagi tadi “I love u so much dear wife. Thanks for being a greatest wife and mom. Happy 4th anniversary. love, – Saiful Azwan-”
Dia selalu kata “Jadi isteri abang, jgn diharap kata2 indah. Abg tak pandai. Abg tak se romantik pelakon di TV, tapi abg tahu cara menghargai isteri abg” – Ini sudah cukup, kanda!
Saya tanya dia, “mahu apa utk tahun ini?” Dia jawab “Mahu anak lebih ramai lagi” – GULP! (Anak dalam perut masih belum keluar dah pertimbang nak anak lagi?)
Dan dia hadiahkan sebuah mobil baru, buat penambah semangat ibu dan isteri muda ini bekerja lebih keras demi Sarakids kami
Terima kasih, kerana isterimu tidak pernah berharap apa2.
sewaktu kenduri cukur jambul sara dia pernah bisik di telinga “Bila kita nak tambah satu lagi anak” – dan bulan seterusnya saya disahkan mengandung anak kedua (syasya). Tahun ini mengandung lagi. 4 tahun berkahwin, 3 anak. kami tiada harta berkepuk2 – tidak kaya raya – tapi Allah limpahkan kami dgn kekayaan zuriat. Syukur Alhamdulillah
Seumur hidup ini taatku kepada Allah, suami dan ibu bapa dan agamaku.
Slide sekitar majlis perkahwinan kami pada tahun 2006:
Parenthood Expo 2010 (Sticky Post)
Salam pelanggan yang dihormati,
Sarakids akan berada di Booth Parenthood 2010 di Midvalley Megamall pada 20-22 ogos 2010 ini di booth bernombor A86 (Hall 1- berhadapan Nursing room dan main stage) untuk bersama2 anda meraikan ekspo keibubapaan terbesar di Malaysia!

Produk2 yang dijual di Booth kami adalah;
1) Barang Keperluan Penyusuan (Stylo Mama dll)
2) Pakaian Menyusu dari Aqeela, Adrinis, hilyah dan Mumsdreams
3) Buku keibubapaan dan educational toys
4) Baju bayi & kanak-kanak (Baju kurung sarakids, baju kasual)
5) Kain penggendong bayi (babywearing)
6) Tungku ibu, bengkung tradisional, mandian herba bersalin & barut bayi
7) Stroller bayi
… dan pelbagai barangan yang menarik!
INFO: Diskaun akan diberikan sempena ekspo ini dan jemputlah beramai-ramai ke booth sarakids!
MENARIK: Sesi Kaunseling penyusuan susu ibu PERCUMA oleh Kaunselor Laktasi di booth A86 hari sabtu dan ahad (pukul 11.00 pagi hingga 3.00 ptg).


Halford stroller & carrier
Baju kurung sarakids
casual kids clothing
Romper
Bengkung ibu, mandian herba & tunku bersalin
Barut bayi, kain bedung bayi
Nursing pillow
*** KAD KREDIT DITERIMA ***
Pengumuman: Butik Sarakids Shah Alam akan ditutup pada hari sabtu dan ahad bagi tujuan promosi ekspo Parenthood 2010 di Midvalley Megamall. Sebarang pertanyaan, anda boleh menelefon 03-78475369 untuk maklumat lanjut
… dan banyak barangan lain
Jumpa anda di sana!!!
Hari Isnin
Syukur Alhamdulillah.
Impian saya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah utk ahli2 dlm keluarga saya yang baru melahirkan anak.
Adik2 saya – kedua2nya adik ipar – seorang sebelah suami, seorang isteri adik lelaki saya sendiri.
Mengandung anak pertama pada tahun yang sama kedua-duanya. Seorang melahirkan bulan April. Seorang melahirkan bulan Julai. Seorang anak perempuan, Iffah Irdina. Seorang lagi jua anak perempuan, Ratu Aleesya.
Saya mempunyai impian utk mereka sejak mereka mengandung awal trimester. “Aku nak diorg ni fully breastfeed anak diorg”
Saya selalu dengar, seorang kaunselor boleh memberi kaunseling kepada beratus2 org lain diluar, tetapi sukar nak bercerita kepada ahli keluarga sendiri. Berbaur2 perasaan, saya bimbang. Bimbang anak-anak saudara baru yang bakal lahir tidak dapat menikmati susu ibu. saya bimbang adik2 saya tidak mahu mendengar advice saya berkenaan penyusuan. Saya bimbang saya duk membebel sana sini tentang penyusuan, tetapi adik2 sendiri atau ahli keluarga sendiri tidak menyusukan. Alangkah kecewanya saya, dalam karier kalau mereka tak dapat menyusukan anak mereka.
Allah itu Maha Besar. Nyata Dia dengar doa saya. Walaupun mereka menangis pada awal minggu kelahiran anak, mengatakan susu tak cukup, anak tak mahu hisap dan sebagainya, Alhamdulillah, anak-anak saudara saya masih menikmati susu ibu sepenuhnya. Puas saya yakinkan mereka, puas saya cakap yang nothing is wrong with the baby, just feed her dan bermacam ayat pujukan lain, namun hati ibu yang risau, apatah lagi di dalam tempoh berpantang, menyukarkan sedikit tugas saya. Namun, saya tak putus asa. Saya beri masa pada mereka. Saya pujuk mereka. Dan, kini semua masalah itu telah berlalu dan adik2 saya telah boleh menyesuaikan diri sebagai ibu yang menyusu
Ini gambar stok susu Ila, mama ratu aleesya di peti ais rumah ibu saya.
Ratu Aleesya bercloth diaper sejak sebulan umurnya.
Papanya, adik lelaki saya suka gendong anaknya dalam pouch. Poyo kan adik saya ni, siap ber sun-glass lagi.
Jelas, mereka mengamalkan konsep natural parenting sejak dari Aleesya lahir. Bertuahnya Aleesya. Tak seperti kakak sara nya, kesan dari ilmu yang kurang, maminya tak tahu menahu tentang ini semua. Bila dapat adik syasya, baru kesedaran ini ada. Tp tak mengapalah, mami belajar dari kesilapan dan mama aleesya juga belajar dari kesilapan mami
Sebagai ibu baru, adik2 saya kdg2 risau bila anak menangis, anak meragam. Saya cakapkan pada mereka, baby duduk dlm perut ibu 9 bulan tanpa gangguan, keadaan yang gelap dan vacum, suara sayup2, tetapi apabila telah keluar dari perut mamanya, bunyi bising, hiruk pikuk sini sana, baby needs time to adapt to the new environment. Kita tak boleh nak harapkan anak belajar semua benda baru dgn cepat
Seronok juga nak berkongsi gambar yang di email kepada saya oleh orang kuat Sarakids di sarawak sana, Kak Azlina.
Kesal dari anak pertama dan kedua yang tidak berjaya menikmati susu ibu, Kak Azlina bangkit utk tidak mengalah untuk Armand Rayyan, anak ketiganya.
Mewahnya stok susu Rayyan…
Perlu diingat juga, breastfeeding dan breastmilk feeding adalah dua benda berbeza. Ibu2 jgnlah gopoh nak penuhkan peti ais semata2 untuk berikan anak susu perahan. Utamakan penyusuan secara terus (direct feeding) kerana disitulah “bonding” itu wujud dan bersemarak. Susu perahan adalah untuk perpisahan sementara antara ibu dan anak (akibat bekerja). Selebihnya, hargai masa kita bermain dgn anak tatkala menyusuinya!
Sekarang saya menemani suami di Ikea, dia ajak cari kain utk sarung bantal/bolster/tilam utk anak heronya. Yang kakak sara & syasya punya kaler pink, tak sheshuai utk adik putera

Sape nak jahit ni cik abang oii…
Kdg2 badan penat terbongkok di kedai, bila si dia ajak ke tpt favourite, saya ikut aje……
p/s: Padahal banyak kerja di kedai. Nak prepare brg ke parenthood expo jumaat ni….



