Entry pertama 2013

Selamat pagi (skrg adalah jam 3.10 am) utk anda semua yang masih sudi menerjah blog yang saya kira sudah tak nampak tuan ini!

Sudah begitu lama saya tinggalkan blog ini.. Setahun 2012 yang penuh dengan pelbagai warna warni.

Saya masih disini.. tak kemana.. Masih bernyawa dan tak berhenti bekerja.

Anak2 sudahlah meningkat umurnya dan membesar seperti kanak-kanak lain. Aktif, nakal dan penuh dengan celoteh.

Sara, sudah mahu melangkah ke tangga 6 tahun.

Gadis yang sgt bijak, matang, manja dan penuh empati. Sangat sensitif dengan orang sekeliling dan pemerhati yang baik.

Syasya, gadis kenit yang bakal menginjak ke tangga 5 tahun.

Gadis yang sentiasa mahu tampil cantik dan segar sepanjang masa. Kental hatinya, yakin dengan dirinya sendiri dan tegas dengan keputusan.

Shafik/Ian, si teruna yang membesar dengan cepat~ umurnya 3 pada tahun 2013 ini.

Teruna yang mempunyai auranya yang tersendiri. Senyumnya bisa mencairkan hati mana2 yang melihat. Akalnya panjang dan paling manja antara semua.

Syukur Ya Allah.. saya punya mereka dalam hidup.

Pelbagai dugaan melanda kami sepanjang 2012.. Namun kami masuh satu.

Tiada perkara lain yang lebih hebat selain ikatan kekeluargaan… Mereka sentiasa beri saya kekuatan. Seteruk mana pun tekanan yang dihadapi, bersama mereka saya tidak rasakan langsung.. Malah ikatan itu semakin kuat! :)

Insyaallah 2013 akan memberi sinar harapan baru :)

Saya tidak akan berhenti menyumbang dalam komuniti. Tiada siapa yang boleh berhentikan saya dari kemahuan itu selainNya.

Selamat Tahun Baru, anda semua yang hebat! Doa yang baik2 utk anda semua… Kita akan bertemu lebih kerap, insyaAllah dalam laman ini.. :)

6 Responses to “Entry pertama 2013”

Leave a Reply