Rindu :)

Rindunya nak menaip!!!

Rindunya nak berceloteh nak berkongsi seperti dulu…

Namun saya akur, masa saya amat terhad..

Saya menerima SMS, panggilan menyatakan yang ramai sedang merindui penulisan saya. Saya sendiri pun!

Kalian,

Saya amat berterima kasih kepada anda semua yang selalu bersama2 saya dalam waktu susah atau senang.

Saya amat2 hargainya.

Saya minta maaf jika masa saya tidak seperti dulu, ampun maaf, dengan rendah diri saya mohon.

Waktu kerja kini lebih dari dulu. Anak makin membesar, komitmen makn bertambah dan cita2 makin melebar.

Sara, si sulung amat rindukan masa bersama maminya. Sehingga sanggup buat kad dan letakkan di atas bantal saya. Sekembali dari kerja tengah malam.. saya lihat kad ini di atas bantal. Perkara pertama haruslah tangisan si ibu dan pelukan untuk anaknya!

Masa juga terbahagi dengan rakaman penggambaran untuk rancangan keibubapaan 13 episod utk semua ibu2 yang saya sayangi.

Sarakids juga telah berpindah sepenuhnya ke Puchong (Taman Meranti Jaya). Sarakids akan beroperasi seperti biasa pada 14 hb May 2012.

Travelling ke China, Korea untuk produk2 baru penyusuan susu ibu.

Oh, cepat sangat masa berlalu dan tahun inilah satu2 nya tahun yang paling sibuk sejak awal hingga sekarang!

Kalian,

Jangan kecil hati dengan saya ya..

Saya cuba membahagi masa..

Saya cuba..

Anda jgn mudah putus asa.

Saya sedang usahakan sesuatu buat semua ibu2 di Malaysia.

Saya bukan berhenti, jauh sekali patah hati atau putus asa. Percayalah saya sedang usaha dan usaha untuk kebaikan kita semua. Dan buat masa ini saya memilih utk tidak berkongsi apa2 selagi ianya belum dihabiskan :)

Saya sayang anda semua.

Sangat.

Masih terbayang komen2 yang masuk setiap kali saya update entry2 baru saya :)

Oh anak2 mami :) Setiap saat mami bekerja, kamu bertiga sentiasa di di mata, telinga hati dan seluruh tubuh badan mami.

Dan awak, kawan baik saya, teman tidur sebantal saya, suami saya, bapa anak2 saya.. Terima kasih atas kepercayaan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi :)

Anda, kuatkan semangat ya!

Kita ibu, kita wanita, biar dunia berubah, tetapi tidak jati diri dan kasih sayang kita!

Saya masih memerah susu, saya masih menyusu si kecil, saya masih berkobar2 dalam misi menyebarkan penyusuan susu ibu. 5 tahun berlalu.. ianya masih seperti baru memasuki bidang ini.

Much Love,

Farah Farhan :)

13 Responses to “Rindu :)”

  • Fiza Isa:

    firstly…hepy nyer dpt bc entry bru dr akk…2nd…hepy nyer tgk akk bahagia…3rd, bangga nyer tgk akk berjaya…teruskan usaha kak…semoga dimurahkan rezeki n dapat luangkan masa lagi utk update blog ni…rindu nak tgk syasya ngan style manje n nmpk cantik sntiase..sara kakak yg sentiase jaga adik2 nyer..ian…macho boy..kekeke….sy pregnant kali ke 2…n blog akk la rujukan saya nak hadapi sume nyer…thanks… :’)

  • zaza:

    Ian dah besar dah…

  • Assalamualaikum sis,

    akhir nye kuor jgk entry baru … mmg lama akak menyepi, tp diam2 ubi berisi kan ..

    semoga business akak success

  • Nadciki:

    sebak baca tulisan farah.Sebab ia ditulis daripada hati, maka ia telah sampai ke hati juga.Semoga perjuangan farah bersama sama redhaNya. Farah antara inspirasi saya dalam membesarkan anak-anak dan menyusukan anak sepenuhnya.Terima kasih farah.

  • TERIMA KASIH…kerana sanggup luangkan sedikit masa utk bercerita…Appreciate it so much :)

  • me:

    at last.. bersuara juga ekau wahai paan…

  • finally :-) semoga berjaya farah!! apa la benda yg bakal dikhabarkan tu ye.. nape cik abg awak makin kurus :-)

  • marsitah:

    inilah blog yg menemani sy semasa pantang last year dan memberi semangat utk menyusukan anak sehingga skrg (dh 1 tahun n direct bf sahaja..hehehe..)

    good luck sis..!

  • Salam Farah..
    Kak Lid sdg berpantang anak yang ke-4.. walaupun dah berjaya menyususkan Awal selama 2 tahun lapan bulan dan ibnu (kini masih menyusu ) 2 tahun 5 bulan… Untuk si kecil Abbas, kak lid masih ibu baru… sentiasa mengintai blog Farah mencari ilmu…
    Doakan farah sentiasa suksess… Peluk cium..MMUAHHS!

  • Good for you Farah! Missing ur entry :) keep on writing to inspire us
    All the best

  • salam k.farah…
    nanti boleh gi kedai k.farah. rumah echah di taman putra perdana. sangat dekat dengan meranti jaya! yezza

  • Sarah_Salihah:

    Akak…
    Sesungguhnya rindu ini terubat dengan entry baru ni..
    Semoga akak kembali sihat dan teruskan aktiviti harian..
    Semoga Allah memberkati segala usaha akak dan keluarga..amin

  • mama eyzah:

    Assalamualaikum Farah rindu sungguh (ala2 mcm org bercinta) betul .. bila lama x ada nu entry..
    walau pu sikit terubat juga rindu.. Semoga farah sekeluarga sentiasa sihat, ceria & dipermudahkan dalam pelbagai urusan. Kami mendoakan kejayaan mu Farah..Amin

Leave a Reply