Pemakanan Ibu Menyusu :-)

Salam semua!

Wah… susah juga nak bersihkan sawang di blog ini! :-)

Seperti yang anda kenal, saya akan tetap dengan prinsip menulis blog dengan bahasa kebiasaan seperti saya bercakap. Sungguh, saya amat tak pandai buat bahasa buku yang amat tersusun. Saya berhadapan dengan pelbagai jenis latarbelakang ibu, terpulang kepada anda di luar sana untuk menyerap mengikut kefahaman masing2. :-)

Tahukah anda, antara momen yang menyeronokkan semasa menyusukan anak adalah anda boleh menikmati makanan yang sihat dan enak tanpa keraguan?

Ha~ha, sinis bunyinya ye cik farah. Tapi inilah yang dirasai kebanyakan ibu yang menyusukan anak mereka. Berat badan dan diet jatuh ke tempat kedua. Pertama adalah memberikan nutrient yang terbaik kepada diri sendiri untuk disalurkan kepada anak melalui susu ibu! :-)

Jgn salah sangka disini kalian, tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. :-) Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat :)

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan. :-)

Piramid Makanan

Pengambilan makanan mungkin sedikit berbeza bagi seorang ibu menyusu berbanding wanita yang tidak menyusukan anak kerana ibu menyusu perlu lebih kalori berbanding wanita yang tidak menyusukan anak.

Saya kan… nak kongsi dengan anda tentang ini.

Contoh seperti di atas.

Anita Selangor (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun, berat badan 50kg, ketinggian 5 kaki dan beliau tidak melakukan apa2 senaman dalam satu minggu (bekerja di pejabat) dengan menggunakan calorie calculator utk ibu menyusu beliau mendapati kalori yang diperlukan satu hari adalah sekitar 1473 kalori.

Mahu tahu berapa anda perlukan?

KLIK DI SINI (Calorie Calculator) For Breastfeeding Mom

psttt.. berapa kalori yang anda perlukan? kongsikan di kotak komen di bawah :p

Oh sekali lagi, jangan hantui diri anda dengan bebanan pengisian kalori setiap hari. Makan seperti biasa dan seadanya seperti anda hari2. Dont make things complicated ya! :-)

Atau kalau anda rasa sangat sukar memahami piramid makanan di atas, saya telah lukiskan satu contoh hidangan makanan menggunakan software paint hehe (maafkan saya, saya bukan org grafik, hehe) bagi setiap hidangan utama kita.

Bayangkan….. Sebuah pinggan corelle di depan anda. Wah! :-)

Bahagikan bahagian pinggan tersebut kepada EMPAT.

 

 

 

 

 

 

Okay, seperti di atas :-)

Anda letakkan:

1 Bahagian NASI (sumber karbohidrat) – lebih kurang 200 -800 kalori (1mengikut jenis beras, dan kuantiti hidangan)

1 Bahagian AYAM, IKAN, TELUR (sumber protein) – lebih kurang 200 – 400 kalori

1 Bahagian SAYUR (sumber vitamin, mineral, iron dan lain2) – dari 20 kalori hingga 300 kalori mengikut jenis sayur

1 Bahagian BUAH (sama seperti di atas) – * jus daripada buah segar adalah lebih memberikan lebih tenaga daripada GULA yang anda ambil daripada minuman kordial yang telah diproses :-)

… DAN makan dengan hati yang senang! :-) hehehe ini kerana anda telah tahu tugas anda utk makan makanan berkhasiat dalam satu hidangan dan anda telah laksanakan :-)

Jangan lupa minum air masak setiap hari kerana air dapat mengisi kekurangan air di dalam badan dan menghilangkan dahaga. :-) Minum air banyak bukan beerti susu anda akan banyak ya!

Senang bukan?

Dan bagi ibu yang mengambil vitamin atau suplemen tambahan, tiada masalah bagi itu kerana doktor menyarankan ibu2 mengambil vitamin sepertimana semasa ibu mengandung (obimin, pramilet) dan sebagainya. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak di amil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. :-)

Anak atau bayi sebenarnya tidak kisah apa yang dimakan ibunya, betul atau tidak? Dari dalam perut dia telah bisa makan apa yang dimakan ibunya. Pelbagai perisa pedas, manis, masin, pahit, kari kepala ikan, herba hehe telah dirasai bayi sejak di dalam kandungan ibunya melalui cecair amniotik di dalam plasenta. Tambahan lagi, semasa trimester ketiga, bayi akan minum/makan sebanyak mungkin makanan di dalam cecair amniotik sebelum keluar menjengah dunia! :-) Oleh itu jangan bimbang tentang apa yang perlu di ambil dan tidak, selagi ianya berkhasiat dan tidak berlebihan, makan saja!

*Jangan jadikan penyusuan sebagai alasan untuk tidak makan itu dan ini :-) Hehe

* Walaupun tempoh penyusuan adalah momen terbaik untuk makan apa saja, jangan lupa bersenam ya! :-)

* Penyusuan akan menyebabkan ibu membakar 500 kalori untuk tenaga setiap kali menyusu. Oleh itu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak (namun tidak semua ibu berjaya menurunkan berat badan lebih cepat atas sebab2 lain – hormon, pemakanan, stress)

Yang penting disini, supply and demand perlu dijaga di dalam penyusuan. Menyusukan anak sekerap yang mungkin bila bersama dan jangan skip memerah susu bila berpisah dengan anak.

Jagalah pemakanan kita semua ibu2. Seiringan dengan umur yang makin bertambah. Cintailah diri kita kerana ingin melihat bagaimana anak2 kita membesar, bersekolah, ke menara gading, bekerja, berkahwin dan bekeluarga seperti pusingan hidup kita kini. :-) Supaya kita lebih kuat dan sihat untuk mendidik anak di zaman yang sangat mencabar kini.

Terbaru dari Mami. Berumur 3 series, isteri, ibu kepada sara 5 tahun, syasya 4 tahun, ian setahun lebih, berat 47kg, menyusu ian yang baru setahun 5 bulan, bekerja sebagai kakak kerani dan penulis blog yang makin malas menaip.

Erk!

Sehingga berjumpa lagi :-)

** RINDU anda semua ***

 

16 Responses to “Pemakanan Ibu Menyusu :-)”

  • Mummy Chot:

    Terubat rindu…asyik ternanti2 entry kak farah…tq! :)

  • suka baca celoteh kak farah

  • aiyaaaa…..

    saya sukan makan KFC dgn McD sajee..
    Ok tak Cik Farah

  • terubat rindu dh….hihihi
    modu dh ada adapter utk kereta ehh???
    ok pasni boleh beli and berMODU dlm kereta..

  • eima:

    Salam Kak Farah,

    Pernah terbaca entri berkenaan perbezaan susu ibu dan susu lembu..

    katanya susu ibu bila disimpan dlm bekas tertutup selama beberapa hari akan menghasilkan ulat2 manakala susu lembu akan menjadi keju..betul ke?

    nampak macam myokong susu lembu kan, buat entri utk isu ni kak,,..pls…;)

  • about umi & baby:

    Salam farah…waa sgt suke ur topik u share sama ngan SGM @ AUB 29 ni…jomla dtg share pasal ni..i like!!!

  • NIAmama:

    1468 kalori yg saya perlukan..wow!byknyeeeeee

  • sabar:

    Betul ke mnm air byk tak mempengaruhi penghasilan susu ye Farah? Akak perasan klu satu hr tu akak sibuk dan lupa nk mnm air hingga tghhari, bila pam susu dpt sikit. Tp klu dr pagi akak mantain minum air secara konsisten, insyaAllah susu pn ok.Kt mana link tu ye Farah?

  • Eppi Aziz:

    wahhh cik farah kembali bersiaran…thanks for the info..skang mommy dah 15 hari dalam berpantang, tau la dalam pantang dgn mak2 ni mcm2 restriction..sejuk la..gatal la and wat not..mcm mana nak sustain susu, takmo wat same mistake dgn 1st child, too much restriction on food intake during confinement..struggle nak maintain susu..now start pam daily mesti simpan at least 6oz..gigih nak empty kan breast to produce more..heheh..

  • good info farah!
    tq

  • Lama juga ternanti entri Farah…. :)

    Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Moga Farah lebih ceria… :)

  • MARIA:

    banyaknya kalori yg saya perlukan tapi rsanya tak pernah pun dapat sebnyk itu kalori..tu yg makin mengecil..ha..ha..ha..

  • Ibu Hawa:

    dah jadi peminat farah… hehhehe… hari2 kene buka blog sarakids sambil pump susu… teruskan ber entry.. sy nak baca lagi…

  • Fiza Isa:

    chaiyok akk…lame nyer tunggu akk kerani menaip…hikhikhik

  • rohana:

    kalau taip hari2 kang bagus….. baru semangat dank pam…. he..he.. lagi2 bila tengok gambar farah tengah mengepam….kurus ler …. bila nak tampah lagi ning….

  • Sarah_Salihah:

    (alamak..rasanya dah type comment kat entry nie..tp tak de pula..)
    takpe2..Tq buat akak utk entry yg menarik..
    seriously, sy pon tak tau apakah makanan yg saya mbik harian sesuai atau tidak dengan permintaan utk menyusukan anak..
    dgn entry ini, dpt membantu sy supaya lebih merancang dan makanlah dengan penuh bkhasiat..
    sy kini, lebih bsemangat dan merancang utk lebih menjaga pemakanan..
    supaya sy sihat dan btenaga dalam menyusukan anak.
    TQ

Leave a Reply