Hikmah Perpisahan Ini

Assalamualaikum & selamat pagi semua!

Sungguh, saya amat rindukan anda!

Ingin sangat hati ini berkongsi tentang masalah utama kami sekarang.. iaitu ketiadaan pembantu rumah.

Saya maklum, alangkah indah hidup jika dapat mengendalikan kerja2 rumah sendiri dan tanpa karenah pembantu rumah.

Namun, saya tak dapat menyangkal yang kami suami isteri amat memerlukan pembantu rumah kerana kekangan masa dan waktu kerja yang tak menentu.

Saya, dah mula travel ke sini sana.

Suami, outstation dan site project juga di luar KL.

4 tahun, pembantu rumah lama bersama kami, dan telah pulang 3 bulan yang lepas kerana mendirikan rumahtangga.

2 bulan baru, kami menerima pembantu rumah baru.

Ha-ha, genap 2 bulan, dia melarikan diri melalui pintu belakang!

Naisblah dia x buat kerja bodoh dengan melarikan anak saya atau tinggalkan anak2 sendirian!

Sesak nafas! Oh..

Sekarang, nak masuk sebulan kami tiada pembantu rumah.

Saya akui, kucar kacir dan terpisah!

Kerja rumah? Oh, saya seorang wanita dan ibu. Setakat kerja rumah, saya dan suami boleh gilir2 buat.

Memasak? Pembantu mmg x masak. Kalau buat masakan simple2 pun anak2 kata “bibik masak tak sedap”

Saya hanya mahukan orang yang boleh menjaga anak2 waktu saya bekerja.

Pernah tanya di taska, kata mereka hanya sampai pukul 7, selepas pukul 7 mereka tak mahu.

Waktu kerja saya pula tak menentu? Bagaimana?

Kami sedang menunggu pembantu rumah baru dan anak2 terpisah dari kami. Mereka di Ipoh, nasib baiklah cuti sekolah. Mereka dijaga oleh atuk opah (mama & abah saya) dengan baik. :-) Mereka sangat sukakan dimanja oleh atuk opah, namun saya tau mereka amat rindukan kami berdua.

Asha, takde bibik pun takpe kan sha? Asha boleh tolong mami sidai kain kan?

Tips bagi ibu bekerjaya (saya dapat diri buku life without helper) untuk kain2 baju:

1) Basuh baju anda setiap hari ~ jangan simpan berhari2. Basuh di waktu subuh atau malam sebelumnya.

2) Sidai kain awal pagi dan pastikan berada di kawasan berbumbung kalau anda bekerja.

3) Sejurus angkat kain, terus lipat kain dan gosok, jangan tambun gunung kinabalu sehingga berkedut dan menyebabkan anda menangguh dan berasa malas. Hehehe

4) Selepas lipat, susun terus kain2 di dalam almari.

** Saya amalkan tips di atas dan saya dapati ianya berkesan! Lebih2 lagi tips nombor 3 dan 4, setiap hari tiada kerja kain pending dan tak perlu nak gosok terlalu lama. angkat dan terus lipat. :-)

Ian: Ian pun boleh tolong mami sapu rumah. :-)

Tips Kemas Rumah

Kemas rumah waktu malam – saya akan pastikan selepas anak2 tidur, saya lah org yang akan pegang penyapu, kayu mop dan kain buruk! Kerja2 di dapaur juga disiapkan sebelum tidur supaya semuanya bersih. Ini kerana waktu sebegini mmg tiada gangguan dan esok pagi pula kena bergegas kerja.

** Mujur anak2 tidur awal dan kalau dah tertidur takkan bangun sampai esok pagi :-)

Tips Memasak

Oh.. yang ini agak kritikal pada mulanya kerana sebelum ini dah terbiasa ada org yang menyiapkan segala bahan2 on the spot. Hehe.

Tips dari mama: Sediakan semua kemudahan asas seperti bawang blend, cili kering, dan lain2 terlebih dahulu. Pagi2, bangun, masakkan masakan anak terlebih dahulu.

Tips Menjaga Anak

Yang ini juga mencabar minda. Hehe. Bangun pagi, mandikan anak2 terlebih dahulu, suap mereka makan dan biarkan mereka bermain. Di waktu cuti sekolah, dah tentulah banyak masa mereka di rumah dan BERGADUH! Hehehe.. Saya pula adalah seorang ibu yang tak bisa marah dan hanya mampu ckp “kakak…. jgn mcm tu…” atau “sya… tak mau buat kakak mcm tu..” Hehehe.. Tapi kalau ada daddy mereka, masing2 berdisplin!

Aktiviti yang masih berjalan :-)

Hati saya runtun, kadangkala tak boleh fokus kerja setiap kali anak di bawa balik ke Ipoh. Mereka baik2 saja di sana, cuma ibu ini yang sering rindu. Mana taknya, kami tak pernah berpisah begini. Sesibuk manapun saya, setiap malam mesti berpelukan dgn mereka. Kalau outstation luar negara tu lainlah.

Atuk & opah dtg amik cucu bw balik Ipoh. :-( Saya menangis setiap kali melambai pd anak2.

saya sanggup minta suami hantarkan naik Train ke Ipoh sbb dah tak tahan rindu pada anak2.

Sampai di stesen Ipoh, rasa nak melompat tgk anak2 dah menunggu dan jerit “mamiiiiiiiiiiiiii….” bila nmpk kelibat saya. Badan rasa tak cukup dek gayutan anak2 yang tak mau lepas. Sara cium sini sana sambil ckp “i miss mami.. ” :`(

Pantang ada masa, kami ke sana sini bersama2 menghabiskan masa.

Tut fruit girls!

Bercuti bersama walaupun hanya 4-5 jam!

Cameron highlands balik hari!

Ke pantai :-)

Beli groceries!

saya dapati banyak hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini.

Kami makin banyak masa bersama walau hanya dalam masa yang terhad.

Ikatan kami lebih kuat, lebih kuat berbanding dahulu.

Walaupun kerja di sarakids sedikit tergendala, namun ada banyak perkara yang buat saya rasa sgt bersyukur kerana masih diberi nyawa untuk mengemudi bahtera keluarga kami.

Anak2 yang semakin membesar ~ semakin bijak bercakap, bertanya dan membuat kesimpulan..

Anak manja ini sgt petah, dan sangat2 memerlukan saya dalam hidupnya.

Si arjuna saya yang sgt tenang dan mudah di jaga. Senyuman nya cukup buat kami semua terhibur. Adrian :-)

Anak2 baik2 aja di bawah jagaan mama & abah. Terima kasih mama, terima kasih abah kerana sudi menjaga 3 anak kecil yang sedang nakal.. Saya tahu, mereka amat penat menjaga karenah 3 org ini.. Namun demi saya, demi anak2 ini, mereka gagahkan juga kudrat mereka.

Dengan opah, anak2 belajar mengaji Muqaddam. Terima kasih mama :-)

Anak2, mami terlalu rindu.. tunggu mami pulang ya!

Kita terpisah. Mami di sini, daddy di sana, anak2 nun jauh.. Tapi hati kita akan tetap satu. Satu dan tak akan berubah.

Kita terpisah dan buat kita semakin rindu. semakin menghargai sesama kita.

Kalian, saya tak boleh lama disini. Semoga kita berjumpa lagi! Akan saya kongsikan tips pengurusan EBM untuk Adrian sepanjang kami berpisah selama sebulan on and off!

Satu hari di Sarakids. Bawa Ian ke ofis sambil buat kerja + menyusu. Kalaulah boleh hari2 begini…!

Jumpa lagi!

 

 

16 Responses to “Hikmah Perpisahan Ini”

  • huds:

    Ya Allah…ampunnn..lama sunggguh menantikan updatemu cik Puan Farah…hahaha..kisah kita sama..maidless tp hebat lagi dugaanmu…sabor yer

  • Fiza Isa:

    sedey…tp ada pengajaran di sebaliknyer…paling suke gambor ian ngaji..ala tomey nyer….hahahah

  • Sarah_Salihah:

    Akak…
    Me too..sgt menantikan update akak..
    tapi tetap memahami..
    kesibukan akak menguruskan anak2 semenjak ketiadaan pembantu rumah..
    teruskan bsemangat ya akak..

    *Kagum..dan terpk..
    sy yg anak sorang pon..tak terkejar..inikan akak, 3 org anak dan menguruskan kedai lagi..sgt2 mencabar..kdg2 terpk, mampukah diri sendiri menjadi SuperMAK utk keluarga..

    Ya, Allah..

  • maziah mokhtar:

    bukti kasih syg Allah…diuji dgn plbg ujian…juga sbg tapisan utk Farah agr bnr2 tabah dan kuat…makin byk cubaan…makin dekat kita dgnNya…

  • shogun_na:

    Itulah hakikatnya menjadi seorang ibu yg bekerjaya….

    Saya beruntung kerana nursery anak2 mmg ada OT dan jikalau saya terpksa berkerja hingga ke lewat malam, saya tak perlu risau… Normally ibu2 yg bekerjaya mmg memerlukan pembantu yg dapat menjaga anak2 sewaktu sang ibu dan sang bapa beroutstation….

    Tenang la duhai hati, bersabarla Farah…

  • sentiasa kagum ngan akak! u r my idol akak!! luv ya!:)
    PSST : BEST PNYE ANAK yg rmai mcm akak :)

  • aida:

    kak paan..saya pun skarang berjauhan dari anak atas sebab2 ala2 kak paan la jugak..sedih..kdg mmg tak boleh buat kerja teringat anak..

  • semua tu ada hikmahnya kan?
    akak pun dok meraban sbb maybe hjg tahun ni kena outstation.huhu

  • eiya:

    kagum dengan puan farah..part yg paling suka tak bisa marah2 anak..saya kena bljr menjadik ibu yang kuat spt pn farah…

  • jiey:

    bestnye ada entry baru, suka sangat tips tu….tq

  • SABAR…tu je yang mampu diucapkan namun kumengerti ia tidak semudah itu :( Pahit akan manis jua akhirnya…Insya Allah…

  • salam, sabar banyak and have faith in His plans for us.:)

  • Umi Natera:

    Salam…tabahnye Pn. Farah..

  • NIAmama:

    NIA bila dah besar nnt rajin mcm kak Shasaha ye..tolong mama sidai baju.. :)

  • mama eyzah:

    assalamualaikum Farah akak adlh dlm ramai2 yg sentiasa menanti latest update.. tp memahami keadaan farah..semoga kehidupan adik sekeluarga sentiasa dipermudahkan & diberkati…Insya Allah… LOve your happy family..take care dear

  • ika:

    assalamualaikum kak..
    sy bru je tgok blog ni ari ni, sy dah kawin 4 thun. tp blum lg dikurniakan anak. sy bcadang nak ambik ank angkat, tp nk mnyusu sndiri supaya aurat ank dgn sy dan suami mcm ank sndiri.tgh search kat internet jmpa blog ni. mmg berguna sngat, trima kasih kak.

Leave a Reply