menyusu anak di khalayak ramai

Rasanya ini sudah kali keberapa saya menulis tentang topik ini.

Kali ini tiada fakta, hanya auta. hehe taklah, hanya mahu kongsi pengalaman diri sendiri dari perspektif seorang wanita dan ibu.

Malu itu sememangnya satu sifat yang tersedia ada dalam setiap individu lebih2 lagi kepada yang bergelar wanita.

Saya akui, mmg amat malu jika berbicara tentang ‘payudara’ ketika masih belum berkahwin dulu. Cerita pasal itu pun malu, apatah lagi tak pernah terfikir nak susukan anak depan org ramai!

Sehinggalah melahirkan anak pertama, malu untuk menyusu itu automatik hilang! Dari labor room, hinggalah ke wad, bila di datangi oleh jururawat atau doktor, dengan selambanya saya boleh buka dan susukan anak di depan mereka.

Ada juga masa kebimbangan itu melanda. saya bebas dan gembira bila menyusu anak di rumah, dan tempat paling ‘syok’ menyusu tentulah di atas katil – boleh tidur bersama. Tetapi bila keluar bersiar, saya cepat bimbang bila anak nak menyusu.

Ya, menyusukan anak di depan khalayak ramai mmg kurang digemari oleh ibu2 baru – kadangkala mereka memilih untuk tinggal saja di rumah kerana khuatir tgh seronok berjalan, anak menangis minta susu.

Tapi tahukah ibu yang kita sebenarnya tgh ‘membantutkan’ aktiviti keluarga kita, rutin bersiar2 kita jika kita merasakan ‘susah’ nak menyusukan anak in public. Kesian cik abang di sebelah, baru nak ajak isteri berjalan-jalan dgn anak, nak berlibur, tapi baru masuk mall dan anak menangis, dah isteri ajak balik sbb anak menangis nak menyusu.

Pernah di satu tempat, 4 tahun yang lalu, di ITC Mangga Dua, Jakarta, sewaktu sara anak sulung saya berumur 6 bulan – mmg tgh seronok membeli belah sampaikan sara menangis melalak saya masih tak jumpa tempat nak menyusu dek ribuan org yang terlalu ramai di Mangga Dua. Saya merasakan org2 yang ramai tadi akan ‘stare’ saya, mahupun mereka akan nmpk apa yang saya tgh buat. Puas ke sini ke sana, tak ada tempat duduk, tak ada tempat yang sesuai nak menyusu. Sehinggalah saya & suami jumpa tangga, saya duduk dan tak mahu pedulikan siapa2, saya susukan sara! Aneh, tak ada siapa pun yang memerhati saya walaupun saya merasakan ada mata nakal yang melihat bila ibu yang panik sedang mahu menyelak baju untuk menyusu. Tiada! (dalam erti kata lain “ada diorg kisah?” – hehe) Malah ada beberapa wanita tempatan yang menegur “Susui aja anak ibu. Kita bisa tutupin utk ibu” (susukan lah anak puan, kami boleh tutup/halang utk puan)

Sejak dari itu, saya belajar bahawa selagi kita menjaga aurat, kita bebas dan dilindungi undang2 jika memilih untuk menyusukan anak kita di mana-mana.

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda yang masih ragu2 untuk menyusu di khalayak ramai:

1. Baby first. Jgn pedulikan org lain yang sibuk melihat anda. Kat mana2 pun anda, dgn siapa anda, when baby need her “candu”, dia mesti diutamakan dan org lain harus menghormatinya.

2. Tanamkan rasa yakin. Mom, u can. Ya, at first, mengerikan.  Ia akan jadi mudah. Practise makes perfect!

3. Pilih tempat yang ada ramai ibu bapa, kanak2 atau ibu2 lain yang turut menyusukan anaknya. Ini akan sgt menenangkan anda seperti berada di rumah sendiri sekaligus mempercepatkan refleks membebas (let down reflex).

4. Pakailah baju menyusu cardigan, shawl, nursing cover, poncho atau letakkan bayi didalam kain gendong (pouch).

5. Tetapkan kedudukan. Jika berada di restoran atau kafe, pilih kedudukan yang membelakangkan pelanggan lain. Ya, anda boleh menyusu baby tanpa disedari oleh org lain.

Tips2 lain:

~ Bawa air bersama ketika menyusu. Penyusuan boleh mendahagakan anda. Its good to drink a lot of water.

~ Berbual-bual dgn anak yang lebih tua, dan jgn fikirkan sangat tentang perasaan peribadi kita iaitu MALU – utamakan keperluan anak.

~ Tak perlu bawa warmer 2 in 1 atau pemanas susu ibu dan letakkan susu perahan dalam botol – bila anak bersama ibu, dia harus disusukan secara terus. Susu perahan hanyalah bila ibu bekerja atau berpisah sementara.

~ Pakai bra menyusu untuk memudahkan anda apabila menyusu. Ia juga dapat melancarkan pengaliran susu berbanding memakai bra jenis biasa.

Tgh adjust nak menyusu :-)

Sara yang ambil gambar ini ;-)

Sewaktu shooting – Tukang ambil gambar ini lelaki. Choreographer nya lelaki. Editing man ini juga lelaki. Tetapi dgn adanya baju menyusu, dengan adanya keyakinan, InsyaAllah tak nampak. In fact, mereka pula yang malu-malu ayam! Yelah, kata nya tgh nak beri anak makan. :-)

Di KL sentral bawa anak-anak berjalan naik LRT – masa ni terlalu ramai, panas, tempat duduk penuh. Ian nak menyusu – beratnya boleh tahan juga – jadi saya pakai pouch, dan susukan ian – selesai masalah!

Gambar ini diambil minggu lepas – bawa Kak Azlina & keluarga dari Sarawak berjalan-jalan di Zoo Negara. Sambil menunggu mereka dan anak-anak saya lihat show, saya berehat di kiosk kerana Ian tidur. Saya nampak 2 ibu sedang menyusu serentak di 2 lokasi berdekatan. Apa lagi, capai handphone dan snap! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah (Maher Zain tolong buat lagu Alhamdulillah pulak) – kesedaran menyusu di Malaysia sudah meningkat.

Jgn malu untuk menyusui anak di khalayak ramai – ianya sesuatu yang alami – :-)

* Esok saya cerita kisah saya berada di labor room membantu ibu yang baru melahirkan menyusui anaknya :-)

 

 

36 Responses to “menyusu anak di khalayak ramai”

  • Thanks sbb mengupdate blog…dah dapat semangat itu? baru td melawat kawan ofis yg baru melahirkan…at the same time play my role as a BF mom. Alhamdulillah dia mula faham dan usaha untuk susukan anak sulungnya walaupun menanggung perut yg perit dibedah. Hope dia akan baca entry Farah nanti ttg penyusuan di awal kelahiran…

    P/S: tertanya2 kenapa Farah tak reply sms :(

  • paeee:

    salam..erm..betul..skrg dah nampk banyak kesedaran ttg kelebihan susu ibu..alhamdulillah…thanks kpd individu2 yg memperjuangkan susu ibu…:)
    chaiyo’..chaiyo’

  • sham:

    hmmm…smlm borak2 dgn kawan. dia kata dia takkan sekali2 susukan anak dia kat public. bila ditanya kenapa, jawapannya nak ajar anak ttg adab. kiranya mcm tknakla anak tu mintak2 nenen, nangis2 nk nenen kat public.kira mcm nak ajar anak kalau nak nenen or menyusu botol kene dalam bilik or tpt takde public. sy mcm tertanya dgn diri sendiri, adakah dgn menyusukan anak di public kita mengajar anak kita tak beradab?hmmm….

  • Salam,

    THANK sbb sudi update blog…ternanti2 kami.

    Kwn sy SANGAT MALU utk menyusukan anaknya di public (she’s an indian) tp dia smpai skrg still pelik kenapa org melayu SANGAT SENANG menyusukan anak di public. Sy ketawa je, sy jwb anak lapar, susukan aje. Ammar, ank yg sng ketika menyusu…sgt fokus, dah selesai dia akn trus stop-sy sgt senang utk menyusukannya walaupun di public walaupun xde shawl atau nursing baju. Farzana, anak yg banyak bermain2, suka melihat persekitaran, cepat terganggu jadi sy suspen utk menyusu di public, selalunya akn cri kwsn selamat. ;) hehe…

  • mama_amani:

    betul yu shogun_na… memang sgt2 ternanti-nanti update post baru.. terima kasih.. blog ni memang bg semangat kat saya.. moga allah murahkan rezki farah sb byk share ilmu…

  • about umi & baby:

    Thanks for sharing…x sabar nak BF bby..

  • Saya, sangatlah tak malu nak menyusu kat khalayak ni. Tapi en suami pulak yang malu melebihi saya yang menyusu… pelikkan?

  • amy:

    alhamdulillah semakin ramai org dh ada kesedaran ttg khasiat susu ibu…baru2 ni di midV, ramai saya tgk ibu2 muda berlenggang xyah bw botol sbb ‘botolnye’ sudah tersiapsedia di badan..hehe tahniah kak farah atas usaha2 yg ditunjukkn…=)

  • MARIA:

    Salam Farah…One of my friends deliver kat private hospital…Now ank dia dah 3 years…One of the reason dia taknak breastfeed baby dia sbb dia malu kat doktor & org2 yg dtg melawat dia…Boleh camtu??? Dahle private memang deliver je dia suruh nurse ambik baby dii dahtu dia xnak langsung cuba breastfeed…What a pity girl ha??

  • pernah menyusu kan muhammad smbil carry dlm sling smbil jalan2 belek2 buku kat kinokuniya :D ms tu seat btul2 xde kosong. btul kt perlu utamakan anak :) org lain pn xprasan sy tgh nyusukan anak ms tu. Huhu

  • ibu camie:

    update gak…heheheh….sy dr ank lahir xpenah malu nk selak bju bg ank minum….kt mne pn….dan en.suami pn byk membntu,tlg coverkan kalo kt tmpt 2 rmai laki….smpaikn tgah smbg ngn jiran depan rumh pn kalo ank nk nyusu sy dgn selmbanya leh bg je…heheheeh….adr org nk kisah kalo nampak pmpuan susukan anknye???

  • nisa:

    entry farah memang tak pernah mengecewakan.sebab tu farah tak boleh malas2 update.hahah…

  • mama_imani:

    tgk tu, ramai yg tunggu farah termasuklah saya.. hari2 buka kot ade cerita baru… hari2 la awak menulis farah, saya seronok laaa.. kalo xde cerita baru, mcm boring jerk… x sabar nak tunggu cerita d labour room tuh pulak.. :p
    bila bnyk alasan, tu yg xboleh nak buat.. mcmtulah kalo nak menyusu depan public… skrg mcm2 cara ade, cthnya baju utk nursing.. kalo xpun cover dgn selimut anak pun ok…

  • Rindu..rindu…rindu dah terubat..!! ibu-ibu x perlu rasa malu, malah rasa bangga bila menyusukan anak di public.. tapi yang penting, aurat perlu dijaga, dan tengoklah kessesuaian tempat…. teringin sekali nak tengok menyusu di public jadi budaya, bukan sesuatu yang harus disegankan… kita yang harus mulakan… tq Farah..tq sooooo much…

  • qaseh dalila:

    Hari2 mesti bukak blog farah,,,best ada new entry n topic yg gah,,,2ari sudah,sy baca yg lama2 je sbb sy suka membaca smpai mata terkeluar,,,huhuhu.Second bby ni sy da ada keyakinan diri utk breastfeed in public,,,mmg nyaman dan proud sgt,,terima kasih farah.You rock,,nak tanya masa kat kl sentral tu baju nursing jgk ke?,,mana nak dpt baju tshirt mcm tu farah?

  • x rasa malu sbnrnye tp lebih bangga sbb kite bfeed anak sndiri xperlu bancuh2 susu.. moment yg sgt besh sbnrnyer.. ;)

  • naniizwani:

    hi Farah,
    Time kasih coz sudi update blog untuk tatapan pembaca walaupun tau Farah banyak urusan.

  • naniizwani:

    Farah, boleh tak buat entry tentang pemakaian pouch? kedudukan kaki baby yang paling selesa. And perbezaan kedudukan baby dlm sling and pouch

  • jud:

    Tahniah! sungguh membanggakan.
    tak sabar nak tunggu cerita BF di labour room.

  • La_Belle_Shump:

    saya pun nak kongsi jugak
    masa saya ke guangzhou last year, tgh shopping damia nak susu.. ayah nya kata bg ajelaa sambil tunjuk satu kerusi di satu sudut kedai silk. Sayapun bg n nak tau apa jadi… ada dlm 4-5 org salesman/salesgirl yg tgh asyik promote kat saya kain dok p keliling saya dengan muka kehairanan n ckp2 dlm bahasa mandarin sambil senyum2.Saya pun jadik segan n cuak, tp bila kawan saya (fasih bbhs mandarin) dia kata diorang ckp bagus menyusukan anak.. kat sana dah tak ramai nak menyusukan anak. Barula ati gembira skit n teruskan shopping walopun dlm keadaan duduk menyusukan Damia ;-)

  • zaleha:

    bestnye dgr…xsabar tggu entry kak farah yg akan datang…nk beli pouch tu jugak la…bila la nk g butik sarakids ni…:P

  • aida:

    saya pun x malu menyusukan anak di public..sgt memudahkan hidup saya bf ni…ada sekali masa famili day husband..anak kwn husband jatuhkan flusk air panas..dah susah nak buat susu xde air panas..saya leh senang lenang bf sambil tgk elephant show…

  • Suzila:

    Alhamdulilah.. mmg tgh ‘cari’ keyakinan utk menyusu di public… sya dh sebulan abis pantang… tpi takut nk keluar rmh… takut nk menyusu di public… cuma berani bwa bby pi klinik utk inject je.. betul kta farah… sian hubby… dh byk kali ajak keluar tpi sya x nk… sanggup tinggal rmh & suruh dia pegi bwa ank2 yg lain.. kekdg smpai gaduh.. sya dh ada bby pouch tu.. tpi bby x nk dok kt dlm la… cmna yek? sya tgk ian selesa je… huhu.. hope farah bleh buat entry pasal ni..

  • Fazi:

    Betul tu Farah.. tak perlu malu, sebab menyusukan anak tu memang sangat istimewa.. saya bangga menyusukan anak dikhalayak ramai, sebab secara tak langsung, saya promote breastfeeding.. Teringt lagi masa tu di Ikea.. nak amik barang kat gudang di bawah, anak dah menangis nak susu.. tak da tempat sesuai.. apa lagi.. bersila atas lantai, susukan terus anak.. dia terus diam.

    Orang tengok..? senyum sajer lerrr… ekekekek

    p/s: oh rindunya nak susukan anak.. bila laaa nak ada baby lagi nie.. :D

  • Nadia:

    u remind of my big baby. pernah menyusukan dia kat Giant atas stool jek sbb xde tempat sesuai. sekarang kurang dah sbb dia dah pandai singkap tinggi2… huhuhu.. bahaya.

  • asma:

    bahagianya menyusui anak!!

  • Raudhah:

    Wah akak menyusu ms shooting? Hebat tuh! ;) ms menyusu adam in public xbole leka.th2 kang disingkapnya tudung kita! Opssss!

  • nurul:

    ya farah, for me pun tak de masalah, lg pun kalu pakai tudung dah boleh cover dah….pernah juga dulu tumpang kerusi salesgirl masa shopping kat bazaar jln TAR KL dan satu bazaar di kemaman dgn selambanya..

  • agreed sgt dgn kak farah..ketepikan jek malu tuk penuhi kehendak anak..ad kawan2 yg tny tak malu or susah ke nak bf kalo kat public..kita buat bnd elok, i’ALLAH ALLAH sentiasa permudakan kan?:)

  • mummy:

    btw, nak tanye berape jarak umur anak sulung dgn anak nombor dua?

  • farah, patutnya tambah lagi satu tips..
    menyusu sambil tersenyum dan bermuka cool!*seperti di dalam gambar*
    baru confidence kan!
    org pun tak perasan, kita pun tambah yakin hehehehehehe

  • mamaamisya:

    bagi saya menyusu dikhalayak tak kisah, asalkan pandai jaga aurat…bukan orang perasan…he..he..yang penting anak kenyang…betul tak?

  • Ummi Iyad:

    Alhamdulillah..sy yakin sgt nak susukan my baby Iyad in public..ada kebanggaan di dalam diri seorang ibu untuk memberikan air susunya tanpa mengira masa dan tempat.yang lucunya baby dah pandai selak tudung bila dia lapar..dah tahu d mana ‘candu’nya bersembunyi..hehehe…

  • Salam. Dah lama saya jadi silent reader baru nih nak share pengalaman bf in public. Yess!setuju dengan puan farah dengan baju menyusu yang menutup aurat dan keyakinan kita semua boleh bf di mana2 jua!contohnya baru nih masa tgh island hopping di Langkawi tiba2 anak saya merengek “nak tetek” masa dalam bot laju. Apalagi, terus capai nursing poncho, selak nursing t shirt dan ngappp!Orang lain dalam bot senyum2 simpul dengan gelagat kami tapi saya tak kesahh..Lega!Ironiknya di sudut lain dalam bot yang sama sepasang suami isteri memberikan FM kepada baby mereka yang mungkin berusia dalam 5-6 bulan sedangkan saya menyusukan anak saya yang berusia 2 tahun!Harapnya ibu tersebut mendapat mesej saya bahawa “Breastfeedlah!”

  • ct:

    ya,sokong2x.saya pun amat tidak malu untuk menyusukan anak di public malah saya lagi amat bangga kerana dapat menyusukan kedua2 anak saya dengn susu ibu.

  • [...] kali ini tak perlu diulang kembali apa yang saya pernah tulis di SINI, anda hanya boleh klik dan [...]

Leave a Reply