Saya Mahu Semua Ibu Menyusukan Anaknya

Sebenarnya tajuk ini adalah dari tajuk utk contest ipad MommyLyna di blog beliau :-)

Saya tahu confirm saya takkan menang sbb Lyna takkan bagi pada saya atas sebab kroni. hehe

Tapi, kalaulah saya salah seorang peserta, inlah apa yang saya mahu.

Kata suami, dia juga turut terkesan setelah bersama-sama mengharung perjuangan utk meyebarkan tentang penyusuan susu ibu. Katanya, ada satu hari dia melihat seorang ibu sedang memujuk anaknya utk menyusu badan. Tetapi anaknya (lebih kurang umur Ian) mengamuk dan menangis sehingga memaksa ibu tadi meminta si ayah membuat susu tepung kerana baby “tak puas/kenyang” mengocak botol susu bersama susu tepung dan air suam. Katanya, mahu saja abang pergi dekat ibu tadi dan minta dia sabar sedikit dan susukan anaknya.

Saya mahu, semua ibu percaya akan kebolehan diri sendiri utk menyusukan anak.

Saya mahu, ibu berusaha menggali ilmu penyusuan seawal yang mungkin.

Saya mahu, ibu tahu apa yang perlu mereka tahu dalam penyusuan.

Saya mahu, mereka sedikit ‘degil’ bila org di sekeliling berkata itu dan ini memaksa memberi susu formula.

Saya mahu, ibu percaya yang Allah telah jadikan seorang ibu mampu menyusukan anaknya. Hanya beberapa peratus (3-5% ibu di dunia) yang tak boleh menyusukan anaknya – abnormalities & surgery. Yang lain, boleh.

Saya mahu, ibu tidak hanya memikirkan memberi susu hanya utk mengenyangkan bayi. Ianya lebih dari itu.

Saya mahu, bapa2 membantu dan memberi sokongan kepada isteri yang ingin menyusukan. Ianya bukan utk org lain, utk anak anda juga.

Saya mahu, nenek-nenek, ibu mertua dan ibu kandung kepada ibu yang ingin menyusukan diberi info yang betul tentang penyusuan. Saya faham, mereka amat sayangkan cucu dan tak boleh lihat cucu menangis. tetapi kalau mereka faham, peratusan ibu mengalah pada susu formula atas nasihat org tua boleh dikurangkan.

Saya mahu, ibu lain yang belum mengandung, juga telah didedahkan dgn kepentingan menyusukan anak. Supaya menyusukan ini membuat mereka teruja, sama teruja ketika mahu “shopping” barang keperluan bayi mereka.

Saya mahu, ibu sabar, ibu tenang bila merasa “down” dalam tempoh penyusuan.

Saya mahu, ibu menyusukan anaknya walaupun bekerjaya.

Saya mahu, ibu buktikan yang mitos2 seperti payudara kecil tak banyak susu, payudara besar banyak susu adalah mitos semata-mata. Anda mampu menyusukan bayi walau mcm mana saiz payudara anda.

Saya mahu, ibu yang telah gagal pada anak sebelumnya, tekad, tekad utk menyusukan anak seterusnya.

Saya mahu, ibu yang menyusukan, tidak angkuh dan memandang sinis pada ibu yang tidak menyusukan. Anda patut sebarkan secara baik dan tidak menyalahkan ibu2 tadi. jgn hukum mereka. Tiada paksaan tetapi lebih kepada pendekatan menyebarkan. Kalau mereka masih tetap dgn pilihan mereka, tak mengapa, kerana anda telah buat yang terbaik.

Saya mahu, ibu2 bersatu hati. tidak menandingi susu siapa paling banyak dalam peti, susu siapa pekat dan cair dan lain2. Anda boleh memberi motivasi kepada ibu yang lain tetapi tidak untuk bertanding. Ini kerana, susu yang kita hasilkan kalau banyak, utk keperluan ank kita yang meminta banyak (demand). Bukan semua org harus dapat beratus2 paket baru dikira hebat. Apa yang kita hasilkan adalah apa yang bayi kita perlu.

Saya mahu, ibu cuba fikirkan kalaulah kita dalam bencana. Kalaulah tiada pilihan, maka kasihannya anak kita yang masih kecil. Kita bertuah, negara kita begitu kurang risiko bencana.

Saya mahu, kita berbalik kepada fitrah.

Saya mahu, rakan-rakan di luar sana tidak jadi seperti saya ketika episod penyusuan anak pertama, sara.

Saya mahu, kita sama-sama membantu ibu lain yang memerlukan.

Saya mahu, iklan di TV hanya cerita pasal susu ibu berbanding Enfalac, Wyeth Mama dan lain2.

Saya mahu, kerajaan memandang serius perkara ini sama seperti memandang serius tentang rokok. Ya, saya tahu pembelian susu formula menambah ekonomi negara, tetapi tahukah mereka, berapa ramai anak yang berisiko?

Saya mahu, ibu yang mempunyai anak istimewa, lebih tekad menyusukan anak mereka, kerana di sinilah anak mereka diberi perlindungan semulajadi paling baik.

Saya mahu, walau kita menyusukan anak, tetapi kita masih jaga perlakuan, masih menunaikan tanggungjawab kepada Allah, masih solat, masih berpuasa (kalau meninggalkan puasa semasa menyusukan anak, maka gantilah semula, jgn pandang ringan perkara ini). Menyusukan anak bukan bermakna kita adalah ibu sempurna yang tak perlu buat apa2. Kita masih ada banyak tanggungjawab, kita masih hamba yang perlu patuh pada Allah.

Saya mahu, apa yang anda, seorang ibu yang menyusu mahu.

Selamat menyusukan anak, rakan-rakanku. Moga dengan menyusu buat anda merasa ‘indah’ dan ‘insaf’ luar dan dalam.

Saya mahu, selain anak2 dara saya sara & syasya, isteri putera saya, Ian juga menyusukan anak-anaknya iaitu CUCU saya :-)

Saya mahu IPAD dari mommylyna.

 

22 Responses to “Saya Mahu Semua Ibu Menyusukan Anaknya”

  • Menyusukan buat pertama kali, saya sorang2 bertarung…tanpa sedikit ilmu pun yg dikutip. Tiada sapa yg membantu. Keinginan mahu menyusukan anak secara eksklusif wmembuak2, walaupun pada peringkat awal kelahiran kubenarkan mereka memberi susu formula.(ammar was admitted due to jaundice within 24hrs)

    Mengepam di tmpt kerja dan setiap hari waktu lunch akan ku zass ke nursery utk direct feeding dan bagi stok susu yg dipam (kes tak reti buat stok) Slowly, ku terima satu email mengenai penyusuan di yahoo groups dan disitulah aku mula menggodek ilmu penyusuan dari sarakids/blog.

    Saya melalui perkara2 yg org memandang jelek dgn penyusuan ini. Dan saya bangga dapat menyusukan anak2 saya walaupun tmpoh yg singkat…dan tak pernah malu utk menyelak baju menyusukan anak di saat mereka memerlukan…

    Dear, thanks for everything… ;) ibu2 yg perlukan bantuan penyusuan, tidak akan berseorangan lagi….

  • NIZA:

    TIDAK DINAFIKAN MASIH ADA LAGI STIGMA TENTANG BAYI TIDAK MERASA KENYANG APABILA MENANGIS.SUSAH UNTUK MEMBUATKAN ORANG FAHAM MUNGKIN BAYI MENANGIS BUKAN DISEBABKAN LAPAR TAPI DISEBABKAN LAIN.BILA BERDEPAN DENGAN OARNG MACAM NI AGAK SUKAR NAK MENYAKINKAN MEREKA KERANA STIGMA FIKIRAN MASIH DI TAKUK LAMA.MASIH TERIKUT-IKUT CAKAP ORANG TUA.BUKAN MENAFIKAN PENGALAMAN ORANG TUA TAPI YANG BAIK BOLEH LA IKUT.

  • rose:

    as-salam..

    yer betol puan farah..
    saya sokong & inginkan mereka menyusukan anak mereka..
    Alhamdulillah..tamat sudah tempoh 2 tahun penyusuan untuk anak..tetapi ianya tidak akan berakhir begitu saja kerana masih ader susu..saya akan teruskan menyusu hingga ke titisan terakhir..

    sama seperti ‘shogun_Na’..sy bertarung sendiri..tanpa sedikit ilmu & sokongan..

    sering mendapat ejekan dari rakan sepejabat & mendapat gelaran ‘Rose Kilang Susu’.Kerana saya akan mengepam 3jam sekali tak kira dimana sy berada..sering kali membawa stok EBM naik flight kerana saya selalu outstation..menumpang freezer di hotel..saya tidak rasa yang itu semmua perkara yang leceh..kerana dimana ada kemahuan..disitu ada jalan..

    Saya juga akan bersikap degil sedikit terhadap sesiapa yang berkata itu & ini mengenai susu ibu nih..menolak sehabis nye sekiranya di suruh FM..sehinggakan anak saya digelar ‘bayi eksperiment’ kerana dia hanya minum sI yang telah diperah/ebm..kerana kesilapan saya dimasa dahulu..& akhirnya saya berjaya tamatkan tempoh itu & berharap ianya menjadi contoh kepada mereka..

    saya seorang silent reader puan farah & selalu mengutip ilmu penyusuan di blog puan & rakan PCPA yan lain..

    terima kasih puan farah..

  • hazie:

    teringat masa bby kat NICU dulu .. ayik pam susu jer.. even mcm2 org ckp.. bg FM cz nti bby prem cepat naik badan..alhamdulilah bjaya tahan dugaan.. tp once my bby kuar hosp x nk plk direct feed.. dh wat mcm2,.. still x bjaya.. jumpa LC la.. jumper paed la.. even jmpa ustaz minta air penawar.. cuma ustz tu bgtau rexeki my rayyan kat citu .. mayb die tringat arwah twinnie die .. so x nk langsung direct feed..pasrah bg thru botol.. tp perjalanan exclusive Bf rayyan smpai umor die 13 bln jer.. sya tewas.. insyaAllah akan cuba tuk nxt bby..lengkapkan diri dulu ngn ilmu byk2

    tq farah for all ur info.. nxt tm preggie nk register awal2 pg class BF ..

  • Mona:

    As Salam

    saya ada pengalaman anak tak mau hisap susu direct. semua posisi yg saya belajar dh dipraktikkan. byk nurse yg cuba tolong, tp gagal (kecuali sorang je. mungkin anak sy takut dgn dia kot). balik rumah masih sama. x mau menyusu direct. sampai nangis2 saya sebab kecewa.

    tp one thing is that sy bersyukur dgn teknologi yg ada. walaupun saya tak berjaya menyusu direct, tp sy masih boleh bg susu saya untuk anak. saya pump. dan bagi dalam botol. Alhamdulillah rezeki baby saya murah jgk waktu tu. stok susu yg ada cukup utk dibawa ke taska.

  • Apa yang saya mahu? Saya mahu semua ibu mencari ilmu sekiranya mereka rasa diri mereka kekurangan ilmu. Saya mahu semua ibu berusaha dengan gigih untuk memberikan yang terbaik buat zuriat mereka…amanah Allah. Saya mahu semua ibu menunaikan hak ke atas anak mereka sekiranya mereka tidak disahkan tidak mampu berbuat begitu. Saya mahu menebus kesilapan lalu dengan menambah ilmu, membantu mereka yang memerlu, mendapat nasihat daripada mereka yang tahu, menghebahkan kebaikan susu ibu kepada mereka yang keliru.

    Apa lagi yang saya mahu? Saya mahu mendoakan agar semua ibu dipermudahkan perjalanan mereka untuk memberikan susu ibu kepada benih cinta mereka dan suami…

    Salam sayang buat semua Ibu/Mak/Mama/Mummy/Bonda…anda semua insan HEBAT! Selamat menyusukan anakanda ;)

  • dhiya:

    as salam..

    saya pula semakin hari semakin mahu bf my baby exclusively.. ;) excited sgt..skrg tunggu masa je nak bf kn baby..tapi situasi sbnr xtaula mcmn plak..semoga segalanya dipermudahkan,aminnn….

  • Terima kasih pada saya ucapkan pada semua blog yang saya godek untuk ilmu penyusuan ini…saya sudah ada tiga anak..anak pertama berjaya ekslusif 5 bulan shaja sebab masa tu suri rumah…anak kedua 4 bulan sahaja…sebab baru buat bisnis..tengah sibuk…kurang maklumat penyusuan…sekarang anak ketiga baru 2 bulan ekslusif Bf..insyaallah berazam untuk bertahan sehingga 2 tahun…hasil dari semangat rakan2 blog sekalian…kesilapan membantu kita menjadi lebih baik…dorongan suami sangat penting….dugaan2 dan pantang2 yang orang tua pertikaikan tentang penyusuan ibu patut diselidik dahulu sebelum mengiyakan….terima kasih semua pada ibu2 yang memperjuangkan penyusuan susu ibu..

  • as salam..
    satu lagi artikel yang buatkan saya rasa terharu dan bangga kerana dapat menyusukan anak saya..betul kata farah, menyusukan anak bukan untuk membuatkan kita rasa riak dengan apa yg kita boleh berbanding ibu yang tidak menyusukan..masing2 ada pilihan..kita patut menyokong dan menyebarkan tentang penyusuan susu ibu kerana itulah yg terbaik!
    mohon share artikel ni ek..:)

  • kadang terasa hampa bercakap dgn org yg berpandangan negatif. seolah2 nya mcm kita nak jual barang, padahal apa yg kita ckp utk kebaikkan mereke sendiri.. hanya yg cekal & bersemangat waja saje mampu mengharungi detik2 sukar :-)

  • MARIA:

    Mestila..Kalau boleh patah balik nak susukan sepenuhnya anak no. 1..Kesian kakak tak dapat hak sepenuhnya tapi walaupun dah 5 tahun, kekdg tu saya masukkan juga air susu saya dalam air milo dia…Alhamdulillah masih mendapat sokongan orang di sekeliling dan menjadi inspirasi kepada sedar-mara..chewah…

  • rose:

    artikel ni buat sy tersentuh..thanx farah!
    menyusu anak sepenuhnya? nak dengan tak nak aje.
    if dah taknak tu..mcm2 alasan diberi
    susu kering la, anak tak kenyangla, stok tak cukupla. n mcm2 lagi sampai sy tak tahu dah nak cakap *maybe takde talent nak jd perunding susu mcm farah* ehehe

    oh ya, nak tanyela..masa mengandungkan ian, syasa masih nyusu lagi tak? macam mana atasi susu merudum? anak sy mmg alergik teruk susu lembu & dia menolak semua susu selain susu sy..dia mmg makan berselera & sy bagi makanan seimbang. cuma stok susu yg ade sekarang hanya dpt bertahan lagi 1 bulan rasanya..anak sy nak masuk 2 tahun lagi 4 bulan..kandungan sy dah masuk 11 minggu..minta kongsi pengalaman farah boleh? thanx in advance

  • raihana:

    kak paan….artikel terbaik!!! terharu!!

  • aida:

    salam kak paan..

    anak saya pun allergik susu lembu..disebabkan bf saya juga x boleh ambil mknan berasaskan susu sebab nanti anak gatal garu2..boleh akak kupas sikit tak isu ni..

  • thanks for this entry :)
    as inspiring as usual :)

  • Hmm good job … Tapi… Kalo bukan kroni pun saya terpaksa disqualified kamu kerana tidak menepati syarat2 pertandingan!

  • ema:

    tq k.farah. saya antara yg pernh hadir kelas penyusuan akak.bkobar nak bf exclusive dan rs mmg sdh bsedia rupanya saya diuji kerana rs overconfident tu.saya hmpir bg FM pd baby kerana sedih tgk baby nangis n xnak bf and saya rs mcm low milk supply.tp alhamdulillah,saya punyai suami,kakak serta kwn2 yg mberi sokongan penuh utk bf dan entry kak farah kali ini betul2 memberi saya semangat semula serta mengakui bahawasanya benar bf lebih dr sekadar mengenyangkan baby.

  • honey:

    Puan Farah,

    MashaAllah, it is indeed a very touching video.
    But I think you should remove the video since the video exposes some of your aurat like your hair, neck etc.

    Sorry if my words hurt you, but I do believe it is best for you (not gaining any sin if there is any male reader watch the video).

    You are free to delete my comment from others to view, but I really love you for the sake of Allah, just like you love other women to breastfeed their little one.

  • Natra:

    Salam kak farah,

    Berbanyak terima kasih pada kak farah krna banyak memberi sokongan/dorongan (walaupun secara tak lgsg, hanya dgn cr menulis di blog). Banyak info yg saya rujuk/pelajari dari blog akak.. Walaupun ada ketika nya, sy rasa ‘down’ dgn milk supply dan tangisan anak, saya tetap bersikap ‘degil’ dan ingat kata-kata kak farah, susu ibu tu cukup untuk kenyangkan perut anak..

    Cuma satu soalan saya, baby saya yg baru berumur 1bulan ++,seems tak pernah puas minum susu, walaupun saya dah bg susu ebm 2oz/3oz & direct bfeed. dia still menangis kelaparan..macam mana saya tau anak lapa? bila di ajukan tangan pada pipi..dia menoleh kiri kanan mencari susunya.. harap kak farah dpt beri panduan..

  • zazaa:

    kak farah,
    saya sgt suka ayat ini

    “Saya mahu, ibu yang menyusukan, tidak angkuh dan memandang sinis pada ibu yang tidak menyusukan. Anda patut sebarkan secara baik dan tidak menyalahkan ibu2 tadi. jgn hukum mereka. Tiada paksaan tetapi lebih kepada pendekatan menyebarkan. Kalau mereka masih tetap dgn pilihan mereka, tak mengapa, kerana anda telah buat yang terbaik.”

    bukan semua ibu xnak menyusukan anak mereka.. mungkin bukan rezeki anak mereka..
    thankss kak farah.
    kak farah sumber inspirasi saya!

  • wany:

    SALAM……suka sgt dgn artikel ni…..menyentuh perasaan….alhamdulillah dgn tekad yg kuat sy masih berjaya menyusukan bb sy yg berumur 1 thn 3 bln….semuanya kerana org2 mcm farah…..yg sentiasa bersemangat menyebarkan dakwah penyusuan ibu ini….semoga ALLAH memberkati nya….sy sgt percaya dgn pemikiran yg positif insyaallah mommys takkan ada mslh nk bg susu ibu….itulah nasihat yg saya share ngn adik ipar sy yg baru dpt anak sulong……cerita dia…kawan2 kata mcm2 ( kenyataan yg biasa di hadapi ibu yg menyusukan anak) tp pegang advice sy….alhamdulillah blk skolah…bb nya mmg tak mau FM…..alhamdulillah….thank you ALLAH…

  • nora:

    salam
    sy br dpt anak sulung,skrg berusia 16 har. sy mmg bertekad utk BF anak sy,sb sy tau itu adalah yg terbaik utk dia. sehari slps melahirkan melalui caesar, sy cuba utk mula BF. my baby did suckle, tp air susu sy tak keluar, dan sy berkeras tidak mahu mminta nurse beri susu formula. ini berterusan hingga hari ke 3,bila sy dh balik rumah. mlm tu baby sy meraung2….org dok kata sb bdk tu lapar, tak menyusu langsung.sy panggil org utk urut breast sy, sb org kata klu urut, air susu akn keluar. tp…keluar sikit sgt. akhirnya sy terpaksa juga ikut ckp org, beli la jugak susu formula. tp sy usaha lg utk tambah susu badan…mkn kurma, sayur sawi, bayam (mmg sy langgar habis makanan utk org berpantang kt kws ni, that consists of ikan bakar+air asam jawa+lada hitam n ikan bilis kering n nasi panas….hari2…..mana la nk dpt zat yg cukup), minum milo, susu…sy pun ada beli pil dari farmasi utk tambah susu bdn (ini pun sy tanya pendapat nurse dulu). Alhamdulillah, susu bdn dh semakin byk….skrg sy cuba breastfeed sekerap mungkin, tp susu formula msh dipakai….skrg tgh cari cara utk phase out susu formula, sy nk BF 100% (ada tips?)

    i want the best for my baby. and i’m thankful that i have a friend who strongly supports me in this endeavour (dia yg recommend blog ni). mmg byk cabaran sy kena tempuhi, tp Insya Allah, i will prevail =)

Leave a Reply