Mengurus stok EBM dalam plastik simpanan (breastmilk storage bags)

Panjangnya tajuk. :-)

idea ini saya dapat bila bertemu sis aida, senior saya masa zaman belajar dulu di KLCC (charity bazaar) minggu lepas. Last jumpa beliau masa saya masih anak dara. skrg dah beranak 3 :-) hehe

Tu sbb org selalu kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. KLCC jauhla sangat ye farah. hehe. Maksud saya, lg banyak org luar kita temu, makin banyakla idea dan inspirasi baru kita bina.

Kali ini nak berkongsi dgn ibu2 di sini :-)

Saya mempunyai beratus-ratus paket stok EBM yang semakin memenuhi ruang deep freezer di rumah saya.

Saya pasti, ibu2 yang mempunyai stok susu juga kdg2 pening bagaimana nak mengurus stok susu.

Ya Allah, saya bersyukur sgt dgn rezeki Adrian yang tak putus.

Ada ibu yang  tanya pd staf saya (maybe mereka segan nk tanya sendiri, hehe) “kak farah makan apa susu banyak?” jawab staf saya “kak farah tak makan apa2.” — mmg betul, sbb saya cukup takut makan ubat, jamu dan saya sangat memilih makan. Saya hanya jaga ‘supply & demand’ – apa yang penting.. kosongkan.

dulu saya pakai botol penyimpanan stylo Mama ini, namun lama kelamaan botol tersebut consume space yang banyak dalam peti sejukbeku saya dirumah.

Setiap kali berubah bulan, atau mahu tinggalkan anak setiap hari, saya terpaksa selongkar stok susu yang tarikhnya paling awal (first IN). mmg susah juga setiap hari nak membelek setiap paket dan tarikh.

Jesteru, bila dpt idea ini, jom tgk apa kami suami isteri buat supaya stok susu semakin teratur.

seperti biasa, mula2 label tarikh. dalam kes kami, ian duduk di rumah bersama pembantu rumah jadi saya tak tulis nama ian.

isikan susu dan keluarkan udara yang terperangkap dalam plastik simpanan.

kedudukan plastik simpanan berisi susu adalah begini.

cari satu beg kertas (paper bag) yang tapaknya adalah sebesar plastik simpanan tersebut.

suami potongkan garisan di tepi beg kertas.

terima kasih abang ;-)

potong seperti di atas. Dan jangan lupa labelkan beg kertas mengikut minggu dan bulan.

letak plastik berisi susu ibu dalam posisi begini di dalam beg kertas tadi.

Pastikan saiz beg tersebut membolehkan plastik susu ditarik dari beg kertas.

Dan pastikan, susu yang awal diperah adalah di bawah sekali. FIRST IN, FIRST OUT.

Jadi, bila kita tarik satu plastik, plastik yang tarikh lain akan turun ke bawah. Pastikan tarikh ditulis di tempat yang disediakan untuk memudahkan kita melihat tarikh yang paling awal.

potong separuh beg ikut ketinggian peti ais.

ya, stok susu ini akan lebih tersusun selepas ini :-)

Lebih kurang beginilah posisinya nnti. abaikan stok di belakang yg masih belum di ‘sort’ ikut bulan :-)

Jadi, tugas ibu lepas ini hanya keluarkan beg kertas mengikut bulan plg awal, kerana yg lain dah tersusun di dlm beg kertas tersebut.

Selamat mencuba :-)

Jika anda telah buat, link kan gambar dan cerita anda di blog ini supaya kita boleh berkongsi dgn ibu yg lain :-) Semoga anda mendapat manfaat, Insyaallah.

*bonda: Abang, moh (org perak kata JOM) kita susun balik ‘rezeki’ anak kita nih. moh… :-)

26 Responses to “Mengurus stok EBM dalam plastik simpanan (breastmilk storage bags)”

  • ish ish ish.. brilliant idea!

    Ko patut tgk ku punya freezer cik farah ooi.
    teman ni dok berkira nak beli ke tidak DF nye..
    ish..sume dok dlm plastik ikut bulan..

    bagus gak ni, pakai liner zip locl ni mmg baguih tapi kalu yg kena ikat tu ku rasa tak sesuai le gamaknya. lum sempat beku, mau ada yg meleleh.. >_<

    tq ye!
    —————
    yut: hahaha… kelako la. banyak ye cik yut.

    dh habis study ke? teman duk pulun buat module. jumpa di dewan periksa bulan 7 ni ye. chaiyok2… hehe…

  • Salam Farahm Wow, its really a great idea. selalu kita simpan dalam “tipuware”, tapi, kalau beg kertas, lagi save place!

    hehe.. mekasih, tak sabar nak buat ni..

    Lissa
    FRIM
    ——————
    lissa: wah ptptn jadi ptptipu, tupperware, jd tipuware.. hehehe

    lissa, dh buat link kat farah ye. :-) best jumpa lissa di expo hr tu :-)

  • Salam, saya kongsikan cerita saya jimatkan ruang freezer di sini ye =)

    http://ibucergas.com/2011/01/cara-menjimatkan-ruang-freezer-ebm-jika-guna-plastik-liner-yhab-part-2/
    —————–
    farha: wah… dh tgk. sgt menarik. nnti farha boleh share kat mana nak beli sealer tu, hehehe..

    anyway good idea to share with, my dear. thank u :-) happy breastfeeding :-)

  • Salam Farah,
    Mmg kretip! hheh… ni kak lid berkobar2 nak start next projek untuk adiknya Ibnu (no 3)nak praktis suma yang dah godek kat blog Farah ni.. Ibnu, masih BF, stock, kais pagi mkn pagi, tapi alhamdulillah… tq farah for sharing.
    ———————
    k.lid: aiseh… bagus nih! nnti kak lid bgtau la feedback nye macam mana ye. kak, takpe stok kais pagi, yg penting anak kita dpt titisan susu ibu :-)

  • Salam Farah…
    time kasih banyak2…saya baru duk terpikir cam mana kalo stok dah banyak nanti…mesti susah nak cari stok lama…skang ni saya masih pakai botol…masih dalam pantang…cuma nak tanya cam mana nak banyakkan susu…skali pump dua2 belah boleh dapat 7oz,satu hari dapat pump 3 kali sesi..sebab baby direct feeding at the same time…masih terpikir cara tuk tambah susu…:)
    ————————
    farihan: alhamdulillah.. 7 oz sekali pumping banyak tu. farihan kerapkan menyusu anak, kalau anak tidur boleh sambung mengepam. masa pantang ni lah nak kejar simpan stok susu sbb susu keluar dgn melimpah dan mewah :-)

    ni je tips: kosongkan breast – samada menyusu baby atau memerah. walau 1 oz, 0.5 oz sekali perah.. kosongkan. dan ianya akan diisi semula :-)

  • Salam…. wow Tahniah… mmg bestkan dpt susu anak sendiri…. tapi anak2 I xsuka minum susu mummy dari botol… :-(
    adoi……
    ——————
    mummynana: suka betul baby berdakap dgn mummy dia ye. :-) tak apa, baby boleh minum melalui apa sahaja selain botol. alangkah indah kalau dia menyusu terus dari payudara setiap masa mcm u :-) bestnya.. :-)

  • an15:

    in pharmacy, mmg kitorg praktis FIFO ni. nak make sure ubat dah keluar for patient, kalo tak mix up expiry date. Tak sangka blh apply for ni jugak.

    Thumbs up!
    ———————
    an15: wow. nama nya FIFO ye an. thanks dear! :-)

  • Hana:

    As Salam, paperbag tu x basah ke bile masuk dalam freezer…pastu storage bag tu mcm mane nak warm kan bile nak pakai sbb dia dah leper…
    —————
    hana: tak basah bila duduk dlm freezer :-)

    and storage bag tak boleh terus dipanaskan, kena masukkan dlm botol (esp Free BPA bottle) baru dipanaskan.

    selamat mencuba :-)

  • Mai Zuniyati:

    Wah. ini memang bagus. Saya terfikir jugak mcm mana nak simpan dengan lebih teratur. cara ni memang boleh dipraktikkan apabila baby saya lahir nanti. memberi saya lebih semangat untuk fully bf baby nanti. thanks kak farah

  • bagi aku lah sikit. nanti boleh aku culas2 sebab anak aku ada mak susuan hahaha.

  • wah..a good engineering work!KAIZEN!hehehee..
    Doakan anak saya nanti bnyk susu jgak mcm Ian..Amin ;)

  • La_Belle_Shump:

    Blog farah n sue ni kena ada satu ikon klik ‘LIKE’ mcm kat FB tu… heheh
    sgt mnarik.. bole diprektiskan.. tp kena guna utk storage bag double lock saje laa yek.. takut nnt tumpah kalo guna plastik yg lain… urrrmmm

  • asma:

    salam.. seronoknya .. cara yang terbaik.. x sabar bulan 8 ni nak praktiskan..

  • La_Belle_Shump:

    saya nak tumpang lalu…. saya dah tgk blog puan farha… terima kasih byk2 dah dpt idea utk guna plastik YHAB n Suri…kalo dpt share di mana boleh beli sealer tu pun ok jgak ;)
    terima kasih banyak2 pada farha dan farah :D

  • sabar:

    Salam Farah…
    Bila kita simpan EBM dlm plastik cth 7oz, tapi baby sekali minum 3 0z shj…macam mana cara terbaik nak memanaskan EBM tersebut? Minta bantuan sbb sblm ni sy smpn dlm botol 3 oz siap2, jadi bwk ke rumah pengasuh terus panaskan ajer… Apa cara yg praktikal utuk memudahkan pengurusan EBM ni(dari menyimpan hingga ke baby minum) dan pd masa sama nak jimat space dlm freezer?

  • wanermanisrin:

    kak farah sangat prektikel..tak terpikir nak buat camnih!good job kak farah

  • hana:

    thanks kak fara for the info…tp saya selalu direct panaskan susu dalam plastik tu je dlm warmer…sebab ada baca kat kotak jinggle junggle tu kata ok…hmm…takut pulak saya…pasni nak try gak la buat simpanan camnih..sebab susu baru dah xleh nak masuk lg dlm fridge 2 pintu…sgt sedih sebab terpaksa kurangkan mengepam sebab xtau nak simpan kat mana lg..

  • Fauzian Danila:

    Assala’alaikum Farah,
    Mohon Farah share kepada pembaca semua exactly jadual harian Farah menyusu direct dan mengepam utk. stok ketika tempoh berpantang selepas melahirkan Baby Ian. It can be somewhat tricky since baby is with us all the time… Thanks Farah, you are an inspiration, thank you dear.

  • wow.. idea yg menarik ni…:)
    cuma satu utk peringatan.
    kena hati2 jugak dengan liner ni wpun double zip lock.
    saya pernah kebocoran susu ms letak kat peti ais. habissss bertakung. mcm ada leaking. tp maybe dlm satu paket tu tak banyak kot.
    lepas kejadian, sgt serik nk baringkan plastik ni.:(
    takut kejadian yg sama berulang.

  • raihan:

    waahhh..best idea nih.. boleh saya praktikkan jugak untuk stok susu saya. sekarang saya simpan dalam deep freezer, memang cerewet la sikit bila nak keluarkan susu2 yang nak digunakan. kena tengok satu2 tarikh susu tu.. :-)

    tapi, bila simpan susu dalam liner tu, then baringkan dia.. tak susah ke nak cairkan susu tu? kalau guna botol atau liner yang duduk tegak tu, rasanya takde masalah nak cairkan susu (babysitter saya rendam dalam air panas/suam).. boleh bagitau cara TERBAIK nak cairkan susu dalam liner yang baring macam tu ke?

    p/s saya sentiasa berusaha untuk memudahkan babysitter uruskan EBM tu…

  • Arna:

    Kalau plastik storage tu pkai ikat getah camner nk susun nyer?

  • zaleha:

    wah cara baru…za bakal jadi ibu xlama g…so boleh la amalkan…tp plastik tu nk carik mana erk????sory za bdk baru blaja…

  • Mary:

    Saya buat stok tp tak byk..sehari dpt pam 5oz je..kdg2 20z..minggu depan start keja..sy nk tnya mcm mana nak byk kan susu..sy dh cuma stimulate 3 jam sekali..tiada perubahan. dan lagi satu kalau guna plastik spt diatas..perlu dicuci terlebih dahulu atau boleh terus simpan susu perahan ke dalam?

  • mai:

    salam kak farah..kt mane sy boleh dapatkan plastik simpanan susu ni?

  • ayu:

    salam kak farah…
    sya suke bca website akak. sya bru ada baby sulung jd bab EBM ni x brape pandai sgt. skrg sya ada simpan stok EBM dlm botol dan platik bag and letak kt freezer atas. susunan x teratur, sya main letak aje. kdg2 rse krg yakin tkt stok yg saya ade ni bleh guna ke x. ble dah baca entry akak ni, sya jd yakin blk. nnti sya nak susun blk stok2 tu. huhu…lagipun sya akan msk keje 2 minggu lagi.

  • nadia_624:

    salam,
    best la cara u susun ebm tuh. mmg menjimatkan. lepas nih nak wat la. sbb sy tumpang guna peti sejuk mak mertua. segan la kalau sepah2. tq 4 the idea.. ;)

Leave a Reply