Pemberian Susu Perahan Melalui Cawan (cup feeding)

Salam Selasa!

Esok saya akan keluar ke Damansara utk urusan penting – meeting bersama Mr. Han, director syarikat produk dari Korea.

Saya masih berpantang 23 hari.

Kebetulan terbaca soalan dari aida di shoutbox blog ini:

aida : salam…ada tak info pasal nak ajar babysitter bagi susu guna cawan atau sudu…tanpa menggunakan susu botol..untuk diberikan susu ibu yang dipam??…tima kasih.

Kebetulan saya juga mahu keluar bekerja di saat anak masih 23 hari.

Disini saya mahu berkongsi tentang penyusuan ketika bekerja – ramai ibu yang risau jika mereka mahu kembali ke kerja, tetapi anak masih menolak utk minum susu perahan melalui botol.

Kita perlu tahu, susu perahan boleh diberi kepada bayi dengan banyak cara- bukan botol semata. Ya, puting dicipta kerana bayi amat suka suckle for comfort. tetapi, utk mengenyangkan anak, ada banyak method utk beri bayi kita minum susu ibu yang telah diperah.

Jika ada perpisahan sementara (ibu harus ke tempat kerja, ibu ada hal penting diluar yang memerlukannya meninggalkan bayi bersama pengasuh atau nursery dan tinggal susu perahan- EBM), bayi yang berusia bawah 30 hari (seeloknya 50 hari) boleh di ajar minum susu perahan melalui cawan, sudu atau syringe (picagari) berbanding botol yang boleh menyebabkan bayi mudah keliru puting. – bayi bawah 30 hari senang mengalami nipple confusion.

Ianya tak susah, tetapi bukan mudah dan perlu praktis.

Jadi, dalam situasi saya esok, saya harus tinggalkan adrian yang masih berusia 23 hari bersama pembantu rumah. Botol? oh tidak. Kali ini, mari kita cuba minum susu mami melalui cawan (sippy cup) dan picagari (syringe) ya adik adrian :-)

* Pemberian susu melalui cawan juga boleh diaplikasikan sekiranya ibu mengalami luka puting (sementara), dan utk bayi yang mengalami sumbing (minor cleft lip).

Beberapa panduan ini mungkin boleh membantu ibu buat pertama kali:

1) Perhatikan cues baby dan tanda dia bersedia utk menyusu -isikan cawan kecil (sippy cup) dengan 1 oz susu perahan (EBM)

2) Bedungkan bayi dengan kain bedung utk mengelakkan tangan bayi bergerak dan terkena cawan.

3) Posisikan bayi pada posisi tegak (upright) dengan tangan di belakang leher bayi. Pastikan posisi selesa utk bayi.

4) Condongkan cawan ke bibir bayi dan biarkan bayi menjilat sendiri susu dengan lidahnya (seperti kucing menjilat susu – dont be offense, saya tak bermaksud samakan bayi dengan kucing – situasi nya lebih kurang begitu)

5) Pastikan bayi menelan susu perahan dan jangan sesekali tuang susu ke dalam mulut bayi.

6) Maintain posisi cawan walaupun bayi berhenti seketika dan bila bayi sudah kenyang, dia akan memusingkan kepalanya tanda dia sudah tidak mahu. Maka harus berhenti dan burp kan bayi anda :-)

Adrian belajar minum susu perahan- sesi latihan bersama bibik- bukan saya yang berikan adrian susu perahan – minta pembantu/suami yang beri kerana bayi kita ini bijak -dia takkan mahu minum kalau ibunya beri sebab dia mahu menyusu secara terus dari payudara. “breast ada, kenapa tak bagi?” – nnti merajuk dan dia akan refuse. Jadi, saya minta bibik yang berikan kerana dia harus berlatih supaya tidak kekok.

Anak kecil ini sangat bijak – dia minum dan telan perlahan2 sehingga habis.

* Mula-mula memang ada susu yang akan tertumpah sedikit- lapikkan dengan tuala atau napkin.

Saya juga latih pembantu berikan susu melalui picagari, jika adrian refuse utk minum melalui cawan esok hari. Yalah, mood bayi ni lain2. Hari ini ok, esok belum tahu lagi. Sekurang-kurangnya, dia aware method lain jika adik tidak mahu.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa beri susu perahan melalui cawan (cup feeding):

* Hanya beri susu perahan semasa bayi sudah bangun dari tidur & jgn beri ketika dia masih tidur.

* Ikut cues bayi – dia akan set sendiri bila dia sudah bersedia dan selesa, jgn paksa :-)

* Jgn lupa burp bayi anda :-)

* Bayi akan ambil masa utk belajar – bersabarlah. Dont expect mereka akan pandai sekelip mata :-) Latihan yang berterusan amat penting :-)

Oleh itu, jgn bimbang jika bayi tidak mahu minum melalui botol – ya, saya faham mungkin akan menyusahkan pengasuh, tetapi jika dah biasa, ianya lebih senang berbanding botol yang harus di basuh, disteril dan kemungkinan risiko tersedak susu.

Seronok tgk adik ian minum susu. Cute, lagi cute dari miaw miaw minum. :-)

Adik duduk baik2 ya dgn bibik. Mami keluar kejap saja. Mami work. Nanti mami balik adik nenen puas2 ya.

Rutin mami hari-hari: menyusu sambil mengepam. Kalau kakak syasya tak tidur, maka dia lah yang kosongkan sebelah lagi :-)

Tolong jaga adik ya kakak-kakak. Jgn naughty and bising sampai adik terjaga. :-) sayang anak mami!

Selamat berkongsi cerita. Kalau ada yang saya tertinggal, sila sambung di kotak komen, kerana saya menaip dalam tergesa- mahu tidur awal :-)

sekian, jumpa lagi!

* Bonda: seronok ada anak kecil baru (baby) sbb saya boleh aplikasikan semua yang saya pernah ajar dan belajar tentang laktasi (penyusuan).

15 Responses to “Pemberian Susu Perahan Melalui Cawan (cup feeding)”

  • farah, kite doakan farah di berikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,dikurniakan keceriaan serta kebahagiaan..your blog is full of info..thanks!thanks!and thanks!! :)

    p/s:esok sila jalan baik2 ye cik kak…..sila jgn jalan laju2 hokeh..hehe
    ———————–
    lynn: hehehe.. saya udah pulang. jalan tersipu2 malu gitu. mcm pengantin baru :-)

  • shogun_na:

    Cup feeding…pernah cuba masa nipple ku luka teruk dan masa tue farzana kena masuk hospital…dlm pantang lg… Nurse-nurse di Hospital Raub byk mebantu….malangnya…dia refused…almaklumla…kite yg bg sendiri…huhuhu…takkan nak suruh nurse kan….

    Teknik pun kena betul, kalau xpandai, kena bljr. Jgn ingat mcm bg budak besar minum….hahaha…Untung fara….theory dah master, ada baby boleh terus aplikasikan dan practicalkan ia… Terus boleh share dgn kami…. Terima kasih…
    ———————
    ina: haah, bila mak dia bg, mmg dia taknak sbb dia lebih gemar bau breast itu :-) takpe, next time, suh ayahnya bagi. hehehe :-)

    yup, baby ni bnyk benda dia kena belajar. kena beri dia masa, dan dia akan belajar dgn baik kan ina? :-)

  • MARIA:

    Patut ler masa train anak no. 2 dulu sampai dua bulan lebih baru pandai nak pakai botol…Reject botol nangis cam kena pukul..Mujur ler babysitter penyabar orgnye..Dulu tak tau cara nak pakai sudu/cup so, lepas ni untuk next baby boleh train dengan cup…

  • Pandainya Ian…suka aunty tgk :D Abg Irfan dulu tak belajar minum dr cup sbb lg 2 minggu nak masuk kerja baru bagi dia minum EBM…an that time terus ajar guna botol sbb dah ada pengalaman kaklong dulu yg langsung tak mau botol…nasib baik time tu masih belajar, so kenalah balik feed Afifah every 2hours. Really miss that moment. Biarpun terkejar2 dr kelas ke rumah pengasuh then ke kelas semula, but Atie masih mampu menghabiskan degree dgn cemerlang….Alhamdulillah…sungguh mudah menjaga anak2 yg BF ni, cuma kakngah yg terlebih manja dan ngada2 sbb time dia 5mths..kami dah ambil maid yg asyik pegang and dukung dia..huhu..
    Anyway Farah, Atie sentiasa doakan PSA terus berjaya…syarikat bumiputera yang membanggakan rakyat Malaysia amnya and BF mummies khasnya…ameen…

  • farah,
    nak tanya..’
    boleh tak amek pil motilium masa tgh pegnen n dalam masa yg sama still bf?
    ——————
    cik_ah82: oh.. better dont dear. actually, kurangkan kebergantungan kepada pil2 yang mempunyai kandungan steroid. susu ibu akan berkurangan sewaktu mengandung kerana perubahan hormon yang terjadi, so kalau kita makan apa2 makanan penambah susu pun tidak akan memberi apa2 kesan. teruskan penyusuan mcm biasa :-) Let it be. :-)

  • eda:

    Amber Chia kata dia pun nak susukan anak dia smpi 2 tahun. Now, dia sgt aktif mengepam. hehe
    ———————
    eda: dia sgt cantik! (jumpa di parenthood expo) dan sentiasa suka tgk muka dia… hehehe

  • aida:

    hi farah,
    Alhamdulillah…akhirnya dapat juga info yang dicari…puas juga surf info pasal bf melalui cup feeding ni..yelah..kebelakangan ni banyak sangat kes baby tersedak masa minum susu guna botol..ditinggalkan pengasuh buat keje lain…lepas ni..boleh lah saya pratikkan pada bakal pengasuh untuk 1st baby saya nnti..bila masuk keje bulan depan, tak delah saya risau sangat..trima kasih farah…n all the best forever….:>
    ————————
    Aida: InsyaAllah. Kalau beri pakai cawan, pengasuh kita akan lebih alert berbanding bg botol, kdg2 dia boleh tinggal baby menyusu botol dilapikkan dgn bantal. kdg2 baby dh berhenti minum, tp susu masih keluar. itu yang buat baby choking.

    All the best dear!

  • anak aku si Fahry ms kuar inkubator dulu kena cup feeding, tapi dia taknak ko. dahla masa tu aku kena sakit mata cemana aku nakgi BF dia. last2 nurse situ yg jugak member aku terpaksa sorok2 kasik dia minum dlm botol (melanggar polisi spital tapi nakwat cemana dia nak kene pastikan budak tu cepat naik berat nanti Paed marah) sebab dlm cup dia taknak telan & siap sembur2 lagi. dasyat anak aku nih.

    btw masa tu Fahry berat dalam 1.6kg-1.8kg.

    (jeles tgk adrian pandai minum)
    ——————
    lyna: hebat fahry. terserlah heronya hehehe :-)

  • ilmu baru utk me :) thanks yer farah :)

  • Salam kak farah.
    Thanks for entri yang bagus.
    Anak saya dah 6bulan, tapi sampai sekarang dia memang tak minum susu guna botol susu. kat rumah pengasuh, pengasuh bagi susu guna picagari. Tapi sayang sebab susu banyak tumpah kat baju. Sedih je tengok baju basah dengan susu.
    Apepun kak farah, saya adore kak farah, banyak info yang saya dapat dari sini. first time drop komen. Selalu bace je..

    Semoga kak farah sihat sejahtera selalu, time pantang pun kene bekerja. :)

  • salam farah.. seronok baca blog fara.. membuatkan saya teruja nak baca blog2 yang seterusnya.. saya ada satu soalan, anak saya berumur 7 bulan dan saya merupakan seorang guru sesi petang.. waktu adawiyah berumur 6 bulan tepat, dia tidak mahu lagi menyusu menggunakan botol.. tapi setelah diletakkan nestum sedikit untuk perasa baru dia mahu.. persoalannya sekarang ialah saya akan bercuti sekolah selama 1 bulan.. patutkah saya mempraktiskan anak menyusu botol atau boleh kah saya menggunakan sippy cup yang ada lubang tu? saya kalau boleh tak nak dia refuse botol bila buka sekolah nanti. kalau umur 9 bulan boleh kah confuse puting juga? diharap farah dpt membantu saya dalam hal ini.. tahniah di atas kelahiran adrian! comel sgt..

  • akma:

    salam…
    kak farah, sy nk tanye perlu x membeli pam payudara tu..sedangkan saya surirumah sepenuh masa tp sy mengikut suami berkhidmat di luar negara..adakalnya sy perlu melibatkan diri dgn aktiviti perwakilan..sy juga hanya hanya membeli 2 botol susu sbb sy memg bercadang utk fully bf..harap akk ade cadangan utk sy…

  • nadiah:

    assalamualaikum kak,

    ingat tak lagi saya yg tulis komen waktu akak bersalin. alhamdulillah, saya dah selamat bersalin anak sulong kami at 37 weeks, baby nak kuar cepat tengok dunia. tapi sayang, walaupun saya berkobar2 utk berikan susu ibu, tapi dek kerana blood sugar baby rendah, hospital bagi juga susu supplement 2 kali. waktu tu memang susu tak kuar lagi. nak cepat kuar hospital kami benarkan pihak hospital bg susu formula.

    skunk ni pula, baby ada kuning cket, walaupun saya dah bg susu badan kat my bb, kuningnya still ada lagi. apa patut saya buat? dan satu lagi, waktu malam, baby nak menyusu dgn saya hampir 2-3 jam. mula2 ingat dia dah tido, sebab dia dah tak latch on, then masukkan dia dalam cot, 2-3 min dia nangis balik. then, susukan dia, sekejap jer dia suck, then dia akan berhenti and yido, tapi bila letak dlm cot, dia nangis balik…..memang bb dlm pantang macam tu ke?

  • [...] Sarakids ada menyediakan satu post tentang teknik memberi bayi minum melalui cawan.. [...]

Leave a Reply