Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Sewaktu entry ini dipublish, mungkin sedang berjalan-jalan dgn suami. Sebelum bersalin, ingin benar saya ajak suami berbuka di atas cruise tasik putrajaya ataupun menara Kuala Lumpur. penat bekerja, sekali sekala mahu merasa. seperti biasa, walaupun hari ini hari kami, si kecil dua org tak pernah kami tinggal.

Ini kerana hari ini merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 4 tahun. Kami disatukan berwalikan ayahanda saya yang tercinta. Ayahanda saya menangis. Menangis kerana akan berpisah dgn anak sulungnya.

Saya & Saiful, berkenalan dalam suasana yang sangat tiba2.

Mengenali dgn lebih rapat di tempat yang jarang org pergi – workshop – kereta Kembara saya rosak – minta tolong si dia yang merupakan rakan sekelas housemate – tanpa menolak- dia teman – dia membantu seorang wanita yang sgt tak faham apa2 tentang hal kereta.

Siapa sangka, dia sekarang adalah bapa kepada anak-anak saya!

2006- mengandungkan anak pertama- Sara

Tak tergambar seronok nak jadi ibu dan bapa buat pertama kali :-)

Seorang wanita ego, degil, keras kepala, jurusan mikrobiologi yang dikatakan dari fakulti skema bertemu dgn seorang lelaki yang nakal dan romeo, jurusan kejuruteraan, yang mmg saya tak pernah berkenan dgn lelaki di fakulti kejuruteraan. Boleh bayangkan bagaimana? :-)

Kuasa Allah, jodoh itu kalau dari benua lain pun, ia akan bertemu jua.

Gambar zaman dahulu kala:

dua2 masih kurus ;-)

Nampak tak kereta myvi hijau di belakang tu tenggelam? Tahun 2006- baru bertunang – baru beli myvi 6 bulan duit hasil kerja, berlaku banjir besar di TTDI Jaya. saya sedih, tapi dia ajak saya bergambar utk tenangkan perasaan. :-)

Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita, kanda.

Menjadi seorang isteri kepada kanda, buat dinda merasa bertuah. Bertuah kerana Allah memberi peluang kepada seorang wanita yang tiada apa2 untuk disayangi oleh seorang lelaki. Tempat utk bermanja, tempat utk menangis, tempat utk mengadu segala sesak di dada, tempat untuk menumpang kasih dan sayang seorang lelaki. Kita menangis, ketawa dan kongsi segala-galanya.

Tiada ucapan yang indah kerana dinda tidak pandai bermadah berbunga. Hanya doa mengiring setiap langkah kanda. Hanya minta Allah pelihara kesihatan, tubuh badan dan jiwa kanda. Hanya minta Allah pelihara keharmonian rumahtangga dan keluarga kita sehingga tertutup mata.

Dia letakkan sekeping kad kecil di tepi handbag pagi tadi “I love u so much dear wife. Thanks for being a greatest wife and mom. Happy 4th anniversary. love, – Saiful Azwan-”

Dia selalu kata “Jadi isteri abang, jgn diharap kata2 indah. Abg tak pandai. Abg tak se romantik pelakon di TV, tapi abg tahu cara menghargai isteri abg” – Ini sudah cukup, kanda!

Saya tanya dia, “mahu apa utk tahun ini?” Dia jawab “Mahu anak lebih ramai lagi” – GULP! (Anak dalam perut masih belum keluar dah pertimbang nak anak lagi?)

Dan dia hadiahkan sebuah mobil baru, buat penambah semangat ibu dan isteri muda ini bekerja lebih keras demi Sarakids kami :-) Terima kasih, kerana isterimu tidak pernah berharap apa2.

sewaktu kenduri cukur jambul sara dia pernah bisik di telinga “Bila kita nak tambah satu lagi anak” – dan bulan seterusnya saya disahkan mengandung anak kedua (syasya). Tahun ini mengandung lagi. 4 tahun berkahwin, 3 anak. kami tiada harta berkepuk2 – tidak kaya raya – tapi Allah limpahkan kami dgn kekayaan zuriat. Syukur Alhamdulillah :-)

Seumur hidup ini taatku kepada Allah, suami dan ibu bapa dan agamaku.

Slide sekitar majlis perkahwinan kami pada tahun 2006:

27 Responses to “Selamat Ulangtahun Perkahwinan”

  • Tahniah kak farah. Moga kekal selamanya. Amin
    —————
    shakey: thanks dear sis ;-) may allah bless u n family :-)

  • happy anniversary Farah…
    ————–
    nieda: thanks nieda :-)

  • Pa’an,

    Selamat Hari Ulangtahun ke 4…kita lumba nak by the time hang 30 ada berapa anak :P

    Agaknya hati suami kita senang kot yg tak sudah2 mintak anak ramai…**pingsan!!

  • Pa’an,

    Selamat Hari Ulangtahun ke 4…kita lumba nak by the time hang 30 ada berapa anak :P

    Agaknya hati suami kita senang kot yg tak sudah2 mintak anak ramai…**pingsan!!

    *sori kalau terpost komen 2 kali
    ——————-
    kak pja: hahahhahahahah

    ku sahut cabaranmu. Tapi rasanya kak pija yang menang.. heheheheheeh

    ntahnya. dia gurau “abg mintak tambah anak, bukan tambah isteri…” heheheheheh

  • byzura:

    tahniah dear..smuga trus bkekalan hingga ke jannah..
    u rupanya ex-student microbe gk ye..
    samalah kita..saya dlu amik course mikrobiologi UM…
    heheeee…..at last jd tecer…=)
    ——————–
    byzura: thanks :-) rupanya kita sama ek ;-) leh la cerita pasal gram staining bla bla bla hehehehehe

  • asma:

    tahniah fara…
    semoga menjadi mummy & isteri mithali dambaan suami..
    —————
    asma: thanks asma :-)

  • happy anniversary yang ke 4:)
    ————
    farah: thank you :-)

  • fizah:

    Alhamdulillah..congrats kak farah!so sweet ;)
    —————
    fizah: thanks dear :-)

  • happy 4th anniversary farah and husband..semoga berkekalan.. : )
    —————-
    amirah: thanks dear :-) i love ur name!

  • happy anniversary k.farah…agak syahdu membaca entry ini di pg hari….
    ————-
    taqiyyah: takmo syahdu2.. hehehe cheer up lady! :-)

  • mc jue:

    HAPPy anniversary to u guys….moga kekal bahagia sokmo2 di samping anak2 tercinta…=)
    ————
    mcjue: thanks dear. same goes to u :-)

  • oreng:

    tahniah..

    kalo ulangtahun ke 10 nanti, berapa anak2 u yer? :P

    hihihi..semoga bahagia, berkekalan hingga akhir hayat..

  • Nani:

    Happy anniversary Pa’an..suka baca blog ni..

  • tahniah farah :-) semoga berbahagia ke akhir hayat :-)

  • happy anniversary Farah…
    Tahniah!Semoga berbahagia selalu & dimurahkan rezeki

  • Salam Kak farah

    Happy Anniversary! Semoga Bahagia ke akhir hayat bersama suami n anak2 tercinta.

  • selamat hari ulangtahun yg ke 4 tahun….

    I LOVE this entry and suke dgn romantik en Saiful nie… :)
    Farah, this entry so….nice to read again n again…n again….
    Both of u….moga berbahagia hgga ke syurga…amin….

  • Happy anniversary farah…

    Semoga bahagia untuk selama-lamanya disamping suami, anak-anak dan keluarga tersayang… amin…

    nini suka baca ini entry… :)

  • Ida Bani:

    Hui en. saiful yang nakal dan romeo pun boleh ditundukkan oleh K.Pa’an.. mmg dasat tarikan puteri nih hehehe.. selamat berbahagia buat 2 orang yang sentiasa dalam alam bercinta dari dulu, kini dan selamanya.. selamat ulangtahun perkahwinan ke-4.. :)

  • hepi 4th anni… same la kite, sy pun baru menyambut anniversary yg ke-4 bulan lepas.. mase kami celebrate 3rd anni last year, lg best, br 3thn kawin, da 3 org anak, so masa thn ke-4 ni still 3 laa.. haha…. tp, farah mmg superb la, 4thn kawin, 3 x preggy, sy 2x je, hehe…

  • happy anniversary.semoga kekal bahagia hingga ke syurga :)

  • paan, congrates… happy anniversary yg ke 4. Alhamdulillah dikurniakan suami n anak2, hidup bahagia. Happy 4 u dear. tak sabar nak tunggu anak ko bujang lak ni:)

  • syiekin:

    happy anniversary kak farah..smoga bahagia bersama keluarga tercinta hingga ke akhir hayat..:D

  • happy anniversary dear!!! cantiknya semua pics masa ur wedding tu :)

  • laila:

    farah n suami,
    happy anniversary!!! moga terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.. insyaallah..

  • Elin:

    Salam, kak farah dearie…

    Hepy anniversaryyyy… Semoga kehidupanmu sntiasa dirahmati & diberkati olehNya..Bahagia bsama insan² trsayang hingga akhir hayat dunia wal akhirat…Ameen..

    Salam Ramadhan Kareem~~

  • Teknik penceritaan yg bagus.. Klu entry ni dibaca dgn intonasi yg perlahan mebuatkan ianya lebih menarik.. Sungguh romantik.. M0ga bahgia.. Amin..

Leave a Reply