Imaginasi kanak-kanak

Salam jumaat!

Memandangkan hari ini hari yang singkat (jumaat mmg best kan?), saya saja nak berkongsi sedikit tentang imaginasi anak-anak kita.

Imaginasi anak-anak kita mempunyai satu ‘power’ yang kuat yang tak terdapat pd kita org dewasa.

Mereka mampu berfikir di luar kotak. Mereka mampu memberi idea bernas kalau di gilap.

Cuba amati imaginasi mereka, tanya apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir tentang sesuatu topik. Hasilnya, jawapan mereka takkan ada langsung yang terlintas di pemikiran kita. Mereka mmg suka berkhayal, ada cerita dan ‘kwn’ mereka sendiri, dan kadang2 marah bila kita ‘menghentikan’ cerita mereka yang sedang berlangsung.

Contoh: Anak lelaki yang sedang bermain patung ultraman dan dinosour, dan melakukan aksi lawan dan mempunyai cerita menarik mereka tersendiri. Cuba perhati dan tanya kan apakah kesinambungan cerita mereka. Mereka akan bercerita. Dan cuba kita hentikan cerita mereka dgn merampas patung tersebut atau mengajak mereka makan atau ke tempat lain. Maka keluarlah muka kecewa mereka kerana cerita hero belum habis. Teringat saya pd asik bongsu suami, yang ckp “nnti dulu. cerita tak habis lagi. Nanti adik makan laa (dgn nada marah sbb kacau dia tgh syok berimaginasi).”

Semalam, saya ambil kesempatan utk lihat anak saya berimaginasi.

Sara ada bnyk imaginary friend.

Kdg2 adam, kdg2 karen, sofea dan kdg2 mcm2 lagi namanya. (kdg2 seram jugak bila dia ckp “aiman, jgn la kacau sara. tunggu sara masak dulu”- aii.. meremang bulu roma)

Semalam, ada sesi kami bertiga (mami, adik & kakak):

Kakak ajar adik dia Peter & Jane. (Alhamdulillah, dia dah khatam buku 1a :-)

Dia juga ajar adiknya identify BIG & SMALL.

Dan yang terakhir, saya minta dia tulis apa yang dia nak tulis atau lukis.

Dan ini hasilnya. Saya scan kan hasil lukisan imaginasinya.

Ada 2 rainbow- dia tau rainbow bersusun warna begitu (dan ada 7 warna pelangi) – saya saja test “kakak, rainbow ada kaler pink tak?’ dia ckp “tak ada.”

Ada banana & mango – buah kegemarannya.

Ada 2 ekor snake- dia cerita kan snake yang tgk kat KL tower ada two.

Ada aeroplane- mcm paramesium pun ada :-) – dia ceritakan aeroplane ada wings.

Ada microphone- dia cerita daddy & mummy nyanyi karuke (karaoke) masa birthday dia :-)

Last sekali, ada I LOVE MUMMY – dia belum pandai lukis love shape agaknya- tapi inilah imaginasi tentang shape tu :-)

Saya biarkan dia lukis apa dia nak lukis, walaupun bentuk tak sama. Yang buatkan saya terkejut, dia boleh cerita satu persatu tentang peristiwa ke zoo (jumpa snake), beli mango & banana kat tesco, microphone kat karaoke, hantar mami naik aeroplane. :-) Imaginasi kanak-kanak mmg hebat!

Syasya juga ada imaginasinya tersendiri. Dia sgt sukakan tudung saya dan berkhayal bersama tudung maminya. Dia juga suka main dgn anak patung dan bagi susu (breastfeed bawah baju). :-)

Sewaktu kakaknya ke sekolah, dia gemar tgk kartun PHDC dan beraktiviti sendiri. Utk aktiviti art, menulis atau main, dia akan tunggu kakaknya balik. :-)

Saya ada satu video nak kongsikan bersama anda-

Video sara jadi jurucakap lampin kain moden (cloth diaper) dan juga bakal kaunselor laktasi muda ;-)

dengar betul2 – ada keywords seperti:

1) “Mummy, bibik kak lisa kan dah balik indon” (ni sempat bergosip tentang bibik (maid) neighbour sebelah, hehehe)

2) “Anak ni.. bagi susu.. lepas tu kalau tak tahan.. bagi dia susu.. tak tahan.. bagi dia nek.. nek kena breastfeed” – dia betul2 ikut cara saya cakap masa bagi talk tentang breastfeeding :-)

3) “Pastu basuh, baru pakai.” – ni dia tgk staf sarakids tgh explain psl PREWASH CD pd customer

4) “kasi anak dia pakai cd.” – ni pun manalah dia dapat ayat ni :-)

5) “cd ni mmg mahal… ” – dia nak cakapkan tak mengapa beli cd mahal, tapi penjimatan yang ibu bapa dapat sangat berbaloi :-)

6) “cd ni kena lipat dulu, pastu baru bagi pakai.” – alahai sayang… geram!

Pastu saya panggil “kakak” – terus video terhenti (abis limit) tapi sebenarnya dia marah saya interrupt ceramah bebasnya. (dia belum abis cerita kat pelanggan)- hehehehe :-) kids are so smart!

So, aunty uncle sekalian, selamat menonton (video agak kurang jelas, maklumlah pakai hp)

Psstt… ada sape2 nak amik sara jadi jurucakap produk masing2? hahahaha..

*Bonda: smlm dia ckp “mami.. kakak rasa kakak mengandung la. Tgk ni, perut kakak dah besar.” Saya “haaa?????” Staf “Kakak, sape orang yang bertanggungjawab tu??? Nak kena penumbuk budak lelaki tu” sambil gelak berdekah2… – dia muka buat muka selamba sbb dia pun tak faham lawak susulan kami tu :-) – agaknya dia tgk perut mami dia makin besar, perut aunty ngah nya besar, so bila perut dia besar, dia pun mengandung la kot…! Mcm2 :-)

Doa hari ini:

DOA AGAR DIANUGERAHI REEZEKI YANG MELIMPAH RUAH SEHINGGA TUA

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal dan baik, serta kurniakanlah pada kami segala perbuatan yang baik. Ya Allah, jadikanlah oleh-Mu rezeki kami yang paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. Ya Allah cukupkanlah bagi kami segala rezeki-Mu yang halal dari yang haram dan kayakanlah kami dengan kurniaan-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, kami memohon pada-Mu rezeki yang luas dna berguna. Ya Allah, kami memohon kepada-mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang”

8 Responses to “Imaginasi kanak-kanak”

  • owhhh bijaknya sara..auntie geram tengok!!

  • aini:

    ku tak bole bukak video anak mu nie..ade prob la..huhuhu

  • comelnyerrr..hubby dina terkekek2 tengok gaya sara..comel!!

  • Sara sangat bijak.comel!!!Pandai ajr adik pula tu.smart girl:)

  • cahaya byzura:

    farah..seronok tgk imagination kids ni kn mcm2..betol kata farah kal mereka sedang brimaginasi,mmg xboleh di ‘stop’kan mrk akn marah…heeeee…
    farah,don 4get to continue ur recepi in this blog kay…fara boleh gk listkan pe xtvt2yg sesuai dilakukan dirumah bsama parents…n tunjukkan pd kami bilik xperiment sara dan syasa..tq=)

  • cahaya byzura:

    by the way nk tny skali,kek besday sara cntik…tempah di mana??=)

  • sara, bijak la awak ni :)

  • Normally I do not read article on blogs, however I wish to say that this write-up very forced me to take a look at and do so! Your writing style has been surprised me. Thank you, very great article.

Leave a Reply