Ayah, Ibu dan Anak

Salam sabtu! Cerita percutian nanti ya :-)

Hari ni lepas balik dari bercuti, saya ditemani suami utk jaga kedai sebab musim2 cuti sekolah ni semua staf sarakids apply cuti nak ke kenduri keluarga masing2.

Acik tak kisah, hehehe. :-) Saya juga punya keluarga dan saya faham setiap org mesti ada masa nak berlibur bersama sanak saudara.

Anak-anak di rumah. Tak apa, dah 4 hari mereka melekat dgn kami sepanjang pergi holiday. Hari ni biarlah mereka berehat di rumah.

Hari ni saya terpanggil utk berkongsi tentang keibubapaan. Dan kurang gambar utk hari ini, lebih pada banyak perenggan yang membosankan, mungkin.

Saya menerima berbagai email, sms begini;

“Seronok tgk farah ada anak-anak perempuan. Anak-anak akak semua lelaki. Sunyi rumah bila diorg dah besar sbb masing2 ada hal sendiri. Kan best kalau akak ada anak perempuan. Boleh lah cerita2, gurau2.”

“Saya cemburu tgk fara ada banyak masa beraktiviti dgn anak-anak. Sempat masak, sempat update blog. Saya ni bekerja makan gaji dan tak banyak masa. Bila balik kerja dah penat, saya tidur awal. Mcm mana nak jadi mcm fara.”

“Suami u mmg supportive & family man, tak macam suami i. Semua benda i yang buat. Dia buat dek je. Seriously, i mmg envy life u.”

… Dan ada lagi email yang lebih kurang di atas. Anda yang memberi email, jgn rasa kecil hati dan rendah diri kerana saya betul2 mahu berkongsi. Jgn juga bimbang, tiada nama sebenar akan dipamer disini.

Saya selalunya akan membaca email dan balas secara ringkas kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih keruh kalau saya cadangkan macam2.

Begini, Allah dah ciptakan setiap orang itu lain sifatnya. Lain kehidupannya, bukan.

Tentang anak lelaki atau perempuan, bukan masalahnya. Bersyukurlah kita, walau anak kita lelaki atau perempuan, atau bukan anak yang kita idamkan jantinanya, Allah dah kurniakan kita hadiah paling berharga dalam hidup, iaitu zuriat. Ada kawan2 kita yang berdoa siang malam, berusaha ke berpuluh-puluh klinik nak dapatkan zuriat, tetapi Allah duga mereka. Inikan kita pula di beri kesuburan, boleh mengandung dan melahirkan anak tanpa masalah.

**Ada kawan cakap saya ni mcm buang air besar, senang sangat mengandung beranak. Sakit perut, lepas tu keluarkan. Normal pula tu. Lekat memanjang. Saya tak kecil hati. Syukur saya selalu ‘buang air besar’, orang kata, sihat! :-) **

Dan jangan juga rasa sedih bila anak kita tak ‘seputih’ anak orang, mata tak kaler hazel, tak gebu, tak comel, tak ini dan tak itu. Kerana apa jua keadaan mereka, mereka adalah benih yang bercambah dari kita dan suami. Jgn dibanding anak-anak kita dgn orang lain. Anak kita, dah tentulah ikut kulit mamanya. Dah tentulah ikut hidung kembang ayahnya. Takkan pula nak bermata biru sedang ayah ibunya orang Asia mata hitam segala? Proud of your baby and you’ll be proud of yourself, secara tak langsung menyatakan betapa syukurnya kita kepada Allah swt, pencipta kita. Kita ada warisan kepada kulit hitam kita, mata sepet kita bukan?

Tentang “sunyi rumah” kerana anak-anaknya semua lelaki, saya katakan pada kakak tersebut, walau mereka dgn hal mereka, kita masih boleh nampak mereka membesar. Jgn khuatir, mereka akan berkahwin, akan mempunyai anak, dan cucu kita itulah penyeri dan tidak akan sekali-kali buat hidup kita sunyi. Sunyi itu mungkinlah bersifat sementara. Kalau didikan kita baik, ke mana pun mereka pergi, mereka tak akan lupakan kita :-)

Tentang masa dgn anak-anak yang terbatas, Allah juga punya aturanNya utk setiap hambaNya. Andaikan lah begini, cakap pada diri kita begini “tak mengapa sekarang saya pulun cari duit, kerja part time sini sana semata-mata buat simpanan semasa anak masih kecil. Nanti, bila mereka remaja, mereka perlukan kawan utk bercerita mslh, mereka perlukan seseorang disisi mereka, saya tak perlu kerja kuat lagi dan akan berada disisi mereka kerana waktu itu simpanan buat mereka telah banyak”. InsyaAllah hati akan tenang. sekali lagi, kita tak perlu jadi seperti orang lain. Hanya jadi diri sendiri. Suka mengambil kata-kata Mommylyna, setiap ibu ada standard mereka sendiri utk mendidik anak-anak. Dont be a lousy mother, anak mesti jadi seperti anak jiran sebelah, mesti jadi mcm anak orang itu. Biarkan anak kita jadi anak kita. Bukan anak orang lain, sbb mereka mmg anak kita.

Tentang suami pula, tak mengapalah mereka tidak suportif atau membuat kita sakit hati dalam mendidik anak, dalam mengerjakan rumah tangga. Tak mengapalah kita geram tgk mereka berbaring dpn TV menonton bola tanpa melihat kerja sekolah anak-anak. Kita cuba pujuk, kita cuba minta tolong dgn cara baik, bukan membebel. Ingat juga, mereka menonton TV di rumah, sekurang-kurangnya mereka di rumah. Bukan di kedai kopi bersama kawan-kawan.

Saya pasti, setiap orang adalah compliment utk setiap kehidupan dalam dunia ini. Kalau tak ada orang jahat, bagaimana polis hendak ada kerja. Kalau tak ada orang baik, maka onar pula kehidupan kat dunia ini. Apa yang penting, kita istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Saya juga insan biasa, a girl next door, dan tak ada apa yang menarik utk di cemburukan.

Saya hanya menjadi diri saya, menjadi ibu yang berusaha menjadi terbaik utk anak-anaknya. Saya tidak tetapkan Sara harus jadi apa, Syasya harus jadi apa. Saya juga ibu bekerja, 24-7 otak berpusing memikir bagaimana utk lebih maju dalam perniagaan, bagaimana utk rolling duit perniagaan, mana lagi nak fikir bayar hutang, penat, runsing, semuanya saya rasa. Bukanlah happy dan indah setiap hari kerana saya juga manusia. Cuma saya lebih selesa berkongsi yang indah dgn pembaca. Kerana yang pahit biarlah duduk diam-diam di dalam. Saya juga punya rasa marah, rasa bengang, rasa nak mengamuk, tetapi semua itu biarlah saya juga yang simpan. Tak dilepas dlm blog atau apa2 medium yang lain. Kerana pelaburan menulis blog ini juga utk masa depan. Mahukah kita dilihat sebagai insan yang ‘kuat menghentam’ atau ‘kaki kutuk’ oleh anak-anak kita yang akan membaca blog kita ini bila mereka dewasa? TIDAK bukan. Mestilah kita mahu dilihat sebagai ibu yang ‘paling manis’ bukan saja dari segi rupa, malah budi pekertinya. Dan sedikit perkongsian, saya menulis dan menaip blog bukan di depan pandangan mata anak-anak saya. Saya ambil waktu tidur saya. Saya bangun awal, bila anak2 belum bangun, atau saya ke sarakids lebih awal dari staf saya, selalunya pukul 9 selepas hantar sara ke sekolah. Tepat jam 10.30 pagi, kedai dibuka dan staf tiba, saya tidak lagi berblogging. saya bekerja. Tentang masak, tips dari ibu saya, siapkan perkakas masak malam sebelum. Pagi2, masak semua lauk utk tgh hari siap2. dan kita prepare pula perkakas atau ramuan utk masakan malam. Balik dari kerja, terus masak masakan malam. Aturkan masa dan kerja, InsyaAllah boleh. Itu sebabnya ibu2 mak2 kita dulu walaupun kerja dari awal pagi hingga senja, masih boleh menyediakan juadah air tangan utk anak-anak dan suami. Bagi saya, kehidupan saya kecil dulu mmg Natural Parenting.

Saya juga menulis yang baik-baik saja tentang anak-anak saya. Mereka bukanlah tidak nakal. Nakal. Mereka juga ada buat saya luluh jantung, mengalir air mata dan kadang2 jadi tarzan. Tapi, saya tidak akan ceritakan sedikit buruk pun tentang buah hati saya disini. Hanya yang baik-baik kerana saya nak mereka tahu betapa indahnya hari-hari saya menjadi ibu kepada anak bertuah seperti mereka. Saya tak mahu mereka rasa rendah diri. I dont care if people say i am plastic and hypocrite. Saya juga menyimpan impian mereka akan meneruskan perjuangan saya walau apapun karier mereka. Mereka akan sambung menulis, walaupun dalam versi zaman mereka. Mereka akan membaca, dan terus membaca hasil nukilan saya. Saya takkan biarkan mereka rasa mereka anak yang tidak baik. Anak yang menyusahkan saya. Walaupun nak besarkan anak-anak ada 1001 rasa pahit jerih itu.

Tentang soalan bagaimana saya mendidik anak-anak sehingga mereka nampak begitu akrab, masih terlalu awal utk judgement itu. Saya adalah seorang ibu dan isteri yang masih berusaha utk mendidik anak-anak ke jalan yang sepatutnya. Sejak dari mereka kecil, sejak dari mereka dalam kandungan, doa ibu ini tidak pernah putus. Usaha juga seiring. Setiap hari, tiada istilah perbandingan adik begini, kakak begini. SAMA. Semuanya SAMA. Mereka membesar dalam dos didikan yang sama. Saya selalu katakan, kita kena sayang adik beradik kita. Walaupun sejak adik syasya dalam perut, dan sara masih tak faham butir2 kata maminya. Biar, biar dia seolah tak ambil pusing, tapi saya pasti beberapa peratus kata-kata kita diserap dalam memori mereka yang lebih hebat dari kita, orang2 tua!

Ada yang berkata, dia ni anak dia je lah hebat, anak dia jelah yang bagus.

Itu yang sepatutnya! Memang kita kena percaya pada strength anak kita sendiri. Ya, anak kita yang paling bagus, sbb kalau kita tak rasa begitu, ibu mana lagi yang nak tolong rasakan utk anak kita? Ya, kita tahu anak kita mmg ada perangainya sendiri. Memang ada momen rasa “Ya Allah… rasa nak lari dari rumah” dek perangai anak2 kita, tapi itulah hakikat warna warni keibubapaan. Setiap keadaan yang diberikan, itulah juga effort kita ibu bapa utk fikir dan selesaikan. Bukan mengherdik, bukan merotan jauh sekali mendera. Dan seperti yang selalu kita dengar, orang lain tak berhak utk cakap “cara didikan awak salah. Patutnya begini” kerana hanya kita yang tahu dimana kedudukan kita (yang ini provided kalau ibu dan ayah sayangkan anak, bukan kes ayah penagih dadah etc etc).

Juga suara “Alah.. muda lagi, anak kecik lagi dah nak tulis pasal parenting. Anak pun tak tahu jadi apa lagi”

Itu bukan isunya, bukan? Malah ibu muda lah kena sedar diri dan berusaha mencari method terbaik dalam mendidik anaknya. Takkan umur 40 baru nak cerita pasal parenting sedangkan anak dah melangkau usia remaja? Bukankah dari kain putih itu elok kita corakkan rekaan terbaik mengikut ajaran Islam dan didikan yang manis? Tak mengapa jika ada yang berkata begitu terhadap anda. Jadikan ianya sebagai dugaan dan cabaran. Ambil positif dan teruskan usaha anda! Menjadi pendidik anak-anak tak perlu rasa rendah diri kerana tiada PHD, tiada master mahupun tiada ijazah diploma. Lihat ibu2 nenek kita dahulu, kerja menoreh getah, berhenti sekolah dari darjah 5 mampu besarkan seorang doktor, seorang menteri ternama. inikan pula kita berilmu sampai menara gading, sepatutnya menjadi yang lebih bagus. Inilah cabaran kita sekarang. And its not easy, my dear friends!

Anak-anak juga adalah ujian kepada kedua ibu bapa. Bukanlah hanya keseronokan menimang dan membawa anak-anak beriadah ketika kecil, tetapi meneruskannya sehingga mereka berganjak remaja dan seterusnya. Makin mereka besar, makin banyaklah ujiannya. Seperti dalam firman Allah “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (surah Al-Anfaal, ayat 28)

Anak sulung saya, Sara. Walau busuk macam mana pun dia, hidung kembang, rambut kerinting maggi atau apa2 pun yang tidak indah dipandang mata, di dengar telinga, di hidu hidung, dia adalah puteri comel dan cantik kami suami isteri. Dialah kakak yang sangat hebat dan penyayang. Dia zuriat pertama saya dan suami, pengikat kasih semua isi dalam keluarga. Tanpa dia, saya tak bisa hidup.

Anak kedua saya Syasya, walau mukanya bertompok putih, giginya jarang dan besar, mukanya garang, baunya masam, dialah puteri pencair jiwa saya dan suami. Suaranya halus, manis didengar telinga. Dan tanpa dia, saya tak akan jadi seperti saya sekarang. Tanpa dia, hidup saya gelap.

Suamiku, Saiful Azwan. Walau kita bersatu dari 2 dunia yang berasingan, dari budaya dan didikan yang berbeza, keturunan yang tak sama, itulah jodoh dan aturan dari Allah. Utk kita sama-sama mencari keredhaanNya. saat ku dengar lafaz akadmu, ku telah berjanji sehidup semati denganmu. Bertekad menjadi isterimu yang solehah. Kita akur, dua2 kita tidak sempurna, ku dgn angin dan degilku, kanda dengan kekuranganmu, kita berdua punya kelemahan, tapi kebaikan mu kanda, menutupi semua kekurangan itu. Anak-anak inilah penguji rumahtangga kita dan cabarannya bukan setakat hari ini, malah berpuluh tahun akan datang. Terima kasih dan terima kasih tak terhingga. Moga kanda sentiasa dalam rahmat Allah. (Gambar 4 tahun lepas, mengandungkan anak sulung)

Percaya atau tidak, kehadiran anak ini membuatkan kita semakin dekat dgn Allah swt, Tuhan Sekalian Alam. Saya akui, saya begitu.

Saya bersyukur dengan apa yang ada, tidak sekali menyesal menjadi saya dan nikmati hidup yang dipinjam kepada kami dengan rasa rendah diri dan penuh kenikmatan. I’m not a perfect mom. I just love sharing, guys.

Ibu sekalian, peluk diri anda sendiri dan katakan “i am the best mom.”

Sekian utk hari ini. Yang baik, anda ambil, Yang tidak baik dan anda rasa tidak betul, anda buang jauh2. Yang baik itu daripadaNya.

Disclaimer: Ini hanyalah pendapat peribadi dan perkongsian peribadi. Tidak termaktub sebagai info yang dipakai utk mana-mana kes rumahtangga.

13 Responses to “Ayah, Ibu dan Anak”

  • slm sis,
    i love this entry so much..kita harus bersyukur dgn apa yg dikurniakanNYA pd kita.Alhamdulillah:)
    ———————-
    raudhah: thanks dear. yup, bersyukur kerana kita dikurniakan anak dan keluarga yang sihat dan gembira. bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik, kewangan yang baik, dan segala-galanya :-)

    p/s: adam sgt comel!

  • Lina:

    Salam, selalunya saya hanya silent reader di blog Farah.. tapi entry ni membuatkan saya terpanggil untuk memberi komen. Betul semua tu kita rasa bila dah jadi seorang ibu… tapi biarlah yang indah-indah sahaja yang disimpan dalam diary hidup kita… Biar apa orang nak kata… setiap dari kita punya cara tersendiri untuk mendidik anak-anak dan melakarkan kenangan untuk mereka….
    ———————-
    lina: kasihan anak-anak bila besar tgk penulisan mama mereka kasar dan mengeluarkan perkataan yang tak patut. kita nak didik anak berbudi bahasa, tapi kita sendiri yang tak mcm tu. susah nanti, kan?

    thanks lina, may Allah bless u and family :-)

  • akmajb:

    farah, thnks for this n3…penguat semangat saya tuk jadi mama yang lebih baik untuk 3 org angles saya..betul kata farah jgn asik menekan ank2 tuk jadi seperti org lain..saya juga pnh push my doter to struggle lam study even skg ni dia br 7 years…kejamnye saya. mulai hari ni saya bertekad mahu memberi anak2 ruang sebagai kanak2 tanpa push yg over n buat dia rse terpaksa..farah n3 farah sll buat sy muhasabah diri. tq dear
    ———————–
    akma: sebenarnya akma ni ibu yang baik. akma selalu berfikiran positif dan menerima pendapat. bertuah anak2 akma dapat ibu mcm akma :-)

  • mas:

    salam..
    selalunya saya hanya jadi silent reader..tapi hari ni saya memang terpanggil untuk memberikan sedikit komen..memang agak sukar nak memuaskan hati semua orang..tapi saya rasa paparan di blog ni semuanya positif dan dapat membantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik lagi…manusia ni bermacam ragam..ada yang mungkin tak senang dengan kehidupan orang lain.tapi saya berbangga dengan pencapaian ibu seperti fara..teruskan berkongsi dengan orang yang sudi membaca blog ini macam saya..teruskan la dengan penceritaan yang sebegini kerana ia amat lah membantu..terima kasih dan selamat maju jaya..semoga sentiasa kita sentiasa dilindungi dari kedengkian …
    ———————–
    mas: sharing is caring :-) thanks dear. kalau mas ada apa2 tips dan info pun leh share kat sini ye :-)

  • Mimi:

    Salam farah,
    Satu pengalaman dan perkongsian cerita yang sangat ‘dewasa’. Good job farah..harap2 lepas ni, lebih banyak lagi entry sebegini yang sgt berinformasi dan penuh peringatan. kita manusia, selalu alpa. apa yang farah tulis, saya mmg sokong. kadang2 dok marah anak, hati & perasaan menggelegak, tapi otak kata jgn melampau. kesian, mereka masih kecil, perlu bimbingan bukan pekikan. tatkala membaca setiap baris entry ni, fikiran saya melayang teringatkan putera dan puteri di taska. Rindu sgt kat dorang masa ni!(hari-hari saya rindu mereka, 9-to-5, 5 days a week)..
    Teruskan penulisan begini sahabat! All the best!
    —————–
    ailin: bila kita marah anak, dah tentulah mak/ayah yang menang kan? sbb kalau anak lawan, ayah boleh rotan. mak boleh cubit. so, kadangkala kita kena kawal yang itu, bukan senang… serius. tp itulah cabarannya.

    thanks dear! keep sharing :-)

  • Fida:

    Kak Farah,
    thank you. post ini sangat memberi motivasi. especially kadang-kadang rasa ‘down’ sgt. rasa apa yang kita buat untuk anak-anak serba tidak menjadi bila asyik dok tengok orang keliling buat itu buat ini untuk anak-anak mereka, kita tidak dapat buat apa yang mereka buat. kita akan rasa susah hati. kesimpulannya, jangan asyik dok pandang orang lain. kita buat cara kita dan disulami parenting tips yang kita dapat dari mana-mana sumber bagi membantu kita mendidik anak dalam alaf ini.

  • Mama Nurins:

    Salam Farah…setelah beberapa hari tidak membaca blog ni…hati begitu terharu membaca entry kali ni. Tiada manusia yg sempurna…kita saling melengkapi…itu janji-Nya bila ditemukan Adam dan Hawa. Bersyukur dgn apa yg kita ada…jangan selalu mendongak ke langit…tapi…lihatlah mereka yg lebih kurang segala2nya dr kita…maka kita akan jadi insan yg tahu bersyukur. Inilah pesanan Mak yg menjadi panduan hidup Atie.

    Anyway Farah…thanks sbb bg tips n info ttg masalah adik ipar atie yg baru bersalin (through sms semalam). Hope she can BF her son exclusively. Wait for ur next entry..words from ur heart :)

  • suka sgt baca entry ni…so touching(me terharu sampai mengalir air mata :) ..me setuju 100% apa yg farah tulis…psl bersyukur, psl kongsi apa yg baik2 kat blog dgn semua readers..i really appreciate ur blog posting..keep it up yer dear :) me ada 2 boys pun syukur sgt2 sbb Tuhan dh buat our own kids adalah yg tercomel in our eyes :) :)

  • Farah,

    Best entry ni, ada pengajaran di dalamnya. Bagi wan, kita cuba berusaha terbaik untuk mendidik anak-anak kita. Namun, jangan lupa bertawakal kepada Allah dan berdoa kepadanya.

    p/s : Farah, ada gak idea craft Farah yang wan apply untuk Najwa. Thanks

  • rai:

    Farah,
    Saya silent reader …entry ni memang touching…betul2 dari hati seorang ibu dan isteri..teruskan penulisan anda kerana ia memberi semangat kepada yang membacanya… :) Dulu saya selalu menulis diari (buku) saya tulis segalanya yang berlaku..pahit manis…tapi..memang betul..yang pahit itu sebenarnya tidak perlu kita coretkan..kerana bila kita baca2 balik..akan rasa sakit hati..sedih..baik tulis yg gembira dan bahagia sahaja..kerana bila kita membacanya semula kita akan rasa bahagia…:)

  • tini:

    life is short…cherish it…
    carpe diem!

  • yanty:

    Salam…
    I agree with Farah 100%…yes there are a lot of times when people around us giving statements, comparing to our children…it does hurt, the mommy especially…. me myself x lari dr perasaan tu…n dok pikiaq2 ape depa ckp….
    BUT, after reading this…you really gave me ‘something to realise’ that what to worry….we ourselve yang didik anak kita…and kita mest bangga dengan diri, anak2 n suami n family kita….if not siape lagi…
    tq farah…

  • Jeemy:

    Assalam…
    empunya blog.. mohon keizinan link ke fb saya sempena ulangtahun perkahwinan kami ke 13. Suatu cerita yang menarik.
    tq.

Leave a Reply