menyusukan anak angkat

salam.. syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah. Syukur rezeki anak-anak saya makin murah. And, utk semua, saya mohon bercuti sementara dr berblog ekoran plan holiday family saya di bali hujung bln 2/awal mac ini.

erm.. semalam di email yahoogroup, puan marlinda suggest my blog link utk beritau tentang ibu angkat yang mahu menyusu. thanks sis, what a nice heart u have =)

ok, pertama sekali saya nak ucapkan tahniah pd geng timang1005@yahoogroup yang dah memiliki baby baru wpun sekadar anak angkat. bukan semua org sayangkan kanak2 apatah lagi bukan anak sendiri yang dikandung. saya mmg kurang selesa dgn org yg x suka budak2, tp pura2 suka. sbb anak2 kita esp baby ni bukannya bodoh, dia lg pandai menilai org yg pura2 atau tak. satu tips dr seorg kwn, kalau nak pilih maid, kita tgk anak kita suka atau tak at the first place. kalau tak maknanya dia takde jiwa keibuan lgsg. mungkin keibuan utk anak dia je la kot. Tahniah juga pada anda sbb mengambil keputusan utk bfeed anak angkat.. sbbnya dia akan jadi anak susuan kita and lebih tepat anak kita kan? ok, setiap situasi adalah unik dan berbeza bg ibu yang tak pernah mengandung dan melahirkan tetapi mengambil keputusan utk menyusukan baby.

berbalik kpd teknik menyusukan anak angkat, setiap wanita boleh menyusukan anak. jika dia tidak melalui proses mengandung dan besalin, ada beberapa cara utk menghasilkan susu. biasanya doktor akan prescribe anda dgn pil hormone yg dinamakan prolactine. ianya mengambil masa utk menghasilkan susu keluar. Anda harus merancang pengambilan pil hormon sejak sebelum bayi diberikan pd anda. dan juga cara yg plg baik adalah menggunakan SNS atau (supplemental nursing system) iaitu satu botol tergantung di atas leher si ibu dan dua tiub dr botol tersebut di lekatkan pd breast supaya hujungnya mencecah nipple. tiub tersebut adalah lembut dan unnoticed by baby. si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar. Anda akan rasa satu kenikmatan dlm dunia, menyusukan anak sendiri secara direct, tanpa puting tiruan (shield) dan perasaan ini akan menambahkan lagi bonding between u and your baby and create calm inside you. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =)

sns2inilah rupa SNS tersebut. Boleh dtg ke SARA KIDS

bre_nursing_inuse_lbeginilah rupanya SNS bagi ibu angkat yg nak menyusukan babynya

Disamping itu, ibu2 baru ni juga harus kerap mengepam, menggentel stimulate) memerah dgn tgn, pelajari teknik2 yang betul lebih2 lagi ibu yang bekerjaya untuk memerah/mengepam supaya penghasilan susu lebih bnyk. teruskan menjaga pemakanan, mengambil bnyk air suam dan makanan yang boleh menambahkan air susu.

Saya sebenarnya sgt tersentuh lihat kegigihan ibu angkat ni. Even ibu kandung pun kdg2 give up (ayat ni utk ibu yg mampu menyusu tp bnyk alasan, yang x boleh/x mampu atas sebab2 tertentu terkecuali ye). Moga air susu yg terhadam dalam perut anak angkat mereka diberi balasan yg indah di syurga. Namun, ini bukan alasan utk sesiapa yg belum berkahwin utk ambil jalan mudah nak ber’anak’. Laluilah hidup dgn normal dan berfitrah.

Saya harap coretan saya kali ini membantu ibu2 angkat di group timang1005 yg bertanyakan tentang ini. Jika ada kesalahan kekurangan maklumat ampun maaf saya pinta. Saya insan biasa yg tak lari buat kesilapan, masih belajar, masih explore tapi dlm hatinya sangat ingin membantu org yg dlm kesusahan. Sangat.

Penat bekerja, penat mencari rezeki, kdg2 kita lupa bahawa si kecil kita inginkan istirehat, ingin explore dunianya, ingin berdakap dgn ibu bapa mereka.. anak2.. akan mummy bawa kalian beristirehat, jauh dr kesibukan perniagaan mummy. Akan mummy tunaikan nak..

p2150499

mummy dan princess azalea and adalea @ animal zone KL tower 14th february 2009

p2150511daddy dan yaya

teringat nak ucapkan terima kasih pd org2 yg bersama saya, suami & keluarga, yg menyokong ikhlas dr hati mereka : mama, abah, adik2, mummy, papa, adik2, mama & abah trganu. God first. Family second. They’re my strength.love them so much. fullstop.

Rujukan (feeding an adoption baby): La Leche league international

15 Responses to “menyusukan anak angkat”

  • ida bani:

    tak berhenti mengkagumi pasangan ini.. dengan usaha dan niat yang murni membantu para ibu.. semoga Allah memberkati dan melimpahkan lagi rezeki.. amin..

  • midnite:

    Salaam…

    Your blog is very inspiring, and I can tell that it’s from the heart – ikhlas :)

    If you don’t mind sharing with me the info, where can I get the SNS? I am thinking of adopting, and would like to breastfeed the baby as much as I can.

  • ida bani: Ida, kami bukan sesiapa/somebody.. cuma nak menolong je. 0.01% je sumbangan, selebihnya terletak pd ibu & ayah tu sendiri =)

  • midnite: wow.. thats very good idea.. like i always said, only chosen people will adopt a non flesh & blood most perfect creature in the world. anyway u re inspiring me too.. will help u dear.

  • [...] entry “menyusukan anak angkat” yang lepas lebih kepada asas. Apa yang saya ingin kongsi hari ini lebih teliti dan step by [...]

  • suezan:

    Salam…saya ingin bertanya di manakah saya boleh dapatkan suntikan hormon tersebut dan juga peralatan SNS itu?saya berada di Perak.

    Saya akan diamanahkan untuk memelihara seorang bayi yang masih dalam kandungan dan dijangka akan bersalin pada bulan Disember ini.

    Terima kasih atas informasi dari Sara

  • fieza:

    time kasih atas imformasi ni..sy baru nk ambik ank angkat..
    sy dah jmpa dkrt pun sy dan mgurut skali,,,hari ni pun baru blik jmpa doktor..sy harap sy dpt la myususkan anak 2 nanti

  • haifa218:

    salam…
    saya pun sama, teringin sangat nak ada anak then menyusukan, even anak angkat..terasa sangat naluri keibuan sekarang nih. rezeki kami belum ada, still berdoa dan berusaha, x kan putus asa even pejam celik..pejam celik dah 6 tahun usia perkahwinan kami.

  • apizah:

    salam..
    saya baru ambil anak angkat dan sya mmg nk menyususkan dia supaya baby boleh jadi anak susuan. saya ada merujuk kpd doktor utk perkara ni tapi negatif. ada jg merujuk kpd pharmacyst pun negatif gak..
    kalau boleh sara tolong baritahu ttg informasi lokasi dgn lebih lanjut
    terima kasih.

  • Nora Man:

    Salam..saya ada amik anak angkat and dah sebulan saya jaga tapi kesian memang baby tu asyik gesel breast utk dapatkan susu walaupun di train pakai botol. saya nak minta tolong sis kat mana boleh dapatkan sns tu ya…saya nak usaha kan utk baby ni..

    thank you so much…

  • ct:

    salam..tq dengan info.sayapun nak dapat anak angkat dalam sebulan 2 ni…katner leh dapatkana sns tu?la ni saya ada kat swak…plz..plz..plz…tq

  • zairiza:

    Thanks a lot with this input… mmg berguna sangat untuk saya. InsyaAllah kalau takda masalah, anak angkat saya akan lahir pada bulan jun nanti… So tak sabar rasanya nak merasa nikmat menyusukan seorang bayi walaupun bukan dari darah daging sendiri…

  • normiza:

    salam…saya pon nk cuba lah SNS ni…saya menanti hari. saya dapat anak angkat. anak tu di jangka kan akan di lahir kan dlm pertengahan bln 5…

  • manje:

    ada tak sesapa nk beli produk SNS tu?
    sy nk jual…baru guna 2x shj…
    nw dah kuar susu so dah tak guna dah
    harge asal…RM189 nak jual RM150
    sapa nak le email sy eyemanjelara@gmail.com

  • manje:

    opss sori lupe nk minta permission
    mummy tumpang nk jual product ye…

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
5 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .