Makanan pejal pertama untuk anak – Part 1

Penafian: Entry di bawah hanyalah perkongsian dan rujukan adalah daripada Pegawai Zat Makanan, Jabatan Kesihatan. Ianya bukanlah rujukan utama dan praktisnya mungkin berbeza dengan anda.

Ada ibu yang tertanya2 dan menelefon saya selewat 11 malam (hari sabtu dan ahad tesco ditutup pukul 1) dari tesco dan bertanya:

“nestum jenis apa ye puan yang bagus utk introduce first food utk baby. saya kat tesco ni. boleh puan bgtau tak yang mana yang ok?”

saya “maaf puan. saya tak dapat jawab soalan tu. apa kata puan prepare sendiri makanan anak.”

Rata2 ibu yang pertama kali ingin memperkenalkan makanan pertama kepada bayi berasa susah hati apakah jenis makanan yang sesuai untuk bayi mereka. So, mari kita berkongsi idea utk hari ini :-)

Bagi saya, nestum adalah makanan ruji org barat. Kenapa harus diperkenalkan kepada anak Asia yang sememangnya makan nasi sebagai makanan ruji? Pada hemah saya, bijirin/cereal ini sama saling tak ubah seperti ‘susu formula’ yang dicipta untuk ‘menyenangkan ibu’ tanpa perlu bersusah payah serta bakal mengenyangkan anak. Hakikatnya, anak kita anak Asia (tak kiralah bangsa apa), yang memang tidak sesuai diperkenalkan dgn bijirin (kajian menunjukkan risiko alahan jika bijirin diberi terlalu awal kepada bayi). Kalau dilihat di pasaran, wow… bijirin berperisa MADU. ada yang berperisa PISANG. dan mcm2 perisa lagi. Ditambah pula dgn persediaannya yang sgt mudah iaitu hanya campur air panas dan kacau! – tak ubah seperti susu formula – semuanya senang tetapi… hmmm.. anda fikir sendiri. Ada juga ibu yang mahu LAGI senang dgn menambahkan nestum bersama susu formula dan dikacau di dalam botol dan diberi kepada bayi seawal 4 bulan (supaya bayi lebih kenyang). huh! berpeluh saya bila memikirkannya. :-(

Polisi Penyusuan susu ibu adalah “Semua ibu digalakkan untuk menyusui anaknya dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga berumur 2 tahun” dan ini bermakna selama 6 bulan, bayi tidak diberi makanan lain selain susu ibunya dan tiada susu tambahan, tiada nestum, tiada air masak.. hanyalah semata2 susu ibu. Itu adalah penyusuan eksklusif.

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.

Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) :-)

menjawab soalan cik siti sifir di dalam comment box saya:

siti sifir: “Sdg terfikir ni…mcmmana ek rasanya susu kita campur dgn betik bagai itu”

ini jawapan siti farah (hehehe): “of course sgt sedap. anak susuan ibu dah ‘biasa’ dgn rasa susu ibunya selama 6 bulan penuh. nak galakkan anak makan, eloklah makanan itu dicampur dgn susu ibunya. so baby akan definitely terima makanan tu. Lgpun, susu ibu tulah perasa paling baik + protection + kasih sayang yang dicampur dalam makanan. no salt, no sugar! :-)

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! :-)

Saya hanya kongsi beberapa tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:

Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella

susu lembu/dairy products

makanan laut

kekacang

citrus food

yeast, cheese (keju)

MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

Dalam topik nutrisi ini, sampai esok pun tak habis ceritanya. Akan ada part 2 and 3 sebab ada banyak lagi isu untuk dikupas. Ianya melibatkan perjalanan dari 6 bulan sehingga anak kita membesar, dan ianya bukanlah mudah. Jika kita pandai menyediakan makanan untuk anak2, dan pandai tackle anak untuk mencuba dan merasa semua jenis makanan, saya pasti, anak kita akan menjadi anak yang TIDAK memilih makan sehingga dia dewasa.

Ibu risau tidak pandai memasak? Ibu risau tidak tahu resepi untuk satu minggu? Jangan risau. Anda boleh dapatkan buku When & What To Feed di pasaran. Di dalamnya terdapat resepi dari bulan ke bulan dan menariknya, ianya resepi orang Asia kita :-)

Dwi bahasa – english/bahasa melayu

Dan juga boleh dapatkan baby food guide utk anda teliti. Bnyk makanan yg ‘easy to make’ – mungkin ada hidden ingredient yang sebenarnya tidak selamat atau mempunyai kesan jangka panjang kepada anak-anak kita?

Erm, itulah natural parenting yang diketengahkan sekarang sangat praktikal untuk ibu masa masa kini. Kembali kepada zaman kita kecil2 dimana ibu kita menyediakan bekal dan air tangannya kepada kita. Saya masih ingat, saya masih disuap mama saya sehingga saya tingkatan 3! Balik dari asrama, pasti mama akan suap saya. Inilah ikatan yang saya teringat2 tiapkali menyuap anak saya makan :-)

Air tangan ibu, itulah powerful tools for bonding selepas doa seorang ibu, susu ibu, dakapan ibu dan sentuhan ibu. Saya sangat percayakan itu. Jesteru, inilah sebabnya kita harus prepare sendiri makanan anak kita. Nestum definitely bukan makanan yang disediakan oleh air tangan ibu. Mcm saya kata tadi, tak ubah seperti susu formula. No offense, ya!

Ibu sibuk bekerja? jgn bimbang, anda boleh menyediakan puree dan disimpan dalam kiub dalam peti ais selama beberapa hari. anda boleh panaskan puree tersebut dalam warmer sebelum dihidangkan kepada bayi :-)

praktikal bagi ibu bekerja :-)

Untuk resepi keluarga yang melekat di hati, kata mama saya “masak dari air tangan ibu itu sendiri”. dan untuk melengkapkannya lagi, berilah si ayah untuk suapkan makanan yang telah disediakan. Jadi, masing2 ada peranan dan rasa dihargai dan ayah tak akan rasa disisih :-)

daddy mmg pandai dalam menyuap anak. “mana tiger besar…” – kakak lari2 datang. “mana tiger kecik..” – adik lari serbu. kenyang dgn daddy :-)

gambar sara ketika mami sedang suap makan bubur nasi mami semasa 8 bulan. sekarang dia sudah 3 tahun. dan dia masih bawa bekal air tangan mami ke sekolah :-)

sudah dapat adik syasya, mami masih memasak untuk anak-anak. nasi lauk ayam kicap, santapan petang ketika beriadah bersama daddy di padang :-)

kadang2 ternganga mulut memujuk si kecil makan. tak kurang buat aeroplane, melayang2 sudu sebelum masuk ke mulut si anak. selagi sempat, selagi boleh, makanan dari rumah pilihan saya untuk anak-anak. Tiada ajinomoto (MSG), tiada perisa tambahan, tiada minyak lebihan, yang paling penting ada banyak LOVE LOVE LOVE (mcm lagu LadyGaga pulak) added dalam makanan mami itu! :-)

Akhir kata part 1.

Apakah tujuan berumahtangga, kalau bukan mengharapkan keredhaan Allah, kemakmuran rumahtangga sehingga akhir hayat, termasuklah kerukunan dan kebahagian anak-anak?

4 years back :-) saiful & farah

Bersambung ke part 2 di lain entry ya ;-)

22 Responses to “Makanan pejal pertama untuk anak – Part 1”

  • Sdg terfikir ni…mcmmana ek rasanya susu kita campur dgn betik bagai itu
    ——————-
    k.pja: of course sgt sedap. anak susuan ibu dah ‘biasa’ dgn rasa susu ibunya selama 6 bulan penuh. nak galakkan anak makan, eloklah makanan itu dicampur dgn susu ibunya. so baby akan definitely terima makanan tu. Lgpun, susu ibu tulah perasa paling baik + protection + kasih sayang yang dicampur dalam makanan. no salt, no sugar! :-)

  • Salam Farah,
    Seperti pucuk dicita ulam mendatang..memang kena sgt dengan masanya…Anak saya nak masuk 6 bulan 2 minggu lagi…mcm biasala, saya pening fikirkan apa makanan yg sesuai untuk baby…thanks a lot Farah! Can’t wait for your next part…

    Opss..just nak share my experience mengenai bila masa yg sesuai utk kenalkan solid food….jenuh jugak la saya memberi penerangan kpd keluarga mengenai kelewatan saya mengenalkan makanan selain susu ibu pd baby saya…mcm biasa la, baby tak kenyang…3 bulan dh boleh makan..minum susu ibu semata2 tak cukup….nak bagi air masak la…huhuhu…sedih…tp saya dengan gigihnya mempertahankan kedudukan itu dengan tidak memberikan makanan pejal kepada baby saya sebelum usianya mencecah 6 bulan…insyaAllah, hujung bulan ni lehla makan… =)
    —————-
    mummy chot: InsyaAllah, nnti part 2 and 3 muncul. :-)

    signal baby ber’deria’ utk makan kdg2 ditunjukkan seawal 3-4 bulan lg. kdg2 bila kita tgh makan boleh nmpk dia cup cap cup cap sambil hisap jari dan kdg2 meleleh air liur. ikutkan, mmg tak sampai hati kan. tetapi, at one side, fikirkan sistem penghadaman baby masih belum matang nak cerna makanan lain sebelum mencecah 6 bulan. lgpun jika diberi terlalu awal, risiko baby nak dapat alahan sgt tinggi.

    so, kesabaran mummy chot sgtla berbaloi. mesti pengalaman pertama suap anak makan pengalaman yang takleh dilupakan :-)

  • Sue:

    Iki “Mommy, Iki lapar..jom pergi kedai makan…”
    Keh keh!
    ————————–
    sue: itu baru anak lelaki. iki nak ajak minum teh tarik je. esok besar2, mommy, jom gi mamak. teman tgk world cup! heheehehehehe….

  • wah bagus nih farah….. buat masa nih alhamdulillah masih mampu buat bubur utk sarah… kekadang terkilan sebab asik buat bekal sarah bekal habib selalu takde:(

  • shogun_na:

    Salam Farah,

    Tak dinafikan lepas gagal memeberikan yg terbaik utk Ammar, now Ammar seorang yg kurang suka mkn kini adiknya,sy rela bangun awal pagi utk menyediakan bubur utknya. Saya rela & sggup sbb tak nak pisang berbuah 2kali, kesian…seharian hidupnya hanya la dgn susu…cerewet ttg mknan… Mujo adiknya berbeza, Farzana pantang tgok org mengunyah, dia pun nak join juga…tp dlm pd itu, kawalan tue perlu diambil kira…kena timbang2kan samada mknan yg sdgn dikunyah oleh parents tue sesuai atau tidak…

    Lega rasanya bila tgok si adik berselera mkn cuma dia dh 1 year, dia prefer bbur yg diblend dr bubur yg kembang hancur begitu…takpela…rela ku korbankan demi anak ku…

  • Maziah:

    salam farah,epal hijau kalu cmpur ngan pear xbole ke?
    ma selalu bagi ihsan..ihsan baru kuar wad smlm.diagnosis hemophilia A n iron deficiency anamea.lepas ni kena appointment ngan PDN.

  • sama la dengan zara dulu… seawal 6 bulan, tieha akan masak bubur nasi dengan carrot, bubur nasi dengan sayur brocoli, then blend sampai hancur.. 1 hari 3 kali dia makan..sebesar bekas plastik yang paling kecil tuh…

    sangat la dia suka bila dapat makan.. memang habis… bial dah umur 9-10 bulan, dia dah bosan dengan lembik macam tuh.. so tieha just masak sampai hancur.. sekarang dah makan nasi elok.. tapi ada juga hari yang susah nk makan.. apepun, yang tieha harap zara membesar dengan sihat

  • nadia suka masak for my lil one..
    rs seronok when he really enjoy the food,n paling penting makan tu bersih,berkhasiat n pastinya halal..
    tmbh plak tengah cuci baca Bismillah and ayat suci..lagi berkat kan!
    Air tangan ibu best!
    Kak Farah share utk makanan toddler plak :)

  • zura:

    Salam pn farah…

    Tq So much 4 the info…memang right time. zura sekarang ni tengah servey2 masakan untuk baby coz Aaqil lagi 3 mgu akan masuk 6 bulan. Sound so early but zura nak belajar awal. Alhamdulillah till now baby masih fully BF. Doakan semoga berja BF Aaqil sampai umo dia 2 tahun at least.

  • Mama Nurins:

    air tangan ibu memang tiada tandingan…even skrg tgh sarat pregnant+kerja ofis+travel…kalau balik mesti tanya anak2 apa yg diorg nak makan…bahagia rasanya dapat jamu anak2 yg seharian ditinggalkan bersama pembantu rumah.

    tambah kembang hati mama…bila kakak kata “Mama, this was the best macaroni soup ever! thank you mama!”…bayangkan kata2 ni keluar dr mulut anak yg baru berusia 4 tahun…yang baru rasa makanan dr beberapa tempat(kedai/rumah saudara)…tapi boleh kata “the BEST macaroni ever!” …sunggguh terharu…hilang penat mama…makanlah sayang…mama rela jadi tukang masak untuk Kakak n Auni sampai ke akhir hayat.

  • k.farah, thanks for the info…
    saya nak tanya tentang brocoli tu, ada doktor kata baik utk sumber iron baby.. mcm mana ek? resipi2 utk baby biasa dlm magazine pun biasa jumpe letak brokoli ni…pening pula saya fikir ;)

    terima kasih utk info madu tu. saya selama ni bagi anak (7 bulan) madu setitik setiap pagi dicampur dgn bubur nasi dia. menyesal pula rasa. saya bukan apa, ada terbaca kisah anak yang pandai, makan madu setitik dr kecil, tapi saya tak pasti umurnya. lepas ni saya kena stop lah. agak2 k.farah, boleh ke saya ganti dengan kismis?

    terima kasih k.farah….

  • cynariany deanna:

    assalamualaikum..
    di sini saya ingin berkongsi sikit berkenaan ngan pemakanan bayi 6 bulan ke atas.
    saya ni pun pada mulanya memang tak tahu jugak sama macam ibu2 yang lain semasa anak sulung saya dulu.pa yang boleh,pa yang tak boleh bagi makan kat anak tapi alhamdulillah..berkat tunjuk ajar dari mak mertua dan mak saya..dan kekreatifan saya dalam menghidangkan pemakanan yang berkhasiat buat si kecil saya.
    kebiasaannya saya kalau pagi tu saya bagi bijirin neslac beras merah untuk sarapan si kecil saya. untuk tengaharinya plak..saya masakkan bubur lecek berselang seli dalam seminggu tu lain2 resepi. misalannya hari pertama,saya buatkan bubur ayam + lobak merah + tauhu. hari keduanya plak bubur + ikan bilis(tumbuk) + isi ikan(tinggiri/kembung/etc yg tak bertulang)+ labu. hari yg ketiga,ikan + sayur campur + tauhu. untuk minuman plak,kalau yg biasa nye nak bagi jus buahan2 ke..blender takpun lecek macam pisang ke.

  • mama idlan:

    salam farah,

    masakan ibu memang penuh dengan kasih sayang…cooking with love..;)..thanks for the info..boleh copy tak? prepare nk sediakan untuk anak bila dah 6 months nanti

  • salam kak farah….
    sy nak tanya buku when and what to feed my baby boleh didapati dimana yek?buku tu sesuai utk tahap umur brapa?
    thanks

  • ummi ummair:

    salam puan farah.suka baca entry ni.tp sy tertanya2 gak,bleh ke makanan bb disimpan dlm freezer bg tempoh yg lama?i meant..beberapa bulan?klau susu ibu of course kita tahu yg ia telah tbukti masih berkhasiat walaupun disimpan dlm tempoh yg lama.bg solid food plk camane ek?sori..coz sy takla byk pengalaman dlm soal ni.br 11 bulan menyusukn anak pertama.alhamdulillah..fully bf.
    Ada satu lg yg saya selalu perasan,kebanyakan ibu2 beranggapan memberi solid food bb pd umur 6 bln.tp apa yg saya faham,ia perlu diberi selepas umur 6 bln.dengan kata lain,bila bb berumur 7 bln.betulkn saya klau saya salah..thanks…

  • byzura:

    salam farah..
    slalunya menu apa yg you bwt utk bekalan si sara dan adiknya ke sekolah?mybe we can share together the reciepe…so i pon leh dpt idea nk bg bekal air tgn i utk ank ke sekolah…

  • nurul asnida:

    As salam… maaf, saya nak bertanya. Bayi saya sudah mencecah 5 bulan lebih. Mmg saya tak sabar nak bagi bayi makan makanan pejal. Ok, Tak semua org mempunyai susu badan yg byk, tp saya tetap memberi susu badan kepada anak saya tetapi tidak secara ekslusif. Bolehkah saya membuat makanan bayi tersebut dengan mencampurkan puree tersebut dengan susu formula? dan berapa kali sehari saya perlu bagi pada bayi saya..

  • Umi Aisyah:

    Salam.. Maaf, saye nk tanye..
    saye baru ke stop BF untuk baby saye sebab susu dah takde.. next month baby saye berumur 6bulan. Boleh ke saye campurkan apple puree tu dgn susu formula?

  • Salam,

    baby saya dah nk masuk 6 bulan..x sabar nk buat puree n bubur kt dia..kat mana ye nak cari bekas utk simpan dalam peti beku mcm dalam gambar atas tu …

  • mdm wan:

    bleh x puree buahan tu guna strawberry?memandangkn sy nati d egypt susah nk dptkn buahn tempatan kita..tp strawberry byk la…

  • tq atas perkongsian ni.. esok dah start nak bagi anak makanan pertama.. hope tips ni dapat membantu.. :-)

  • tq akak….sgt berguna apa yang akak share nie…izinkan saya share diblog saya ya…

Leave a Reply