Doa seorang anak kecil
Tuan2 dan puan2 boleh beritahu, air mata ibu manakah yang tak mengalir bila anak sekecil 2 tahun 10 bulan berdoa untuk kesejahteraan ayah bonda nya dan utk org lain?
SAYA TERHARU!
Sara: ” Ya Allah ya tuhanku, bagilah baby dalam perut mami sihat, bagilah daddy yaya balik rumah. sbb yaya nak daddy.
Ya Allah ya tuhanku, bagilah adik baik demam. bagilah org tak bubuh baby dekat lori sampah. nnti baby mati.”
Ya Allah ya tuhanku, suruhlah opah datang sini. sbb yaya nak main dengan opah”
“Ya Allah ya tuhanku. Bagilah yaya makan aiskrim sbb yaya batuk bila makan aiskrim. doktor serena ckp No ice cream” — yang ni saya tergamam.
Antara ayat yang saya kenalpasti, dia minta org2 tak buang baby! sbb hari2 dia dengar saya cakap ada org tak sayang baby. letak baby kat tong sampah.
Dia juga mahu daddy nya balik, mungkin terlalu rindu.
Saya selalu cakapkan pada sara, kalau nak ape2, minta pada Ya Allah ya tuhanku. Sbb Ya Allah ya tuhanku saja boleh bagi. doalah senjata orang Islam.
Tapi dlm kes ais krim tadi, saya betulkan padanya. kalau nak ais krim, boleh minta pada mami saja.
Sesungguhnya anak kita akan absorb apa sahaja melalui perbuatan org sekelilingnya.
Sara, sara lah anak sulung kebanggaan mami yang akan jadi leader pada adik2. Mami sejuk, sejuk perut mengandungkanmu. semoga sara tidak berubah laku bila besar. Jadi anak yang solehah nak.
DAN.. airmata seorang ibu ini berjurai2 lagi!
**Bonda: Kalaulah saya dpt rakam video, akan saya kongsikan dalam youtube!
hebatnya anak ini….
hebatnya anak-anak kita jua…..
———————–
ina: mereka boleh berkata dan berfikir di luar jangkaan kita.
syukur alhamdulillah.
Bestnye korangla main gajah
Sara nk jd menantu makcik? Anak makcik ada 2, hensem2 tau!
Aku tgh masalah negara nak me-indipendent kan Si Hafiy ni. Adoyai manja ngalahkan adik!
———————————-
lyna: tu la sape suruh tak ikut, hehehe
anak makcik putih gebu, sara ni sawo matang je. hehehehehe
tp bulu mata sara… tak payah pakai mascara. original tau acik! hehehehe
lyna, go slow with the flow. lama2 tau la dia mengindependent kan diri. =)
bijaknya sara..terharu juga.moga aufa mcm sara juga nnt.:)
——————————–
raudhah: aufa pun anak yang bijak dan taat. senang tgk raudhah jaga dia. tak banyak ragam and adorable
kak farah punye entry selalu touching touching taw…
sara anak yg baik…moga syeefa pon begitu…amin
sweet and so touching…
very touching…
sejuk perut k.farah mengandungkan Sara ni….
anak lelaki saya (umo nak masuk 4 tahun) berdoa sebelum tidur (rabbi firgli wali waaa lidayya..) siap baca translation~Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, sayangilah mereka sebagaimana mereka sayang pada kami sejak kami kecil lagi blaa..blaa..first time dengar mmg menitik ayaq mata..
semoga anak2 ini menjadi anak2 soleh dan solehah dunia akhirat..
terharu…moga sara dan jugak anak2 auntie akan jadi anak yang soleh dan solehah…amin
Yaya mintak dia tidak batuk kalau makan aiskrim
sangat jujur
————————
k.pja: hehehehe ntahla si kecik tu. akal panjang. saja menyelit pasal ice cream =)
syahdu bca entry ni.. sejuk perot ibu yg mengandungkn sarah
sgt bijak.. auntie amin kn juga
hebatnya hati suci seorang anak kan?
saya mintak izin linkkan post ini ya.. terima kasih
air mata saya juga berjujuran bila anak, Nur Hanni 4 1/2 thn berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku.. baliklah Babahku, Kakak nak solat sama-sama ngan Babah….’