Potty Train (sharing is caring)

Sebelum ini, kedua anak gadis saya ni ber cd Lunatots kalau di rumah.

Kakak, now its time to potty!

Benar kata orang, semakin anak membesar, semakin banyak pengalaman baru. Begitu juga saya.

Perkara terbaru dalam kamus saya & suami sebagai mummy & daddy adalah mengajar si anak latihan ke tandas.

Saya maklum kami suami isteri dua2 bekerja dan sibuk, jadi kami cuba cara yang paling mudah melalui pembacaan dan pertanyaan dari ibu saya bagaimana beliau ajar saya potty dulu, hehehe :-)

Berikut adalah tanda2 yang kami suami isteri kenal pasti bila sara sudah ‘bersedia’ ke tandas sendiri:

1) Bila dia sering cakap “mami, dah basah.” Ataupun “bibik, nk ganti diaper lain” – dia dah mula rasa kurang selesa dgn kebasahannya.

2) Dia dah mula buka diaper sendiri dan ambil diaper lain – dia dah mula tak suka bila diaper dia kotor.

3) Dia akan bangun tgh malam dan ckp “nak salin yang lain…” atau ‘poo poo ni..’ – sedangkan dia tidak!

Kami start perasan bila dia ke sekolah dan selalu ckp “eee malu pakai pampers” – kat school teacher bwk friend pergi toilet.

Jadi apa yang kami buat adalah:

Pertama – Saya dan suami katakan pada sara “ni maknanya kakak dah boleh belajar kencing sendiri”

Kedua – Kami belikan dia potty bench

Sara, buat apa tu?

Saya ada terbaca mengenai kebaikan potty bench ini adalah anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tak perlu dukung anak ketika dia buang air kecil di dalam tandas dewasa. Sebagai motivasi juga, anak akan lebih bertanggungjawab apabila tahu barang kepunyaannya (potty bench) dan lebih bersemangat utk menggunakannya.

Keburukan potty bench? Dah tentunya kepada sesiapa yang ada anak ‘hero’. Hehehehe :-) Boleh kongsi tips dgn saya? Sbb saya tak ada anak lelaki, jadi mmg kewajipan utk mengguna potty bench adalah tinggi utk melatih anak-anak dara saya buang air kecil/besar secara duduk :-)

** Tips: ajarkan anak mencuci sendiri tray yang telah di penuhi najis – di bawah pengawasan ibu ayah**

Ketiga: Saya minta pembantu rumah alihkan semua carpet in case dia terkucil. Ya, mmg betul! Hari pertama di depan peti ais. Suddenly dia ckp “eh… terkencing la mami..” Mmg bersih lantai rumah seminggu. :-)

Keempat: Saya beritahu dia rasa “nak” kencing atau bila “dah” kencing adalah 2 perkara berbeza (yang ini cakap dalam bahasa sendiri ikut kebiasaan berborak dgn anak) – saya minta dia beritahu bila dia mula rasa nak kencing atau dah kencing.

Kelima: Perhatikan masa. contoh, jika dia telah lama tidak buang air kecil, ajak dia ke tandas untuk buang air kecil. Aktiviti fun dalam bilik air – Dah tentu main air selepas buang air! :-)

Keenam: Pujian selepas dia pandai buang air kecil. Saya katakan dia mmg dah besar dan lepas ni dia boleh ajar syasya ke tandas pula.

Ketujuh: Berdoa dan tawakkal adalah sebaiknya. Beri dia masa jika ada hari dia tak mahu, jika ada masa dia mahu pakai diaper. Saya takkan paksa tetapi lebih kepada pendekatan memujuk.

Antara cerita kelakar sepanjang latihannya:

1) Minggu lepas opahnya datang dan semua org excited nak tgk dia kencing dlm potty bench. Duduk punya duduk tak keluar2 jugak daa…. Hehehe last2 dia malu (terus saya berazam takkan buat mcm tu lagi) – secara logik, mmg kita malu kalau ramai2 org tgk kita buang hajat, betul tak? hehehe :-)

2) Dia kencing atas tilam pada satu malam dan saya beritahu pada dia “Kakak kencing atas tilam malam tadi” Dgn muka selamba dia ckp “takpe mami. Nanti kita beli KATIL lain k.” — hahaha sekali kencing beli katil baru- mami cop duit ye nak?

3) Dia agak terkejut yang dia boleh kencing dalam potty bench dan ckp “eh.. poo poo keluar la…” – kakak, mami takkan lupa ayat ini! hahahaha :-)

4) Selepas dia selesai, dia akan nyanyi “clean up clean up, everybody clean up.. clean up clean up, wash your hand away…”

Di sekolah, dia masih pakai diaper. Dan saya akan berbincang dgn teacher munirah nya utk latihan ke tandas di sekolah pula. Harapnya, dia tak buang air merata2 di dalam kelas… :-)

Antara tips dan cabaran yang saya kenalpasti:

1) Ibu hendaklah sabar handle anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya perlu masa. Kita tak boleh expect anak kita akan belajar dan matang terlalu cepat. Biar mereka jadi diri mereka sendiri.

2) Apabila kadang2 anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut utk melalui latihan ke tandas. Yakinkan mereka. berada di sisi mereka.

3) Belikan mereka buku potty train yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas. Tanyakan apa yang mereka tahu tentang tandas.

4) berdoa adalah tools yang paling baik dalam apa keadaan. Mintalah pertolongan dari yang Esa utk permudahkan urusan ini.

Saya yakin, tak lama lagi sara sudah tidak memerlukan lampin. saya yakin, sara saya akan belajar dan pandai ke tandas. Itu doa mami, nak.

Nanti ajar adik pula ya kakak :-)

Good Luck, my dearest princess sara! You are the best leader!

Daddy adalah idola sara  :-) “kakak nak jd enshiner mcm daddy” – engineer la kakak… :-)

**Bonda: ada sape2 nak share kisah potty train anak? mehla share :-)

Salam jumaat :-)

12 Responses to “Potty Train (sharing is caring)”

  • situt:

    nk nk…sy dh ajar anak sy potty dr dia setahun lebih. sbb mak sy kata dlu, arwah nenek…mmg ajar anak2 dr kecik…sy sgt kagum..jd nk cuba…

    berjaya cuma sikit2…sy still pakaikn dia diaper mulanya…each time nk mndi sy suruh dia kencing dan berak..each time nmpk dia nk meneran sy ajak dia berak kt toilet. .tp di nursery still pakai diaper…dn kdg2 kalu sy busy attend adiknya / abahnya, sy biarkn dia melepas dlm diaper…

    setelah umurnya mnjangkau 2 tahun. dia masih begitu……….

    sy ckp kt diri sy, xpe sy bg masa utk dirinya dan sy smpai dia 3 tahun…

    ianya bgaikan 1 misi dlm hidup yg akan mengecewakan sekiranya sy gagal…

    smpailah kesatu hari, di mna punggungnya luka….pg klinik doktor kata itu rashes sbb dia tak tahan dgn najis sendiri..doktor ckp msti buang diaper…

    jd bermulalah episod hitam, kuning dan coklat dlm hidup sy..

    hari isnin cikgu di nursery bgtahu…ank sy berak dan kencing saat sdg berlari2 bermain2..

    hari selasa..hari ni dia kencing ditoilet…tp berak kt tandas..

    hari rabu pn masih begitu…huhu

    hari khamis sy dapati tiada lg bekalan bj bsh….pndang cikgu..cikgu geleng…dan senyum…

    kt rumah tak apa, kita mmg alert dan akan sering bertanya dia…tp kdg2 kebusyan melanda,,,terpaksa redha…huhu….

    hari jumaat…masih kering…dan bila di rumah dia – mama nk kencing….

    menangis hati sy..tak smpai sminggu….dia dh pndai..mgkin berkat ajaran selama setahun lebin…

    masa itu dia 2 tahun 6 bulan…sy belum kasi hadiah lg…

    tapi sy amat bangga…
    :)

  • Raje:

    Paan, how old is Yaya?i think by this age mmg sesuai utk potty training coz derang da tau ckp kan?like anak laki aku yg nk masuk 2 thn tu, die cuma tau ckp ‘mama yak’ bile da selesai, so aku x sure die da sedia utk potty training or not.
    and bout the potty bench, if anak lelaki camne nk ajar kencing ek?tkt terpancut keluar plak..hehehe

  • m0mmy neen:

    salam paan,

    10q alot sbb share this entry ni.a new knowledge for me.boleh siap2 mentally prepared utk my daughter nanti.hmm, brp ye umur yaya?

  • ummu:

    salam Pan
    terima aksih atas perkongsian ini
    saya pun rasa anak saya sekarang ini macam
    dah tiba masanya untuk dia tinggalkan lampin pakai buangnya..

  • fifah:

    baguz entry ni….saya juz nak share….tp training ke toilet anak sulung saya ni banyak nursery yang tolong…nursery yg stat train n saya sambung di rumah..pertengahan thun lepas anak saya dah stat train to toilet…her ayah sgt2 membantu jugak di rumah..everytime kitaorg alert time to toilet..mcm farah sajes…evey half an hour kita bawak g toilet…kami beli ponti yang beraneka sbb nk dia rasa hepi g toilet(mula2 hepi nk poo poo..pas tu hepi nak main air)…sebelum tido..pastikn dia ke toilet….(ada beberapa ketika..mmg dia x kencing dalm pampers masa tido)..bgn pg bru buang….ms tu jugak..step by step kita org train….siang x pakai pampers…kecuali nk tido..pas tu masa jalan je pakai pampers.. t…alhamdulillah..by age 3 years old(tomorrow)…dia dah x pakai pampers kecuali time tido je….tu pun still train untuk zero pampers plak….gud lak ye parents2 yg lain..kena sabaaaaaaaaaaaaaaar sgt2 time ni….

  • shogun_na:

    Salam Farah,

    Just nak share…Sy bru start potty training Ammar pd 18hb Feb 2010, umo nye bru nk mnginjak ke 29 bulan@ 2 thn 5 bulan. 1st day sgt la memenatkan…dia buang najisnya berdekatan dgn pipe di depan rmh…tau2 je masuk rmh, dh basah. Ari yg sama, setelah 2 kali berjaya kencing di pottynya, kali ke 3, dia basahkan lantai semula… Hati panas…tak dinafikn, sy ibu yg x sabar…but its gettong better an better….Improvement di nursery sgt menggalakkan, di rumah xdemslh krn sy rajin memantau body language nye…
    Alhamdulillah, until now, dia ok aje tanpa diaper…once a while, dia ada jgk mintak di pakaikan diaper tp setakat nie, diaper kering dan bersih…dia tak akan buang dlm diaper…

    It’s hard for the beginning, but later on…you will HAPPY to know that finally ur child can do by her/his own…

  • sblum ni train gak, tp on and off.. start may ni nak buat betul2, my nadhrah nak masuk 3thn dh.. hee.. lmbt ye?

  • tieha ajar zara sice dec 2009.. masa tuh baru 2 tahun 3bulan.. awal2 th tieha still pakaikan diapers. tapi bagitau kat dia, nanti kalau nk pee, bagitau n kita pergi toilet.. then bila dia nk pee, dia akan ckap nk pee ‘dalam’. dalam tu mean jamban.. sebab saya kata pee kat dalam masa saya angkat atas jamban..
    tapi sudah pee tu saya pakaikan balik diaper.. dlm 2 weeks lepa tu, dia mua taknak pakai diapers.. saya ikut je.. memang ada terkucil la.. tpi alhamdulillah setakat ni atas lantai je.. klu atas carpet. uahahahah.
    sekarang dah tak pakai lasung… malam nk tdo je di pakai..
    yang geramnya klu pakai diaper, dia tak pee. kalau tak pakai diaper, masa tu la dia nk pee atas katil..
    apa yang penting, kita sebagai ibu, tkleh la nk marah2 kat dia kalau dia terkucil dlm seluar.. buda t msih dlm proses pembelajaran..

  • [...] tahun setengah ke tandas. Actually artikel kali ini adalah rentetan daripada blog ini tentang kisah potty train yang lalu, menarik minat wartawan harian metro utk dikupaskan kepada pembaca akhbar tersebut. Apa [...]

  • zura:

    hai farah,

    just wan 2 share my experience bout my son…since 2yr6mth kami da ajar dia “toilet train”..time tu dia da boleh faham kita ckp n kita pon da boleh faham butir2 pertuturan dia..still use dd, but selalu tanya if dia nak kencing ke tidak..mmg kalau org lain tengok macam letih…asyikla nak bertanya..but me n my husband gunakan cara ni..”iman nak kencing?, kalau nak kencing cakap tau”..paling kelakar my husband la. Bila anak dia angguk cakap nak kencing, dia yg gopoh gapah bukak kan seluar budak tu. Takut terkucil kat mana2 katanya..Then, after dia kencing, kitorang akan puji dia..”ha..camni la anak mama…, pandai la dia kencing kat toilet..”..dlm masa 1 week, dia da pon free dd.

    Tapi yang mengagumkan dan mengherankan kami..dia x kencing malam..dia tahan sampai pagi!! haha..bila bangun pagi..”bird” dia da tegang semacam..cepat2 bawak dia pergi toilet..n for the 1st time, malam tadi dia kejut kami untuk teman dia ke toilet!!

  • nisa:

    weekend lepas hr yg cukup membanggakn sy sebagai sorang ibu. doter sy yg berumur 1 thn setengah ckp die nk ” uuu…uukk…” mean nk poo poo la tuh. cepat2 sy bwk g toilet.Alhamdulillah, die blm poo poo lg dalam CD. sy seronok sgt sampai menjerit2 panggil abi nye. si hubby pon senyum2 & bertepuk tangan tengok ank da boleh bg signal.Sy rase tu permulaan yg bagus & akn terus usaha lagi.

  • salam singgah..=) saya pun akan cuba utk madeehah insyaAllah..=) thanks diatas info bermanfaat..

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
5 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .