Yang rindu nak menulis :-)
Salam
Saya rindu betul nak menulis!
Mmg, sejak dua menjak ni, mata tak terdaya bila pandang laptop. Buka laptop, sakit kepala. Tapi, saya tak mau layankan sangat “pembawakan” ni, haha. Banyak benda yang pending, yang memerlukan perhatian.
Hutang entry saya:
1) cerita parentkid day session 2
2) Cerita di Karnival JomHeboh TV3
3) Cerita kelas penyusuan susu ibu
4) 2 artikel penyusuan susu ibu
5) 1 artikel natural parenting
Percaya tak, semua entry ni dah duduk dalam draft, tapi tak habis ditulis sbb.. tengah menulis tiba-tiba sakit kepala!
Mengandung si kecik ketiga ni mmg lain dari mengandung puteris 2 orang sebelum ni. saya tak muntah, tak alah, tak pernah tak ada selera. Tapi 24 jam diselubungi sakit kepala yang tak henti2. Dah mandi 3-4 kali sehari pun masih sama. Yang uniknya, kali ni suami pula yang dapat “alah”. Kesian, tgk si suami uwek uwek sampai tak boleh bangun. Rezeki dia kot, hehehe. (Dalam hati kelakar pun ada sbb selalunya saya yang berplastik sana sini). “abg tak tau plak alahan mengandung mcm ni.” — Derita ke kanda? Hehehehe…
Menyusukan syasya di saat mengandung jugak ada beberapa cabaran yang boleh tahan… Sore nipples, tenderness, perit rasanya bila dia bergayut sepanjang malam dalam keadaan saya yang sakit kepala, penat dan mengalami luka. simptom2 ini adalah normal utk ibu mengandung di mana mereka akan dapati payudara mereka sedikit sensitif disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Apatah lagi, syasya semakin kerap nak bergayut walaupun dia sedar susu maminya dah semakin kurang. (Sewaktu mengandung, hormon Estrogen & Progestron berada pada tahap tinggi sekaligus akan menyebabkan hormon prolaktin- hormon yang menghasilkan susu berada di tahap rendah- hormon EP berkadar songsang dengan hormon prolaktin). Stok susu saya? Berbaki 2 botol penuh 5 oz. saya sudah tidak mengepam dan lebihkan masa direct feeding dengan syasya. Atau jika saya sibuk di sarakids pada waktu siang dan tinggalkan dia di rumah, syasya akan makan dengan banyak dan minum vitagen, milo kotak, susu segar kotak dan snek serta biskut. Bila maminya balik, mmg dia tak kasi chance langsung.

Perasaan saya? Kadang2 rasa rimas. kadang2 rasa teramat letih bila berkeadaan begitu (puting luka & sakit bila menyusu). Tapi bila tgk muka syasya, perasaan tu hilang kerana syasya sgt2 into breastfeeding. Bayangkan, dari saat pertama, jam pertama dia lahir, tiada susu lain yang pernah ke tekaknya selain susu maminya. Tidak sesenang itu dia nak lupa dan reject breast maminya walau apa yang berlaku. susu sikit? tak apa, janji dapat bergayut dan penuhi keperluan emosi iaitu bersama saya.
Saya batalkan tiket ke China (dijadualkan pergi hujung minggu depan) dan biarkan suami pergi bersama adik lelakinya untuk urusan bisnes. Saya tak betah berpisah tempat tidur dengan anak-anak. Di tambah pula dgn keadaan saya yang sakit kepala memanjang. Gynae doctor saya juga menasihatkan saya tangguh perjalanan jauh dan sibuk. Jadi, saya akur. Tak mengapalah. InsyaAllah dah sihat, dah bersalin nnti sampai juga ke sana. Suami? Sedikit terganggu dgn keputusan saya. Haha. Katanya, “tak best la u tak ada. Kan kita selalu discuss. Ni abg kena buat decision sorang2.” — Tak apa. adalah hikmahnya tu. Ada banyak teknologi yang boleh buat kita berhubung
Hari ini saya hanya mahu update aktiviti bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah. sara yang sangat suka sekolah selalu tanya “mummy, lama sangat dah cuti ni. bila school nak bukak? nnti teacher cari kakak” – susahnya nak cerita yang sekarang tgh school holiday sbb dia akan ckp “tapi lama sangat ni..”
Painting session
ish geramnya doll nih
Clay session – bagus utk hand coordination
adik buat snake – “eeee….. atut….” (eee.. takut..)
acrylic painting – dinasour – kakak suka!
doll buat chicken
kakak punya dinasour. ready utk dibuat key chain atau bookmark
swimming session, lumut, perak
holiday kali ni berjemaah & ramai2
2 mak buyung yang konon2 pakai pakaian renang nk mandi, tp jadi pak pacak terkontang kanting di situ. hehe..
mami & anak2
ni semua sanak saudara- menunggu kereta yang tak datang2.
Mini zoo, Kuantan
dear kids, mummy can’t help on this. walaupun bercuti, telefon tak henti2 bunyi. Maaf ya
Car riding. sila patuhi peraturan jalanraya atau kakak akan di saman. hehe
Doll ni pun taknak ketinggalan.
Daddy yang ikut sepanjang trek takut anak daranya masuk longkang. sambil membebel cerita psl peraturan jalanraya. “if the light turns red, kakak kena stop. kalau green boleh jalan ok” sara balas: “tapi kakak tak larat jalan, kakak nak bawak car…” – hahahaha terdiam daddy.
Suka bila tgk anak-anak happy.
sara & syasya saya sangat rapat. Semua ahli keluarga mengakuinya. Mereka ibarat kembar bagi saya, yang tak boleh dipisahkan. Semuanya mesti sama. Beli apa2 di kedai, kakak akan ckp “utk adik syasya?”. Allah, kekalkanlah keakraban mereka adik beradik sehingga akhir hayat…
Mereka sama walaupun rupa berbeza.



Si adik yang suka ikut apa kakaknya buat.
Apa yang mami mahukan, bukan waktu kecil sahaja kalian rapat, berpelukan dan saling mengasihi. Tetapi sehingga besar dan sehingga masing2 telah mempunyai keluarga sendiri.
Itu sahaja buat hari ini. sehingga berjumpa lagi
** Bonda: Headache headache go away, come again another year (gulp!), mummy and kids want to play, headache headache go away..
– adaptasi lagu rain rain go away by puteri sara azalea

salam,
saya YANG RINDU NK MBACA BLOGMU….
salam.
saya pon sering tertunggu..
Moga cepat kembali cergas dan sihat ye Farah..
i ade bace entry u yg dulu2 mase delivery anak ke2..kesian..berhari2 sakit…harap2 yg ketiga ni mudah je yer..anak ke2 kat hospital putrajaya kan?? ke3 mane plak??
so far i bersalin ke-empat2 anak senang…first i minum akar kacip fatimah dan seterus i makan pil selusuh homeopati..ditambah lg dengan senaman ringan dan juge keje2 umah(fully housewife)..juge tips2 lain..he!he!
bila baca cerita kak farah sakit bila bf kan syasya…, zai pun rasa gak sekarang ni… zai tgh preggy 7 minggu… dah la suply kurang…. pastu time bf plak… aduhaiiii.. perit nyer rasa.. tapi bila baca n3 akak ni.. zai pun rasa terpanggil utk lebih kuatkan hati.. bila rasa sakit, zai akan tatap ke dalam wajah dania…. itu saje yg buat kita lebih kuat semangat…