Penyusuan susu ibu

Sedar tak sedar, cepatnya masa berlalu.

4 tahun (termasuk tahun ini) usia perkahwinan kami, saya sudah bakal mempunyai 3 anak! – saya tak dapat bayang usia 10 tahun perkahwinan kami berapa agaknya anak kami, hehehe :-)

Setiap anak itu juga mempunyai history penyusuan yang berbeza. Terus terang saya katakan, semakin bertambah bilangan anak, semakin baik kisah penyusuannya.

Saya juga ibu seperti anda, pernah rasa berbagai cabaran dalam penyusuan. Tak kiralah anak pertama, mahupun ketika anak kedua. Atau juga cabaran menyusukan ketika mengandung. tetapi apa yang saya pelajari ialah, dengan sedikit ilmu, sokongan, berfikiran positif serta perasaan bertenang ibu itu sendiri, dia mampu menghadapi cabaran.

Kenapa saya berkobar2 ceritakan pada ibu yang mengandung buat pertama kali tentang penyusuan? kerana tidak mahu mereka jadi seperti saya. At least, dgn ilmu dan sokongan yang ada, pada hari2 awal baby dilahirkan, anda tahu apa yang perlu dilakukan selain dari GIVE UP/ berserah pada susu formula.

Saya pasti, anda yang diluar sana telah mendapat banyak info tentang penyusuan dalam beribu2 artikel/penulisan di dalam blog mahupun website2. Anda telah tahu apakah konsep supply dan demand, anda mungkin telah tahu semua dan mungkin saya dah tak perlu cerita. saya menulis hari ini lebih kepada memberi semangat/motivation dan sedikit support kepada ibu2.

Contoh PERTAMA seperti ibu yang risaukan anaknya kerap menangis walaupun dah disusukan on demand (dan yakin anaknya telah kenyang). Pada fikiran si ibu, anaknya tidak mendapat cukup susu (kerana susunya kurang). Selain daripada susah hati memikirkan susu ibu yang telah semakin berkurangan, ibu mungkin boleh bertenang sedikit dan perhatikan dari aspek lain seperti:

1) Periksa lampin baby – perhatikan jika sudah basah/penuh – OK

2) Periksa suhu, keadaan badan dan perut bayi – OK

3) Periksa kawasan sekeliling tempat tidur bayi – semut api atau serangga lain – jika tiada, OK

4) Perhatikan suhu bilik (terlalu sejuk atau terlalu panas) – OK

Jika tiada sebab2 di atas atau yang lain2 dan semuanya ok, maknanya baby tidak ada apa2 masalah. Mungkin dia hanya perlukan mamanya peluk, temankan dia bermain, menyanyi atau comfort kan dia :-) Jangan panik dan terus jump into conclusion yang susu anda tiada.

Andaikan 9 bulan bayi duduk didalam perut ibu dengan aman, suara yang sayup2 kedengaran (ewah), dunia yang gelap dan menenangkan, dunia yang vakum dan tiada pencemaran, tiba2 lahir ke dunia yang bising (bunyi TV, hon kereta, mercun sana sini, anjing menyalak), dunia yang terang dan gelap.. bayi selalunya mengambil masa untuk menyesuaikan diri (sepertilah kita baru pertama kali menjejak kaki ke negara orang, bukankah asing dan perlu masa?), jadi berilah dia masa, pujuk dan dakaplah bayi anda selalu. Ianya bukanlah disebabkan susu “tak cukup” semata-mata.

** Disclaimer: Petikan di atas hanya tertakluk kepada ibu yang menyusukan anak on demand dan frequently feeding. Tidak tertakluk kepada ibu yang langsung tidak menyusukan atau telah memberi anak berselang seli dengan susu formula.

Contoh KEDUA jika bayi anda tidak mahu berenggang dari anda dan mahu menyusu sepanjang hari/malam. Bukanlah tanda susu ibu tidak cukup dan bayi tidak puas lalu mahu menyusu.

1) Bayi sangat suka suckle for comfort (itulah sebabnya puting dicipta – kerana bayi sangat selesa bila dapat menggerakkan mulutnya) – cuba fikirkan, apa lagi yang baby boleh buat selain tidur dan menyonyot? Nikmatilah momen ini walaupun kadangkala memenatkan :-)

2) Cluster feeding – menyekalikan penyusuan pertama dan kedua dan ketiga tanpa mengeluarkan puting dari mulut.

3) Bayi sangat suka bau badan ibunya, dakapan ibunya dan SEMUA perkara tentang orang yang melahirkannya iaitu IBU:-)

… dan banyak perkara lagi anda boleh terokai bersama bayi anda :-)

Contoh KETIGA jika bayi enggan menyusu (jika telah sampai waktu menyusu) walaupun berbagai cara telah dibuat (dalam kes ini bayi menyusu sepenuhnya dari ibu sebelum ini). Bukanlah jua susu ibu tidak cukup dan membuatkan bayi marah.

1) Perhatikan posisi dan perlekapan ibu – adakah menyelesakan bayi – jika tidak selesa betulkan posisi dan perlekapan (contoh: badan bayi menghadap siling, perlekapan yang salah)

2) Perhatikan sekali lagi keadaan bayi – adakah hidung tersumbat? Jika ya, betulkan posisi dari posisi buai (cradle) kepada posisi upright yang akan lebih menyelesakan bayi yang hidung tersumbat/selsema).

3) Perhatikan jua keadaan seperti di atas, seperti suhu, lampin dan faktor2 lain – jika tiada, OK

4) Jika anak enggan menyusu, jangan paksa dia untuk menyusu. Biarkan sekejap dan boleh pujuk semula (jika paksa, maka merajuklah dia atau kadangkala boleh trauma setiap kali mahu diberi susu) selepas bayi telah ok.

5) Perhatikan keadaan mulut bayi – jika ada tompok2 putih (thrush) ataupun ulser ataupun keadaan tekak yang merah, barangkali anak tidak selesa dan sakit untuk menyusu. Refer anak anda pada doktor berdekatan.

Ingatlah ibu2, kita yang telah berpuluh tahun hidup pun ada “mood” yang berbeza setiap waktu, hari dan masa. Begitu jua dengan si kecil kita. Janganlah kita mengharap anak sekecil itu utk berdikari terlalu cepat dan menjadi “budak baik” setiap masa. Sebab kita juga tak begitu bukan? Let them be a baby anyway :-)

Itu hanyalah 3 contoh yang biasa kita dengar. Ada beratus2 lagi expectation baik dari ibu mahupun bayi itu sendiri. Saya dapat rasakan bila kita ada ilmu, sokongan dan perasaan bertenang, kita boleh atasi segala cabaran penyusuan itu. Saya sendiri belum pasti apakah pula cabaran untuk anak ketiga yang bakal lahir nanti. Tipu lah kalau kata saya tiada masalah penyusuan. Ada. Bukan semuanya perfect kerana kita tidaklah sempurna. Cuma, bila saya bertenang, saya tahu apa yang hendak dibuat dan dalam masa yang sama muhasabah diri sendiri semula. Sebagai contoh: ada ketika low milk supply — saya tahu itu adalah kesilapan diri sendiri yang PONTENG mengepam disebabkan terlalu sibuk dengan urusan sarakids. Saya tahu dalam minggu itu mmg saya ada ponteng beberapa sesi mengepam. Jadi apa yang saya buat adalah, bangun waktu malam dan mengepam (untuk ganti stok susu yang telah digunakan/hutang) dan kerapkan mengepam semasa bekerja siang hari utk memastikan kitaran supply dan demand seimbang semula.

** Kita takkan boleh tipu diri sendiri, ahaks :-)

Sebagai contoh lagi, jika anak enggan menyusu terus (sedangkan sebelum ini dia sgt gemar bergayut) – mungkin disebabkan oleh “nursing strike” seperti kisah suraya di dalam blog nya. Beliau tahu, anaknya jadi begitu mungkin disebabkan anaknya ditinggalkan dalam tempoh yang lama dari biasa. Ibu akan tahu apa yang terjadi pada anaknya. Dalam kes ini juga, tidak perlu panik dan tentukan/listkan senarai masalah dan apa yang perlu dibuat. Rujuk pakar atau kaunselor laktasi terdekat untuk maklumat lanjut (jika tidak pasti).

Ada banyak lagi sebenarnya dalam basic breastfeeding management ini. InsyaAllah, kita akan cuba kongsi bersama2.

Semalam saya mengajar anak-anak sambil tgk gambar hamster yang menyusukan 14 anaknya serentak. tiba2 kakak sara cakap “tengok ni adik, mummy mouse bestfeed (breastfeed) baby dia. banyaknya anak mouse ni (sebenarnya hamster). Mami, badan dia small. Nanti sian mami mouse mati bagi susu banyak2 kat baby mouse banyak2 tu. Nanti mami mouse tu mati baby dia cari la mami mouse lain nak isap susu…kan mami?”

See, anak kecil lebih memikir dari kita yang besar. Pada fikiran dia, jika ibu hamster dah tak ada (mati), kena cari ibu hamster yang lain utk menyusu. Bukan mencari susu lain. :-) Mami bangga dengan kakak. Walaupun sara bukan anak susuan mami 100% dan tidak sebertuah adikmu syasya, namun mami tahu, kakak akan meneruskan perjuangan mami :-) Sayanglah kakak ni :-)

Itu sahaja untuk hari ini. Saya hanya memberi semangat, yang menjayakan penyusuan itu sendiri adalah ANDA, ibu! :-)

Gambar ini saya terjumpa dalam laptop suami (gambar ini kami ambil semasa mengandungkan anak pertama Puteri Sara Azalea). Indahnya berbunga2 mengetahui ada makhluk Allah bergerak dalam perut saya buat pertama kali, subhanallah) – dan perasaan itu tak pernah berubah sewaktu mengandungkan anak kedua, syasya mahupun yang ketiga ini :-)

Sehingga jumpa lagi,

9 Responses to “Penyusuan susu ibu”

  • salam,

    “Thinking with a positive breasfeeding mindset” sangat penting utk menjayakan penyusuan ibu. Berfikiran positif, tenang, semangat yang cekal dan perasaan dalaman yg kuat mampu menjadikan perkara yg sukar dapat diatasi dgn mudah. :)

  • huda:

    btl farah tanpa sokongan mmg huda rase breastfeeding ni ssh.

    kalu farah nmpk hamster breastfeed anak dier, huda kat rumah nmpk kucing breastfeed 4 ekor anak dier then huda ckp kt husband. ” yayang tgk, cat pun breastfeed anak dier, then husband huda smiling then ckp iye, 2nd BB huda baut btl2. tak pe, amirul kan huda breastfeed gak for 5mth. to me mmg sokongan from husband especially, sgt penting.

  • betul sgt artikel ni..semua perasaan ketidakcukupan susu itu sy hadapi + sibuk mendengar saranan org lain..mujur selepas 1 minggu, otak kembali mampu menilai mengapa Allah hadirkan susu manusia dalam payudara ibu.

    insyaAllah-anak kedua tiada lg formula milk.

  • aini:

    best..best sgt..bf journey is our wonderfull moment kn fara dan ibu² yg lain..very amazing…awesome..really…

  • walaupun mereka (habib dan sara) bukan 100% bf baby tetapi mereka tetap BF baby kan Farah. kuatnya pertalian itu sama sahaja sebab mereka bf baby jugan kan. Kalaulah masa dapat diputarkan kembali. Semoga lebih ramai yang membuka mata hati setelah membaca n3 ini. Terima kasih Farah

  • sara kan bijak!dan matang dari segi usianya!
    bagus artikel ni farah…complete all in one!

  • [...] Saya risaula Kak Sue, susu saya cair sebab tu saya decide nak beri anak minum susu formula biar dia sihat “Macamana Puan tahu susu Puan cair?” Bila saya pam keluar, ianya cair dan bayi seolah olah tak kenyang2 “Susu Puan elok, sihat dan yang terbaik untuk anak biar apapun kepekatannya dan bayi yang menyusu susu ibu suka ibunya dakap” Bagi bacaan lebih lanjut di blog Farah [...]

  • penuh maklumat berguna utk para ibu…insyallah saya pun dlm perancangan utk anak kedua.

  • jatuh bangun dalam meperjuangkan breastfeeding telah zai lalui selama 14 bulan ini.. kadang2 kita akan sampai tahap akan kalah pada diri sENdiri, namun bila adanya suntikan semangat even tgk hamster ni bf anak dia, itulah yg menaikkan semula semangat kita.. zai pun dah sampai tahap kalah saat ni kak..sedih sgt… bila time gi outstation. zai terpaksa korbankan dania minum fm… sungguh, berat sungguh rasa hati, tapi ini adalah kesilapan zai bila tidak bermula buat stok sejak berpantang setahun yg lalu.. at last, selama setahun ni, zai terpaksa kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. bila sampai saat mcm ni, zai tak mampu buat stok ebm sampai 2 3 hari.. tapi alhamdulillah, masa gi outsation yg pertama bulan feb ari tu,zai dapat kumpul stok ebm byk sikit. so outsation kali ni boleh la dania nenen ebm 2 hari, pagi & malam.. cumanya hari ketiga zai terpaksa lagi top up fm..

    **ehm, rasanya tak sabar nak tunggu kelahiran yg kedua.. ibu akan lebih bersedia anakku…;( berazam nak kumpum ebm at least 100 botol sebelum masuk keje…insyaAllah…

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
5 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .