Cara Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Salam semua.

Slide point ini adalah antara slide dari suami saya ketika memberi ceramah peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu di KL sentral tahun lepas sempena minggu penyusuan sedunia 2009.

Suami saya kata dia tidak pandai menulis blog seperti saya. Dia tak pandai beremosi seperti saya (sabar je lah, hehe). Katanya, “abg engineer, tak pandai menulis mcm u. buat calculation pjg2 tau la”

Saya cadangkan beliau menulis di dalam blog saya ni sebagai cakap ayah kepada ayah, kerana lelaki akan lebih dengar cakap lelaki. Ini juga pernah dicadangkan oleh mommynad, katanya lelaki lebih sesuai cerita tentang peranan bapa. Kita ikuti “penulisan” pendek suami saya di bawah ini (saya copy paste ayat dia dari word document)- dan saya tidak edit walaupun satu patah.

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status  yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas)  Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

*** Dia bercakap sebagai seorang lelaki dan ayah, bukan suami kepada kaunselor laktasi ;-) ***

Komen saya? Good! Apapun jawapannya, walaupun lelaki agak kasar penterjemahannya, sokongan fizikal yang diberikan oleh seorang suami mmg mempengaruhi seorang isteri. mungkin dia jenis yang tak pandai olah dan luah ayatnya, dan mungkin kebanyakan suami begitu, namun percayalah, jauh disudut hati mereka, mereka bangga wanita yang mereka cintai menyusukan zuriat mereka. :-) ok encik saiful, saya beri awak full marks kerana saya tahu, apa yang anda buat lebih dari kata2 dan point diatas. terima kasih kanda!

saya: “abg, mmg tak sesuai jadi blogger”

dia: “takper. abg kasi chance. kalau abg jadi blogger takde org baca blog u”

** Bonda: hari ni saya juga bercakap sebagai seorang isteri :-)

Genting highlands, last weekend ;-)

13 Responses to “Cara Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu”

  • wowwi… suka dgn post nih. Luahan dr sorang lelaki/ayah. You are very lucky farah!!
    mintak izin kongsi this tips in my blog yer.

  • farah

    hubby pun slalu encourage huda, sometimes dier pun ader tulis blog post kt blog huda. laki bini gigih sharing parenthood experiences.. huhuh. we enjoy to do that. sbb to us parenting is not something we have to keep it to ourselves, but to share

    dier tulis more to fatherhood experiences. bleh la jenguk2 kalu farah tak bz.

  • opah/ipoh:

    wow,Hebat la menan2 mama pun dah pandai tulis blog. bila mama baca dengan gaya menan2 mama cakap tak rasa feel, macam serius je ,mcm engineer tengah bagi arahan,anyway syabas u a the best son in law. mama harap mudah2an u dpt bimbing fmly n adik2
    —————–
    mama: hahaha kan ke dah tau menantu mama tu mcm mana.

  • huds:

    farah…mintak ijin nak kopipes..huhuhuh
    ————-
    huds: punya la fikir ape la makna kopipes.. bendul la fara ni, hehe ok ok silakan. tapi pdos mesti dh terer punya =)

  • at last… tunggu training dr En. Saiful pulak akan datang…. blh bawa hb saya lagi. hr tu jumpa pun x sempat bertegur. nak cepat sgt balik..
    —————
    nadia: sorry amik masa yang lama sebelum minta dia menulis. kena tunggu time dia betul2 free dulu, hehe. nnti kita jumpa lagi ye. buat kumpulan sokongan bapa pula ye.

  • wahhh really good, from man to man. en Nuar poon bab2 nih x reti nak menulis tapi dia paham n mmg panas telinga setiap kali ada yg ‘cantas’ pasal susu ibu and natural parenting. (sebenarnya baru2 nih kami dah kene ngan org yg kureng menyokong natural parenting – si, cd, bbwearing and kami sama2 panas telinga) masuk kereta barulah masing2 meluahkan perasaan terbuku. Taklah nak bertikam lidah dengan ‘orang itu’ jadi kami simpan dan luahkan satu sama lain ;)
    —————–
    liza: bestnya, liza ada teman bercerita tentang penyusuan dan erti keibubapaan sebenar. ;-) nnti share tau ;-)

    tentang org yang x faham tu, biarkan dia. belum sampai hidayahnya tu. hehehe ;-)

  • hi farah,

    good effort of u and hubby, for sharing this. alhamdulillah, my hubby pun sangat supportive dalam natural parenting ni, walaupun pada kebanyakan kalinya saya terpaksa explain sehiingga dia FAHAM, bukan setakat setuju je dengan apa wife dia nak buat.. hehehe…

    i rasa nak forward entry ni to my hubby lah. biar dia tau yang he’s on the right track, all the way. :-)
    ——————–
    asmahani: wow, thats great! u r so lucky, dear! :-)

  • yus:

    Salam..

    En Saiful, TAHNIAH!!!!
    Saya mmg suka baca penulisan bapak2 yg kurang ber’blogging’ nih.
    Bikin saya gelak.
    Penyampaian yg bersahaja, terus dan lurus.

    Farah, haruslah selalu suruh En Saiful berblog eek.
    Biar bapak2 lain baca sama.

    Husband saya pun sudah pandai promote BF dan CD pada kengkawan dia.
    Kalau tgk dia berchatting pasal ni, kita dok sebelah jadi tukang gelak dan tukang betulkan fakta dia.. hehhe..Yelah, dia cakap ikut pengalaman, tak ikut silibus…

    Ku pun mau minta ijin.. Kasi kredit sama En Saiful dan bapak2 di luar yg tidak jemu2 utk menyokong mak2 yg BF.

    CHaiyook!!
    ———————————–
    yus: dia buat ayat suka hati dia. hehehehehe

    nnti ingat tak, kigta leh buat kumpulan sokongan bapa ke bapa mcm kathy pernah ckp tu :-) tp ku risau yus, bagi topik lain, diorg sembang topik lain, heheheh :-)

  • salah, bertuahnye badan kak farah dpt husband cmni
    my hubby pon menyokong penyusuan ibu ni, pd die menjimatkan n mudah
    sy copy paste artikel ni ye kak farah, nk emel kt hubby

  • oppsss sorry bukan salah, nk type salam tp tertype salah

  • nurul:

    boleh saya copy paste artikel tersebut dan email pd kengkawan? ada ramai kaewan yg berkobar2 nak BF but kurang sokongan suami….
    nak bagi jugak kat my hubby baca….nak suruh si suami surf website jgn harap le…

  • liza:

    salam farah…
    minta izin nak copy entry ni yer.. nak bagi husband baca..sebab die pun cam taktau apa peranan die and to share to others too..
    tq =D

  • nyna:

    salam kak farah, mintak izin kongsi tips ni in my blog yer dgn harapan cik somi ku akan membacanyer,,

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
3 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .