1 minggu

Salam semua ;-)

Pertama, terima kasih atas doa dan wishes dari anda semua. Saya terharu seperti baru conceive anak pertama ;-) . Walaupun kita tak pernah bersua, rasa mcm dah rapat dgn semua ibu2 yang sudi membaca penulisan saya yang tak seberapa ini. InsyaAllah, saya akan jaga diri baik2 serta kandungan walaupun sibuk dengan kerja dan aktiviti.

Ibu2, apa yang saya ingin beritahu pada anda adalah:

1) Anda sangat istimewa dari kami di Sarakids mahupun bagi saya dan keluarga secara peribadi.

2) Terima kasih atas komen, semangat setiakawan yang anda berikan. Serius, saya menulis kerana ada yang membaca. Saya bersemangat kerana anda beri peluang pada saya utk berkongsi tentang keibubapaan, penyusuan dan lain2 ;-)

3) Ibu2, saya bukan tak pernah ke blog2 anda. Selalu. Saya menjengah, saya baca tetapi jarang tinggalkan komen. Walaupun saya bukan top commentor atau aktif di blog, tetapi Saya baca. Dan saya kdg2 terharu dengan penulisan ibu2 serta dedikasi kepada anakanda masing2. Saya juga banyak belajar dari blog ibu2 yang lain.

4) Saya juga yakin tidak semua org sukakan penulisan saya. Saya terima. Namun, anda bebas utk judge apa2 sahaja yang saya tulis kerana kadang2 ianya tak tele/related dengan anak-anak atau masalah penyusuan anda. Jesteru, saya mohon tiada komen berunsur lucah, hinaan, cacian, mahupun tujuan memalukan disini. Disini adalah tempat ibu2 berkumpul cara “ibu”. Tempat menghargai nilai air mata seorang wanita. Blog ini tidak ada crap stories, entry melepas geram, mahupun entry kutuk mengutuk saudara yang lain, mahupun cerita2 panas di dunia hiburan atau apa2 sahaja. 100% kandungan blog ini adalah berkisar kekeluargaan, anak-anak, penyusuan dan lain2. I want this to be very2 clear. Saya tidak mahu blog ini dicemari komen2 yang tidak patut. Begini, sangat senang solusinya. Jika anda tidak sukakan penulisan didlm blog ini mahupun penulisnya, anda boleh click butang X di hujung PC (sebelah kanan atas). ;-)

5) Saya masih muda & belajar erti menjadi seorang ibu, isteri, anak, kakak, adik dan kawan yang baik kepada semua org disekeliling saya. Kalau ada silap dan salah, sila beri tunjuk ajar ;-)

Ok, update aktiviti 1 minggu saya:

PICNIC & RECREATION WITH KIDS

What a good day.

Syasya is ready to explore ;-)

sara- i want a hula hoop ;-)

Mummy: Tak pandai hula hoop, teruknya kan. Buat jugak sehabis baik. syasya: Ternganga.  Sara: “huiyoo.. terernya mami”

Ni seorang lagi bapak orang yang tak kisah pasal org sekeliling janji dapat naikkan layang2 utk anaknya (kes malu la org pantai timur tak pandai main layang2), hehe

Doll yang selalu buat mami geram. Tunjuk bird.

Daddy: “ni badminton ke ping pong” hehehe

bawa bekal nasi lauk ayam kicap utk mereka makan.

syasya yang mmg pandai makan.

suap kakak pula.

* Rekreasi yang  indah buat kami pada hari rabu. Tidak pedulikan org sekeliling yang melihat kami berkelah di tengah padang, suami berlari main bola dan layang2 dengan anak-anak. Saya berhula-hoop wpun saya pasti ada org akan gelakkan saya. Yang penting, enjoy ;-)


CHRISTMAS EVE @ THE CURVE

Malam krismas, org ramai membanjiri The curve utk menyambut krismas. Tapi kami sekeluarga ke sana bukan utk menyambut krismas, tetapi having time together ‘versi’ kami sendiri di celah2 org ramai. ;-)

Mummy & sara

Nampak tak sara pegang apa? snow spray ;-)

Tak dapat main snow kat overseas, main snow spray kat the curve pun jadilah ;-) – sara’s having fun!

Apa la mami buat ni. ;-)

** Malam itu org2 yang menyambut krismas sibuk menunggu countdown, tapi kami sekeluarga buat aktiviti sendiri seperti main snow spray, main light stick, makan2 dan jalan2 malam. Sambil melihat anak berlari2 main, mami mereka duduk dan perhati orang. “Street survey” – sungguh, bermacam ragam manusia di dunia ;-)


BIRTHDAY CELEBRATION & AQIQAH FOR NEW FAMILY MEMBER

Happy birthday dear Ammar Zikry, Sara’s best friend! ;-)

Mummy farah, uncle, yaya & syasya doakan iki jadi anak yang soleh, dengar kata, sayang dzakwan dan berjaya dalam hidup. Jika iki baca entry ini satu hari nnti, mummy ingin beritahu yang mommy iki tak pernah lelah membelamu, mengasihimu. Iki jadi anak yang baik ye.

Iki, ni birthday iki ke kenduri kawin iki nih. Pegang2 tangan pula anak dua org ni. Diorg kan best friend ;-)

Tgk slide show iki dari lahir sampailah sekarang.

syasya dengan opahnya.

iki dah tak sabar tu. hehe

kami tak ada gambar iki potong kek. ni gambar iki nyanyi & tiup lilin sekali lagi.

mummy tolong conduct dance utk kids.

Anak-anak yang sporting belaka.

come on kakak! dance dgn mummy ;-) pst: mami dia yang lebih.

ibu2 dan anak-anak. haza, fara & sue. ;-)

Terima kasih suraya & keluarga atas jemputan. Kami sekeluarga enjoy the party, sangat meriah dan cantik hiasan sempena majlis. Sue, aku & family sentiasa doakan kesejahteraan mu & family. Semoga kita akan lebih bangkit, berjaya utk tahun2 mendatang, walau apapun dugaan utk menjatuhkan semangat, utk mematikan usaha atau apa2 sahaja yang tidak membina. Good luck, dear!

** Kanak-kanak suka bila mereka diraikan. Mereka sangat suka. begitu juga saya ketika kecil, bahkan sampai sekarang. Saya suka diraikan setiap kali hari lahir saya. Jadi, saya akan buat perkara yang sama terhadap anak-anak saya, biar berapa pun budget yang ada. ;-)


Saya akan update entry kelas penyusuan di Pulau Pinang.

Minggu depan kelas di Kelantan.

Minggu satu lagi di Seremban. Sabtu N9, ahad di shah alam.

Minggu satu lagi di Wangsa Maju. Ahad di Bangi.

Kami harap lelah kami ini berbaloi dan membawa manfaat utk ibu yang berniat/sedang menyusukan, InsyaAllah :-)

“mai penang, ai ckp penang” — “minggu depe nok gi kelate” — “minggu satu lagi ado kolas di soromban” –

*Bonda: Allah beri airmata kepada wanita utk dititiskan dan khusus utk digunakan bila-bila masa.

Salam Isnin,

11 Responses to “1 minggu”

  • ya ya kita sentiasa belajar…….

    minggu satu lagi ado kolas di soromban : minggu satu laie ado kolas di soghomban hahahah ini versi org pahang dok seremban

    semoga bertemu di Seremban
    —————————————
    liza: nmpk sgt tak reti cakap N9 kan. fail la, hehehe

  • Kak Farah,
    Keep on writing..u inspired me alot thru ur entries…tq:)
    ———————–
    mommy nadia: thanks dear. ;-)

  • raziah:

    Ya Farah. Keep on writing and sharing. Saya tak de blog & tak reti menulis blog. Maklumle buta IT… hehehehe. Tapi saya tak buta utk membaca dan mengambil ilmu dari entry2 farah yg sgt informative and full of inspiration serta dilengkapi ngan penuh naluri keibuan dan keikhlasan. Thanks farah! U have inspired us alot!
    ——————-
    k.raziah: Akak, tima kasih sbb sudi baca. Please, if akak ada cerita menarik membesarkan kelima2 anak akak, do share with us ;-)

  • salam kak farah…
    zah salah seorg yg hadir kelas akak…serasa cepat sajer berlalu…walau zah keluar rumah seawal 9.00 pagi…akmal jatuh masa bersiap nak ke kelas akak…dan perangai akmal yg menjadi2 masa kelas….maaf sesangt…tq for sharing ur info…zah akan gunakan utk second baby..insyaallah…

    saya suka nota bonda yg terakhir…sepanjang seharian saya ke sana..byk air mata yg saya curahkan…dgn kak sue saya kongsi rasa saya…dgn kak shida…cuma dgn akak saya tak sempat….

    terima kasih utk segalanya…
    ——————–
    izzah: thanks for coming yesterday. InsyaAllah, kita akan perbetulkan semasa anak seterusnya nnti. Yang penting, akmal masih menikmati khasiat susu ibunya, kan?

    airmata & wanita esp ibu memang sinonim. walaupun bahu ibu boleh menopang dunia, tp airmata akan tetap mengalir =) itulah istimewa nya wanita bergelar ibu. =)

    p/s: akak sibuk ke sana ke mari dgn si kecik 2 org tu. InsyaAllah ada masa kita jumpa.

  • huda:

    hai farah

    huda suka sgt tgk farah apply natural parenting to your kids. sbb MIL huda pun samer, everytime bler huda pg umh MIL, dier musti akan kasik lecture natural parenting kt huda. Dulu dier ade bukak nursery and dier mmg blaja natural parenting ni, tp dier punya kecenderungan tuk bukak beauty centre lagi tinggi menyebabkan deir tutup nursery and until now dier operate salon.

    i really wish yg huda punyai kekuatan tuk jadi cam farah and apply sume natural parenting tips yg MIL huda kasik. walaupun tak byk, skit2 tue ader la huda buat. :D
    ————–
    huda: InsyaAllah huda boleh. Dan sekarang maybe huda tgh apply attachment parenting/natural parenting, cuma huda je tak sedar ;-)

    u can do it mama! ;-)

  • seronok sgt dpt ke kelas smlm…diluar kak farah sgt selim melim la, lawa lak tu :)
    slma ni tgk di blog, bila dpt jumpa rasa macam bertemu artis plak. excited sgt.
    pengisian kelas sgt bagus dan berkesan!tak puas rasanya…
    thanks kak farah sbb sudi jumpa ibu2 di penang :)
    maybe next time boleh buat pakej 3hari 2malam plak…mana la tau, hihi :D
    ——————
    farah: senyum simpul akak pagi2 nih, hahaha.. Akak seronok juga dapat jumpa farah. Cuma x sempat nak borak lama sbb kami nak rush balik ke KL (risau traffic jam)
    InsyaAllah ada masa kami ke sana lagi. kot2 kita buat family day kat batu feringghi ke? hehehe ;-)

  • keep writing ye farah. suka baca entry farah & sue :) . pedulikn segala bentuk komen yg tak membina..manusia kan mmg bermcm ragamnya. tp mmg setuju pun saranan farah tu..kalau tak suka, klik aje butang X atas sekali tu. kan senang, hbs cerita ;)
    ————-
    nadiah: Insyaallah, nadiah. selagi ada idea, internet connection ada, hehehe..

  • puteri:

    hi farah,
    nak tanya farah pakai breastpump apa? kalo rajin buat la review skit pasal breastpump pulak :)
    —————
    puteri: pilihan breastpump fara adalah spectra & mamivac. InsyaAllah, nnti fara usahakan ;-)

  • babyboss:

    fara, eee geram tgk princess u 2 org tuh!

    u guna camera aper ek? cantik pic2 anda…
    ———————-
    babyboss: camera biasa2 je ;-p

  • slm kak..suke tgk aktiviti syasya n sara.seronok! nnt nak ajar aufa & adik aufa juga camtu..tahniah ye.nak dpt ahli baru.baby 2010 too!

  • nfzana:

    nk kna jmper akak la @ contact..mcm bnyk jer benda nk tnya..

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
4 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .