Bakal berlima tahun depan
Seperti yang ramai sedia maklum, saya ada dua org anak perempuan yang bezanya 1 tahun setiap seorang. Seorang nak masuk 3 thn seorang nak masuk 2.
Saya sangat sayangkan mereka. Sangat.
Suami juga.
Anak-anak juga saling sayang sesama mereka. Gaduh tetap gaduh. Adat beradik kakak. Tetapi mereka tak boleh tak ada salah seorang. Dunia tak kena.
Mereka juga everyone’s favourite didalam keluarga saya mahupun suami. Opah atuk dan aunty2 sentiasa rindukan keletah mereka.
Mereka selalu beralah pada org lain walaupun kdg2 itu permainan atau kepunyaan mereka. Bagi saya tak mengapa. Ada 1001 hikmah bila beralah. Mereka juga belajar berkongsi pada usia yang sangat muda. Saya kasihan, kadang2. Tapi saya bangga, dengan sifat ini InsyaAllah mereka akan mudah mendapat kawan dan kurang musuh.
Mereka punya banyak ragam. Saya tahu. terutama ketika mummy & daddy nya ada. tetapi kalau mereka tak meragam, saya rasa pelik dan sunyi dunia ini.
sara tengah sedih & meragam
Kakak; “sayangnya adik ni…”
Sara & adiknya syasya.
Sekarang mereka bakal punyai adik lagi. Kami bakal berlima tahun 2010.
Masih terlalu baru. Syukur Ya Allah. Semoga dipermudahkan segalanya.
Kakak yaya,
Terima kasih kerana hadir sebagai anak sulung mummy & daddy. terima kasih kerana menghiburkan hati kami, kerana menyayangi syasya, menjadi apple of our eyes, menjadi tukang buat lawak, menjadi baby dikala ingin bermanja, menjadi puteri kepada raja dan permaisuri keluarga kita. Kakak mmg ketua kelas yang hebat. Thank you kakak.

Adik syasya,
terima kasih doll, kerana sentiasa nmpk doll dihati mummy dan daddy. mummy tahu, adik bakal bertukar gelaran kepada kakak juga, tapi adik tetap adik kepada kakak yaya. Terima kasih adik, kerana hadir utk menjadi kawan kakakmu, kawan gaduh kakakmu, doll mummy, doll daddy serta buah hati seluruh keluarga kita. Terima kasih kerana sudi minum susu mummy dari lahir hinggalah sekarang tanpa banyak masalah, banyak ragam. Adik akan berkongsi susu dengan baby nanti, mummy harap adik akan ok. Adik kan penolong ketua kelas sekolah kita? Thank you adik!
syasya anak 100% susu ibu.
Mereka tetap sama di hati saya. Sama.
Gelak tawa mereka cukup menceritakan segala-galanya.
Berkongsi? Mereka sudah biasa.
Sedang berkongsi menyusu kiri dan kanan.
Saya/suami bukan org yang suka percaya adat lama atau yang karut2, tetapi saya/suami ikut salah satu petua org2 lama nak bagi anak2 rapat dan kurang bergaduh serta sayang antara satu sama lain:
tali pusat mereka yg disimpan dalam satu sampul.
Itu saja perkongsian gembira kami satu keluarga dengan anda.
Terima kasih atas doa, semua
Ya Allah, Selamat dan sihatkan kandunganku yang masih baru.
Kanda, kita kerja lebih kuat ya.
*Bonda: BERAZAM mahu lahirkan lebih ramai anak dan realisasikan natural parenting serta membina keluarga berkualiti walaupun ada desas desus mengatakan ‘anak ramai takut tak ada kualiti’. Anugerah ibu mithali, semuanya kan anak ramai
Salam,

tahniah kak!saya kagum!
———–
izzah: thanks dear
fara..suke ku dgr mu nak dpt baby lg..semoga semuanya berjalan dgn lancar..
——————–
aini: Thanks aini. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya baik2 belaka.
alhamdulillah.. tahniah.. semoga bertmbh2 meriah family sarakids next year…
tahniah
tak tau mana kesahihannya psl tali pusat tu. tp bila fikir, ianya adalah psikologi. bila kita ikut dan buat, means kita mengarahkan diri kita utk mendidik anak sayangkan adik beradiknya sendiri, betul tak? hehehe
saya pun ada simpan tali pusat, tp dalam bungkusan tuam. Mak saya kata kalau ada adik nanti sekali kan tali pusat tu…:)
————-
thanks farah
Tahniah Pn Farah… seronok nk dapat baby…
——————
liza: thanks dear. time awal2 ni seronok, time dah dekat2 bersalin mula la nervous lain mcm walaupun dah nak masuk 3. hehehe.
alhamdulillah.. tahniah.. semoga family sarakids bertmbh2 meriah dgn org baru..
————
ila: thanks
jom join d club, dah boleh sgt tuh
tahniah!!
ye mak aii pun letak tali pusat kami adik beradik dalam punjut kain…. maybe aii pun bule ikut cara tu..
kdg2 ckp2 org tua2 ni pun ada rasional mereka. bukan semua tak boleh pakai. sebab, kita pun bermula dari mereka juga kan?
——————
elyn: thanks
hi Kak Farah..
kakak yaya tu dah berhenti breastfeeding (wean off). bila dia teringat sekali sekala n nakkan perhatian je dia mengendeng2 & minum susu dari mummy dia.. hehehe..
Congrats!..Nanti dah bertiga,kakak yaya still bfeed jgak ke Kak Farah?
——————
mommy nadia: thanks
p/s: kalau dah bertiga, dia still nak saja2 minum, apa salahnya kan?
kak farah,
keep reading & sharing.. akak pun bnyk belajar dari ibu hebat yang lain..
tahniah!! selama ni silent reader je..siok baca website sarakids & lunatots:-)
kagum dengan cara kak farah bimbing anak2..tahniah again
————————-
su ibu aqil: thanks dear
tahniah2x..mesti syasya dan sara seronok nk dpt adik
————-
yatie chomel: arigato (kata mu duduk jepun, hehe)…. diorg tak faham lagi. smlm ada ckp pd sara dia nak dpt adik lagi. dia jawab “kan dah ada”, hehehe
p/s: sana winter ke?
tahniah paan. wah, ko dgn su cam berlumba2 plak ikut turn. hik2…
———-
jutt: thanks jutt. ni rezeki namanya. hehe..
congrat farah.. bestkan ade ramai anak. meriah.. i suke…
————
azza: thanks azza. ape lagi, jom? hehehe.. InsyaAllah
Congrats, kak paan! (eh, kak farah la…)
bile due ni?anyway,kak paan dah mcm sy punye model pulak.baguz ya info2 tu.thanks sbb sudi kongsi dgn semua.semoga Allah permudahkan segalanya.Amin..
————————-
erda: thanks erda.
model ape erda? kalau model slimming centre tak layak langsung, hehehe lemak sini sana bertaburan
si kecik tu dah besar ke?
Tahniah Pn. Farah!
Saya tiap2 hari baca blog ni, dan dapat banyak sgt ilmu ttg breastfeeding & parenting dr farah..you sangat matang berbanding usia (kita sebaya). Tiap kali dapat ilmu dari blog ni, i selalu terdetik dalam hati..masyaallah, byknya pahala farah ni dapat, sbb tolong ibu2 yg lain. mudahkan urusan org lain…
keep it up! =)

——————————–
najibah: thanks for the congrats
owh! i am nobody. suka berkongsi je. rasa lepas didada bila dpt share. Coz, ilmu itu dari Yang Maha Esa. Siapalah kita nak simpan diam2
Saya hanya buat yang termampu, judgement yang sebenar-benar adalah kerja DIA Yang Satu =)
congrats farah!!!

suka sgt i baca entry u ni…touching, so sweet….
semoga sentiasa bahagia dan diberkati in ur career and family life
————————–
mama zharfan: thanks
May Allah bless u and family too..
Alhamdulillah… Tahniah dear!
Kite seclub…Semoga Fara sentiasa bahagia di samping family tercinta.
p/s: tip tali pusat tu 1st time tau. thanks!
ye, satu club. moga Alin & family sentiasa dalam limpahan kasihNya.
————————-
alin: thanks
tips tali pusat tu tak tau tang mana kesahihannya. just ikut petua dulu2.
tahniah Farah,
wah.. pandai tilik la nieda ni ye
Akhirnya tepat juga tekaan nieda, moga semuanya dipermudahkan..
——————-
nieda: thanks
Alhmadullillah mabruk farah…bertambahnya anak..bertambahnya rezeki dan rahmat..amin.
good luck to u too.. ke dah bersalin? hehehe
———————
ummu umar: thanks kak
Tahniah Farah!
I am so happy for u…
P/s: Bila lah giliran Intan lak nak tambah “edisi” baru nie…hu hu
takpe, arissa masih nak bermanja tuh
—————————
intan: thanks
farah..
Try duduk diam, kalau boleh, hehehehehe… this coming 2010 ada bnyk plan to be implemented
thanks again & u take care too =)
tahniah..do take care.jgn kije lasak2 sgt…baru2 tu, nk kena jaga…
smoga dipermudahkan segala urusan u..amin…am happy for u n ur family…=)
————————–
mcjue: thanks
tahniah farah…another joy for ur family….harap2 semuanya berjalan lancar…do take care ya….
May Allah bless you
————-
lisa: thanks lisa
tahniah! saya pun tumpang happy dgr berita nih. Selalu baca blog farah dan inspired utk buat aktiviti sama dgn anak-anak juga. Anyway, keep updating ya.
———————————
mirah: thanks dear! nnti baby lahir, u’ll do the same.
p/s: baby dah lahir, jgn lupa inform ye
suka sgt tgk pic akak peluk sara (bertelekung)… menyentuh kalbu…
——————
ibu dania: **speechless**
salam farah, one of ur sr..Congrats yeah!..keep on writing in ur blog..love reading ur blog..hope to meet u and hear ur advice/talk about b/feeding soon..hohoho
i will, as long as mothers keep on reading
InsyaAllah, we’ll meet one fine day
————————–
mommyc: thanks dear
Congrats..the more kids u have , the more sarakids branch u’ll open…ehhehe
———————
tini: ni ayat husband i.. hahaha.. sama la pulak.. thanks tini!
farah, tahniah….
baca blog sue ritu dlm gmbr dah ‘nmpk’ perut farah tp berteka teki sendiri betul ke farah pregnant, Alhamdulillah rezeki..
p/s: suka baca blog farah
—————————
ibuaina: thanks dear
haa? yeke? hahahaha takleh sorok…
salam kak…
tahniah…suka sgt dengar berita gembira nih..terharu pun ada..
InsyaAllah, ada rezeki nard nnti boleh menimang anak lagi. Dah sampai masa, dia akan datang, betul tak?
saya pun anak rapat juga..dan masih teringinkan 1 lagi dlm masa terdekat…
tp apa kan daya..saya dinasihatkan agar menjarakkan selama 5-6 thn..saya redha
tp sy bangga dgn akk…semoga kelahiran ini akan menceriakan dan membhagiakan akk sekeluarga…Amin
—————–
mommynard: thanks
Apapun, u go mommy
Salam Farah,
Congratz farah dengan berita gembira ini. Semoga berita ini menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam keluarga farah… amin….
——————–
ninie: thanks dear
Ya Allah…Tahniah Farah!! Moga dipermudahkan segalanya – dari kehamilan hingga bersalin. Memang farah ibu dan wanita hebat! Dan murah rezeki!
A’ah kan… Selalu gak dengar desas desus mengatakan ‘anak ramai takut tak ada kualiti’.. Moga Allah memberikan yg terbaik utk kita & anak2 kita kan? Dan DIAlah sebaik2 perancang…
kakraziah
fara nak ikut jejak akak, anak ramai. hehehe. akak lagi hebat!
———————–
kak raziah: tima kasih kak
kak, terlalu kejam dengar org ckp begitu. anak terbiar, anak compang camping bila ramai. fara berazam nak buktikan dan ajak ibu lain sama2 berusaha supaya tiada istilah begitu di beri kepada ibu bapa beranak ramai. Anak tu rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit mahupun apa2 dlm dunia ni. Fara faham, walaupun kdg2 pening dgn ragam anak-anak, tp itulah nikmatnya ibu bapa. Walaupun juga ada yang kata, ibu boleh jaga 10 org anak, 1 org anak pun belum tentu lagi boleh jaga ibu, tapi fara percaya, dengan titisan air susu hikmat yang mengalir dalam tubuh anak-anak takkan buat anak-anak lupa ibu mereka. Ini aturan Allah.
anyway, sama-samalah kita menunaikan amanah Allah pada kita, sbb dgn doa anak-anak soleh/solehah tu lah yg menolong kita di akhirat nnti.
wah…jumpa kt giant on monday tu tak crite pon dh pregnant!! time tu crite nk tambah sorang lg je,next year.ingtkan plan je..rupanya mmg dh ‘ada’!hahahah..
anyway,congrats to u farah!jaga diri elok2 tau..
p/s: moga dpt ‘boboy’ kali ni..br hilang la rindu husband u kt Syafi!kikikiki
itu la, kalau dapat, dia ada geng. Kalau girl juga, mami dia best- ramai anak dara tolong, hehehe
————————–
suraiya: hahahah saje kunci mulut & bagi hint2 gitu. thanks
tahniah Farah.
seronoknya sbb tak lama lagi sara dan syasya akan dapat adik.
tengah muda2 ni biarlah bersalin kerap2. lepas dah cukup anak, bolehlah bergaya semula…
bila mereka dah besar nanti, tentu seronok lihat mereka yang lebih kurang sebaya umurnya.
akak pun ada juga anak setahun seorang. memang best walaupun penat…
—————–
ibu emy efy eqy: thanks kak
Bila ada dua nak tiga, bila ada tiga nak empat dan seterusnya
Nanti anak-anak dara ni dah besar bolehla mak dia tumpang org ckp “adik beradik” ataupun mak dia “kakak”, hehe..
ye kak, penat masa diorg kecik. bila besar, riuh rendah rumah tambah pulak anak perempuan org kata “cepat bercucu”. Apepun, mudah-mudahan yang baik2 saja utk anak-anak kita.
p/s: akak tanak tmbh lagi ke? hehehehehehehe
Tahniah kak Farah!
Moga dengan kehadiran anak, bertambah rezeki. Amin…
Selamat menyusu semasa mengandung
. Bolehlah saya belajar macammana mengepam susu semasa mengandung sebab saya pun tak tahu macammana keadaan ibu menyusu yang mengepam susu semasa mengandung sebab saya direct feeding je. Take care. Moga dimudahkan semuanya
—————————-
mar: thanks
selalunya ibu yang tandem nurse semasa mengandung tidak/kurang mengepam dan akan direct feeding anak. Hormon EP akan sebabkan Hormon Prolaktin berada di tahap yang rendah and preparing the breast for lactation (after delivery). sewaktu ini jika ibu teruskan mengepam, dia akan dapati susunya kurang akibat perubahan hormon tadi. so, selalunya ibu memilih untuk direct feed anak kerana sewaktu ini anak yang fully Bf tadi telah boleh makan makanan dari sumber lain dan menyusu lebih kepada keperluan emosi dan ingin bermanja/berdakap.
dulu masa anak sulung akak, akak gelabah bila dpt tau mengandung adik kedua, tp sekarang (utk ketiga) lebih bersedia dan tenang utk menyusu kerana input tentang tandem dah ada dan ramai ibu telah boleh lakukan. Insyaallah, 9 bulan tak lama
thanks again mar, good luck to u too =)
salam farah & saiful,
tahniah pada farah n suami. seronok sgt rina dapat berita baru ni. berbahagialah anak2 yg lahir dari perut mu farah. semoga rumahtangga farah dan suami kekal sehingga ke akhir hayat.doa2 kan rina kat sini ye. insyaallah…kami merancang tahun 2010 nanti utk mulakan langkah mendapat zuriat.skrg masih dlm treatment.jaga diri farah baik2.kirim salam pada saiful n peluk cium utk anak2 farah yg comey2 tu…:)
tahniah! smg slmt sehingga saat bersalin nnt
salam…
Insyaallah kalau ada rezeki nak merasa bela hero pula. hehe
pn farah…im late…internet prob…
tp nak jugak wish tahniah n gud lak ye
wish boy plak untuk kali ni
im hepi for you
take care ye
jgn lasak2 sgt no mummy
—————–
fifah: Thank u
wow..tahniah…tambah rejeki lah insyaAllah…