Kids & class
Salam semua. Saya masih dalam parenting week (declare sendiri) sempena cuti sekolah yang masih berbaki 2-3 minggu. Saya KIV entry breastfeeding sempena menghormati parenting week (school holidays). so, entry2 saya sepanjang disember hanyalah entry berkenaan aktiviti anak-anak sebelum kakak memulakan persekolahan dan saya kembali ke mode bekerja
Gambar2 ini saya kumpul mengikut block2/class yang kami suami steri buat dengan anak-anak.
ITSY BITSY SPIDER (Teacher: Mummy)
sediakan foam sheet dan lukis gambar tapak tangan anak di atas foam sheet tersebut
mummy yang gunting kan kerana dua anak ini masih belum belajar koordinasi menggunting (belum sesuai dengan umur mereka)
sambungkan kedua tapak tangan kakak tadi dengan glue
Lukiskan mata spider dengan marker pen
inilah hasil sara & syasya. The itsy bitsy spider.
Kutip sampah dan kemaskan semula tempat belajar. Thank You kakak!
Kemudian, saya & suami ajak mereka menyanyi lagu itsy bitsy spider bersama-sama:
The itsy bitsy spider went up the water spout,
Down came the rain and washed the spider out,
Out came the sun and dried up all the rain,
and the itsy bitsy spider went up the sput again! Yea spider spider!
——————————————————————————————————————————-
COOKING TIME (teacher: daddy) + Batik Painting
First, u must have an apron. Apron syasya & sara. Thanks to Linda for the cute lil apron =)
Hang the apron at appropriate place. Xnak messy2
Syasya, belum masak dah nak makan… Adik.. adik..
i am cooking mom. sempat lagi jeling kamera.
selepas memasak, mereka masih tak puas lagi so daddy mereka ajak buat batik painting.
Apa yang kami suami isteri belajar dari sesi ini:
1) Anak sekecil syasya ( 1 y old) masih belum mahu fokus sepenuhnya tentang aktiviti yang berjalan. dia ada bnyk interest lain. So kami tidak akan desak/paksa jika half way dia sudah mahu berhenti dan main benda lain.
2) Sara telah menjangkau umur di mana dia akan concentrate terhadap apa yg dia lakukan dan selalunya akan habiskan task yg diberikan. Apa yg dia perlukan adalah perhatian dan pujian yang menaikkan semangatnya.
3) Sediakan perkakas yang sama tanpa ada beza (dlm kes kami ada dua anak dara yang tak jauh beza umur) utk mengelakkan perebutan & perasaan cemburu yang ditanam dari kecil (akan berlanjutan hingga dewasa jika dibiarkan)
———————————————————————————————————————–
PERFORM SOLAH & JAWI READING
Sebelum ini, sara solat tanpa telekung dan hanya bertudung
sekarang sara dah ada telekung pemberian opahnya. tima kasih opah
berdoa semoga menjadi anak yang solehah. Aminn.. sejuknya perut mummy mengandungkan mu sara.
Kami sedar, makin anak membesar, makin bnyk soalan tentang agama dia akan tanya seperti “Mana Allah?” ataupun apa2 yang lain. Kami harus bersedia. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang tidak alpa tentang agama supaya boleh membimbing keluarga kami ke jalanMu.
———————————————————————————————————————————————————
SHA LA LA IN THE MORNING [teacher: mummy - cameraman: daddy]
eeee.. masamnye ketiak sape ni pagi2 tak mandi
Sisters love: Beri adiknya minum air. dahaga lepas penat main.
Kalian, saya suka sangat ingin berkongsi kegembiraan saya melihat anak-anak ini sangat menyayangi antara satu sama lain. saya bnyk belajar dari kwn2 yang sudah mempunyai anak lebih dari satu (semasa susah hati bagaimana nak menjaga 2 anak kecik selepas kelahiran syasya).
saya aplikasikan:
1) Memandangkan anak-anak ini perempuan (sama jantina) dan umurnya tidak jauh beza, baju, mainan atau apa2 sahaja saya akan beli DUA dan SAMA. Saya tidak mahu mereka berasa kecil hati dari kecil seperti “baju adik je cantik. baju kakak tak cantik” ataupun ‘mainan kakak best, adik tak best sbb adik kecik lagi”. Saya tak mahu ini akan effect mereka dari kecil (eh, mereka juga pandai menilai dari kecil). Jadi, biarlah mereka tahu, mereka sama dihati saya dari kecil hinggalah dewasa. Sentiasa istimewa!
2) Kakak di latih menjadi ketua (thanks mamafiza for the tips) yang akan protect dan menyayangi adiknya walau apa yang berlaku. saya elakkan membanding kakak dan adik seperti “kakak pandai kan.. adik tak pandai kan” – saya elakkan begini. apa2 barang, mesti dikongsi dan kadangkala kakak kena beralah dan kadangkala adik kena beralah. Kakak juga akan lindung adiknya selalu. contoh jika bermain bersama kawan lain, jika ada kanak-kanak lain buat adiknya, dia akan pujuk adik ataupun panggil mummy, daddy, opah atau ahli keluarga yang lain utk ambil adiknya, supaya tak dibuat lagi.
3) setiap hari, beritahu yang adik atau kakak adalah ahli keluarga kita. tak boleh takde kakak, tak boleh takde adik. We are compliment for each other.
4) saya suka ayat suraya iaitu tiada siapa yang berhak cakap ” u are not a good mother/father” – setiap ibu dan bapa adalah ibu bapa terbaik utk anak-anak mereka sendiri (except for yang mmg dera anak sendiri, biar anak, buang anak etc etc)
Saya masih belajar. Masih. Kami tiada modul pembelajaran buat masa ini. Apa yang kami ada hanyalah rasa kasih dan sayang yang membawa kepada ikhtiar kami untuk mendidik anak dengan tangan kami sendiri. Google, buku, rujukan, kawan2, agama, ibu bapa- itulah sumber kami!
Ya Allah.. hamba masih berusaha. Makbulkan Ya Allah.
Puteri Sara & Puteri Syasya: Kasihilah sesama adik dan kakak.
*Bonda: tiada siapa yang dapat menyayangi anak seperti ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusukannya.

saya sayu….emm…tq for the sharing kak..!tak sabar jumpa next week!
see u in penang
————
izzah: nnti kalau izzah ada cerita, do share with us also
p/s: penang makan sedap katner? hehehe
Ye. TQ for sharing Farah. Farah,memang seringkali terfikir bila tgk ibu2 yg hebat ni (cam farah la..), adakah saya boleh jadik sehebat mereka?
Moga saya juga menjadi ibu yang terbaik utk anak2..
kakraziah
——————-
kak raziah: tak puas berbual masa terserempak kat tesco haritu. akak, fara lagi salute pada akak sbb dah anak 5 tp akak maintain hebat je. cool je sepanjang masa. Seronok ada anak ramai mcm akak. Insyaallah, fara berniat nak anak 5 mcm akak.
Akak ni ibu yang NOMBOR SATU utk anak-anak akak yang comel tu… Aminn…
sgt menarik parenting week ni.. daku n mr daddy pun still duk try utk wat mcm2 aktiviti together.. nnt leh la refer to ur activity. mn nak tempah apron tu?? so cute. nak wat utk aqil khalish.. heheheh…
—————-
ila: ni parenting week declare sendiri. kalau tak start sekarang, bila lagi? Alhamdulillah, the kids are happy with their new environment.
dah lama x ngomen…dah keje..mcm2 hal…
thanks farah
ilmu ni sgt berguna
may be you may share wif also how to handle bile
anak2 buat perangai(marah..selalu nangis bila ditegur…)
my girl selalu gak mcm ni
pernah x sara or syasya memberontak
wat is ur respon
thanks dear
—————–
fifah: kids is always a kids. tang menangis, tantrum and lain2 tu perkara biasa bagi infant or toddler. selalunya anak-anak tantrum bila dia inginkan perhatian (sbb tgk kita cium adik, susukan adik atau sebaliknya). So, yang mana termampu kita layan, layankan aje insyaAllah diaorg akan ok.
Kdg2 rasa nak marah n jerit (esp bila kita penat), tp percayalah, sia2 je jerit kat anak sekecil tu. apa kata libatkan mereka sekali dalam kerja2 seharian kita. Dia akan rasa dihargai dan leka berbanding fikir nak menangis tadi.
kdg2 kena guna psikologi nak tackle anak-anak, betul tak?
apapun saya juga masih belajar dan ingin berkongsi. fifah nak share ape2 tak? share disini ye
p/s: uitm dah buka ke?
Salam.
Wow… teruja la dgn ur aktiviti parenting week Farah. Tak sabar nk do the same dgn Damia. play room sara & syasya pun Cantik la. Luv to see ur family photo frame.
Semoga mummies semua menjadi ibu yg terbaik utk anak2 anda. Amin!!
Thanks for sharing dear!
————
alin: nnti alin & hubby buat aktiviti dgn damia & adik dia k.. mesti best! sometimes we hv to think like a kids. frame tu beli rm 2 je and tulis sendiri pakai crayon. Ala2 DIY kununnye.. wpun tulisan x cantik, tp penulisnya betul2 sincere, heheheheh
Play area sara & syasya guna budget yang sgt kecil. semua ibu boleh buat
alin, take care of yourself during 3rd trimester ya
Salam there, salam perkenalan dari saya. Wow….so great. Keep it up!!!! Love to see both of your daughters. How old is kakak and adik?
kakak is 2 1/2 years old and adik is 1 1/2 Y o. basically, kakak is going to be 3 and adik 2. take care, dear mama
——————-
mama melissa: hai, salam perkenalan
salam kak Farah..
My lil boy br 14months..should I start all the activity at this age..?
As u said ur lil gal,syasya rite now still not focus on the activity..
I have started with activity like teaching using flash card..however its only took 10min for him to concentrate…the rest he will start main2..
Cuma kalau swimming, dancing tu ok la..so kalau activity cm drawing,coloring ni kan, umur berapa sesuai nak ajar?
Hope u can advice and write more on ur experience on parenting..inspired me!
————-
mommy nadia: yup, mereka bnyk interest lain. nadia try buat aktiviti yang mampu menarik perhatian dia. contoh if dia suka bola (sbb lelaki) try ambil 1 plain paper, genggam paper tu, ajar dia keronyokkan paper tu, or koyak (sambil buat funny faces or tickle dia). ianya hanyalah for fun sambil membantu meningkatkan koordinasi tangan and motor development. biar sepah dik, nnti2 bila dia besar sket ajar dia kemas balik. kalau rajin, nadia ke MPH dan cari buku “smart parents, creative kids”– flash cards ok, cuma mungkin masanya belum sesuai. and ajaibnya, mereka lebih cepat mengingat real thing/animal berbanding flash cards.
mewarna, menulis tu dah boleh start bila mereka dah boleh pegang & grab pencil. biar je anak conteng, and jgn letakkan expectation terlalu tinggi mcm kena warna elok2 n jgn keluar garisan. biarkan, biarkan anak berimaginasi. kdg2 bila kita tgk balik, mereka seolah menyatakan sesuatu atas kertas tu. hahaha ala2 Kyle XY pula.
Dun worry dear, just be a MOMMY. Ni just perkongsian yang tak seberapa je. Nnti kita share lagi ye =) Good luck, super duper mommy
sonot baca cita farah…hope i can do the same to nuha n adik nuha to be…caiyok farah…membimbing dan mendidik anak2 perlukan kesabaran dan kecekalan…
——————
huda: kalau dulu pepatah kata “tangan ibu yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia”, fara nak ubah sikit la (since sekarang bibik pun boleh buaiankan) kepada “tangan ibu yang menjatuhkan air tangannya kedalam masakan utk anaknya, menyusukan anaknya dengan air susunya, dan airmata yang tumpah tatkala susah membelanya akan bukan sahaja goncangkan dunia, malah dinilai hingga ke ahirat”
opah tengok cucu2 opah comel pakai apron,pakai telekung, sampai untie su pun teringin nak apron mcm 2.apa2 pun opah & atuk selalu rindu pada yaya & isya
————————-
opah: iyolah opah… rindu yaya & isya je.. (mami dedi dia dah tak sebut, huhuhu
sangat setuju ayat las kakak..
Bonda: tiada siapa yang dapat menyayangi anak seperti ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusukannya.
saya pernah lost masa anak di diagnose kawasaki..di kritik hebat rakan2 opis sbb 1 mggu tak hadir keje walo sblm ni sy sgt timbang rasa jika mereka ada urusan berkaitan anak/keluarga..
Allah maha kaya.. salah seorangnya kini selamat lahirkan anak n jaundis..hari2 ngadu pd saya n citekan betapa dia kini faham apa perasaan saya semasa lost aritu..sy sedang menyapot beliau utk BF anak..
all the best, supermom
————-
ayu: u are great mom! harus share dgn ibu2 yang lain
[...] Projek pertama ialah menghias apron menggunakan kain felt yang dipotong berbentuk sayur sayuran dan buahan Saya menerima SMS dari beberapa orang ibu yang anak mereka juga merengek rengek mahukan apron seperti Sara & Syasya [...]