aidiladha
Salam semua. saya ada bnyk masa di luar (bukan di ofis/sarakids) disember ini. So jika ada hari yang saya sempat update, saya akan update blog =)
Cerita aidiladha kami:
ini adik beradik saya. from left: farah amalina, mohd fakhrin, shazilla (wife angah), saya, suami, farah dinana
daddy niat aqiqah untuk kakak sara
lembu yang dikorbankan. Jadi tanah syurga lembu bertuah ni.
Alang2 balik bercuti, kami bercuti satu family di Cameron Highlands. Rehatkan fikiran.
Muka penat mendukung 2 budak kecik.
Kakak ajak adik nyanyi atas kereta atuknya.
“oh we are flying in an airplane looking out the window watching the cloud goes by”– lagu barney favourite mereka. Siapa tukang nyanyi: dah tentu maminya.. kena hafal lagu2 diorg sbb kakak main order je nak lagu apa. hehe
dengan aunty yang & aunty sue yang mcm budak kecik dek melayan mereka.
kakak ngan adik ni mcm cerita hindustan je lagaknya.love this.
si kakak minta perhatian, nmpk tak tgn si adik pun nak juga.
Malam tu makan steamboat di Rosa Pasadena. kenyang!
dah kenyang, kami satu keluarga ambil satu bilik utk karaoke. saya mmg suka menyanyi. sedap atau tak belakang kira, yang penting puas hati dapat melalak. opss, yang ni family je ‘sanggup’ dengar suara saya =)
diorg ni mmg loving couple. berpuluh tahun kahwin masih loving2 gitu. my mama & abah. of course, mereka nyanyi lagu zaman mereka. mengantuk, but enjoy =) hehe
mama & papa to-be ni pun tak ketinggalan.. makyung pun nak melalak juga ye.. ila & angah.
takde cover2 punya. hentam saja ye bang,,
ni namanya karaoke bapak-bapak. dukung jgn tak dukung..
breastfeed while karaoke? ha-ha. dimana-mana yang dia nak.
pagi2 kami dah ke cactus valley bersiar-siar
pergi ke cameron mmg sentimental sikit, inilah tempat pertama saya dating dgn suami beberapa tahun lepas.
ada gaya marry poppins tak si sulung ni. kalau dah anak dara, mmg anak dara.
kami keluar dari perut yang sama =) anak2 mama&abah.
ini pula keluarga yang saya sangat2 cinta.
Ini saja cerita aidiladha kami. Esok saya akan keluar dgn entry kerja pula. disember sangat sibuk. Close account, pergi penang, bf class, kenduri dan mcm2 urusan lain yang buat saya susah nak tidur malam.
*Bonda: Lihat muka ahli Keluarga buat saya jadi lebih kuat untuk bekerja. Chaiyok!








Syooknye pergi bercuti satu keluarga..
Cik Farah, semoga terus sukses dan sukses ye..
Ku envy sama mu.
———————————————————————
yus: thanks for the doa dear. ku pun doakan kejayaan yang tak putus buatmu & keluarga. kisses to azalea yang sama namanya mcm sulungku itu. heheh
happy family gitu
eh, g penang buat ape…ade class ke..nak join, nak join!
meh singgah sbrg jaya
leh bwk anak2 g pesta…hihi
———————————————————————–
farah: 26hb disember ni kita ada buat breastfeeding roadshow di penang. come n join us =)
ha,,, pesta dlm hujan.. hehe
bestnya bercuti2 mesia ngan family…
wish u all da best n moga terus success dlm bisnes..amin
tak sabar sgt nk jumpa ngan farah
dlm blk kaOk pon sempat bestfeed.sy sukeeeeeeeeeeee…=)
———————————————————————
mcjue: nnti kita jumpa ye. dah bape bulan? thanks for all the wishes. mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
p/s: adik terkejut tgk mami dia melalak menyanyi trus nak bergayut lama. x nak kasi chance langsung adik ni. hehe
amin..doakan sy dipermudahkan bersalin ek..nk try normal.kalu leh takmo ceaser.isk.
ni dah masuk 6 bln.
p/s:i mmg adore pakar2 laktasi neh especially pn farah..wink~
sukanya kanak2 kecik 2 org tue…cuti2 kat cameron…huhuh
—————–
huds: cuti tak dirancang.. main belasah je pegi, hihi
adik n kakak save duit daddy.. xpyh order drinks… hahaha…
————-
nad: ye betul…
hai adik farah,
selalu baca entry farah tapi x komen pun..selalu gak tgk farah dalam magazine,baca ulang2..teringat zaman shah alam.. Hidup farah happy dengan anak2 and suami..family yg bahagia and farah sangat pandai jaga mereka..Tgk babies farah buat kak momie jeles..nak satu juga!!hehe
Nampaknya if kak momie khawin n dapat anak, kenalah berguru ngan farah since farah lagi advance extravaganza..So, all the best for your business.
Salam sayang,
Kak Momie
——–
kak mie: i miss u so much sis! teringin nak jumpa kak mie.. psstt.. abg eja kawin next week.. hehehe