Milk for two- tandem nursing

Sebahagian daripada artikel saya dalam majalah Pa&Ma Disember 2009: Taktik Jayakan Tandem Nursing (milk for two-after delivery)

Tandem nursing diakui punya kelebihan tersendiri buat ibu dan anak-anak. INTAN JASTINA JAMALUDDIN berkongsi maklumat tentang kelebihan itu bersama kaunselor laktasi, Nor Farah Farhan Abdul Fattah.

Sesuatu yang klise apabila anak yang lebih tua merajuk dan menganggap dirinya disisihkan setelah hadir orang baru dalam keluarga. Namun, dengan amalan tandem nursing, hal ini tidak terjadi apabila dia menyedari dirinya masih terus menerima limpahan kasih ibu.
Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.

Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra-matang. Ini kerana anak yang lebih tua akan meransang payudara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir untuk mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus. Menyusu si kakak/abang akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengann lebih cepat berbanding adiknya.

Kepayahan untuk menyusukan dua orang anak biasanya HANYA berlaku di awal kelahiran bayi. Ketika itu, anda mungkin tercari2 kaedah terbaik untuk menyesuaikan diri dengan penyusuan serentak, posisi yang sesuai bagi kedua2 anak supaya selesa, mengepam (bagi mengumpul stok), payudara tidak selesa akibat anak tidak mahu berenggang.

Antara lain, anda mungkin mengalami keletihan terutamanya jika kekurangan air atau mengamalkan pemakanan tidak sempurna serta kurang tidur bagi memastikan anak-anak mendapat susu secukupnya.
Kesukaran turut dialami jika anda mengaplikasikan posisi penyusuan dan teknik lekapan yang salah ketika menyusukan anak secara serentak. Anda juga mungkin akan stres apabila anak yang tua mula menunjukkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa memberi peluang kepada adiknya menyusu terlebih dahulu dan “barang” kepunyaan mereka harus dikongsi dengan orang baru. Biar apa pun cabarannya, kesabaran dan tekad yang tinggi perlu dikukuhkan.

Ketahuilah, penyusuan bayi baru lahir sangat penting di awal kelahirannya. Dia memerlukan kolostrum sebagai pelindung diri. Memandangkan dia memerlukan lebih banyak masa untuk menyusu, jadi anak yang tua harus memberi peluang dan mengutamakan bayi. Dengan itu, anda dan suami boleh menarik perhatiannya untuk melakukan aktiviti lain atau menikmati snek atau makanan lain sebelum menyusu susu ibu. Hal ini hanyalah sementara. Selepas susu matang keluar, anda mempunyai pilihan untuk menyusukan kedua-duanya serentak dan mulakan rutin mengepam dan rutin penyusuan seperti biasa.
Apa yang boleh anda lakukan ialah susukan bayi selama 20 minit di sebelah payu dara kemudian tawarkan dia payu dara sebelah lagi. Setelah bayi selesai menyusu, barulah anak yang tua diberi kesempatan untuk menyusu pula. Usah gusar tentang anak yang tua kurang mendapat khasiat kerana dia telah memperolehinya melalui makanan-makanan lain.

Kadangkala anda mendapati terlalu banyak  susu hingga boleh menyebabkan bayi tersedak oleh aliran susu yang laju (let down reflex). Dalam keadaan seperti ini anda boleh menawarkan kakak/abang untuk menyusu terlebih dahulu untuk mengurangkan aliran susu.

Bagi memastikan bekalan susu mencukupi, anda perlu menjaga diri dengan makan makanan berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan dapatkan rehat secukupnya. Dalam usaha mengelakkan kepenatan setelah menyusu kedua-dua anak dan mendapat tidur yang cukup, anda harus menjauhi minuman berkafein. Selain itu anda perlu mengamalkan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Ia membantu anda tidur lebih lama dan mudah terjaga bila perlu menyusukan anak terutamanya di waktu malam. Antara lain, jangan hadkan masa tidur semata-mata untuk menyusukan anak kerana penyusuan perlulah mengikut permintaan mereka.

Anda harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan anak-anak menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Anda harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan yang paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu mengamalkan tandem nursing dengan jayanya. Anda haruslah banyak bersabar dengan kerenah si manja semasa menyusukan. Kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa pun bilangannya.

__box__
Langkah 1: Amal pemakanan tinggi khasiat
Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat termasuklah daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu.
Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan agar tandem nursing dapat dijayakan. Juga, jangan lupa minum lebih banyak air.

Langkah 2: Tetapkan giliran atau serentak?
Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi, anda pasti mahukan dia mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

Langkah 3: Kenal pasti posisi bersesuaian
Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain, anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

Langkah 4: Bertenang
Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

Langkah 5: Minta tolong

Mintalah pertolongan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

100_3962Pa & Ma Disember, Ruangan Laktasi, ms 39 dan 40

100_3964ms 40

—————————————————————————————————————————————————-

Tahu tak mengapa saya benar2 perjuangkan breastfeeding, menjadi kaunselor laktasi, dan sibuk mengajak org menyusu anak?

Kerana saya tidak mahu ibu lain jadi seperti saya dulu. Kerana saya sangat TIDAK TAHU tentang tandem nursing sewaktu mula2 mengandungkan syasya. Kasihan, sara menikmati susu mummynya dan dipaksa berhenti kerana kekurangan ilmu. sewaktu mula2 mengetahui saya mengandung lagi, ramai orang dah nasihatkan saya berhenti menyusu sara, dengan alasan anak tak cukup zat, kesian pada adik, boleh sebabkan keguguran.. bla bla .. sedangkan ianya possible dan ramai telah lakukan tanpa ada apa2 side effect baik pada mamanya mahupun bayi yang mereka kandung. Jika ikutkan menyesal, ayat “kenapalah aku ikut cakap orang? Kenapa tak tetap pendirian sendiri?”Ibu mana yang tidak sedih? Saat anak bercerai susu, ibulah org yang akan mengalirkan air mata. Benar!

Namun, selepas menghadiri kursus, nasihat daripada beberapa teman laktasi, saya tekad untuk tandem kedua2 anak selepas adik syasya lahir. Ikuti pengalaman saya DISINI (ENTRY BREAST IS BEST) -november 2008 sewaktu gembira apabila sara & syasya menikmati susu saya serentak. Pada mulanya agak sukar untuk train sara direct feed setelah 8-9 bulan (sewaktu saya mengandungkan adiknya-dia baru berusia 10 bulan)  terbiasa botol susu. Tapi saya tekad. Dia mesti dapatkan haknya semula. Saya tidak akan patah belakang lagi.

saya mengepam bagai gila untuk memastikan stok susu cukup untuk kedua anak yang mahu minum susu, memandangkan mummynya ini bekerja. Ikuti cerita ini (CERITA EMAK2 & MENGEPAM DALAM KERETA)

Sesungguhnya momen itu sangat indah. Walaupun sara dah bercerai susu dari saya (dia telah berumur 2 tahun 6 bulan), saya amat rindukan detik saya menyusukannya dari dia lahir hinggalah berhenti menyusu. Syukur, kedua anak-anak ini dapat menyusu selepas kelahiran mereka (within 1 hour) di dalam labor room. Percayalah ibu semua, selepas anak telah wean off, kita akan rindu saat dia didakap dan disusukan. Kadangkala, bila dia inginkan perhatian saya atau lihat adiknya atau kawannya sedang menyusu (iki), dia akan minta mahu menyusu dari saya.

100_3965Ini gambar 2 hari lepas. Suami sempat ambil gambar bila sara “mummy.. nak susu mummy-kakak nak kongsi dengan adik”

100_3966Hah.. apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, mummy suka! Menyusulah kedua puteriku, selama mana yang puteri mahu…

*** Menyusu sara disaat usianya telah besar lebih kepada ikatan kasih ibu dan anak yang tiada nilainya. Isu khasiat tidak timbul disini, kerana dia telah mendapat khasiat dari makanan lain yang saya sediakan untuknya.***

Utk sara/yaya/kakak: Maafkan mummy atas kekurangan ilmu seketika dahulu. sungguh, kalau boleh mummy putar masa, mummy kembali ke masa dulu. itu sebabnya mummy disini sekarang. Jika yaya tahu, dari kegagalan itulah seseorang itu tekad dan takkan patah ke belakang. Nak, itu juga sebabnya mummy mahu menolong orang lain selagi mampu, mahu beritahu yang segala-galanya tidak mustahil selagi ada ilmu, selagi bertenang, selagi tidak putus asa, selagi berusaha. Susu ibu jugalah yang terbaik.

**Bonda: Ini entry emosi berjurai air mata. I wish if i could turn the time machine.

11 Responses to “Milk for two- tandem nursing”

  • ya Allah… indahnya…… mmg confirm air mata saya berjurai dulu sebelum sempat baca “**Bonda: Ini entry emosi berjurai air mata. I wish if i could turn the time machine.” Malam tadi Habib dah sebut sambil tunjuk yang ni Habib punyer yang tu adik punyer sambil pointing kat my ‘b’. InsyaAllah nk cuba tandem utk dier blk nnt……..
    ———————————————————————
    liza: wish u luck dear. Insyaallah boleh. kekadang rasa betapa ruginya dulu tak belajar. ibu2 muda sekarang sgt2 bertuah. boleh ke kelas, boleh berforum. so, jgn lepaskan peluang menggali sebanyak ilmu =)

  • salam Farah,
    baru baca artikel Farah dalam Pa&Ma semalam. Saya pun berhentikan susu anak pertama semasa mengandung anak kedua. Saat yang sungguh hiba. Kami paksa dia minum susu formula.Dia menangis saya pun menangis :( . Sekarang dia dah 2 tahun 8 bulan. Mungkin dah agak besar nak tandem nursing kan. Tapi bila saya baring susukan adiknya (8 bulan) dia pun pasti nak baring sekali kat sebelah sambil peluk2 kita. Saat yang sungguh indah buat kita yang bergelar ibu.
    ———————————————————————-
    kak hayati: takpe kak, nnti kita cuba tandem utk anak-anak yang lain ye. Sebak ingat dulu2 punya kisah. kak, cuba try offer breast kat anak sulung akak tu, dia nak tak? hehe

  • Mar:

    Benar, mengalir air mata baca entry ni. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak! Semoga semua ibu ada kesedaran ini dan berusaha untuk menyusu anak mereka walau seberat mana pun cabaran yang datang.

    P/S : Tak sabar nak suruh cik Abang beli Pa & Ma Dis 2009 + tak sabar nak tandem nursng! :-)
    ——————————————————————-
    mar: tandem nursing is possible. u can do it! yeah!

  • salam, ya allah. ku sgt kagum tgk sara n syasya share nenen mummy dia. tb2 ku pun rs nak jd begitu. n u know what, shahril dah ckp ‘tingin tgk awk tandem nurse’…apakah????? huhuu

    farah, kalu ditakdirkan ku preggy adik aqil nnt, help me k, bf while preggy n tandem nurse. thanx sgt2 coz susah payah dtg ms memula aqil prob dgn bf.
    ———————————————————————
    ila: itu ayat ada makna tuh. dia mintak anak lagi. aqil dah nak setahun, molek sgt dah tuh.

    ada org kata “toksah la susukan anak serentak. mcm mak kucing susukan anak je gayanya. dia samakan kita dgn kucing le pulak. tapi at least, aku respect kucing leh susukan anak yang ramai ngan susunya yang di design utk anaknya. respect!

    aqil budak pandai, mak dia dah niat nak bf masa mengandung, so ape2 jadi pun dia mesti pandai punya =)

  • [...] Rujuk Pa&Ma Disember 2009 untuk artikel Tandem Nursing oleh Puan Farah [...]

  • Lyna:

    Susuku dah jadi hak milik peribadi kekal. Kiri abang punye kanan adik. Kadang2 dua2 berebut nak susu yg sama. Macam main tangkap apentah rebut2 nak nenen.

    Huahuahua.

    Camni kukena tggu Hafiy wean dulu tuk no 3 kang tak cukup slot daaa.
    ———————————————————————-
    lyna: haha.. bijak2 anak hang tuh. siap cop cop lagi. ayahnya pening kepala (hahaha)

    ha ye lah, nmpk gayanya gitulah. kang abiy pulak kena menyusu bila tiga org berebut.

  • AzniScott:

    Hmmmm……air mataku hampir2 nak tertumpah.Amaniku hanya sempat 2 tahun BF denganku.Terasa kerugiannya…..masa tu tak cukup ilmu betul,dahla BF campur FM….kesian betul anak ibu ni.Kalau dapat kembali ke masa lalu…..harap2 Tihani cukup dapat khasiat dari ibu….takmau berulang kejahilan masa lalu….tima kasih banyak2 pada puan farah and puan suraya….banyak membantu pada diri ini yang serba kekurangan
    ———————————————————————
    azni: its ok dear, yang lepas tu biarlah lepas. dah tertulis setakat itu je rezekinya. InsyaAllah, dgn kesedaran yg kita ada, buat kita tak toleh belakang lagi =)

  • wat:

    Sy dh mengandung 2 bln and still BF my 1st daughter yg br 1 thn ni..wpun morning sickenss teruk, mlm plk blh kata baby nak nyusu 1-2 jam sekali…
    Allah je yg tau mcm mn penatnya, dgn tidur yg tk cukup..berat dr 46kg dah trn ke 40kg…doakan saya di beri kekuatan untuk teruskan tandem nursing, and continue BF my girl…
    ———————————————————————
    ros: gigih nya ros! We’ll support u dear..

  • tini:

    adam..almost 5 bukan sukarela jadi tandem nurser..tp paksa rela utk habiskan stok yg terover supply…aci tak?

    kita sumbat botol ebm masa dia tgh tido…hheeh…
    ———————————————————————-
    tini: okehla tini, consider “force tandem nursing” hahaha- takde terms ni sebenarnya, terms ni specially for over supply ebm stock mummy mcm u je, hehehe =P adam kena tipu ngan mama dia. cheat for good rite! =)

  • Mmm…ceritanya serupa dgn diriku…tapi terbalik. Kakak yg dpt nyusu banyak, adiknya pulak tak nak nyusu sbb mama asyik tumpu kat kakak je…bila ingat kembali mmg berjuraian air mata yg tumpah. Saat ku menaip ini pun msh ada manik2 jernih yg keluar. Rasa bersalah pd anak kedua ku masih ada kerana tak dpt nyusukan dia sepenuhnya, hanya sempat 7 bulan aje minum susu ibu…maafkan mama ya abang nuar…kali ini adiknya emran yg berusia 3 bulan mama berazam akan menyusukan sehingga 2 tahun…doakan ye…

  • aah..betul la kak farah…tibe2 je mate rase panas2, idung pon mcm nk meleleh bace entry ni….sebak dada….thanks kak farah coz bg semangat kat lyn yg baru setahun jagung (x smpi sethaun pon lg) utk terus BF Danish…x sbr nk jupe akak n Kak Sue january thn dpn! =)

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
5 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .