Tongue Tie

Salam semua ;-)

Terpanggil untuk bercerita tentang topik ini kerana ianya bukanlah kes yang biasa saya dapat daripada ibu yang pernah berkunjung ke sarakids untuk mendapat khidmat nasihat berkaitan penyusuan.

Tetapi selasa lepas, saya didatangi oleh sepasang ibu bapa yang resah mengapa cahayamata kedua mereka tidak mahu/boleh menyusu secara direct dari breast mamanya. Baby mereka baru berumur 3 minggu dan telah minum susu perahan di dalam botol. (Baby itu masih menyusu secara eksklusif tetapi minum dari botol). Mengikut history penyusuan sebelum ini, mama ini telah menyusukan anak secara eksklusif selama 11 bulan dan berterusan hingga ke 3 tahun (anak pertama) dan tidak mempunyai masalah apa2. Malah anak pertama masih lagi direct feed sebelum adik keduanya lahir.

Saya perhatikan cara ibu tadi memegang anaknya. Saya juga lihat bagaimana mama tadi offer breast pada anaknya. Everything was in position. Sgt baik. She seems expert (maklumlah pernah menyusu anak secara eksklusif selama ini). Saya nmpk anak kecil itu susah hendak latch pada aerola mamanya. Kami kemudiannya cuba lagi di sebelah payudara. Masih sama. Saya betul2 tak puas hati. Saya tak puas hati tak dapat selesaikan masalah mama tersebut. Anaknya betul2 tak dapat.

Saya minta izin daripada mamanya utk pegang baby tersebut. The baby has interest to the breast. Dia nganga kan mulutnya mencari2 puting. Ikutkan hati saya mahu menyusukan anak tadi, tp its going to be a big problem later on, hehe. Baby itu kemudiannya menangis kerana cues nya tak diendahkan. Nah, disitulah saya nmpk apa masalahnya! He is a tongue tied baby. Atau orang tua2 ckp “lidah pendek atau tali lidah pendek”. Saya terangkan pada mamanya apa yang terjadi. Saya terangkan keadaan ini tak perlu dicemaskan.

Baby-tongue-tie-3

Tongue tie adalah keadaan dimana satu lapisan kecil di bawah lidah, dipanggil lingual frenulum mengikat dari bawah lidah ke dasar mulut bayi. Ianya terdapat dalam 4 orang dari 1000 orang bayi. Jika mahu dilihat dengan mata kasar, saat bayi mengangakan mulutnya, kita akan dapati lidahnya berbentuk “heart shape” atau jantung. Ini akan menyebabkan bayi tidak membuka mulutnya dengan luas, juga tidak latch/melekap pada angle yang betul pada payudara ibu. Oleh itu, terjadi dimana bayi sebenarnya bukan melekap pada payudara ibu, malah lebih kepada ‘mengunyah/menghisap’ pada bahagian puting sahaja. Ini tentunya akan menyebabkan bayi tersebut tidak meransang sinus yang menyimpan susu serta tidak dapat menyusu dgn baik. Ibu juga akan merasa sakit pada bahagian puting. Dan tentunya bayi ini lebih menggemari puting getah “yang panjang” apabila kecewa akibat tidak dapat susu dari payudara ibu, walhal keinginannya pada breast amat tinggi!

Pada masa inilah, ibu yang tidak tahu akan menyerah kalah pada susu formula. Anggapan mereka, anak mereka tidak pandai latch. atau puting mereka pendek. atau apa2 sahaja yang terlintas selagi tidak melukakan hati anak mereka yang telah kecewa. Dalam keadaan ini, jika masih tidak berjumpa doktor, posisi yang sesuai untuk menyusu bayi tongue tie adalah dengan “dancer hold” atau kita sebut ‘sitting-up hold’.

bftsaddlesalah satu sitting up position.

Akan tetapi, tindakan mama tadi yang sangat2 concern tentang anaknya adalah betul. Ini kerana jika dia membiarkan sahaja, sehingga anak tadi besar dia tidak akan tahu. Saya respect pada mama tadi kerana sanggup berhabis, janji anaknya mendapat keperluan terpenting di zaman bayinya iaitu susu ibu.

Ok, berbalik kepada kes tadi, saya tunjukkan video mengenai tongue tie kepada kedua ibu dan ayah tadi supaya mereka bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berjumpa pakar. Saya syorkan  mereka bertemu Dr. Koe, Pakar kanak-kanak dan juga Konsultan Laktasi yang mmg menjadi idola saya dalam bidang ini. Beliau adalah doktor, dan beliau juga adalah seorang pakar laktasi. Saya tidak boleh handle kes sebegini kerana ianya perlu pakar untuk membuat minor operation di bahagian frenulum bayi tersebut. Kebiasaannya, doktor akan melakukan pembedahan kecil dan simple iaitu frenulotomy. Ianya sekejap dan bayi tidak akan merasa kesakitan yang amat akibat pembedahan ini. Ajaibnya, selepas pembedahan dilakukan, bayi berupaya latch/melekap dengan baik! Indahnya kuasa Tuhan!

03112009881Ammar ketika pembedahan

03112009882Dr. Koe sedang bantu mama Amar menyusu. He can latch! :-)

Anda boleh ikuti kisah mama ini disini. Saya sungguh terharu apabila menerima panggilan dari Dr Koe keesokan paginya, yang sangat2 humble berterima kasih pada saya kerana merujuk kes sebegini padanya. Katanya kita patut tolong ibu2 yang mmg tidak tahu tentang ini. Saya sedar, I am nobody. Saya tidak boleh bantu sepenuhnya kes ibu tadi. Saya hanya mampu merujuk beliau kepada yang lebih pakar.  Saya speechless dan hanya berkata “I am so happy to talk with u, doctor!” Dan InsyaAllah, esok pagi (Jumaat), Dr. Koe menjemput saya dan Suraya untuk menghadiri diskusi penyusuan bersama clientnya. What a nice opportunity. Terima kasih pada beliau kerana sanggup berkongsi ilmu dengan kami yang masih lagi belum apa2 dalam bidang ini. Syukur.

Kepada kak ruszia, tentunya akak gembira ammar kini boleh menyusu dengan baik. Kiriman sms dari akak pagi tadi betul2 buat Farah happy. “8 mlm tadi dia minum direct bf sampai tertido” . saya bukan mamanya pun happy dengan keadaan yang baru ini. Mudah-mudahan, Ammar menyusu dengan akak sampailah terlunas haknya.

03112009878Ammar Zharif yang seronok dapat nenen dari mamanya. Jadi anak yang soleh ye nak.

*Bonda: I am so happy for the family.


13 Responses to “Tongue Tie”

  • afifah:

    Tahniah kepada ibu Ammar..anda ibu yang hebat…semoga Allah merahmati anda

    pn farah…saya pn hepi mcm puan bile baca cite ni sampai habih…tahniah gak ye..anda memang hebat…walaupun anda rasa anda biasa2 ajeee…
    ——————————————————————-
    afifah: ibu ammar mmg tgh hepi tuh. dh mmg naluri ibu kan, dgr cerita org lain pun kita akn rasa benda yg sama. =)

  • aini aziz:

    perasaan sgt teruja dengan keadaan yg seribu satu ini..nnt bolela share lg cite ttg aktiviti dengan dr.koe plk ek..(mode:sedang berkaca mata bile tgk baby itu telah berjaya menyusu dr mummy die..)
    ——————————————————————-
    aini: yup, susah nak dpt kes mcm ni. mmg teruja and happy tgk bila dah ok. InsyaAllah, akan share ape yg kitorg bakal dapat dari Dr. Koe. aini, mu nangis kah? hehe

  • terharunyer baca entry ni…
    good job farah…usaha anda sungguh murni ;)
    ———————————————————————
    kak suzie: semua mak mcm tu kan. dgr anak org lain sakit, kita rasa sedih sama. dgr anak org lain sihat, kita pun happy sama. itu sbbnya tugas melahirkan, menyusu and nurturing diberi galasan pd wanita. p/s: plus, mak2 ni selalu juga drama air mata =p hehe

  • ibu Ammar sangat hebat…saya kagum..
    Thanks Farah for share the info..

    Sejak kes Farah ajar nieda posisi menyusu sambil baring (lying down) tu, Humaira memang suka..Problemnya sekarang ni dia dah tak suka posisi craddle hold..Kalau dekat rumah sesuailah, tapi kalau berada kt luar haru dibuatnya posisi lying down.. Tak taulah sama ada cara nieda pegang tak betul, Humaira ni ikut mood dia kadang2 dia nak posisi cradle hold tapi kalau dkt rumah jgn harap..harus pergi jumpa farah lagi ni..
    ———————————————————————
    nieda: humaira ni bijak nye.. mmg baby kalau di biasakan ajar posisi tu dia mmg suka sbb boleh berdakap dgn mak dia selalu =)

  • Will put this in side note…just in case jumpa anak yang sebegini…

    Tahniah Farah sbb even dengan menghantar patient ke tempatnya dan rawatan itu pula berjaya, maka itu adalah suatu yang insya ALLAH mendapat nilai di sisi ALLAH dan kepuasan dalam diri
    ———————————————————————-
    k.pja: haah kdg2 kita tak perasan rupa-rupanya baby ada tongue tie sebaliknya ingat dia reject breast. better to know early idea how to observe this case, kan?

    k.pja, mudah-mudahan apa yang baik mendapat keberkatannya. Thank sis. Baby sihat?

  • puan farah, i’m speechless..
    happynya dapat bantu mama, papa dan bayi itu..

    (T_____T)

    *syyy…jgn nangis..waaaaa..touching la..

    besarlah rahmat Allah kepada awak ye puan farah, sbb bantu baby yang lemah itu..
    ———————————————————————
    mamahanis: InsyaAllah, lps ni kalau mamahanis jumpa kwn2 mcm ni, boleh juga tolong2 tgk dan rujuk pada pakar, kan? — nangis juga ke? hehe–

  • Thanks pada Farah…..

    saya bukanlah ibu yg hebat…cuma ingin memberikan yg terbaik utk anak….
    dan rasanya susu ibu itu adalah hak dia…
    so saya cuba sedaya upaya memberikan hak dia sebaik mungkin..
    mmg kita ni kena upgrade ilmu selalu..
    mcm tongue tie ni saya tk pernah ada info abt this before…
    Bila berlaku benda ni..saya termenung…banyaknya ilmu penyusuan/pengjagaan anak yang tiada pada saya…:-(
    ——————————————————————-
    kak ruszia: semakin besar anak kita atau semakin bertambah bilangan anak kita, semakin kita tahu bnyk benda kita tak tahu. inilah dinamakan proses pembelajaran berterusan bagi ibu dan ayah. sampailah anak kita dah berkahwin dan beranak pinak nnti pun kita akan masih belajar, kan? all the best to u sis =) kisses for ammar!

  • awe:

    pa’an, terharu baca kisah nie!
    walaupun macam tu, keinginan mama ammar nak menyusu bayi die tinggi & tak putus asa bagi susu perahan… tahniah pa’an :)
    ——————————————————————–
    awe: betul tu hawe. semoga dia menjadi anak susuan ibu =)

  • airmata kegembiraan utk kak roszia… alhamdulillah…
    ———————————————————————
    ibu dania: Yup, happy for her =)

  • sitenur:

    SALAM…
    rasa tharu sangat…congrate t0 u k.roszia n ammar…
    sbenarnya my 2nd bb, aqil (2mth)pun mcmtu, pd mgu2 pertama memang tgk pelik jer…tp dia bf ok. so dia ok i pun ok…

    last saturday i nak p kdai sarakids kt shah alam tp x smpat plak…frust gak, ingat nk jumpa pn.farah. nk minta consult abt bf la

    anyway tq…i belajar dr blog pn. farah abt bf…x tau la bleh buat ke tak…

    mgu dpan dh mula kja, mgu ni i baru start pam (gadget x brp ckup lg)…takut pulak x ckup bekalan…alhamdulillah dh dpt 6 botol 3oz…rasa bangga…

    thanks…

  • huds:

    tahniah puan farah…moga usahamu dinilai dan diganjari oleh Allah…i’m so happy…

  • [...] Events Calendar « Tongue Tie [...]

  • akma:

    pn farah,
    tiba2 rse risau sdgkn slama ni..sy mmg perasan baby sy (ammar mierza) lidah dia bentuk heart.bila ade yg tegur sy ckp xde ape2..nnt akn balik ke asal..sy mcm cuba menidakkan..tp alhamdulillah ammar xde problem menyusu (bf) selama 5 bulan slpas dilahirkn…tp sy rsau akn menjadi masalah pd c ammar bila dia besar nnt…plz…sy tetiba jd risau..sy search mcm2 info..sbnrnye dr awal lg sy dah agak that show yg ammar ade problem ngn tongue dia..stress sgt..

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 52 minutes ago
3 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah