Question Mark

Salam Nisfu Syaaban. Moga anda semua di bawah lindunganNya.

Izinkan saya copy paste email ini buat tatapan anda semua:

“Salam Pn. Farah,
Sy L tinggal di Kinrara, kerja di Shah Alam Sek 13.
Saya ingin bertanya soalan. Saya masih menyusu anak, usia 2 tahun pada 26/07/09 ni.
Seseorg telah memberitahu saya bahawa tidak elok menyusu anak (terutama lelaki) lebih dari 2 thn. Katanya hormon si ibu (perempuan) akan berpindah kepada anak yg disusunya. Ini akan menyebabkan anak (lelaki dalam kes ini) akan mempunyai sifat yg lembut, umpama perempuan. Beliau memberi contoh anaknya sendiri yg telah berusia 3 thn yg masih minta susu ibunya. Anak itu cenderung mengguna makeup ibu dan suka kata dia adalah girl. Beliau juga memberi cth sorg pelajar AF (tak silap saya Aidil) yg mempunyai sifat lembut seperti perempuan kerana minum susu ibu sehingga 6 thn…Betul ke pendapat ini??? Katanya lagi sebab itu Al-Quran kata sehingga 2 thn.

Sukar saya nak terima alasan ini sebab belum pernah lagi terbaca dimana2.

Saya amat berharap agar Pn. Farah sudi berkongsi pendapat berkaitan perkara ini.

Terima Kasih.”

saya tak mahu komen lagi pasal ini, kerana hari ini saya mahu anda di luar sana yang komen. Saya akan komen beserta fakta di entry seterusnya. Komen dibuka selepas entry ini dipublish. Anda jgn risau jwpn salah. Nyatakan aje apa yg anda rasa. Yelah, selalu anda baca saya membebel psl breastfeeding. Kali ini kita berinteraksi secara 2 hala. Pengomen2 akan diberikan saguhati yang tak seberapa dari SARAKIDS (1 Paket sampul duit raya 2009 dari butik SARAKIDS). Sila tinggalkan nama, alamat atau nombor telefon selepas komen anda. Sms, email tidak digalakkan utk mengelakkan pihak kami terlepas pandang penyertaan anda.

Jumpa lagi semua.

* Bonda: Wajarkah contoh diberi hanya pada apa yang nampak di depan mata? Terguris rasanya.

*** Terima kasih Puan L. Satu soalan yang sgt baik. Dan tahniah kerana telah ‘grad’ PHD breastfeeding =) Apapun, anda lah provider terbaik utk anak anda. 2 tahun bukan senang. Anda telah lakukan =)

Image012Si lesung pipit SARA =)

15 Responses to “Question Mark”

  • Liz:

    Mmg pernah dgr ttg teori ni. Tapi bagi saya ianya tak betul. Hanya satu KEBETULAN saja kwn L tu nampak contoh yg sebegitu di depan mata. Tak patut rasanya kalau dia nampak 2-3 org lelaki yg jadi lembut dan lebih bersikap keperempuanan dan secara kebetulan lelaki-lelaki tu minum susu ibu lebih dr 2 tahun, terus nak label semua lelaki yg minum susu ibu lebih dr 2 tahun akan jadi lembut?

    Husband saya minum susu ibu sehingga umur 3 tahun, kemudian cerai susu kerana ibunya mengandungkan anak kedua. HUBBY SAYA TAK LEMBUT. Dia seperti lelaki lain.

    Anak lelaki jiran saya minum susu ibu hingga umur 6 tahun. Now, dia dah umur 20 tahun. Perangai tidak ke arah keperempuanan pun. Seperti lelaki lain. Lembut pun tidak.

    I’m in not mistaken, Tiger Wood minum susu ibu hingga umur 6 tahun. Lembutkah dia?

    Dlm Al-Quran menyeru agar kita menyusukan anak kita sekurang-kurangnya hingga dia umur 2 tahun. Bknnye hanya setakat dua tahun. Kalau tak silap, saya ada terbaca yang Rasulullah sendiri masih minum susu ibu susuan dia selepas umur 2 tahun.

    Bkn nak kata apa tp kdg2 org ni pandai ckp je. Kalau betul nak ckp Al-Quran suruh susukan anak sampai umur 2 tahun je, kenapa org tak ikut? Kenapa tetap pilih susu lain selain dr susu ibu utk anak?

    Anak perlu dibentuk oleh ibu bapa. Dia nak jadi lembut atau tak, tu bkn bergantung pada susu apa yg dia minum dan berapa lama dia minum susu ibu. Byk faktor lain yg boleh menyumbang pada masalah tu.

    Nama : Liz
    Alamat: 1368 Jalan TTJ 2/21, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Seremban, NS
    No Tel: 013-2466959

  • jutt:

    SALAM. just my 2 cents…setahu jutt, lebih 2 tahun itu bole cuma, dari segi hukum Allah mensyaratkan 2 tahun sebab anak2 yang lebih 2 tahun sudah mula mengerti, faham dan dapat membezakan lelaki dan perempuan. so, adalah kurang manis jika kita masih mendedahkan apa yg tak patut buat tatapan mereka. ye, mereka sudah mula mengekplor itu dan ini. dari segi saintifiknya, pnah terbaca juga tentang hormon si ibu yg tak elok anak consume, tp rasanya takde kaitan plak dgn “KELEMBUTAN” anak itu. hem…entahla. tak sabar tunggu komen paan dgn fakta.

  • ummi_sal:

    Salam. untuk respon tentang perkara ini apa kata kita merujuk kepada Al-Quran. surah Al-Baqarah ayat 233:

    ‘Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan’

    Ayat ini jelas memberi inspirasi kepada para ibu untuk terus menyusukan anak kerana ia merupakan satu ibadah.

    Pada saya tidak salah menyusukan anak lebih dari dua tahun. cuma selepas usia anak 2 tahun, keperluan nutrisi anak tidak dapat ditampung jika hanya bergantung dengan susu ibu.

    Sifat lembut bagi anak lelaki ini boleh jadi dipengaruhi oleh persekitaran. atau mungkin juga si ibu semasa mengandung terlalu mengharap anak yang di kandungkan itu perempuan tetapi ternyata lelaki. hal ini boleh mempengaruhi sifat anak tersebut. kita biasa dengar tentang anak akan mewarisi sifat dan kelakuan ibu semasa ibu mengandung. jika dalam tempoh mengandung itu si ibu banyak melakukan ibadah, insya Allah si anak akan mudah dibentuk. dan begitulah sebaliknya.

    Apapun, semuanya kita perlu kembalikan kepada Allah SWT. kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Wallahu a’alam.

    Alamat : TB 6207, Taman Ria 10, 91000 tawau, Sabah.
    hp : 019-2874567

  • farah:

    Pendapat saya pula ya…
    Mungkin hanya kebetulan teori2 tersebut. Bagi saya,susu ibu boleh diberi kepada anak selama yang dia mahu. Adik saudara saya minum susu ibunya lebih dua tahun, sekarang sudah berumur 19tahun. Dan dia ‘gagah perkasa’ tidak pula lemah lembut…hehe. Kepada Puan L, teruskan penyusuan susu ibu selama mana yang anak dan ibu mahukan. Tak salah saya, ada juga blogger (ibu eyman) yang sudah menyusui anaknya lelakinya lebih 2 tahun. Bagi saya , pendedahan terhadap anak jua mempengaruhi sikap anak tersebut. Cthnya : memberi mainan yg ‘girly’, rakan2/adik beradik yg majoritinya perempuan atu mungkin jua anak lelaki tersbut mencontohi apa yang ibunya lakukan.

    Itu hanya pendapat tak seberapa saya. Mangkin ianya tidak seratus peratus benar. Sekian.

  • farah:

    opss lupa nak letak..

    Farah
    No. 7, Pintas Sembilang 6, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.
    012-4413231

  • Hii farah, salam Puan L..
    menarik persoalan nih.. bagi fathin, simple je.. susu ibu adalah utk anaknya..
    susu lembu adalah utk lembu,, heeee..
    btw, hubby fathin full breastfeed sampai 4thn plus.. dekat nak tadika baru stop,
    dia adalah sangat macho dan tak de langsung sifat2 lembut. sbgi anak last,
    fathin tak penah dgr dia melawan atau meninggikan suara pada mak. sangat hormat dan kalau demam, telefon mak je dah boleh sehat.. see how great the attachment hasil dari susuibu.. it super incredible.

    fathin. 0126293484

  • salam……

    first time denga teori nih…… sememangnya tidak logik. takkan kita nak bagi conclusion sumer orang yg berperangai seakan2 atau ke arah perempuan / pondan / bapuk tu minum susu ibu melebihi 2 tahun. Sangat salah teori ini pada pandangan saya. Sebab dah termaktub susu ibu itu yang terbaik untuk anak dan takde plak mana-mana fakta mengatakan susu tu elok untuk sampai 2 tahun sahaja. Saya tidak menyokong teori itu.

    Liza = kosong satu tiga tiga enam tujuh enam lima enam tiga

  • [...] Majlis potong kek Zafran Untuk Zafran dan uminya, tahniah kerana dapat menyusukan zafran secara eksklusif dari hari pertama sehinggalah Zafran berumur 2 tahun Ianya tak mudah, tapi masih tidak mustahil kan Haza? Dengar-dengarnya Zafran nak sambung kontrak susuan selepas 2 tahun…ekeke Kongsi kongsikan pendapat anda disini [...]

  • umm' imaan:

    teori ini saya kira kurang tepat.pak cu saya menyusu bdn sehingga dia berusia 4thn.dia tidak lembut tp dialah manusia plg kasar yg kami (anak-anak buahnya) kenal.

    org dulu2/mskt keliling akam memberi apa jua alasan utk ‘weaning’ esp mrk yg kurg selesa melihat bdk2 yg dh besar >2th masih ‘nyonyot’.

  • [...] Events Calendar « Question Mark [...]

  • iena03:

    nk jawaab gak..ank buah sy lelaki n skang da 3 thn++..still bf dgn mama die..alhamdulillah x de tnjuk ape2 prubahan pun…

    kureng setuju dgn faktaor teori kt ats tu…hehehehe..
    mybe tu omomg2 org tua dlu2 kot..bagi elak ank bujang mngepet kt mak die je…malu la konun je…

  • Rasanya takde kena-mengena menyusu anak lelaki lebih dr umur 2 tahun sekiranya mampu. adik lelaki saya menyusu badan sampai umur 4 tahun, lepas main kat luar rumah boleh pulak masuk dalam cari nenen. tapi adik saya tu bukan setakat besar, jarang sgt demam tapi keras macam batu lagi ;) Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan budak2 lelaki tu jadi girlish terutamanya persekitaran. Just my 2cents.

    Mama Syirah
    013-5976765

  • [...] ya! Saya takkan mungkir janji tentang ENTRY INI dan hadiah sampul raya SARAKIDS yang dijanjikan. Liz, mesti mu tunggu hari2 entry ku kan! [...]

  • [...] ingat tentang mitos ini(KLIK)? Rasanya ramai yang ternanti2 tentang ini. Sabar kalian, isu ini telahpun mendapat perhatian dari [...]

  • Saya tak pernah dengar teori ini.. kalau ada pun ianya tak logik sama sekali… adik ipar saya (lelaki) menyusu susu ibu sehingga umurnya 6 tahun tak menghadapi masalah macam tu pun… so teori tu sama sekali tak boleh dipakai.

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
5 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .