Nikmat Air Susu Ibu

Salam,

Sempena bulan penyusuan susu ibu sedunia, saya akan manfaatkan blog ini sebagai medium menyebarkan ilmu tentang penyusuan. Entry penyusuan akan berselang seli dgn aktiviti SARAKIDS atau pengumuman lain.

bficon-web_0

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Pemberi Rahmat dan Nikmat yang tidak terhingga banyaknya, serta selawat dan salam tercurah kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang benderang menerusi risalahnya yang amat berharga.

Hari ini saya ingin mengupas tentang penyusuan susu ibu dari perspektif Islam, agama yang syumul dan lengkap. Saya tidak berniat utk menjadi ustazah dan berceramah pada anda hari ini, namun sekadar pengisian rohani tentang susu ibu dari sudut perspektif islam. Sebenarnya dalam Al-Quran lagi telah terserlah tentang kepentingan penyusuan susu ibu ini, cuma biasalah kita, saya, anda dan sesiapa sahaja, kita kdg2 tidak punya masa utk meniliknya apatah lagi memahami kandungannya. Siapa yang mengkaji? Nun.. orang di negara barat sana. Mereka mengkaji Al-Quran dan buatkan ianya jadi version mereka. Sumber rujukan mereka? Asasnya Al-Quran! Dgn ilmu yang didapati dr Al-Quran, mereka menjadikan diri mereka hebat. Kalian, saya bukan sesiapa utk bercakap tentang hal ini malah saya berasa malu. Betapa malu kita org Islam sendiri yang dianugerahkan Al-Quran merujuk org2 sana. Walhal, mereka kagum dgn kitab junjungan kita, Al-Quran.  Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)  kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Antara kupasan ayat-ayat Al-Quran ini adalah:

* Setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun

* Jika terdapat halangan menyusui anak: Ibu sakit, ibu tak boleh menyusukan anak, tiada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.

* Jangka waktu yang terbaik sebagai pedoman menyusukan anak, sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt

* Dibolehkan menyusukan anak kepada ibu yang lain (anak susuan)

* Hukum ibu susuan dan anak susuan

Juga apabila tiba hari kiamat:

“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2

Selain itu, kisah Nabi Musa a.s, yang mmg sgt2 menyedarkan kita tentang pentingnya setitis susu ibu ini. Saya sgt sebak dan menangis membaca tafsir dari ayat suci ini. Masihkah anda ingat tentang kisah ibu Musa yang merasa khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan, Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:

” Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

* Secara saintifiknya hormon Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan anak akan menenangkan hati si ibu and bring calm to baby as Oksitosin adalah “hormon penenang” atau “hormon kasih sayang”. So, ibu akan rasa tenang dan anaknya juga akan rasa tenang. Jadi, ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya dalam keadaan yang tenang tanpa tangisan si kecil. Jika difikirkan, “Sanggup kita hanyutkan anak ketika saat anak meraung-raung kelaparan dan kesedihan?”

Kemudian Nabi Musa di ambil oleh dayang istana Firaun, dan isteri firaun memujuk Firaun untuk membela Musa kerana baginya Musa penyejuk mata dan hati nya. Maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse) – waktu itu tiada susu formula- untuk susukan Musa yang masih bayi. Lantas Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Kemudian Allah swt berfirman:

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

* Nabi Musa rejected all the wet nurses kerana dia sudah merasai “the first taste of mother’s milk” – susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sbg ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya.

” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13

Disini kata seorang ulama’, kisah di dalam Al-Quran hanya mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat, namun bagi orang2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka utk merealisasikan pada kehidupan di dunia yang realiti. Sungguh saya malu. Mengapa mereka di sana lebih arif daripada kita, sedangkan kitab suci ini telah berabad berkurun lama di bekalkan kepada umat Islam sebagai panduan.

Sungguh, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “Menyusahkan je anak asyik nak berdakap. Budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tau, sayalah org yang paling dicari ketika itu. Sangat tidak wajar jika ibu terganggu yang amat dgn tangisan anak dan terus memberinya susu dgn harapan anak berhenti menangis – supaya anak mereka tidak digelar “anak kuat menangis” atau “anak suka buat perangai” atau “bagus baby saya, x suka nangis, dapat susu sebotol tidur senyap”. Tangisan bayi dalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. Pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

Mungkin sampai sini sahaja huraian utk part 1 nikmat air susu ibu ini. moga kita sama2 dapat manfaat atas segala-galanya. Mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. Wassalam.

–> Saya notice beberapa tulisan saya (entry2 terdahulu) yang lahir dari hati ini telah di ‘copy paste’ dan diciplak serta diubah menjadi hasil tulisan org lain. Terima kasih kepada mereka yang meminta izin utk link atau memetik artikel2 & link semula ke blog dan penulisan saya kerana saya dgn rendah diri membenarkannya. Saya sgt berterima kasih kerana anda menyebarkan ilmu dgn cara yang sihat =), bukan copy paste dan claim itu tulisan sendiri.

* Bonda: I am nobody utk bercerita tentang hadis atau hal agama, saya sgt2 mentah. Namun, saya memberi yang terbaik mengikut apa yang saya tahu, saya rujuk di buku agama dan setiap ayat Al-Quran di atas dirujuk dgn tepat. Ianya bukan saranan saya, namun Pencipta kita. So, susu ibu atau susu formula? Allah knows what best for us- manusia, makhluk terpuji di dunia. Wallahualam.

Rujukan agama: Dr. Abdul Hakim Sayyid Abdullah, Ahamiyatu Al Ridha’ah Al Thabi’iyah Dinniyah Wa Shihhiyan

SKD_4242Mummy and doll -syasya

RUL_9790mummy and princess -sara

Words can’t describe. I am a nursing mom.

Your certified Lactation Councellor,

22 Responses to “Nikmat Air Susu Ibu”

  • ada juga ye memandang sinis terhadap breastfeeding? hmm..pd sy la…kalau dh tak nk BF anak sendiri..tak perlu la pndg sinis pd ibu2 yg fully BF. hmm..mcm2 la ragam manusia ni
    ____________________________________________________________
    Nadiah: Dlm setandan pisang, tak semua pisang sedap di makan. Begitu juga manusia ni. Biarkan. So, kita tak perlu ambil pusing hal ini rite? Yang penting, anak2 dpt hak mereka. Itu dah buat kita cukup syukur dan puas =)

  • Intan amat berbangga dan bersyukur sangat coz dpt menyusukan my daughter up until now and hopefully up to 2 years. Pada mereka yg berpandangan sinis tu hentikan lah kerana ini adalah “HAK ANAK” yg mana di dlm Al-Quran pon telah menyatakan nya. Sedar lah wahai kaum ibu sekalian…
    ____________________________________________________________
    Intan: Tahniah dear! Kalau boleh sebar2kan lagi tentang breastfeeding ni. Bagi yang kata “breastfeeding is impossible for working mother”, katakan pada mereka “no, its not. I am working but but my baby is having 100% mother’s milk” So proud of you and yes, Al-Quran dah says everything. No doubt. =)

  • marina:

    hai puan farah, saya yg sapa puan masa kat megalace terengganu tu. puan tgh beli brg utk kenduri adik puan. tima kasih sbb puan tak sombong dan ramah layan saya yg bnyk ckp ni. terharu bc tulisn pn hari ni. Betul, sesungguhnya AlQuran dah lama ckp psl susu ibu ni tp kita je yang tak arif. Tq for your info nnti balik ganu bagitau ye…..

    _____________________________________________________________
    marina: hai marina! terkejut sy tiba2 ada org panggil: puan farah! Yes dear, harap ramai akan lebih sedar ttg tanggungjawab ini =)

  • Salam puan farah, maaf saya ada copy paste mengenai susu ibu dan mikrobiologi dari blog puan untuk pembacaan rakan2 saya di blog dan juga ada addkan blog puan. Ada rakan saya yg berminat nak mula nak mengenali dunia breastfeeding. Dan saya juga baca puan farah, banyak manfaat!
    _____________________________________________________________
    Pn azrina: No problem.. saya pun pembaca setia blog puan. Puan ada creditkan link tu, thanks a lot.. Moga usaha kita menyebarkan perkara penting ini mendapat keberkatan =) Thanks again puan =)

  • Pembetulan: Dan saya juga baca blog puan farah, banyak manfaat!

  • errkk..hinanya copy paste org punya tapi tak bg kredit kat org tuh …nak ambil info & berkongsi mmg bagus, tapi at least kredit lah balik kat org yang share the info … letak link ker, bgtau kat mana dapat ker..ni kata sendiri punya plak ..sungguh tak baikk…!!!

    tahniah Farah ..reeally proud coz i sebahagian dr pemberi BF tegar ..hahah..dah kesakitan sebab digigit dengan sangan kuat oleh si Qarissa semalam masih terasa sampai skang ..cian my baby, dia tak sengaja kot.. selama nih tak pernah dia wat cam tu ..hehehe..

    yg tak BF tapi siap perli2 tuh sebenarnya jeles sebab TAK MAMPU nak bg yg terbaik utk anak.. dah tak bg tuh takper lah ..jgnlah siap nak sindir2 plak .. nampak naa jeles… ada yg banyak i kenal mak mak yg tak BF anak & they really wish to do that, tak lah jeles atau bg komen2 negatif .. yg tu i respek, sebab at least kita tahu dorang jujur & jauh disudut hati, they want to do it, tapi maybe ada halangan2 tertentu yg menyebabkan ianya tergendala, mungkin anak yg seterusnya, mereka akan jd MUMMY BF yang tegar, sapa tahu kan? hehehhe..

  • Assalmualaikum…..

    Puan Farah… alhamdulillah.. baby saya baru reach 6 month… dan saya ekslusif bf baby saya……saya ada soalan skit…. kalau baby bf, bila dia boleh ready for solid food? or 2 year breastmilk jer?

  • betul tu farah/watie,

    ada yg argue ‘x malu ke bf kat public, etc?’.
    we r doing the baby-momma business, bukan nak expose t**** kat org kan?

  • Dear Farah, looking forward for ur next entry part-2. Keep writing & sharing. Ur writing always be my inspriration to continue my BF journey dear! Thank you very the very dear!

  • salam farah,
    dah lama tak ke mari.. sibuk tak menentu.. heheh, walhal farah ni lebih bz dr kakyong…
    setuju dgn wate aziz, saper ler yg x malu & berperangai keji itu…
    may b farah boleh protect ur article.. rasa2 ade tools yg tdk benarkan org copypaste sesuka hati, one of it is -> disable rght click…

  • hi farah..terjumpa ur blog nih n really interested ngn ur topik nih..ekceli i da lama ada 1 kemusykilan psl BF nih..just try my luck kot2 u ada idea psl nih..actually i mmg fully BF my son and skg dia da pn 1year 4mos..cume skg ni i da pregnen lg (15 weeks) n i xtau samada i boleh truskan BF my son lg or i shud stop it..coz kebanyakan doc. yg i jumpe sume advise utk stop BF..cume ada 1 gynea yg ckp boleh teruskn, tp risikonya, mb i akan deliver pre-matured bb..

    somehow i still BF since my son nk jgk BF..so hati ni sbenarnya sts risau ..xtau tindakan i skg ni betul atau x..risau jgk kalu2 memudaratkan my bb..so really appreciate kalu u ada idea utk bg advise psl nih..

  • suraiya:

    another very informative article from our lovely certified lactation councellor!
    thanx for sharing it with us,pn.farah..keep up the good work!

  • suraiya:

    another very informative article from our lovely lactation councellor
    thanx a lot for sharing it with us,pn.farah!
    keep up the good work!
    _______________________________________
    suraiya: eceh eceh… thanks dear =)

  • Ida Bani:

    Buat ibu2 yang setia menyusukan anak, teruskan perjuangan.. indahnye saat menatap wajah anak dipangkuan.. sedih tau bile anak menolak menyusu badan :( dah x tau nak buat camne dah.. tapi saya tetap gigih pam susu dan beri susu melalui botol. Ape2 pun nak jugak anak dapat susu ibu dia ni..

  • rOse:

    Salam Farah,

    Saya sangat la cemburu bila tengok org lainkan susukan anak. Saya dpt susukan anak yang ke 2 selama 2 bulan saja. Lepas tu dia taknak. Eveen skrg kalau saya baring2 saya tunjuk kat dia, halakan biibir dia ke breas tp dia reject. Sedih hati saya. Tapi nk buat camna kan. Dia taknak takkans ayanak paksa,.
    Sebaab awal2 dulu saya tak berapa selesa dan perut sakit oeprate kali ke 2. tak boleh nk duduk dgn baik. Tak tau mana silap. So campur susu badan dan formula. Lama2 baby tak nak terus. Till now.
    Ade tak cadangan? Dia baru je 10 bulan. Kalau boleh saya mmg nk susukan dia lagi. Aanak yang sulung dulu susu 6 bulan je. Tp i mcm dah tak banyak susu. Ade la tp sikit sgt.

  • Rai:

    Salam Farah,

    Thank you untuk nasihat awak aritu..(tatau la Farah ingat lagi ke tidak..hehe) susu dah mula ok.pam tu tak rosak.efficiency pun takde masalah.masalahnya adalah kurang stimulation sebelum mengepam tu..lepas saya cuba macam2 cara untuk stimulate da ok sikit..tapi still belum recover sepenuhnya la..apa pun terima kasih banyak2..

  • Anyen:

    Salam cik Farah…
    Hari ini after reading ur entry…Saya hampir menangis dan sedar betapa berharganya susu ibu untuk anak-anak… sedih sebab my 1st daughter sempat BF 2 bulan je..lepas tu dia dah taknak…+ kurangnye pengetahuan pasal BF and EBM…so 2nd daughter nie memang plan untuk BF dia at least sampai 2 tahun
    So to bakal2 ibu diluar sana…..carila pengetahuan berkenaan BF nie dan berilah anak2 yang terbaik selagi mampu…sesungguhnya ia tidak memerlukan belanja yg mahal..cuma kene tahu cara sahaja….

  • dila:

    assalamualaikum,
    kak farah,banyak info yg dila dapat drp blog akak walaupun belum lg bergelar puan dan xtau selok belok hidup berkeluarga..hakikatnya bnyk yg dapat dila pelajari..

  • as:

    salam kak farah,
    Thanks wth ur sharing information… syukur kpd Allah cz masih de rezki lg utk anak sulung dh berusia 7 bln utk trus BF…ibu Sayang Firas. Sgt2 menakjubkan dgn kuasa Allah mengalirnya susu utk our bby… cmne kak nk membanyakkn susu kte lg???? bole share kalo de tips :-)

  • anne:

    slam sejahtera kak farah..
    terima kasih diatas penerangan tentang kebaikan penyusuan ibu..saya pun seorang ibu yang menyusukan anak,syukur anak saya ke 2 ni kurang meragam berbanding anak sulung,kerana anak k2 ni minum susu ibu..teruskan menyokong susu ibu.

Leave a Reply

ShoutBox
Last Message 2 days, 14 hours ago
2 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah
  • Maslina : Salam ziarah...waaa... bezday party!!
  • Ummu Ibtisam : Salam. Saya dah letak link Kaunselor Laktasi di sini - «link» Mudah-mudahan membantu ibu-ibu lain mencari mencari kaunselor laktasi. Jika ada sebarang aktiviti/kelas membabitkan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :-) .