Susu Ibu & Mikrobiologi & Wanita Hari Ini
Salam semua. Lama sgt dah saya tak update entry perjuangan penyusuan susu ibu. Ini disebabkan kekangan masa yang sgt hebat terpaksa saya hadapi. Saya akui, kerja saya tak pernah akan habis. Tak ada masa senang/senggang.Kalau pun ada, ianya adalah bersama keluarga kerana mmg masa tersebut milik mereka.
Setelah beberapa tahun meninggalkan karier ‘microbiologi’ saya (ni kena seteru dgn isabelle and ibu mu’az kerana kami adalah graduan mikrobiologi –> microbiologist- kaji kuman), kini saya ingin sekali relate kan mikrobiologi dgn penyusuan susu ibu. Suami saya selalu usik “U belajar benda yang tak nampak (kuman), ok ke?” Ha-ha.
Ingin sekali saya mulakan tentang kehebatan susu ibu- yang mmg tercipta sgt2 istimewa dan indah. Sememangnya susu ibu (manusia) utk anak manusia. Susu lembu untuk anaknya. Mungkin ada yang terasa hati tentang ayat ini namun inilah hakikatnya yang harus kita telan. Tak guna sedapkan hati sendiri tetapi membelakangi kebenaran. Menurut pakar, subsitute susu yang paling hampir dgn susu manusia adalah dr susu gorilla – good match. Namun, dgn populasi gorilla yang menjadi haiwan terkawal yang makin pupus, dan sukar utk dapatkan susu dr ibu gorilla yang garang (takkan mak gorilla sanggup bagi susunya pada manusia), so the best way they can make is memilih lembu yang sememangnya haiwan tenusu yang mudah didapati sbg pengeluar susu. Dan susu tersebut di campur dgn air utk dilute (cairkan) kandungan protein, tambah gula utk naikkan kandungan kalori and tmbh itu ini berdasarkan resepi dan formula berbeza. So, orang kaya boleh beli susu dr formula yang baik, resepi yang hebat. Org yang kurang mampu terpaksa beli susu yang kurang resepi atau formula yang bagus. Disini sudah terserlah ketidakadilan ciptaan manusia. Allah itu Maha Adil. Tidak dibeza2 kan hambaNya dengan mengurniakan mereka sepasang payudara yang mampu mengeluarkan susu utk anak-anak mereka dengan khasiat yang SAMA. Lagipun, anak lembu mempunyai 4 perut utk hadamkan susu ibunya, walhal, anak manusia hanya ada satu perut. Jadi amat susah nak hadamkan susu formula yang tercipta dr susu lembu. Kesian anak-anak ini (bayi yang berumur 6 bulan ke bawah)
Anatomi lembu. Thanks sue atas gambar ni =)
Tahukah mama semua di dalam susu ibu terdapat sel hidup yang aktif. Berdasarkan kajian, terdapat 1 juta sel hidup/milileter (satu per tiga sudu teh). Ianya adalah leukosit atau sel darah putih, yang menyerang mana2 bakteria asing. Mereka2 askar2 ini membunuh patogen (makhluk yang menyebabkan penyakit) dengan cara melepaskan toksin pada sel musuh tadi — akan menyebabkan sel tak boleh survive dan mati!
Makrofaj, yang terdapat dalam susu ibu akan melindungi usus dan perut si anak. Cuba bayangkan seperti pac-man game yang kecil memakan atau NGAP apa saja yang dianggap musuh didalam path/lorong, begitulah ibaratnya makrofaj-pacman, usus-lorong pac-man. Production of macrofaj berlaku sejurus selepas kelahiran dan mereka (saya gunakan mereka sbg kata ganti nama) boleh survive dalam keadaan beku – sehingga 6 bulan, dan juga tahan semasa thawing (susu dicairkan). Namun, mereka TIDAK dapat survive dalam keadaan pemanasan terlampau (lebih suhu 40 deg c) termasuklah dalam microwave atau pempasturan. Ini sama sekali fakta yang menidakkan keSAMAan subsitut/komposisi susu lembu (yang mana susu lembu boleh di pasturkan)
LYSOZYME
Mungkin anda selalu terbaca perkataan ini didalam buku panduan penyusuan atau dalam setiap ceramah di hospital, mahupun ada yang pernah mengikuti kelas penyusuan susu ibu dan salah seorang penceramahnya adalah saya =). Ayat yang selalu keluar adalah “Susu ibu mengandungi Lysozyme” namun bagi saya, jika ibu yang tiada medical background, info itu hanya stop di situ sahaja. jadi saya akan kongsikan hari ini =) Lysozyme adalah sejenis enzim yang terdapat di dalam persekitaran berair seperti di saliva (air liur) atau air mata (tears), hidung dan kelenjar mamari. Apabila enzim ini in contact dengan beberapa bacteria, ia akan ‘lyse’ dan dissolve/release dinding sel mereka dan seterusnya membunuh bakteria tersebut. Enzim ini juga bertindak sebagai disinfectant semulajadi yang merencat atau hapuskan bakteria serta mengurangkan bengkak dan kemerahan. Perasan tak, bila anak sakit mata, ibu akan titiskan susunya ke dalam mata si anak.(Ruj: Kareb Pryor)
Saya hanya kupas beberapa point di atas sahaja, khuatir mama lebih confuse dgn terms2 atau definisi2 medical/microbiology yang rumit. Sekali sekala kita belajar scientific terms apa salahnya kan? Boleh menambah ilmu =) Apa yang saya ceritakan di atas tidak terdapat dalam susu formula. Susu formula selalu berubah kandungan formula mereka. Anak-anaklah bahan eksperimen mereka- syarikat pengeluar susu di dunia. Percayalah, Susu ibu lah yang paling baik utk anak-anak kita. Semoga kita sama2 dapat membuka mata dan menyebarkan perkara penting ini kepada ibu-ibu lain.
______________________________________________________________
Sedikit update destinasi saya hari ini:
Saya dijemput oleh penerbit Wanita Hari Ini sebagai tetamu utk berkongsi topik tentang fesyen kanak-kanak (yang mana SARAKIDS juga mempunyai koleksi pakaian kanak-kanak)
Wanita Hari Ini 6 July 2009 – Fesyen Kanak-Kanak
Dari kiri: Adik Ezryn Loi (pelakon drama Aiyyad), saya (Farah), Suraya Yeop (pengacara) dan Azizah Ariffin (pengacara) LIVE in TV3
My cute models: Dania, Nabil and Dina ~ sgt comel!!
Me – kalau dah dapat cakap susah nak berhenti
with beautiful expecting mama: Suraya Yeop
he’s the one: my number ONE supporter =)
Terima kasih atas respon2 yang anda berikan sejurus selesai rancangan. Saya menerima banyak panggilan dari ibu2 seluruh Malaysia dan maaf jika talian sibuk. Telefon saya tidak berhenti ringing. Segala sms yang masuk akan saya jawab perlahan-lahan. Beri saya masa ya =)Thanks pada model2 saya pada hari ini: Dania, Dina & Nabil. Berair mata ketawa lihat gelagat anak-anak kecil =) Kids, u have done a good job!
Syukur alhamdullillah. Sedikit tips Situasi pemasaran Luar Kotak: Jambu boleh didapati dimana2 saja. Seluruh Malaysia ada jual jambu. Banyak pesaing. Namun Jenama Jambu terkenal = Jambu Pak Chu. Semua org boleh jual/masak burger. Beribu-ribu pesaing. Namun Jenama Burger terkenal = Burger OTAI. Bagaimana mereka boleh terkenal? Adakah sedap? Adakah kerana servis mereka bagus? Adakah disebabkan marketing strategy yang baik? Mereka sendiri yang tahu di mana kekuatan mereka. Kita juga tau di mana stand dan kelebihan kita. Nah, gunakan! Jangan sekali takut bersaing, tetapi bersainglah dgn sihat. Superstar will lasts! – i like this phrase =) Anda dan saya juga boleh! Kita boleh =)
Jumpa lagi. Saya akan pulang ke kampung sebelah suami di Kuala Terengganu hari Rabu ini bagi menguruskan persiapan meraikan perkahwinan adik ipar saya Sabtu ini. Kepada ibu2 yang bermasalah dalam menyusukan anak yang menetap di kawasan Pantai Timur esp Terengganu, anda boleh bertemu 4 mata dgn saya utk sesi konsultansi.
Terima kasih atas segala sokongan anda, para ibu bapa yang hebat!
* Bonda: 2009 yang sangat pack =)






thanks 4 sharing this info. insya Allah nak nyusukan baby ni at least smp umur dia 2thn…
assalamualaikum salam perkenalan
tahniah atas kejayaan saudari.
proses penyusuan ibu memang banyak cabarannya..
Thanks for sharing Farah ..:) puasnya hati dapat susukan Qarisaa hingga saat ini! heheh..sukalah model u ..so chumel..hehe
Ya tahniah Farah..Thanks for sharing…
boleh bagi petua utk menambahkan susu ibu. anak saya susu bdn secara ekslusif 7 bln, sampai skrg masih susu bdn tapi di nursery minum susu botol, nak perah pun dah tak banyak. tq
salam…still remember me?kwn tido sekelas dulu!!hahaha…wah, congrate paan!!dh jd businesswoman skrg eih…ape2 pn sbg ex schoolmate,kite tumpang gumbira di atas ke’suksess’an paan…smg terus maju jaya!!!
Really good info and thanks for sharing ye Farah
Intan pon menyusukan Arissa dengan hanya susu badan dan percaya yg susu ini cukup utk pembesarannya selama 2 tahun, insya’Allah! Nothing is impossible but u must first set ur mind that “U CAN DO IT!”, kalo tak habeh lah….mesti merundum nyer susu tu.
Salam.
First of all, congrats sbb dpt masuk WHI. Best pi Sarakids MOD yg lps sbb dpt jumpa Farah & dpt lucky draw (bf shirt). Plan asal nak beli kat booth blakang tu tp Alhamdulillah dpt percuma lak.
TQVM to Farah for sharing all the bf tips. Akhirnya saya berjaya menyusukan anak xclusively. Itupun anak yg ke-4. Yg lelain tu dulu tak tau kaedahnya. Blog Sarakids nilah yg byk membantu.
TQ again Farah. Smoga Allah murahkn rezeki sbb berkongsi sunnah dgn kami para ibu. Looking forward to bf Puteri for at least 2 yrs! Insyaallah…..
____________________________________________
Mama anna, thanks sbb dtg MOD hari tu.. InsyaAllah dear, selagi kudrat masih ada, kita sama2 kongsi ilmu ya =)
a very good explanation – susu ibu dan mikrobiologi… tahniah! semoga sarakids terus maju..
yaa. i agree..bila anak sakit mata just titiskan susu di mata nya..insyaallah sembuh..
insyaallah i will breastfeed my daughter till 2yrs or more..anak sulung hanya sempat 16 bulan sahaja sbb saya pregnant & susu lgsg tak mo kuar..oleh kerana masa tu kurang ilmu maka saya terus beri susu formula..sepatutnya saya berjumpa kaunselor..huhuhu..pity him..untill now i feel guilty..really..masih tringat dia demam seminggu kerana putus susu..
fuiyoo…
xhengat punye explanation adik aku nih.
mau buntang mata lecturer2 micro kita yg dulu kalo tau…
akak citer kat diorg leh x?
hehehe
mok, ama baru tgk entry ni..
tak sangke ye.. mok dah kuar masuk tv..
ama ingat lg kat mok dolu2 yg suke k**t*t..eheheh..
agaknye berkat @#$%^& tu kot yg sukses hr ni kan..
jgn mara aaa.. nostalgia gitew..
[...] Ini pukul 12 hari ni. Syasya anak kedua saya jadi model Aunty Sue. Genap sebulan selepas saya di Wanita Hari Ini 6 Julai lalu. Tahniah Lunatots atas pencapaian. Pasti malatop [...]
[...] menjemput kawan baru saya (kenal semasa on air di Wanita Hari Ini Jun tahun lalu), Suraya Yeop Junior untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak beliau, Ilhan Moris. Suraya pernah [...]