Archive for December, 2009

1 minggu

Salam semua ;-)

Pertama, terima kasih atas doa dan wishes dari anda semua. Saya terharu seperti baru conceive anak pertama ;-) . Walaupun kita tak pernah bersua, rasa mcm dah rapat dgn semua ibu2 yang sudi membaca penulisan saya yang tak seberapa ini. InsyaAllah, saya akan jaga diri baik2 serta kandungan walaupun sibuk dengan kerja dan aktiviti.

Ibu2, apa yang saya ingin beritahu pada anda adalah:

1) Anda sangat istimewa dari kami di Sarakids mahupun bagi saya dan keluarga secara peribadi.

2) Terima kasih atas komen, semangat setiakawan yang anda berikan. Serius, saya menulis kerana ada yang membaca. Saya bersemangat kerana anda beri peluang pada saya utk berkongsi tentang keibubapaan, penyusuan dan lain2 ;-)

3) Ibu2, saya bukan tak pernah ke blog2 anda. Selalu. Saya menjengah, saya baca tetapi jarang tinggalkan komen. Walaupun saya bukan top commentor atau aktif di blog, tetapi Saya baca. Dan saya kdg2 terharu dengan penulisan ibu2 serta dedikasi kepada anakanda masing2. Saya juga banyak belajar dari blog ibu2 yang lain.

4) Saya juga yakin tidak semua org sukakan penulisan saya. Saya terima. Namun, anda bebas utk judge apa2 sahaja yang saya tulis kerana kadang2 ianya tak tele/related dengan anak-anak atau masalah penyusuan anda. Jesteru, saya mohon tiada komen berunsur lucah, hinaan, cacian, mahupun tujuan memalukan disini. Disini adalah tempat ibu2 berkumpul cara “ibu”. Tempat menghargai nilai air mata seorang wanita. Blog ini tidak ada crap stories, entry melepas geram, mahupun entry kutuk mengutuk saudara yang lain, mahupun cerita2 panas di dunia hiburan atau apa2 sahaja. 100% kandungan blog ini adalah berkisar kekeluargaan, anak-anak, penyusuan dan lain2. I want this to be very2 clear. Saya tidak mahu blog ini dicemari komen2 yang tidak patut. Begini, sangat senang solusinya. Jika anda tidak sukakan penulisan didlm blog ini mahupun penulisnya, anda boleh click butang X di hujung PC (sebelah kanan atas). ;-)

5) Saya masih muda & belajar erti menjadi seorang ibu, isteri, anak, kakak, adik dan kawan yang baik kepada semua org disekeliling saya. Kalau ada silap dan salah, sila beri tunjuk ajar ;-)

Ok, update aktiviti 1 minggu saya:

PICNIC & RECREATION WITH KIDS

What a good day.

Syasya is ready to explore ;-)

sara- i want a hula hoop ;-)

Mummy: Tak pandai hula hoop, teruknya kan. Buat jugak sehabis baik. syasya: Ternganga.  Sara: “huiyoo.. terernya mami”

Ni seorang lagi bapak orang yang tak kisah pasal org sekeliling janji dapat naikkan layang2 utk anaknya (kes malu la org pantai timur tak pandai main layang2), hehe

Doll yang selalu buat mami geram. Tunjuk bird.

Daddy: “ni badminton ke ping pong” hehehe

bawa bekal nasi lauk ayam kicap utk mereka makan.

syasya yang mmg pandai makan.

suap kakak pula.

* Rekreasi yang  indah buat kami pada hari rabu. Tidak pedulikan org sekeliling yang melihat kami berkelah di tengah padang, suami berlari main bola dan layang2 dengan anak-anak. Saya berhula-hoop wpun saya pasti ada org akan gelakkan saya. Yang penting, enjoy ;-)


CHRISTMAS EVE @ THE CURVE

Malam krismas, org ramai membanjiri The curve utk menyambut krismas. Tapi kami sekeluarga ke sana bukan utk menyambut krismas, tetapi having time together ‘versi’ kami sendiri di celah2 org ramai. ;-)

Mummy & sara

Nampak tak sara pegang apa? snow spray ;-)

Tak dapat main snow kat overseas, main snow spray kat the curve pun jadilah ;-) – sara’s having fun!

Apa la mami buat ni. ;-)

** Malam itu org2 yang menyambut krismas sibuk menunggu countdown, tapi kami sekeluarga buat aktiviti sendiri seperti main snow spray, main light stick, makan2 dan jalan2 malam. Sambil melihat anak berlari2 main, mami mereka duduk dan perhati orang. “Street survey” – sungguh, bermacam ragam manusia di dunia ;-)


BIRTHDAY CELEBRATION & AQIQAH FOR NEW FAMILY MEMBER

Happy birthday dear Ammar Zikry, Sara’s best friend! ;-)

Mummy farah, uncle, yaya & syasya doakan iki jadi anak yang soleh, dengar kata, sayang dzakwan dan berjaya dalam hidup. Jika iki baca entry ini satu hari nnti, mummy ingin beritahu yang mommy iki tak pernah lelah membelamu, mengasihimu. Iki jadi anak yang baik ye.

Iki, ni birthday iki ke kenduri kawin iki nih. Pegang2 tangan pula anak dua org ni. Diorg kan best friend ;-)

Tgk slide show iki dari lahir sampailah sekarang.

syasya dengan opahnya.

iki dah tak sabar tu. hehe

kami tak ada gambar iki potong kek. ni gambar iki nyanyi & tiup lilin sekali lagi.

mummy tolong conduct dance utk kids.

Anak-anak yang sporting belaka.

come on kakak! dance dgn mummy ;-) pst: mami dia yang lebih.

ibu2 dan anak-anak. haza, fara & sue. ;-)

Terima kasih suraya & keluarga atas jemputan. Kami sekeluarga enjoy the party, sangat meriah dan cantik hiasan sempena majlis. Sue, aku & family sentiasa doakan kesejahteraan mu & family. Semoga kita akan lebih bangkit, berjaya utk tahun2 mendatang, walau apapun dugaan utk menjatuhkan semangat, utk mematikan usaha atau apa2 sahaja yang tidak membina. Good luck, dear!

** Kanak-kanak suka bila mereka diraikan. Mereka sangat suka. begitu juga saya ketika kecil, bahkan sampai sekarang. Saya suka diraikan setiap kali hari lahir saya. Jadi, saya akan buat perkara yang sama terhadap anak-anak saya, biar berapa pun budget yang ada. ;-)


Saya akan update entry kelas penyusuan di Pulau Pinang.

Minggu depan kelas di Kelantan.

Minggu satu lagi di Seremban. Sabtu N9, ahad di shah alam.

Minggu satu lagi di Wangsa Maju. Ahad di Bangi.

Kami harap lelah kami ini berbaloi dan membawa manfaat utk ibu yang berniat/sedang menyusukan, InsyaAllah :-)

“mai penang, ai ckp penang” — “minggu depe nok gi kelate” — “minggu satu lagi ado kolas di soromban” –

*Bonda: Allah beri airmata kepada wanita utk dititiskan dan khusus utk digunakan bila-bila masa.

Salam Isnin,

Bakal berlima tahun depan

Seperti yang ramai sedia maklum, saya ada dua org anak perempuan yang bezanya 1 tahun setiap seorang. Seorang nak masuk 3 thn seorang nak masuk 2.

Saya sangat sayangkan mereka. Sangat.

Suami juga.

Anak-anak juga saling sayang sesama mereka. Gaduh tetap gaduh. Adat beradik kakak. Tetapi mereka tak boleh tak ada salah seorang. Dunia tak kena.

Mereka juga everyone’s favourite didalam keluarga saya mahupun suami. Opah atuk dan aunty2 sentiasa rindukan keletah mereka.

Mereka selalu beralah pada org lain walaupun kdg2 itu permainan atau kepunyaan mereka. Bagi saya tak mengapa. Ada 1001 hikmah bila beralah. Mereka juga belajar berkongsi pada usia yang sangat muda. Saya kasihan, kadang2. Tapi saya bangga, dengan sifat ini InsyaAllah mereka akan mudah mendapat kawan dan kurang musuh.

Mereka punya banyak ragam. Saya tahu. terutama ketika mummy & daddy nya ada. tetapi kalau mereka tak meragam, saya rasa pelik dan sunyi dunia ini.

sara tengah sedih & meragam

Kakak; “sayangnya adik ni…”

Sara & adiknya syasya.

Sekarang mereka bakal punyai adik lagi. Kami bakal berlima tahun 2010. ;-)

Masih terlalu baru. Syukur Ya Allah. Semoga dipermudahkan segalanya.

Kakak yaya,

Terima kasih kerana hadir sebagai anak sulung mummy & daddy. terima kasih kerana menghiburkan hati kami, kerana menyayangi syasya, menjadi apple of our eyes, menjadi tukang buat lawak, menjadi baby dikala ingin bermanja, menjadi puteri kepada raja dan permaisuri keluarga kita. Kakak mmg ketua kelas yang hebat. Thank you kakak.

Adik syasya,

terima kasih doll, kerana sentiasa nmpk doll dihati mummy dan daddy. mummy tahu, adik bakal bertukar gelaran kepada kakak juga, tapi adik tetap adik kepada kakak yaya. Terima kasih adik, kerana hadir utk menjadi kawan kakakmu, kawan gaduh kakakmu, doll mummy, doll daddy serta buah hati seluruh keluarga kita. Terima kasih kerana sudi minum susu mummy dari lahir hinggalah sekarang tanpa banyak masalah, banyak ragam. Adik akan berkongsi susu dengan baby nanti, mummy harap adik akan ok. Adik kan penolong ketua kelas sekolah kita? Thank you adik!

syasya anak 100% susu ibu.

Mereka tetap sama di hati saya. Sama.

Gelak tawa mereka cukup menceritakan segala-galanya.

Berkongsi? Mereka sudah biasa.

Sedang berkongsi menyusu kiri dan kanan.

Saya/suami bukan org yang suka percaya adat lama atau yang karut2, tetapi saya/suami ikut salah satu petua org2 lama nak bagi anak2 rapat dan kurang bergaduh serta sayang antara satu sama lain:

tali pusat mereka yg disimpan dalam satu sampul.

Itu saja perkongsian gembira kami satu keluarga dengan anda. ;-) Terima kasih atas doa, semua ;-)

Ya Allah, Selamat dan sihatkan kandunganku yang masih baru.

Kanda, kita kerja lebih kuat ya. ;-)

*Bonda: BERAZAM mahu lahirkan lebih ramai anak dan realisasikan natural parenting serta membina keluarga berkualiti walaupun ada desas desus mengatakan ‘anak ramai takut tak ada kualiti’. Anugerah ibu mithali, semuanya kan anak ramai :-)

Salam,

Aktiviti Lagi.

Seminggu yang lelah!

Jadual saya penuh dengan aktiviti anak-anak. Sebelum ke Pulau Pinang, saya harus siapkan kerja dan luangkan masa bersama anak-anak.

BUILD A HOUSE LANDSCAPE & SWIMMING SESSION

Halaman rumah kami masih dipenuhi lalang selepas berpindah. Saya bercadang nak tanam rumput carpet supaya lalang2 ni lambat tumbuh. Everytime saya nak berkebun, saya hilang mood. Sampailah saya ajak anak-anak tolong dan biar mereka main apa mereka mahu di atas tanah, saya jadi terhibur dan siapkan sampai habis. Daripada tiada mood, bila tgk anak-anak tolong, saya happy :-)

The kids are ready! Kita picnic dulu ye. Makan2 petang.

Kakak dah start, mummy!

Adik dah duduk atas rumput carpet. Rajinnya adik!

Our science subject: Worms tinggal dan mencari makanan di dalam tanah. Worm tak ada kaki. Kakak “mcm snake ke?”

Tolong mummy susun batu pula.

Thank You adik! Dia akan clap setiap kali dia buat benda yang betul.

Ini left side yang telah siap.

right side (yang ini kids buat )

Terima kasih anak-anak! Walaupun mummy bukan graduan architecture/landscape, dengan anak-anak dapat juga mummy buat landscape kecil-kecilan dengan budget sederhana.

Lesson:

1) Beritahu anak-anak: sayangkan bumi. Bila kita tanam rumput atau pokok atau tumbuhan hijau, kita beri udara yang baik utk human being.

2) Gardening is also an exercise. Boleh keluarkan peluh dan badan akan jadi lebih segar dan sihat.

3) Science subject kita: Haiwan kecil dan insects yang tinggal di dalam tanah. Tumbuhan perlu air dan matahari untuk hidup. Rumput carpet yang kita tanam akan mengambil masa untuk merebak di atas tanah.

4) Tolong menolong sesama keluarga akan membuahkan hasil yang baik. seperti mummy yang tiada mood terus siapkan halaman rumah dengan bantuan anak-anak.

5) Kena pentingkan kebersihan dan keselesaan rumah kerana rumah kita adalah syurga kita. Keep the house clean :-)

Sebagai tanda terima kasih, daddy pun ajak anak-anak berenang sebagai upah mereka :-)

Sementara tunggu air penuh.

splash splash splash..!

Daddy ajar fishing :-)

——————————————————————————————————————————————-

BEADS FOR A TREE

Sara & mommy sue nya (masukkan beads dlm jar)

Iki pun sama ;-)

mommy sue dgn 2 anak teruna, mummy farah dgn 2 anak dara. we are doing fine :-)

sara dgn hasilnya.

as usual, letak di gallery for appreciation :-)

——————————————————————————————————————————————

ANIMAL.. MECHANICAL..

Kita sedia maklum, anak-anak amat gemarkan haiwan. Kami mulakan dengan latih dia main animal toys atau cards dirumah serta belajar tentang animal sound.

Bila mereka dan pandai mengenal, kami bawa mereka ke Zoo atau taman haiwan :-)

beri peluang mereka feed the animals.

beritahu mereka yang haiwan tidak akan harm human selagi tidak rasa terancam (walaupun nmpk tak muka mak dia takut giler wehhh)

beritahu juga haiwan pun mahu dikasihi dan mengasihi dan haiwan juga ada ahli keluarga mereka sendiri seperti ayah, ibu, kakak dan abang ;-)

Sara & iki feeding the rabbit- leka dua org sahabat ni

ape la yang kelakar sangat tu sampai dua mak ni tergelak besar :-)

hello bunny!

———————————————————————————————————————

FAMILY DAY OUT

Pagi2 ke tesco dulu membeli groceries

teringin nak naik kereta kuda. Jom?

Mummy sebenarnya taku. Laju sangat kuda ni bawak.

X puas lagi, daddy ajak kakak naik pony.

Pergi rabbit farm lagi. Feed rabbit lagi.

ni nak ajak anak-anak menghayati zaman mummy main funfair dulu2 :-)

Mereka juga adalah sebahagian dari ‘keluarga Sarakids’ – ajak staf2 sarakids makan2 malam.

Selamat Tahun Baru & salam Maal Hijrah dari kami di sarakids.

Sekian, utk hari isnin :-)

*Bonda: Bersyukur dikurniakan satu berita baik untuk 2010. Alhamdulillah. ;-)

Kids & class

Salam semua. Saya masih dalam parenting week (declare sendiri) sempena cuti sekolah yang masih berbaki 2-3 minggu. Saya KIV entry breastfeeding sempena menghormati parenting week (school holidays). so, entry2 saya sepanjang disember hanyalah entry berkenaan aktiviti anak-anak sebelum kakak memulakan persekolahan dan saya kembali ke mode bekerja :-)

Gambar2 ini saya kumpul mengikut block2/class yang kami suami steri buat dengan anak-anak.

ITSY BITSY SPIDER (Teacher: Mummy)

DSC_0233sediakan foam sheet dan lukis gambar tapak tangan anak di atas foam sheet tersebut

DSC_0270mummy yang gunting kan kerana dua anak ini masih belum belajar koordinasi menggunting (belum sesuai dengan umur mereka)

DSC_0252 sambungkan kedua tapak tangan kakak tadi dengan glue

DSC_0275Lukiskan mata spider dengan marker pen

DSC_0273kita tolong adik buat ok?

DSC_0262taraa.. ni spider kakak…

DSC_0263letak art work di gallery

DSC_0296inilah hasil sara & syasya. The itsy bitsy spider.

DSC_0293Kutip sampah dan kemaskan semula tempat belajar. Thank You kakak!

Kemudian, saya & suami ajak mereka menyanyi lagu itsy bitsy spider bersama-sama:

The itsy bitsy spider went up the water spout,

Down came the rain and washed the spider out,

Out came the sun and dried up all the rain,

and the itsy bitsy spider went up the sput again! Yea spider spider!

——————————————————————————————————————————-

COOKING TIME (teacher: daddy) + Batik Painting

DSC_0302First, u must have an apron. Apron syasya & sara. Thanks to Linda for the cute lil apron =)

DSC_0301Hang the apron at appropriate place. Xnak messy2

DSC_0308Syasya, belum masak dah nak makan… Adik.. adik..

DSC_0310i am cooking mom. sempat lagi jeling kamera.

DSC_0321daddy ajar buat tuna&salad

DSC_0329selepas memasak, mereka masih tak puas lagi so daddy mereka ajak buat batik painting.

Apa yang kami suami isteri belajar dari sesi ini:

1) Anak sekecil syasya ( 1 y old) masih belum mahu fokus sepenuhnya tentang aktiviti yang berjalan. dia ada bnyk interest lain. So kami tidak akan desak/paksa jika half way dia sudah mahu berhenti dan main benda lain.

2) Sara telah menjangkau umur di mana dia akan concentrate terhadap apa yg dia lakukan dan selalunya akan habiskan task yg diberikan. Apa yg dia perlukan adalah perhatian dan pujian yang menaikkan semangatnya.

3) Sediakan perkakas yang sama tanpa ada beza (dlm kes kami ada dua anak dara yang tak jauh beza umur) utk mengelakkan perebutan & perasaan cemburu yang ditanam dari kecil (akan berlanjutan hingga dewasa jika dibiarkan)

———————————————————————————————————————–

PERFORM SOLAH & JAWI READING

100_4377Sebelum ini, sara solat tanpa telekung dan hanya bertudung

DSC_0225sekarang sara dah ada telekung pemberian opahnya. tima kasih opah ;-)

DSC_0226berdoa semoga menjadi anak yang solehah. Aminn.. sejuknya perut mummy mengandungkan mu sara.

DSC_0227Adik mengaji jawi dgn mummy..

Kami sedar, makin anak membesar, makin bnyk soalan tentang agama dia akan tanya seperti “Mana Allah?” ataupun apa2 yang lain. Kami harus bersedia. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang tidak alpa tentang agama supaya boleh membimbing keluarga kami ke jalanMu.

———————————————————————————————————————————————————

SHA LA LA IN THE MORNING [teacher: mummy  - cameraman: daddy]

100_4387warm up dear kakak!

100_4386eeee.. masamnye ketiak sape ni pagi2 tak mandi ;-)

100_4383Kakak: adik, kakak kick ball!

100_4396Adik: ISYA ISYA ISYA ball…

100_4397Sisters love: Beri adiknya minum air. dahaga lepas penat main.

Kalian, saya suka sangat ingin berkongsi kegembiraan saya melihat anak-anak ini sangat menyayangi antara satu sama lain. saya bnyk belajar dari kwn2 yang sudah mempunyai anak lebih dari satu (semasa susah hati bagaimana nak menjaga 2 anak kecik selepas kelahiran syasya).

saya aplikasikan:

1) Memandangkan anak-anak ini  perempuan (sama jantina) dan umurnya tidak jauh beza, baju, mainan atau apa2 sahaja saya akan beli DUA dan SAMA. Saya tidak mahu mereka berasa kecil hati dari kecil seperti “baju adik je cantik. baju kakak tak cantik” ataupun ‘mainan kakak best, adik tak best sbb adik kecik lagi”. Saya tak mahu ini akan effect mereka dari kecil (eh, mereka juga pandai menilai dari kecil). Jadi, biarlah mereka tahu, mereka sama dihati saya dari kecil hinggalah dewasa. Sentiasa istimewa!

2) Kakak di latih menjadi ketua (thanks mamafiza for the tips) yang akan protect dan menyayangi adiknya walau apa yang berlaku. saya elakkan membanding kakak dan adik seperti “kakak pandai kan.. adik tak pandai kan” – saya elakkan begini. apa2 barang, mesti dikongsi dan kadangkala kakak kena beralah dan kadangkala adik kena beralah. Kakak juga akan lindung adiknya selalu. contoh jika bermain bersama kawan lain, jika ada kanak-kanak lain buat adiknya, dia akan pujuk adik ataupun panggil mummy, daddy, opah atau ahli keluarga yang lain utk ambil adiknya, supaya tak dibuat lagi.

3) setiap hari, beritahu yang adik atau kakak adalah ahli keluarga kita. tak boleh takde kakak, tak boleh takde adik. We are compliment for each other.

4) saya suka ayat suraya iaitu tiada siapa yang berhak cakap ” u are not a good mother/father” – setiap ibu dan bapa adalah ibu bapa terbaik utk anak-anak mereka sendiri (except for yang mmg dera anak sendiri, biar anak, buang anak etc etc)

Saya masih belajar. Masih. Kami tiada modul pembelajaran buat masa ini. Apa yang kami ada hanyalah rasa kasih dan sayang yang membawa kepada ikhtiar kami untuk mendidik anak dengan tangan kami sendiri. Google, buku, rujukan, kawan2, agama, ibu bapa- itulah sumber kami!

Ya Allah.. hamba masih berusaha. Makbulkan Ya Allah.

DSC_0339Puteri Sara & Puteri Syasya: Kasihilah sesama adik dan kakak.

*Bonda: tiada siapa yang dapat menyayangi anak seperti ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusukannya.

Aktiviti bersama Pa&Ma-Mamypoko

Sabtu, pukul 2 ptg saya & suraya serta babynya Dzakwan ke Hotel Sunway & Towers, Bandar Sunway atas jemputan dari pihak Karangkraf (Pa&Ma) dan Mamypoko yang meraikan pemenang bertuah serata Malaysia bercuti& beraktiviti.

Sungguh, kami nervous. Kami nervous. Bukan tak pernah berceramah dgn crowd yang ramai. Tapi kali ini lain benar suasananya. Sebelum itu, kami diminta untuk beri ceramah topik yang serius secara “ceria & interaktif”. Pening juga nak realisasikan permintaan mereka, tapi, kami cuba ;-)

DSC_0016Mcm ni la muka saya bila nervous.

DSC_001155 families yang dtg.

DSC_0022Majlis perasmian laman web pa&ma yang terbaru.

DSC_0036Our slide

DSC_0039Suraya’s session – sambil menyusu anak dlm pouch, hebat! :-)

DSC_0040Sesi Puan Suraya memaparkan asas kepada attachment parenting ialah breastfeeding.

DSC_0046Sebelum saya memulakan sesi, saya & suraya ajak mereka ber’chicken dance’ dulu.

DSC_0049Lagu ini sangat cheecky dan boleh digunakan untuk menari atau bersenam dengan anak-anak.

DSC_0052Saya teruja kerana papa2 ini sangat sporting. ;-)

DSC_0053Kan saya dah ckp mereka sporting. hehehe ;-)

DSC_0055Amboi2 encik2 ni tak ingat dunia ye.. Mcm menari dangdut pulak. Hehe

DSC_0056Saya ajak papa2 menari di depan kerana mahukan penglibatan mereka bersama anak-anak.

Tips menari:

1) Tidak perlu risau anda bukan a good dancer. Atau anda menari keras kaku atau kayu. Yang penting ‘quality time’ yang anda dan pasangan lalui dengan anak-anak.

2) Menari tanpa rasa susah hati tentang step. Anda bebas buat step apa saja yang tidak berbahaya dan sesuai untuk anak anda.

3) Just enjoy, enjoy dan enjoy. Anda akan dapati fikiran akan menjadi lebih tenang tatkala lihat anak-anak melemparkan senyuman dek tarian anda yang tak menjadi ataupun lagak ‘clown’ yang anda buat ;-)

dibawah ini antara slide kami. Sesi ini lebih kepada berkongsi idea dan maklumat mengenai natural parenting atau attachment parenting:

slides2Memaparkan gambar2 anak-anak dan aktiviti kami ke arah mendidik anak secara natural parenting

slides

slide 3Babywearing- wear the baby to you. gambar saya, suami saya dan suraya mengendong anak.

slide 4swim, exercise and sports with kids

slide 5slide penglibatan ayah dalam aktiviti bersama anak. Tugas mendidik tidak terhad kepada ibu sahaja bukan?

DSC_0060Kami juga mengadakan games for family iaitu “who’s the longest”. Sangat best dan happening peserta-pesertanya.

DSC_0067Buka baju, baju anak, buka kasut and baring2 sampai dpt yang terpanjang. Hebat!

Lesson dari game ini:

1) Tiang kekukuhan sesebuah keluarga adalah ahli atau isi di dalamnya. Tanpa penglibatan salah satu pihak, ianya satu perkara yang akan membawa kepada kesan-kesan lain.

2) Kerjasama dan bersatu dalam satu keluarga penting. Masing2 mempunyai peranan dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

3) Cuba yang terbaik untuk keluarga sendiri. Mcm didalam game tadi, setiap org bertungkus lumus untuk membuat rantaian terpanjang untuk menang. Begitulah jua didalam kehidupan seharian, kita mempunyai target untuk menjadikan kedudukan keluarga menjadi yang terbaik.

4) yang penting, everybody enjoy! ;-)

DSC_0071Terima kasih, krew dan team Pa&Ma, atas jemputan, layanan yang mesra dan segala-galanya. Sekarang saya tahu, kenapa majalah Pa&Ma mendapat Audit of Bureau Circulation (ABC)- cop pengiktirafan di tepi majalah Pa&Ma tu, dan kenapa majalah Pa&Ma menjadi pilihan nombor satu ibu2 di Malaysia, ianya kerana 6-7 org yang bekerja keras utk majalah ini. syabas Pa&Ma!

Lagi cerita di Blog Puan suraya

smoga sama-sama mendapat manfaat atas perkongsian ini ;-)

*Bonda: Semakin teruja nak merealisasikan attachment parenting kepada anak-anak saya yang sedang membesar. Kata org, nak melentur si buluh, biar dari rebungnya yang lembut dan lentur.

ShoutBox
Last Message 54 minutes ago
3 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah