Archive for July, 2009

Mengapa breastfeeding baik utk ibu

Salam semua.

Kebiasaannya kita biasa lihat kelebihan susu ibu untuk bayi/anak-anak. Ramai juga masih keliru apa pula kebaikan utk si ibu? Sbb boleh kurus saja kah? Atau sbb jimat duit kah? Ada banyak sebenarnya. Kita kupas satu2:

1) saya mulakan dengan penyusuan akan membebaskan hormon oksitosin yang akan membantu uterus/rahim utk contract dan mengecut dan memberhentikan flow darah nifas (lochia) dgn cepat dan deliver placenta in one piece.

2) Mama mungkin akan merasai ini sepanjang tempoh penyusuan: Amenorrhea – perkataan yang besar dgn definisi yang ringkas: Tidak datang bulan/period. Ibu akan enjoy 6 bulan pertama tidak period selepas kelahiran  baby dan kadangkala mencecah 1 tahun. Bayangkan, 9+6 = 15 bulan kita tak perlu susah payah mengalami menstruasi yang kadangkala sakit dibuatnya. In berlaku disebabkan Lactational Amenorrhea (kitaran haid pause semasa penyusuan) akan reduce fertility/kesuburan. Ianya method yang baik utk merancang keluarga selama 6 bulan. antara kebaikan LAM ini adalah menghalang si ibu dari terkena anemia (kurang darah merah) kerana penyusuan akan membuang iron (zat besi) dari badan mama pada kadar 0.3 miligram sehari.

3) Losing Pregnancy Pounds – Ini memang kebanyakan mama suka =) Mcm mana utk makan banyak namun masih lose weight? Tentulah breastfeeding! Tahu tak mama anda yang menyusu sgt2 bertuah, semasa anda menyusu baby, badan anda akan burn/bakar lemak yang tersimpan semasa kehamilan utk menghasilkan susu. Dan juga 500 kalori terbakar sehari! Walhal anda tak perlu jogging, tak perlu ke kelas tarian, tak perlu beli alat senaman mahal, hanya breastfeed dan tidur bersama anak (ohh saya sgt suka =) Namun mama harus ingat, berat badan bukannya turun sehari dua penyusuan, ianya mengambil masa. Teruskan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat! =)

4) Ini yang paling istimewa: Bonding- Semasa menyusu si kecil mama akan dakap baby bukan? ini memberi peluang mama having time dgn babynya sendiri dan bermesra dgnnya with all her senses. Asas komunikasi kepada simanja adalah bermula dari penyusuan. skin to skin contact – akan membebaskan hormon prolaktin dan oksitosin secara semulajadi. Oksitosin yag dirembeskan membuatkan kedua2nya tenang. Hormon ini memang hebat, ianya akan membuatkan si mama berasa sayang terhadap anak yang dikandung walaupun apa yang berlaku di sekitarnya (contoh: perceraian, postpartum blues, anak luar nikah, masalah peribadi atau anak cacat)

5) Mengurangkan kanser payudara dan ovari – Perlu mama ingat baby tidak akan berjangkit kanser melalui susu ibu. Mama juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui penyusuan. Pada tahun June 1999, terdapat sebuah kajian tentang susu ibu dan immunologi di publish di majalah “Discover” di bawah tajuk “Got Cancer Killers?” – Terdapat satu protein (dubbed HAMLET) di dalam susu ibu yang akan menyebabkan sel kanser “membunuh diri” – bukan di bunuh! Hebat kan?

6) Breastfeeding adalah environmentally friendly – sgt2 friendly. Tiada pengawet, tiada bahan kimia, tiada tin botol, tiada sisa selepas penyusuan, tiada pencemaran. Mungkin kita beranggapan “Alah, aku sorang je buat mcm ni bukan membantu sgt pun ke arah earth saver”. Namun percayalah, ianya utk generasi kita akan datang.

7) Breastfeeding akan menjimatkan kos sara hidup dan reputasi sebuah keluarga. Tiada susu yang mahal dan juga mama bukan pelanggan setia klinik pakar kanak-kanak. Mama akan lebih kerap ambil MC kerana anak tak sihat. Ini juga akan menjejaskan kerja2 mama di ofis. while anak2 yang breastfeed bukanlah tak sakit langsung, namun anda boleh lihat sendiri ketidak-kerapan anda ke klinik atau membeli ubat kerana si kecil mempunyai sistem pertahanan yang kuat oleh ubat semulajadi mereka – susu ibu =)

8) Papa suka: Ini pun penting! Keluarga papa adalah keluarga yang sihat, persekitaran yang bersih, kewangan yang baik, bebas dari feeding duties (membancuh susu), disamping potongan badan yang menarik dari pasangannya (isteri). Mama tentu suka bila badan anda yang ‘berat’ ketika mengandung telah ringan dan suami puji “Abg tengok bini abg ni makin slim la. seksi” =) Percayalah, breastfeeding akan menyebabkan seluruh keluarga menghargainya.

9) Penyusuan memberikan si mama merasa bangga kerana mama menjadi provider utk anak-anaknya. Walau apapun kata2 org di belakang, hati mereka sahaja yang tau betapa indah memberi yang terbaik utk anak-anak. Ibu itu sendiri percaya akan kehebatan tubuhnya: yang mampu menghasilkan susu utk tumbesaran anaknya. Walaupun kadangkala timbul “cukup ke susu ni” namun dgn kepercayaan terhadap diri sendiri itulah yang membuat si ibu berjaya menyusukan anak-anaknya selama mana rezeki anak-anaknya. walaupun tak capai 2 tahun, namun anggap rezeki anak sampai di situ. No worries. Si ibu telah provide tenaga, kasih sayang, dan segala-galanya walaupun dia bekerja. Terima kasih semua mama2!

________________________________________________________________

Itu saja lah coretan hari ini. Saya pasti ada bnyk lagi kebaikan, setiap ibu mengalaminya dgn cara yang berbeza. Saya hanya tulis beberapa strong point yang perlu mama tahu bila org tanya “apa baiknya penyusuan utk ibu?”. Now mama boleh jawab tanpa ragu2 =)

Semoga berjumpa lagi semua.

*Bonda: Ibu akan penat sepanjang hayat. Tp itulah ibu. Syurga di bawah tapak kakinya.

100_2884Puteri2 baru bangun tidur. Comot dan busuk macam mana pun mereka, anak-anak ini lahir dari perut saya, mummy mereka. Love u sara & syasya!

Kaunselor Laktasi Anda,

Ramadhan Oh Ramadhan

Ramadhan dah makin dekat. Kebanyakan mama dah risau “mcm mana susu nanti”. Ramai yang susah hati production susu merudum. Jgn mama risau, ada caranya utk mengekalkan pengeluaran susu semasa berpuasa. Ya, mungkin akan berlaku sedikit perubahan pada pengeluaran susu waktu ini esp di akhir2 waktu hendak berbuka (sehari dua hari mungkin anda rasa ok, tp hampir sebulan, memang terasa merudumnya).

Pemakanan mama sewaktu berbuka dan bersahur juga perlu dijaga bagi memastikan mama mendapat khasiat yang secukupnya utk hari esok. Akan saya kupas satu persatu tips semasa ramadhan nanti. Saya menjemput anda ke:

Kelas Khas Penyusuan dan persediaan sempena Kedatangan Ramadhan – OGOS

Tarikh:  1 Ogos 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 80/individu RM 150/pasangan

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 11

Selepas sesi ini, akan diadakan support group utk berkongsi pendapat dan masalah dalam kumpulan yang kecil. Istimewanya, makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga 100% makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Juga KREW VIVA ZOOMERS HotFm akan berkunjung ke SARAKIDS selama 1 jam utk aktiviti mereka. Akan saya umumkan waktunya dalam masa terdekat. Keep reading ya!

Promosi makanan penggalak susu ibu:

100_2890ACAR WARISAN MAMA

100_2887ACAR WARISAN MAMA : RM 5 sahaja

Istimewa acar buah ini:

untitled

1) Mengandungi 12 jenis buah-buahan, 8 daripadanya adalah buah-buahan yang meransang penghasilan susu ibu iaitu : 4 jenis kurma (kurma cina, kurma arab, kurma kuning dan kurma hitam), Lobak putih, kismis, buah pala dan bijan.

2) Sedap dimakan sewaktu bersahur dan berbuka kerana ianya home-made acar dan tidak mengandungi MSG atau perasa tambahan.

3) Ianya acar buah air tangan bonda saya, yang mana dari dulu lagi setiap tahun org tertunggu2 acar buah beliau setiap kali menjelang ramadhan. Org mengandung pun teringat2 =)

Ianya bukanlah promosi semata-mata. Khasiat yang terkandung dalam acar ini designated untuk ibu-ibu yang menyusu. Juga rasanya yang sedap menambah selera papa2 di waktu bulan ramadhan =) Anda boleh dapatkan di Butik SARAKIDS dgn harga RM 5. Acar akan mula berada mana2 outlet di SARAKIDS pada 1hb Ogos 2009 =)

100_2936Minuman GABA Coklat G-LAT RM 10/sachet. RM 99/box

Picture1G-Lat Choc GABA

Keistimewaan Minuman Ini (dari segi penyusuan):

1) Mengandungi  GABA (Gamma Amino Butryric Acid) yang bertindak sebagai polupeptide neurotransmitter (this helps to release oxytocin)

2) Koko: akan merembeskan hormon serotonin: hormon gembira dan tenang (yang mana juga akan membantu ibu tenang dan berehat setelah penat berpuasa)

3) Ia adalah selamat dan tidak toxic utk ibu menyusu. Minuman ini juga memberi tenaga kepada ibu utk meneruskan ibadah puasa keesokan harinya.

Anda boleh dapati produk ini di Stokis G-lat Selangor: SARAKIDS (melalui website www.sarakids.com) dan Stokis Kuala Lumpur: Puan Huril (012-5731290) dan Perak: Puan Amrah (012-4505989). Kepada sesiapa yang ingin menjadi dealer, anda adalah digalakkan berbuat demikian dan email di amfattah_4ever@yahoo.com atau glatgaba@yahoo.com

____________________________________________________________________

Apapun, anggaplah kita sedang melakukan 2 ibadah di bulan ramadhan ini iaitu: Berpuasa dan menyusukan anak. juga ditambah dgn ibadah2 lain. Panjatkan doa moga kita ibu2 diberi kekuatan utk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, kepada suami, kepada ibu bapa kita, kepada anak2, kepada masyarakat dan lain2. Bukan senang tugas ibu. Dialah yang menyusu dan menggalas beg pam ketika bekerja, sibuk memikir juadah bersahur dan berbuka, dialah juga yang org terdahulu siapkan semua, dialah sibuk siapkan suami kerja, dia jugalah siapkan anak2 ke sekolah, dia jugalah memikir baju raya, dan dia JUGA BERPUASA. Mudah mudahan diberi tubuh badan yang sihat utk melaksanakan semua ibadah2 ini. Amin…

______________________________________________________________

Saya nak kongsi dgn anda jadual saya:

1hb Ogos: Kelas Penyusuan Semasa Ramadhan

2 hb Ogos: Kenduri adik ipar di sebelah mertua (Cheras) pula

2 hb Ogos (malam): Penggambaran “anak-anak ramadhan” utk TV3 dan TV9 dari SARAKIDS

3-5 hb Ogos: Sambutan Minggu Penyusuan di Jab Wilayah Persekutuan

8 Ogos: Kelas Penyusuan dan Majlis Pembukaan SARAKIDS JB

9 Ogos: Sambutan Hari Penyusuan di KL sentral (Suami: Beri talk tentang “Peranan Bapa dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu”

13 Ogos: sambutan Minggu Penyusuan di PPUM

Ada lagi yang saya tak tulis. Itu tak termasuk promosi SARAKIDS di tempat2 yang lain. Saya akan transform jadi robot bulan Ogos ini =) semuanya saya akan buat dgn tulang 4 kerat ini. Mudah-mudahan hari raya thn ini saya boleh bercuti sebulan, agaknya? =)

Jumpa lagi utk isu yang lain =)

100_2934Keluarga SARAKIDS dan keluarga LUNA bersiar2 smp tgh malam last weekend lepas penat bekerja di siang hari =)

Bonda: X sabar menunggu ramadhan.

Kaunselor Laktasi Anda,

SARAKIDS OGOS

Salam semua. Moga anda semua di bwh lindungan Yang Maha Esa.

Entry hari ini berkenaan promosi semata-mata =) –>

Masihkah anda ingat entry INI (klik sini) di mana saya bercerita tentang photo shoot saya & anak-anak utk majalah Pa&Ma? Jika anda baca di entry tersebut ianya utk keluaran Julai, bukan? Namun atas arahan editor ianya ditukar supaya bertepatan dgn keluaran Ogos, sempena Minggu Penyusuan Sedunia.

100_2881Ruangan Personaliti, Ogos 2009

100_2877‘Farah puas menyusukan bayi’  =)

100_28782nd page =)

100_2879last page =)

hphp buruk?? =) LOL

ha-ha. yang ini saya cukup geli hati. Adik2 saya, mama abah saya, sepupu saya ckp “Apela toke besar amik gambar hp buruk masuk majalah. Bagi la hp cantik sikit”. Ha-ha ketawa sekali lagi. Betul kata mereka. Hp anak-anak remaja sekolah lg canggih dr saya. Tp inilah saya. Mereka (team wartawan) mintak brg yang perlu ada dlm handbag, saya bagi apa yang mmg ada dlm handbag. Takde berlakon2. Hp nokia basic tu lah yang saya pakai hari-hari jawab telefon. Hp tu juga la yang jadi medium saya berniaga kdg 3-4 kali kena charge satu hari dek panggilan telefon yang masuk. Hp buruk tu la jadi boomerang anak-anak saya baling sini sana. Janji dpt sms dan jawab telefon. Bukan kedekut tapi cukuplah apa yang asas. X bother sgt psl hp. Hehe.

Jujur saya beritahu, saya cukup terharu. Penulisan seorang wartawan yang sgt baik. Apa yang saya cerita disampaikan dgn baik sekali dgn ayat yang cukup baik. Dia bercerita apa yang saya cerita. Ya, melahirkan dan menyusui anak merupakan perkara paling manis dalam kamus diari anak2 saya. X boleh ungkap perasaan itu. Utk cerita lanjut, anda kena dapatkan satu naskah majalah ini =p

And ingin saya kongsi bersama anda satu cerita. Saya tak berapa mahir, tapi saya ingat lagi bait2 ayatnya (dan saya translate kan juga- maaf ye org trganu kalau saya salah tulis). Sedang saya dan suami serta anak-anak bersiar2 jalan2 di Terengganu,

ada satu suara: “Puang Farah!”

Saya: siapa yang panggil ni (dalam hati):  Ya?

Encik Suami: Start dah.. kat mana2 org kenal bini abg ni (dia dh dapat agak =)

Dia: “Puang Farah Sarakids kang? Saya tgk puan dalang paper, tv, majaloh. Dok sangka dpt jupe. Dok gemuk mana. Kecek je puang ni. Eh puang, alang2 doh jupe, buleh ke kaunseling penyusuang selalu?” (Puan Farah SARAKIDS kan? Saya tgk puan dlm paper.. bla.. bla.. Tak sangka dapat jumpa. Taklah gemuk sgt. Kecik je puan ni. Puan, alang2 dah jumpa, boleh ke nak kaunseling penyusuan skrg?)

Saya: Erm.. oh ye ke.. Hehe.. Erm.. saya tgh jalan2 ngan anak2. Kita jumpa nanti k, kat tempat proper sikit. Kat sini bising. Ok tak?

Dia: “Ok, nnti saya telefon mmula. Nok jupe mane? (ok, nanti saya telefon balik. Nak jumpa kat mana?)

Saya: Dtg kat rumah mertua saya pun boleh. Tapi org ramai sikit. Ada kenduri kahwin adik suami.

Dia: “Dok kisah la puang, janji dpt ckp ngan puang masaloh saya ni. Anok doh nok masuk 4 bulang tp dok leh menyusu susu dada” – (Tak kisahla puan, janji dapat ckp ngan puan masalah saya ni. Anak dah nk masuk 4 bulan tapi tak nak menyusu badan)

Alhamdulillah, dgn izin Allah, sempat saya menemui 2 ibu bermasalah ketika sedang bercuti. Tidak, mereka tidak ganggu jadual cuti saya. Tersenyum bapa mertua tgk menantunya kerja time bercuti. Nak berjumpa 4 mata bukannya mudah, saya jauh di KL dan dia di Terengganu. Namun, kesempatan yang ada kita cuba manfaatkan. Lagipun, ianya borak yang baik. Utk tujuan yg baik. Jauh sekali gosip bercerita hal bukan2. Moga berjaya Puan  dalam perjalanan memberi hak utk si kecil anda =)

Cerita tentang bapa mertua saya pula. Dia mmg pendiam dan jarang bersuara. Sejak saya mencebur diri dlm perniagaan, tak pernah saya dgr dia tanya tentang “mcm mana bisnes?”, “ok ke meniaga?”. Bila saya sms “Abah, jgn lupa beli paper ni, majalah ni, bukak tv ni tgk fara ada”- kdg2 jwpn dia “ok”. Tak de soalan lanjut ke, feedback lanjut ke.No respon. Namun semasa kenduri adik suami saya di Terengganu baru2 ni, saya terkejut bila kwn2 nya “Ni la menantu cikgu Sidi hok rajin tubek tv majaloh tu. Cikgu Sidi mesti bawa majaloh ke paper ke sekoloh setiap kali cerita farah tubek. Dia rajin cerita psl sarakids” dan “hok ni la menantu Dee  SARAKIDS tu? Abah sms habis saing2 dia suruh buke tv3 haritu” ~ Bukan seorang dua yang ckp mcm ni. Boleh kata semua kwn2 abah mertua saya sempat saya jumpa ckp benda yang sama. Padahal setiap kali saya beritau dia seolah2 tak ambil pusing. Namun dia sgt baik. Selalu ajar menantunya masak resepi Terengganu (percik, singgang). Kalau menantunya balik, dia akan masak apa menantunya suka tanpa kompromi(sayalah satu2nya menantu dia masa tu) – tp dia takkan ckp “abah masak makanan favourite farah” – saya sendiri yang akan faham. Anak sulungnya (suami) dah faham. Dia takkan ckp dia syg anak, syg cucu. Tak pernah. Tiada “Mana cucu atok tu.. Meh sayang meh”. Tak ada. Tp org lain tau mcm mana dia syg anak cucunya. Kdg2 ada yang boleh sebut nama cucu2nya padahal kdg2 saya sendiri kurang pasti dia hafal ke tak nama cucu2nya (cucu dia baru 2 org-anak2 saya la). Hehe. Ini cerita dr suami pula -Dulu suami dapat 4A upsr, 8A PMR, dia ckp “Alah.. ramai lagi dpt keputusan sama” – tiada tahniah. Tapi bila suami jumpa kwn2 abahnya, ramai yang ckp abah dia bangga anak dpt straight A’s and canang satu sekolah. Apapun caranya, sekurang-kurangnya kami satu keluarga tau, dia sgt sayangkan kami, sokongan nya tak pernah berbelah bagi, cuma caranya berbeza. Thank u abah..*Terharu*

Utk keluaran Ogos juga terdapat ruangan utk produk penyusuan yang terdapat di SARAKIDS.

100_2875ms 84, Pa & Ma Ogos 2009

Juga cerita tentang SARAKIDS di booklet penyusuan susu ibu bagi Fabulous Mom:

100_2876SK @ FAb Mom Booklet

Juga promosi Baju Kurung & Baju Melayu Jenama SARAKIDS di ms 82/83 sempena lebaran akan datang:

100_2869Aidilfitri@SARAKIDS

Sila Bawa Kupon/keratan diskaun 15% dari majalah Pa&Ma utk pembelian baju kurung dan baju melayu SAHAJA di mana-mana outlet SARAKIDS berhampiran. Promosi SAH dari 1hb Ogos 2009 – 31 Ogos 2009

Antara Koleksi memikat jiwa baju kurung berfabrik English & Japanese Cotton dan baju melayu kanak-kanak dari 6 bulan hingga 7 tahun:

0506SK Baju Kurung

020021Dan lagi

012013Dan lagi

Terdapat 63 design/corak pelbagai warna sesuai utk kanak2 bergaya bersama mama papa mereka di hari lebaran =) Pihak SK juga mengalu-alukan dealer utk baju kurung dan melayu khas utk Aidilfitri akan datang. Sebarang pertanyaan, email pada admin@sarakids.com atau hubungi Puan Amrah 012-4505989. utk corak2 yang lain, sila KLIK SINI

________________________________________________________________

SARAKIDS JB

Saya sgt teruja utk pembukaan cawangan baru SARAKIDS. Buat makluman semua, sebarang pertanyaan tentang SARAKIDS dan urusan di SARAKIDS JB, anda boleh menghubungi Cik Nor: 0177223008. Kelas Penyusuan akan diadakan sebulan sekali di JB (Nampak gayanya tiap2 hari sabtu kerja saya berleter tentang penyusuan =)

04072009180SARAKIDS JB – renovation

04072009182Pengurus SK JB bersama anak-anak =)

Utk Kelas2 Penyusuan Susu Ibu Julai Dan Ogos, sila klik sini

Itu sajalah utk hari ini. Pa&Ma Ogos, boleh dikatakan majalah SARAKIDS pulak ya. — Betul2 editor bagi muka kan =) Impian saya, biar SK betul2 melekat di hati ibu2. Ingat baby, ingat breastfeeding, ingat Sarakids. Beratus2 kali org dgr sampai org ingat. Mcm KIKO. Mcm KFC. Mcm Jaya Jusco. Mcm TESCO. Walau jauh lagi nak sampai impian itu, namun tanpa angan2 Dr Sheikh Muzaffar takkan ke angkasa. Obama takkan jadi Presiden AS. Angan2 akan create “Law of Attraction” kan?

Bonda: Walau apapun dugaan yang melanda, saya percaya Allah dah aturkan semua. Semuanya utk kita. Samada memilih utk bersyukur atau berkeluh kesah.

Yang Benar2 Saya,

Breastfeeding Session

Pengumuman Jadual Kelas Penyusuan Susu Ibu Bulan Julai & Ogos:

1) Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Bagi Ibu Mengandung) – JULAI

Tarikh: 25 Julai 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 50/individu RM 80/pasangan

Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya, Kaunselor Laktasi dari Malaysian Breastfeeding Mom Support Group

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 12

______________________________________________________________

2) Kelas Khas Penyusuan dan persediaan sempena Kedatangan Ramadhan – OGOS

Tarikh:  1 Ogos 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 80/individu RM 150/pasangan

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 11

_________________________________________________________________

3) Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Bagi Ibu Mengandung) – JOHOR BAHRU

Tarikh: 8 Ogos 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 01-32, Jalan Pinang 52, Taman Daya, 81110, Johor Bahru

Bayaran: RM 140/individu RM 170/pasangan

Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya, Kaunselor Laktasi dari Malaysian Breastfeeding Mom Support Group

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 8

* Pada hari ini juga majlis pembukaan SARAKIDS JB akan diadakan pukul 2 ptg. Pada sesiapa yang ingin hadir, sila email nama dan bilangan ahli keluarga yang hadir ke sarakidsjb@gmail.com.

Landmark ke SARAKIDS JB: Lot kedai berhampiran kedai perabot CAVENZI Tmn Daya di blok 2. Kedudukan kedai adalah jalan menghala Tmn Setia Indah sebelum stesen Minyak ESSO

12072009199

_______________________________________________________________

4) Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Bagi Ibu Mengandung) – OGOS

Tarikh: 25 Ogos 2009

Masa: 9.00 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat: Butik SARAKIDS, 42-1, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 50/individu RM 80/pasangan

Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya, Kaunselor Laktasi dari Malaysian Breastfeeding Mom Support Group

Sila buat pendaftaran di admin@sarakids.com dan bayaran ke akaun PSA MARKETING 562478124674 maybank

Tempat kosong: 20 19

PETA UNTUK KE SARAKIDS SHAH ALAM:

MAP

Buat makluman semua, atas permintaan yang tinggi, kelas Penyusuan telah diadakan setiap 2 minggu dan setakat ini sebanyak 11 kelas telah dijalankan dan dihadiri oleh peserta dari pelbagai tempat.

Utk pertanyaan lanjut: sila email pada admin@sarakids.com

Kaunselor Laktasi anda,

Nikmat Air Susu Ibu

Salam,

Sempena bulan penyusuan susu ibu sedunia, saya akan manfaatkan blog ini sebagai medium menyebarkan ilmu tentang penyusuan. Entry penyusuan akan berselang seli dgn aktiviti SARAKIDS atau pengumuman lain.

bficon-web_0

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Pemberi Rahmat dan Nikmat yang tidak terhingga banyaknya, serta selawat dan salam tercurah kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang benderang menerusi risalahnya yang amat berharga.

Hari ini saya ingin mengupas tentang penyusuan susu ibu dari perspektif Islam, agama yang syumul dan lengkap. Saya tidak berniat utk menjadi ustazah dan berceramah pada anda hari ini, namun sekadar pengisian rohani tentang susu ibu dari sudut perspektif islam. Sebenarnya dalam Al-Quran lagi telah terserlah tentang kepentingan penyusuan susu ibu ini, cuma biasalah kita, saya, anda dan sesiapa sahaja, kita kdg2 tidak punya masa utk meniliknya apatah lagi memahami kandungannya. Siapa yang mengkaji? Nun.. orang di negara barat sana. Mereka mengkaji Al-Quran dan buatkan ianya jadi version mereka. Sumber rujukan mereka? Asasnya Al-Quran! Dgn ilmu yang didapati dr Al-Quran, mereka menjadikan diri mereka hebat. Kalian, saya bukan sesiapa utk bercakap tentang hal ini malah saya berasa malu. Betapa malu kita org Islam sendiri yang dianugerahkan Al-Quran merujuk org2 sana. Walhal, mereka kagum dgn kitab junjungan kita, Al-Quran.  Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)  kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Antara kupasan ayat-ayat Al-Quran ini adalah:

* Setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun

* Jika terdapat halangan menyusui anak: Ibu sakit, ibu tak boleh menyusukan anak, tiada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.

* Jangka waktu yang terbaik sebagai pedoman menyusukan anak, sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt

* Dibolehkan menyusukan anak kepada ibu yang lain (anak susuan)

* Hukum ibu susuan dan anak susuan

Juga apabila tiba hari kiamat:

“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2

Selain itu, kisah Nabi Musa a.s, yang mmg sgt2 menyedarkan kita tentang pentingnya setitis susu ibu ini. Saya sgt sebak dan menangis membaca tafsir dari ayat suci ini. Masihkah anda ingat tentang kisah ibu Musa yang merasa khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan, Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:

” Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

* Secara saintifiknya hormon Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan anak akan menenangkan hati si ibu and bring calm to baby as Oksitosin adalah “hormon penenang” atau “hormon kasih sayang”. So, ibu akan rasa tenang dan anaknya juga akan rasa tenang. Jadi, ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya dalam keadaan yang tenang tanpa tangisan si kecil. Jika difikirkan, “Sanggup kita hanyutkan anak ketika saat anak meraung-raung kelaparan dan kesedihan?”

Kemudian Nabi Musa di ambil oleh dayang istana Firaun, dan isteri firaun memujuk Firaun untuk membela Musa kerana baginya Musa penyejuk mata dan hati nya. Maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse) – waktu itu tiada susu formula- untuk susukan Musa yang masih bayi. Lantas Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Kemudian Allah swt berfirman:

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

* Nabi Musa rejected all the wet nurses kerana dia sudah merasai “the first taste of mother’s milk” – susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sbg ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya.

” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13

Disini kata seorang ulama’, kisah di dalam Al-Quran hanya mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat, namun bagi orang2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka utk merealisasikan pada kehidupan di dunia yang realiti. Sungguh saya malu. Mengapa mereka di sana lebih arif daripada kita, sedangkan kitab suci ini telah berabad berkurun lama di bekalkan kepada umat Islam sebagai panduan.

Sungguh, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “Menyusahkan je anak asyik nak berdakap. Budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tau, sayalah org yang paling dicari ketika itu. Sangat tidak wajar jika ibu terganggu yang amat dgn tangisan anak dan terus memberinya susu dgn harapan anak berhenti menangis – supaya anak mereka tidak digelar “anak kuat menangis” atau “anak suka buat perangai” atau “bagus baby saya, x suka nangis, dapat susu sebotol tidur senyap”. Tangisan bayi dalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. Pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

Mungkin sampai sini sahaja huraian utk part 1 nikmat air susu ibu ini. moga kita sama2 dapat manfaat atas segala-galanya. Mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. Wassalam.

–> Saya notice beberapa tulisan saya (entry2 terdahulu) yang lahir dari hati ini telah di ‘copy paste’ dan diciplak serta diubah menjadi hasil tulisan org lain. Terima kasih kepada mereka yang meminta izin utk link atau memetik artikel2 & link semula ke blog dan penulisan saya kerana saya dgn rendah diri membenarkannya. Saya sgt berterima kasih kerana anda menyebarkan ilmu dgn cara yang sihat =), bukan copy paste dan claim itu tulisan sendiri.

* Bonda: I am nobody utk bercerita tentang hadis atau hal agama, saya sgt2 mentah. Namun, saya memberi yang terbaik mengikut apa yang saya tahu, saya rujuk di buku agama dan setiap ayat Al-Quran di atas dirujuk dgn tepat. Ianya bukan saranan saya, namun Pencipta kita. So, susu ibu atau susu formula? Allah knows what best for us- manusia, makhluk terpuji di dunia. Wallahualam.

Rujukan agama: Dr. Abdul Hakim Sayyid Abdullah, Ahamiyatu Al Ridha’ah Al Thabi’iyah Dinniyah Wa Shihhiyan

SKD_4242Mummy and doll -syasya

RUL_9790mummy and princess -sara

Words can’t describe. I am a nursing mom.

Your certified Lactation Councellor,

ShoutBox
Last Message 38 minutes ago
3 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah