Archive for June, 2009

corat coret MOD @ Sarakids

DSC04920tq intan @ mrs nurhakim for the sweet pics

Salam!

Terima kasih tak terhingga pada semua yang dtg! Saya sgt happy dan teruja dapat bertemu 4 mata dgn mama2 dan anak2 semua. Maafkan saya jika tak dapat berborak lama. Saya betul2 sibuk melayan tetamu yang dtg. Dapat juga duduk seminit dua lepaskan lelah. Frankly, total numbers of guests pada hari tersebut adalah 300 +++ yang mana luar jangkaan saya! terima kasih semua. Maybe ada yang kecil hati x sempat jamah beberapa food. It was really unexpected! Saya akan upload gambar2 yang lebih cantik dr photoman minggu ini juga.

CORAT CORET:

*Maafkan saya kalau ada kekurangan sini sana. Bukan senang nak anjurkan majlis mcm ni. Selain tenaga, duit, masa.. semuanya kena ambil tau. Kebetulan pula AJK2 semua ada hal, so saya dan family cuba agih2kan kerja sehari sebelum tu. Apapun saya mohon ampun kalau ada yang tak puas hati. This is just an open day, bukan majlis Anugerah Bintang Popular, betul tak? Ha-ha

* Saya dan semua tak boleh tahan ketawa masa suami saya Saiful nyanyi lagu utk father’s day. Wah.. dia kalau dh dapat microfon… Dia nyanyi mcm ni “Allah selamatkan kami (wakil semua bapa2).. Allah selamatkan kami… Allah selamatkan bapak2 kami.. Allah selamatkan kami..” Semua ketawa dgr dia nyanyi — suka hati je kan!

* Alhamdulillah, mc sgt pandai mengawal majlis.. Bak kata farah (my lil dreams), start on time dan habis pun on time. Tima kasih encik sepupu dari Asia Best Production (dia ni produser drama).

* Saya sgt2 susah hati takut makanan tak cukup.. Stand by je belakang tempat makanan.. air pun tak cukup. So saya top up lagi. terima kasih restoran pelaga dan Restoran Eiyman’s Tomyam atas penajaan mereka. Jiran2 niaga saya sgt supportif! Juga Kedai stationery Ameena Bee for their support and sudi berkongsi space =)

* Anda mungkin tertanya2 mana media elektronik.. Maaf, awal2 lagi mereka telah membuat liputan. Guests pun tak sampai lagi dan saya masih berbaju T-shirt sarakids dalam berpeluh! Namun, coverage utk akhbar dan magazine tetap ada. dah nak keluar, akan saya beritahu supaya yang hadir akan ada satu copy =)

* Selebriti hari tersebut Iqram Dinzly (ni anak sedara saya – hampeh tul – mmg nak kena tarik telinga) tak turn up dan sibuk kata on the way.. Agaknya dah jadi artis cenggini kot ye.. And Anne Ngasri (mummy warits dan wafri) terlambat kerana kejar balik dr shooting di N9. Tak merasa semua jumpa mereka. But believe me, they really want to come at the first place.

* Sgt bersyukur tak ada kes hilang anak, hilang handbag, anak cedera tp saya notice ada suami yang hilang… hehehe…

*Org khemah sampai lmbt, kesian pada booth participant tertunggu meja diorg. But overall, Kesemua booth participant sgt berpuas hati dgn sale mereka kerana saya sempat ronda dr booth ke booth dan bertanya tentang sale mereka. Saya sempat hop blog rinie from tootsie bitsie. Enjoy her writing..

*Saya tak sempat makan/jamah walau sepotong kek. Terliur rasanya. Ada beberapa rakan yang sponsor kek, thanks kak nieza dr momschoice atas suprise cupcake (pagi2 dh sampai), ameera from little colony, ecar from cupcake-car, k.lily dr choc and cheeze, 1 kek secret recipe (saya tak tau siapa yang bagi) dan 2 kek princess (ni pun tatau sape yang bagi)… Thank you so much!!!

*Thanks jugak pada guests yang beri hadiah pada sara and mama yang bw potluck.. Anda mesti suka sbb semua mangkuk potluck licin.. Berbaloi kita masak-masak kan??

* Sara baru bgn tidur masa kwn2 dia nyanyi lagu happy birthday so blur2 lagi.. apapun, she’s so sweet dan tak buat perangai hari tu. Syasya mcm biasa.. cool setiap masa..

sarakids & pic salam 030 (Large)nnti mummy upload gambar dr uncle photoman ye syg

* Saya diberitahu gathering ini menemukan kawan2 lama, senior junior U, kwn sekolah lama, ada yang terjumpa ex-bf ex-gf (ha~ha..yang ni saya tak bertanggungjawab ye), ada yang jumpa mak sedara sendiri pun ada tanpa dirancang. “Eh, aunty buat pe kat sini?” “Aunty gathering la..ko buat apa kat sini” “Saya gathering jugak” – rupanya dua2 pembaca tegar blog Sarakids.. Suka tau =)

* Sesiapa yang join contest tapi belum redeem hadiah, please email me your address supaya saya boleh pos hadiah anda ke rumah =)

* Thanks to watie for the sweet doorgifts (perfume dia sgt harum) and foxyfarah (ni mama yang kecik x mcm mama.. mcm kanak-kanak riang yang comel) for the goodie bag for kids..

* Sgt2 suka sbb ramai bloggers2 berkumpul dan dpt kenal.. Before ni kenal dlm web je kan. But again, sorry tak dpt borak lama coz saya diperlukan sini sana =) Juga pada kwn senang & susah saya, Dil yang sudi hadir.. Dia ni tak kawin lagi tp sentiasa di belakang saya and support saya =)

* Sgt2 suka jugak sbb banyak anak-anak kecil depan mata.. Comel2 pulak tu. Mama papa diorg sibuk berkejar and bersilat dgn anak-anak masing2. Ha~ha

*Mc tiba-tiba panggil saya beri ucapan intro yang mana tak ada dlm tentatif pun. So, saya belasah je la mana-mana yang terlintas dlm kepala =)

* Terima kasih juga pada speaker2 utk breastfeeding, babywearing and cloth diaper iaitu Puan Zatul, Puan Liza and Puan Syada and Puan Suraya.. Thank u so much!

* Sepupu saya, Pn Anis dan partner Pn Suzanna sanggup turun dr Penang.. Promosi produk keluaran mereka: G-LAT cocoa GABA. Mesti ada yang minum choc drinks kat meja makanan tu. Sedap kan? Ada di jual di SARAKIDS. And minuman ini juga boleh increase milk production =)

DSC03681-1sepupu saya kak anis and kak suzana. Lihatlah, comot dan berpeluh saya kan? ~ Tgh busy tgk org pasang meja

ada bnyk lagi nak cerita but saya perlu masa rehat dan train staff baru. Maklumlah, Leeya dh tak ada. Gambar saya akan upload kemudian. Kita ikuti cerita mummy2 lain:

—> intan @ mrsnurhakim

—> Mama Zhar-riff

—> Farah

—> Hanz

—> Azza

—> Isabelle – my senior kat U dulu tau!!

Unfortunately, x dpt jumpa Intan (Malaysian Supermummies Unite). Hop blog dia nak tau ceritanya

Special thanks to: My hubby, My family (mama abah adik2, mummy (mil), sepupu2 yang sanggup dtg dr JB, dr penang, dr Klang Valley, aunty2, my staff, MommyLyna and fatin sbb bnyk tolong dr awal plan ni sampaila habis event. Lyna, u are so dear to me =)

Saya akan update gambar, believe me =)

Update MOD sarakids 26/6/09

banner_design_FINALThanks cik zatul dr babynme.com atas banner yang sgt cantik =)

Thanks MommyLyna for the entry “How to get to SARAKIDS”. Sangat menyenangkan semua yg nk dtg =)

Just an update =)

1) Papa mama jgn risau tentang warna tema MOD itu nanti. saya faham bnyk papa akan geleng kepala bila dengar warna pink. So, leh suggest mereka pakai warna putih. Mungkin saya yang silap. Patutnya tulis: Pink or white =) Sebenarnya pakai baju ape pun tak mengapa.. Cuma dlm gambar nak masuk dalam magazine tu nnti nmpk cantiklah sikit warna putih and pink. Please mama, jgn paksa suami anda gi cari baju kaler pink ye.. asalkan dtg, dah cukup buat saya suka hati =)

2) Boleh saya terangkan sikit tentang flow acara hari berikut?=)

— sesampai di perkarangan parking sekitar sarakids (kalau nak parking yang selesa boleh parking di tepi restoran PELAGA)—- daftar dan ambil nombor cabutan bertuah—— yang mana ada anak, izinkan saya pinjam anak-anak untuk celebrate birthday sara di depan =) —— lepas bday celebration, ada celebration utk father’s day (masa ni anda dh boleh start makan) —— kemudian games for kids and papa ——- pelancaran kumpulan sokongan ibu yang baru dan sesi breastfeeding, cloth diaper & babywearing —— kemudian, penyampaian hadiah utk contest dan lucky draw —— happy hour & sales di booth2 terlibat ——- sesi fotografi ——- acara bebas (butik sarakids akan dibuka)

MAP TO SARAKIDS

MAP

* Butik SARAKIDS hanya akan dibuka selepas pukul 5 dan pada situasi2 tertentu shj. Utk makluman semua, pihak SK juga ada membuka booth bersama peserta booth yang lain utk memeriahkan majlis =)

* Pelancaran Kumpulan sokongan ibu: Proudly present: MALAYSIAN BREASTFEEDING MOM dibuka kepada semua ibu2 utk menyertainya. Sila klik SINI utk website MBM dan SINI utk Forum MBM (masih dalam pembinaan)

Anda boleh register keahlian (membership) pada yuran RM 20. Jika anda mendaftar pada Mini Open Day, yuran keahlian adalah pada RM 10 sahaja. Yuran ini adalah termasuk:

- Kad keahlian

- Diskaun utk kelas penyusuan

- Diskaun utk sesi kaunseling/sesi konsultansi

- Tips keibu-bapaan (parenting) setiap bulan

- Voucher bulanan daripada pihak penaja

- Diskaun istimewa utk pembelian di mana2 store penaja

- Penyertaan dalam setiap aktiviti MBM

–> Semua AJK2, meeting pada hari sabtu, pukul 2. Juga kepada peserta booth, cabutan undi juga pada pukul 2, hari sabtu 27hb Jun 2009

3) Sila berhati2 dgn barangan berharga dan awasi anak-anak kecil kesayangan kita kerana kita tidak tau mungkin ada pihak yang ingin ambil kesempatan (yelah kita sedang berseronok waktu tu. Saya sarankan mama simpan handbag di rumah dan bawa keperluan penting sahaja kerana kita pun ada satu lagi handbag (baby) yang nak didukung kan? ahaks =)

4) Jika terdapat kesulitan, boleh cari mana2 AJK dengan tag utk bantuan:

tag

Saya amat berharap kita dapat sama2 enjoy the day dan merapatkan hubungan sesama kita. saya maklum ramai mama2 blogger2 yang akan hadir, so this is the time to meet each other =) — Kdg2 kita biasa tgk gambar dlm blog, so maybe jumpa in person tak kenal, so rajin2 kan diri menegur dan kenalkan diri sendiri. hehe =)

Besarnya hati saya utk semua yang hadir, sponsor doorgift, sponsor makanan, bawa potluck, bawa hadiah (please dont spoil my sara ye — as i received bnyk sms: Sara nak hadiah ape ye? ) — jiran kedai bawah pun (Ganesan): “pening kepala fikir hadiah sara. Dia anak toke besar, kena beli hadiah mahal2″ — please please please… tanak mcm ni ye. Sara adalah seorang anak kecil berusia dua tahun yang sedang di ajar oleh mummy nya tidak bermewah2, tidak demand, tidak memilih kawan sebaya (kecuali stranger) atau makan atau mainan, berterima kasih dengan sesiapa yang memberi, tidak bermegah2 dan sentiasa sederhana dlm apa jua keadaan.

Oklah, kita jumpa ahad ini. Saya sangat teruja. Mudah mudahan hari ahad adalah hari yang indah, cuaca yang indah dan segala-galanya berjalan lancar! See you there, all super mommies!!

__________________________________________________________

* Bonda: Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.

Entry utk Leeya SARAKIDS

Entry ini khas utk Leeya.

Leeya tidak akan bersama SARAKIDS lagi bulan hadapan. Satu berita yang amat menyedihkan saya setelah beberapa lama Leeya bersama SARAKIDS. Leeya akan menyambung karier barunya yang lebih cerah. Saya tidak akan halang. malah saya bangga. Namun, masih tak terkeluar sebutir perkataan dr mulut saya bila dia beritahu resignation dia. Ya, mungkin saya ego. Namun sebenarnya saya sudah semakin rasa kehilangannya. Yup, SARAKIDS akan rasa kehilangannya, malah mungkin saya akan kerap ditanya customer yang biasa ke SARAKIDS “Leeya mana ek?” “Leeya dah tak keje sini ke?”. Saya sangat pasti itu akan ditanya. Leeya staf saya yang sgt setia. Saya dah anggap Leeya mcm adik saya sendiri. Leeya ada di masa SARAKIDS dr awal hinggalah sekarang. Leeya jugaklah antara org yang mengecat dinding SARAKIDS, pasang perabot SK, memaku dinding di awal2 pembukaan SK. Leeya jugalah yang ikut saya ke sana sini buat promosi, semasa sesi fotografi. Kdg2 bila saya bawa anak2 ke kedai, Leeya jugalah jadi ‘bibik’ sementara saya sibuk dgn klien. Leeya jugalah photographer tak bergaji setiap aktiviti sarakids. Terima kasih Leeya =)

sarakidssarakids- renovation

100_1166Sarakids- occupied

Leeya juga menjiwai breastfeeding walaupun masih belum berkahwin. Dia selalu beri semangat pada customer yang masih kurang faham tentang breastfeeding. leeya juga melayan karenah customer yang bermacam2. Leeya juga kena marah dgn customer yang kurang sabar. Customer yang cerewet (kan bermacam2 org dalam dunia ni). Leeya jugalah yang menahan sabar dileter customer (kdg2 takde sebab tiba2 dia kena leter). Namun, tak semua customer begitu. Peratusan begitu sgtlah kecil dibandingkan dgn customer2 yang sentiasa membahagiakan jiwa kami di sarakids.

Kalau cerita pasal Leeya, banyak sumbangan Leeya pd SARAKIDS. Saya akui, peranan Leeya melayan customer SARAKIDS antara sebab ramai repeating customer. Terpanggil utk cerita satu ayat dr sahabat terdekat pd saya “bila org masuk SARAKIDS, diorg akan confident dgn adanya ko dan leeya”. Alhamdulillah, saya bangga bila org puji staf saya. Leeya memang berbeza dr staf cawangan SARAKIDS. Dia memang multitasking employee. Dialah kerani, dialah sales girl, dialah tukang fotostat dan mcm2 lagi. Yang paling saya suka, tulisan dia cantik dan kerjanya kemas serta tak serabutkan mata saya. Leeya jugalah teman saya makan setiap hari. Dr dia jugalah seorang farah yang tak sempat tgk tv apatah lagi berita mahupun gosip2 di melodi tau cerita terkini. Kdg2 dia juga jadi pengkritik fesyen saya. Erm.. bnyk lagilah sebenarnya.

Adatlah majikan-staf, tak logiklah saya tak pernah marah. But, she manage to tackle me back when i am not in the mood. Saya suka bila saya/suami tegur jika dia ada buat salah, dia akan segera minta maaf. Dia tidak pernah tarik muka masam muncung 2 jengkal ke depan. Anak-anak saya, keluarga saya mama abah adik2 saya pun dah anggap dia a part of family. Boleh borak2 gelak2 mcm dah lama kenal. Saya doakan dia maju di dalam hidupnya. Biar arwah ayahnya bangga punyai anak sulung seperti Leeya. Biar ibunya tersenyum lihat puterinya menjadi contoh pd adik-adik.

Leeya, if u are reading this, akak nak Leeya terus maju dlm apa jua bidang yang Leeya ceburi. Jgn sekali berasa lemah. Pandang ke depan. Walaupun Leeya dah tak jadi “sales girl” dan dah bertukar jd executive (she has a qualification-itu sbb saya bangga dia bekerja di SK!), namun harapan akak Leeya tak lupakan kami disini. Pandanglah ke bawah sekali-sekala dik, InsyaAllah perjalanan hidupmu teratur kerana sentiasa beringat. Maafkan akak, tidak bertanya apa2 tentang karier barumu. Takut airmata ini tertumpah. Namun disudut hati, akak doakan semua yang baik2 utk Leeya. Sekali sekala datanglah ke SARAKIDS. Tempat Leeya bermula setelah grad universiti. Tempat Leeya belajar erti kasih sayang ibu bapa kepada anak2. Tempat Leeya belajar bagaimana pentingnya setitis susu ibu kepada anak2. Sara pasti tanya “mummy, mana Lalia?”. Akak pun tak tau lagi nak beri jawapan apa. Semoga berjaya dik! Terima kasih kerana mewarnai hari2 SARAKIDS selama ini =)

Utk makluman semua, hari terakhir Leeya adalah hari berlangsung nya MINI OPEN DAY SARAKIDS ahad ini. Saya teruja utk majlis ini, tp setelah selesai, saya tak pasti perasaan saya bagaimana. Susah utk mencari pengganti Leeya. Namun saya pasti, Allah dah aturkan semua. Leeya ckp “Leeya akan buat majlis tu gempak2 kak”. Saya hanya mampu tersenyum. Apapun, semoga berjaya Ellya Nurain Ramli =)

liya-300x225Leeya and me – SARAKIDS

Saya baru tahu hari ini Leeya ada blog. Dan ada cerita tentang saya, suami, anak-anak, keluarga dan SARAKIDS kesayangan kami di SINI (klik) dan SINI

_____________________________________________________________

* Bonda: Mencari pekerja baru. Tawaran temuduga terbuka.

Update MOD @ sarakids

salam semua!

Update MINI OPEN DAY @ SARAKIDS:

1) AJK Bertugas:

* Pn Lyna, Pn Fid, Pn. Ninie, Pn. Rini, Pn Zatul & Pn. Munira – Saya akan contact nama2 berkenaan utk meeting for the event. Thanks =)

2) Kepada mana2 pihak yang masih berminat utk sponsor makanan, hamper, doorgifts, hadiah cabutan bertuah dan lain2 anda boleh berbuat demikian di admin@sarakids.com. Senarai mama yang akan membawa potluck updated in Mommy Lyna’s blog. Sila sertakan logo kedai/nama produk segera (sebelum rabu) utk tujuan percetakan. Maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Zatul (utk banner) – 0163855189. Sila email logo sebelum 24hb Jun 2009

3) Kepada semua yang ingin hadir, sila confirmkan nama anda (beserta bilangan family members). 30 peserta pertama yang daftar (in the list) semasa hari berikut (28 Jun 2009) pada jam 2.30 ptg, anda akan menerima special doorgift. So make sure anda register nama anda samada di kedai SARAKIDS, admin@sarakids, atau sauberlina@gmail.com. Anda juga diminta mendaftar nama di kaunter AJK pada hari tersebut utk nombor cabutan bertuah =)

4) Butik SARAKIDS akan di TUTUP sepanjang majlis tersebut. Ini kerana kami ingin menumpukan perhatian kepada event pada hari tersebut. Butik hanya akan dibuka selepas pukul 5 atau pada situasi2 tertentu sahaja.

5) Cabutan nombor meja bagi booth2 yang akan dibuka akan dibuat pada hari sabtu, 27 Jun 2009. Kepada mana2 pihak yang telah membayar deposit booth dan telah mendaftar, sila hadir (boleh hantar wakil) utk mencabut undi kedudukan meja pd hari SABTU, 27 Jun 2009 =)

Antara sponsor pada hari tersebut:

sponsor* Beberapa logo sponsor/penaja yang lain masih belum di terima. Akan saya update dr masa ke masa =) Terima kasih semua

Terima kasih pada momma mia atas sponsor puding laici dr cosway =) Penat dia angkat kotak naik ke SARAKIDS =)

Pada hari tersebut akan diadakan games utk anak-anak dan game utk papa (sempena father’s day).. so papa2 make sure papa semua sporting dan tak malu2…

2007_08_07clownenjoy your day =)

Sorry.. saya terpaksa cut cut entry yang lain. Tunggu lah mama ya. Selesai majlis ini, saya kembali semula. Saya amat berharap anda dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis, dan saya berbesar hati kerana sanggup berkongsi  kegembiraan hati anakanda saya yang akan celebrate birthday nya pd hari itu.. Tak habis2 nak nyanyi happy birthday =)

Utk semua, saya besar hati jemput anda.. walaupun kad tak sampai, silalah dtg ya.. Pada yang bawa potluck (in case ramai makanan tak cukup), saya ucap bebanyak terima kasih =)

Utk maklumat lanjut, sila klik SINI

______________________________________________________________

* Bonda: Semoga Allah permudahkan segala-galanya =) Sungguh ku lelah!

Activities @ SARAKIDS

Salam Semua!

Padatnya jadual saya kini. Saya ada beberapa pengumuman:

1) Update tentang Mini Open Day SaraKids:

invitation-front* sila klik pada banner utk aturcara

- Anda boleh daftar kehadiran di admin@sarakids.com atau ke MSK (mommylyna) utk pihak kami menganggar kehadiran pada hari tersebut. Special doorgift akan diberikan kepada mama papa yang mendaftar/mengesahkan kehadiran.

- Penajaan hadiah, banner, potluck dan lain-lain masih terbuka utk mama papa yang berminat. Utk mana-mana syarikat yang berminat, sila hubungi MSK/mommylyna. Logo syarikat masing2 akan terpapar di banner acara dan guest book dan syarikat yang berkenaan akan mendapat pengiklanan percuma di website/blog sarakids selama 1 bulan.

- Kaunter/meja utk mana-mana store masih lagi ada 3 kekosongan. Buat makluman semua, 6 kaunter sudah penuh. Maklumat lanjut, boleh hubungi Cik Leeya (013-3800286).

*Update: Berdasarkan permintaan tinggi pd booth, pihak SARAKIDS telah menambah lagi bilangan meja kepada 15.

New update: Penyertaan booth telah di TUTUP *Full house =)

- Majlis hari tersebut akan diserikan dengan beberapa ‘personality mama’ dan pelakon/pengacara tempatan. Inilah peluang utk beramah mesra dgn mereka =)

- Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu (mother support group) yang baru akan diadakan pada hari tersebut. Borang keahlian akan diedarkan dan pendaftaran terbuka kepada semua mama2. Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertemu saya (farah sarakids) atau puan suraya (lunatots) pada hari tersebut.  Pelbagai keistimewaan/kelebihan jika anda join support group ini.

- AJK utk majlis ini adalah: Puan Suraya (Lunatots), Pn Lyna (MSK), Cik Leeya dr SARAKIDS. Kami masih memerlukan 2 org AJK utk melancarkan majlis.

Sekian, Semoga kita mendapat manfaat daripada majlis ini. Terima kasih pada semua pihak terlibat =)

___________________________________________________________________

2) Infant Feeding Workshop 2009

pamplet

100_2368Jawatankuasa Majlis, Hotel Flamingo KL

Saya juga mewakili Jawatankuasa Laktasi Pusat Perubatan Universiti Malaya, ingin menjemput para ibu bapa ke Infant & Young Feeding Workshop:

Date     : 20 June 2009
Time   : 8.30am-5.00pm
Venue : Dewan Sekapur Sireh,
Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan,
Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Fees    : RM150 per person

Sekiranya anda mahu membawa baby, anda boleh membawa suami untuk membantu anda menjaga baby dengan hanya membayar RM18 (bayaran makanan).

Agenda :

8.30 am   : Registration
8.45 am   : Welcome and Open Remarks
9.00 am  : Breastfeeding & Working : How to Make Sure It Works!
(Dr Hairin, PPUM)
10.00 am : Morning Tea
10.15 am  : How Can I Help My Child for A Better Brain, Growth & Development
(Prof Madya Dr Zalilah Mohd Shariff, UPM)
11.15 am  : Preparing A Proper Meals for Infant & Young Children
(Pn Siti Mariam Ali, Nutritionist, Ministry of Health
1.15 pm   : Lunch
2.15 pm   : Hygienic Preparation of Feeds
(En. Alsuwad Ali, Food Technologist, Department of Health Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
3.15 pm   : A planning Guide for Preparation of Young Children’s Food
(Pn Rokiah binti Ismail, Dietician PPUM)
4.15 pm   : Tea break
4.30 pm  : Cooking Demonstration
5.00 pm : Synopsis & Closing Remarks

Pendaftaran/pertanyaan boleh dibuat kepada En Zulhilmi: 03-89422944 atau daftar nama di admin@sarakids.com

Semoga kita sama2 dapat menyediakan makanan “sendiri” dan “berkhasiat” utk anak-anak kita.

______________________________________________________________

* Bonda: Semalam genap hari lahir sara yang ke 2. Selamat hari lahir sayang! Masih bonda teringat perit melahirkan yaya. Besarlah cepat nak.Happy birthday from mummy, daddy dan adik syasya. We love u so much!

100_2426Sara & her friends (neighbour), 16 Jun 2009. She’s a big girl now =)

Image017Sara, 20 days =)

ShoutBox
Last Message 42 minutes ago
2 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah