Archive for February, 2009

My Pack Year

salam semua. kdg2 rasa takleh bernafas bila kerja sendiri/bisnes sendiri ni. mmg takde rehat lgsg. but i have to work very2 hard di zaman2 gawat ni. bertahan. dan terus bertahan. kalau saya boleh bertahan pd masa gawat, maknanya di zaman tak gawat, InsyaAllah success. Itu kata peramal kewangan. Saya juga tak duduk diam di kedai, harapkan org dtg kedai semata2, saya sibuk dgn urusan tender kerajaan, kontrak menjahit pakaian, uniform, cenderahati dan lain2 yg berkaitan dgn nature bisnes saya. Dlm masa yg sama, aktiviti tentang penyusuan susu ibu tak terabai. Mujur ada si suami membantu. Kata org, rezeki jgn ditolak. Musuh jgn dicari.

Thanks to PPUM Lactation experts for inviting me to join their Antenatal session every 2 weeks for the whole year 2009. I am here mothers! Thanks kak yati, kak roy yg menolong saya sampai ke pengarah PPUM, prof Dr. Ikram Ismail. Sanggup mengarang surat bg pihak Sarakids utk hantar ke Prof. Ibu2 yg sdg mengandung and akan dtg ke antenatal class (bf) di PPUM, setiap 2 minggu anda akan jumpa saya bersama team sara kids serta booth sara kids. Bersama semua produk2 kami yang berkaitan dengan breastfeeding. syukur, saya kira ini rezeki anak2. Saya akan beri khidmat nasihat tentang produk bfeeding selama 19 hari sepanjang tahun 2009! Syukur.. Dan yang plg penting, dpt menolong ibu2 yg mmg memerlukan pertolongan. Thanks again to Sekretariat Penyusuan Susu Ibu PPUM. And kepada Puan sapiah Abdul Hadi, Pegawai Kejururawatan Kanan PPUM.

ok, saya nak update tentang schedule saya sepanjang bulan Mac nanti. Mmg sgt pack. Bukan apa, supaya anda tidak salah faham jika ada masa2 saya x dpt pick up call dr anda. But guys, i am free at anytime to entertain you =)

28th Feb – Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung PPUM

5 th mac – 8 th mac = family holiday di Bali (I have to… I need rest =)

14th mac – Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung di PPUM + Breastfeeding Session @ Majestic Hotel (combined with MomsChoices)

22 nd Mac – Homeschool seminar @ SARA KIDS by MamaFiza/LittleKittle

28th Mac- Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung di PPUM

4th April- Breastfeeding session @ sarakids Shah alam

5th April- Homeschool Chatter Moment (Putrajaya Marriot Hotel)

6th – 11th April – Lactation Course 40 hours

17th- 18th April – Lactation Councellors Update

25th April – Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung PPUM

ewww.. ni baru yg fixed schedule.. blum appointment ngan customers, playgroup activities.. Art & Craft class @ sarakids by Myarthostgallery.. and ni baru sampai april.. blum sampai disember lg. will update time to time.

thats all.. i wish if i have a time machine.. (sigh)

menyusukan anak angkat

salam.. syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah. Syukur rezeki anak-anak saya makin murah. And, utk semua, saya mohon bercuti sementara dr berblog ekoran plan holiday family saya di bali hujung bln 2/awal mac ini.

erm.. semalam di email yahoogroup, puan marlinda suggest my blog link utk beritau tentang ibu angkat yang mahu menyusu. thanks sis, what a nice heart u have =)

ok, pertama sekali saya nak ucapkan tahniah pd geng timang1005@yahoogroup yang dah memiliki baby baru wpun sekadar anak angkat. bukan semua org sayangkan kanak2 apatah lagi bukan anak sendiri yang dikandung. saya mmg kurang selesa dgn org yg x suka budak2, tp pura2 suka. sbb anak2 kita esp baby ni bukannya bodoh, dia lg pandai menilai org yg pura2 atau tak. satu tips dr seorg kwn, kalau nak pilih maid, kita tgk anak kita suka atau tak at the first place. kalau tak maknanya dia takde jiwa keibuan lgsg. mungkin keibuan utk anak dia je la kot. Tahniah juga pada anda sbb mengambil keputusan utk bfeed anak angkat.. sbbnya dia akan jadi anak susuan kita and lebih tepat anak kita kan? ok, setiap situasi adalah unik dan berbeza bg ibu yang tak pernah mengandung dan melahirkan tetapi mengambil keputusan utk menyusukan baby.

berbalik kpd teknik menyusukan anak angkat, setiap wanita boleh menyusukan anak. jika dia tidak melalui proses mengandung dan besalin, ada beberapa cara utk menghasilkan susu. biasanya doktor akan prescribe anda dgn pil hormone yg dinamakan prolactine. ianya mengambil masa utk menghasilkan susu keluar. Anda harus merancang pengambilan pil hormon sejak sebelum bayi diberikan pd anda. dan juga cara yg plg baik adalah menggunakan SNS atau (supplemental nursing system) iaitu satu botol tergantung di atas leher si ibu dan dua tiub dr botol tersebut di lekatkan pd breast supaya hujungnya mencecah nipple. tiub tersebut adalah lembut dan unnoticed by baby. si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar. Anda akan rasa satu kenikmatan dlm dunia, menyusukan anak sendiri secara direct, tanpa puting tiruan (shield) dan perasaan ini akan menambahkan lagi bonding between u and your baby and create calm inside you. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =)

sns2inilah rupa SNS tersebut. Boleh dtg ke SARA KIDS

bre_nursing_inuse_lbeginilah rupanya SNS bagi ibu angkat yg nak menyusukan babynya

Disamping itu, ibu2 baru ni juga harus kerap mengepam, menggentel stimulate) memerah dgn tgn, pelajari teknik2 yang betul lebih2 lagi ibu yang bekerjaya untuk memerah/mengepam supaya penghasilan susu lebih bnyk. teruskan menjaga pemakanan, mengambil bnyk air suam dan makanan yang boleh menambahkan air susu.

Saya sebenarnya sgt tersentuh lihat kegigihan ibu angkat ni. Even ibu kandung pun kdg2 give up (ayat ni utk ibu yg mampu menyusu tp bnyk alasan, yang x boleh/x mampu atas sebab2 tertentu terkecuali ye). Moga air susu yg terhadam dalam perut anak angkat mereka diberi balasan yg indah di syurga. Namun, ini bukan alasan utk sesiapa yg belum berkahwin utk ambil jalan mudah nak ber’anak’. Laluilah hidup dgn normal dan berfitrah.

Saya harap coretan saya kali ini membantu ibu2 angkat di group timang1005 yg bertanyakan tentang ini. Jika ada kesalahan kekurangan maklumat ampun maaf saya pinta. Saya insan biasa yg tak lari buat kesilapan, masih belajar, masih explore tapi dlm hatinya sangat ingin membantu org yg dlm kesusahan. Sangat.

Penat bekerja, penat mencari rezeki, kdg2 kita lupa bahawa si kecil kita inginkan istirehat, ingin explore dunianya, ingin berdakap dgn ibu bapa mereka.. anak2.. akan mummy bawa kalian beristirehat, jauh dr kesibukan perniagaan mummy. Akan mummy tunaikan nak..

p2150499

mummy dan princess azalea and adalea @ animal zone KL tower 14th february 2009

p2150511daddy dan yaya

teringat nak ucapkan terima kasih pd org2 yg bersama saya, suami & keluarga, yg menyokong ikhlas dr hati mereka : mama, abah, adik2, mummy, papa, adik2, mama & abah trganu. God first. Family second. They’re my strength.love them so much. fullstop.

Rujukan (feeding an adoption baby): La Leche league international

breastfeeding session, enterpreneur course & PUNB visit =)

wah.. baca entry ni mcm serius je kan.. uhh.. saya baru ada masa nk update entry setelah beberapa lama tak menjengah laptop. alasannya? si mummy ini sibuk menghadiri kursus usahawan sehari slps selesainya bfeeding session di SARA KIDS. bg saya, usahawan n bussinesswoman adalah 2 istilah berbeza. Bussinesswoman hanya jual dan no “after-sales” service. but enterpreneur, sentiasa cari new opportunities, sentiasa explore, jaga services, agressive and mcm2 lagilah.. yg plg penting.. usahawan berniaga bukan syok sendiri. berniaga secara realiti. sentiasa beringat tentang risiko dan cabaran. tidak duduk dalam comfort zone bila senang sedikit. namun, aspek marketing tak dilupakan. try to use all marketing tools and jgn kedekut berhabis utk marketing coz without people knowing u and your brand, u r nothing. itu antara yg saya belajar. well lps ni saya mahu ke bussiness coaching pulak. wpun bayaran nya beberapa ribu RM, namun melalui apa yg saya perhatikan, slps menghadiri BC, usahawan akan semakin alert, confident dan mcm2 lagi. and akan create aurasme. seperti kata suami saya, profesional adalah penting dlm bussiness. seperti pro atlet2 sukan, still memerlukan coach/jurulatih utk karier mereka. yg penting in BC, dont mix your personal with bussiness. personal is very confidential. bussiness is very wide. ah, ada banyak lg sbenarnya.. akan saya ulas satu persatu nanti. cuma bg saya, sekali sekala ke kursus usahawan sgt membantu especially to create “awareness” di zaman2 gawat ni. belajar akaun, kita boleh predict samada bisnes kita boleh bertahan berapa lama.. mcm saya sebut tadi.. bukan berniaga syok sendiri. we know where we are. No offense rite?

ok, tutup psl kursus usahawan. saya ingin bercerita tentang breastfeeding session di SARA KIDS ahad lepas. sgt teruja. disebabkan one of panel dr ppum tak dpt hadir, so saya ambil alih session nya. sehari sebelum tu, kami amat sibuk. sekali lagi, thanks to my loving husband. he’s always there for me. dialah yg banyak bantu si isteri yang mmg sibuk in giving the best to all mama’s yg akan hadir. and the most important thing, he trusts me. he said u can do it dear. thats good enough =)

khusyuknya mummy sara mengedit-edit notes sebelum start session

p2080418

session starts =)

p2080425

practical session : how to hold baby (position)

p2080426

that was me.. with my assistant/staff leeya

p2080427

a video on ‘baby can latch on’

p2080432

end session.. love to entertain them, actually =)

p2080441

haa.. yg ini session khas utk ibu2 je.. spt biasa .. buat kerja dlm fitting room.. (sesi mengepam.. ku lihat kau punya kau lihat ku punya, heheh)

p2080443

ada bnyk gambar lg sebenarnya.. tp saya akan masukkan dlm gallery website sara kids nnti. boleh jengah2 ke sana utk lihat aktiviti terbaru sara kids (kalaulah masa ni banyak.. semua kerja boleh buat kan =) to all yg hadir.. saya sgt berterima kasih atas kepercayaan anda! seronok sgt dpt kongsi experience dgn anda semua. the best part is 70% yg hadir adalah ibu2 yg dh ada 3 anak, 5 anak sudah beranak2 le… salute la kakaks! mcm kak nurul (klik utk ke blog dia).. dh anak 4 tau.. siap ada twin babies lg.. sanggup dtg.. kagumla dgn semangat dia. and thanks to ibu2 memboyot yg sedang menanti hari bahagia, hari anak 9 bulan dlm kandungan utk menjengah dunia =)

well.. dh penat balik dr kursus, persiapan menyambut lawatan dr peserta kursus PUNB (perbadanan usahawan nasional berhad) pula yg dirisaukan. Thanks to puan aniza dr PUNB. kami bukanlah contoh usahawan terbaik, masih merangkak dan bertatih.. namun apa yg kami boleh share dgn usahawan / bakal usahawan.. why not kita share kan?

my hubby tgh briefing on marketing tools for sara kids

p2120457

he’s my man =)

p2120456

saya sgt bersyukur dgn apa yg saya miliki, lalui dan rasai. semua pengalaman ini amat berharga buat saya. satu tips dr sharifah faiza (beras faiza) katanya.. “rezeki saya mula bertambah2 apabila saya mula solat sunat dhuha setiap pagi” – sama seperti yg diperkatakan oleh ustaz hamat ghazali semasa saya hadiri kursus usahawan. akan sy cuba, InsyaAllah.

utk semua yg bsama saya di sara kids, thanks.. thanks.. thanks..? tak tau nak ucapkan berapa bnyk terima kasih. saya cuma harap tiada hasad dengki kita sesama islam.. terima seadanya apa yg kita ada, apa yg kita tiada tetapi ada pd org lain. (ingatkan diri sendiri juga).
oh ..ya mmg dh tak menang tgn menerima call dr ibu2 bapa2 selepas majalah pa & ma edisi march keluar.? generally, saya jemput anda semua ke sara kids. its a home for family. not just shop =) sila la jenguk2 ke page 88 and 89 and tgk aksi anak saya sara n wafi di playground. ni salah satu marketing tool yg baik utk mempromosi perniagaan. being in number 1 magazine. and utk keluaran april, saya, anak kedua saya syasya and sara sekali lg akan keluar utk isu meransang bayi dlm kandungan sewaktu hamil. dan juga majalah mingguan wanita topik “wanita dan bisnes”. i am not a glamshit. this is for the sake of my bussiness. and my bussiness is for my family. anda tentu akan faham chain glamshit-bussiness-family. =) bukan utk show off myself. coz i am nobody. i’m just human being. kdg2 org tak kenal pun siapa owner sarakids. hehe.

sedikit penambahan pd entry yg lepas: nipple shield digunakan untuk puting ibu yg luka dan ibu masih mahu menyusukan anaknya. namun, jika sudah habis ikhtiar bg bayi yg keliru puting disebabkan diperkenalkn dgn botol sejak pertama di hr kelahiran, itulh ikhtiarnya. ini diperakui oleh kaunselor laktasi ppum, puan norhayati zainal. harap ibu2 tak ambil jalan mudah ya. cuba sedaya upaya menyusukan dulu bayi anda yg baru lahir. kerana penggunaan nipple shield pd kadar yg lama akan menyebabkanpengeluaran dan penghasilan susu anda semakin kurang (penggunaan puting tiruan). thats why saya kata, lepas anak dh pandai latch, tanggalkan segera dan menyusu naturally. hope my point is there! (thanks sue =)

saya ada long list utk impian 2009. semoga tercapai semuanya, Insya Allah. Bukan utk diri sendiri. utk anak2, suami, utk ibu bapa dan utk keluarga merasainya. Allah saja harapan saya, tempat saya memohon kejayaan dalam apa yg saya buat. Apa yg Dia kehendaki, ia pasti terjadi. Amin

bahagia seorang mama

” hanya satu pintaku.. untuk memandang langit biru

dalam dakap seorang ibu

hanya satu pintaku.. utk bercanda dan tertawa

di pangkuan seorg ayah..”

kalau anda berada di blog saya.. anda akan dgr lagu ni. thanks to mr wyatt earp a.k.a hubby k.nieza selaku org yg bnyk menolong pembikinan n maintenance www.sarakids.com. lagu ni amat menyentuh hati nurani saya.

well hr ni saya sgt sibuk. customer dtg bersilih ganti ditambah dgn persiapan utk breastfeeding session di SARA KIDS ahad ni dan juga lawatan peserta kursus PUNB hari selasa depan. namun, kedatangan seorang ibu ke kedai saya hari ni cukup buat saya tersentuh.

Mama ini dtg ke kedai saya?dlm keadaan yg sgt terganggu. saya boleh lihat dr mukanya. Saya jemput dia masuk and dia terus ckp ” boleh tolong saya tak? kat sini ade ke jual pump ke ape2 yg boleh buat saya rasa ok. Anak saya dh umur 5 hari tapi x saya tak pernah menyusu dia. Dah 5 hari dia minum susu similac IQ. Saya tak pernah rasa anak saya menyusu. Breast saya rasa mcm dah nak meletup ” Kasihan saya lihat mukanya. Saya faham bila keadaan breast tgh bengkak dan penuh dgn susu. Sakit sgt. Rupanya dh 2 hari dia begitu. Menahan sakit tanpa sesiapa beritau apa yg perlu dibuat, memandangkan ini cahaya mata sulung. Simpati pd ibu ini. 5 hari dh melilau2 mencari pertolongan sendiri. Sebak rasanya kerana saya masih bertuah.

Lalu saya tenangkan dia. Saya ajak dia duduk. Saya minta dia cerita satu persatu masalahnya. Saya rasa saya mau menangis. Namun saya tahan kerana dia sdg berpantang, org berpantang x boleh sedih atau menangis. kalau saya menangis, dia akan menangis sama. Actually baby nya dh mengalami nipple confusion, yg mana seawal kelahiran baby tu, puting pertama yg dia dpt ialah puting botol. susu pertama yg dia dpt ialah susu formula. So, bila dia cuba bf anaknya (semasa 2-3 lahir), anak nya refuse nipplenya. Dan dia menangis kerana baby lebih prefer susu formula berbanding susunya.?Kemudian, saya cuci tgn dan saya minta izin ambil babynya dlm bb cot sarakids. saya ckp “kita cuba susukan baby ni ye. x payah pikir psl pump lg k”

Saya ambil 1 nursing pillow dan letakkan di pinggangnya. Saya dapatkan baby dan letak di dakapan mamanya. Ya, betul. anaknya dah menolak nipple mamanya. Baby menangis semau-maunya. sampai merah2 muka baby. Lalu saya minta leeya staf saya ambil nipple shield (Oh sesungguhnya guna shield adalah ikhtiar terakhir kerana shield ibarat mengalih perhatian baby-tipu baby) Dalam shield tu saya letakkan susu ibu tadi sedikit ( ikut konsep bayi minum susu formula- susu keluar dulu dr puting br hisap – (kalau bf, hisap breast dulu baru keluar susu). Kemudian saya lekapkan shield tu pd breast si ibu td (helo, saya mmg dh biasa tgk breast org- i am a mother. no worries) dan letakkan semula baby yg sedang menangis melalak. saya biarkan dia handle babynya. Muka si ibu yg kesakitan + risau + stres + penat td berubah. Dia tersenyum and cakap ” Ya Allah.. mcm ni ke rasa menyusu anak…” saya nampak muka nya lega dan happy dan… x reti saya nk describe. Sebaknya!!

Ya Allah.. betapa saya bersyukur tgk muka si ibu td. dia menyusu anaknya dgn penuh kasih. Si anak minum sampai tertidur. Si ibu td ckp “rupanya mcm ni ek bfeed. No more similac IQ” Saya tak dpt gambarkan kegembiraan saya. Menolong org memberi yg terbaik buat anak anugerah Allah. Saya tak pinta pujian atau thanks setinggi gunung, saya cuma happy melihat si ibu tersenyum. Memadai begitu.

buat kak zatiqa (mama khalif), if u re reading this, semoga kakak sentiasa tabah menyusukan si kecil. memanglah mula2 pakai nipple shield, esok khalif dh biasa, akak tanggalkan shield tu and menyusu naturally.. Do update me ya sis. Kakak wanita yg tabah. Bf memerlukan masa. memerlukan ilmu. memerlukan kesabaran. Kerana hikmah disebalik susu yg masuk ke tekak anak2 kita amatlah banyak. Selamat menjadi ibu baru dan tahniah!

Perkara yg memotivasikan diri saya utk bfeed dan menolong org bf ialah “ibu angkat pun mampu menyusukan si kecil, inikan pula ibu kandung.. yg akan produce susu selepas melahirkan.. Jika ilmu dah digilap, jgn mudah putus asa, tiada istilah penat selepas bersalin. Ibu akan penat sepanjang hayatnya, kerana telah dijanjikan balasan rehat di akhirat. Salam.

Gathering susuibu.com

semalam, 1hb feb saya, suami dan anak2 join gathering susuibu.com di tasik shah alam. pagi2 lg saya dh gerak anak2 bgn coz mummy nya tak mau terlambat.. tp biasala.. ada anak kecik. 2 org plak tu, mmg lambat jugak wpun bgn cepat.. hehehe..

well masa dlm perjalanan tu hujan turun. saya ckp pd suami, “abg.. boleh ke nak gather2 dlm hujan ni. dahlah masing2 bwk anak kecik” pastu suami sy ckp “kalau hujan jugak kita ajak suma geng2 gathering gi SARA KIDS la jawabnya.. sbb Sarakids besar, leh muat semua org. hehe. nasib baik sampai2 tu hujan pun dh berenti. and saya ingat sayala yg plg lmbt.. rupa2 nya sy masih awal lg.. ade lg yg x dtg. as usual.. bila ade anak kecik mmg amik masa, hehehe

tgh2 dgr penerangan kak shiha (yg juga one of penceramah masa saya pergi kursus laktasi PPUM 18jam-mmg sng paham kalo dia citer psl bf), anak kedua saya syasya uwa uwa minta nenen.. malu jugak nak menyelak tgh2 org, maklumla kaum2 daddy jugak ada.. tp kalau dh bf mommies.. kat situ suma ckp “ala.. takper.. selak aje. suma faham. suma kan bfeed mummy” hua hua mmg best la sbb suma sama, menyelak tgh2 org. bg si ibu2 ni, anak lebih penting mengatasi malu kan?

ni masa tgh dengar kak shiha bg penerangan.. sambil bf syasya

mummy-bf-at-gathering

ni plak k.shiha tgh smgt bg talk

100_1309

lihatla ibu2 susuan nenen yg sporting bergather2

100_1305

ni ibueiymann and sue luna

100_1317

and.. plg best.. all nenen mommas say hiiii…

100_1322

adik syasya dh betul2 penat

100_1311

to all papas/daddies… thank u so much for support all bf mommies nk gather. Moga Allah balas semua suami2 ini dgn balasan yg baik kerana sanggup menunggu, melayan dan sporting sepanjang gathering (ye la kan, mak2 sibuk nk gather, ayah2 kena jaga anak, ambik gambar.. heheh). btw pada semua yg dpt goodie bag dr sarakids tu, harap2 anda puas hati yer. jemput semua ke sara kids… tgk2 n grab baju cumil2 utk si kecil anda and semua brg kelengkapan baby.. to kak kamariah, thanks for supporting us!

ShoutBox
Last Message 28 minutes ago
4 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah