Archive for January, 2009

breastfeeding class @ sara kids =)

breastfeeding-poster

salam! buat julung2 kalinya Butik Sara Kids ingin menjemput anda semua bakal-bakal mummy dan daddy ke sesi penyusuan ibu sebagai persediaan menyambut si kecil tersayang dan mengelakkan masalah dlm menyusukan di awal2 kelahiran dan seterusnya mengekalkan penyusuan bila anda telah kembali bekerja. Maklumat seperti berikut:

Tarikh: 8 Februari 2009

Masa: 9.00 am – 12.00 pm

Tempat: Butik SARA KIDS Shah Alam, 42-1, 1st floor, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM 80/pasangan RM 50/individu

* Booklet penyusuan ibu dan jamuan disediakan

Modul merangkumi:

1) Persediaan menyusu sebelum melahirkan

2) Teknik-teknik penyusuan susu ibu

3) Mitos-mitos dlm penyusuan dan cara mengatasinya

4) Panduan Penyusuan Ibu Bekerjaya (Selepas Pantang)

5) Kumpulan sokongan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Pn Farah(012-6448091) atau Leeya (013-3800826) atau email kpd sarakids.psa@gmail.com

Tempat adalah terhad! Bagi yang telah bergelar ibu-bapa namun ingin menambah ilmu tentang penyusuan ibu secara eksklusif adalah digalakkan.

” Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka hingga dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”

-surah Al-Baqarah: ayat 233

Mummy SARA & SYASYA / FARAH FARHAN,
BUTIK SARA KIDS (Breastfeeding and Parenting Centre)
www.sarakids. com
012-6448091

42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L,
Tmn TTDI JAYA, Shah Alam, Selangor

Branch: Lot 13, LG, Greentown Mall, Ipoh, Perak

sara kids branch ipoh =)

selalu saya asyik cerita tentang butik di shah alam je kan. so today saya nk cerita tentang butik sara kids cawangan ipoh pulak. bila ade org tanya WHY IPOH? erm.. actually hometown saya di ipoh. saya org ipoh. sekolah di ipoh dan membesar di ipoh. thats why sara kids ada cawangan di ipoh. and semasa saya sibuk di shah alam, mama (ibu saya) yg handle kedai ipoh. thanks mama. kedai sara kids ipoh terletak dlm mall (Greentown mall), so hari2 kena buka kedai ikut waktu mall. but seronok disitu, walk in customer sgtla ramai.

kepulangan balik saya baru-baru ni seperti biasa, masa utk menambah stok kedai, check stok2, menyusun atur kedai ipoh and mcm2 lagi. as usual, suami saya lah yg bersama saya menolong di kedai semasa kedai tutup.

suami saya sibuk menyusun baju

100_1265

breastfeeding corner:

100_1268

front view sara kids @ greentown mall:

100_1276

and saya di depan my SARA KIDS.. (malu tul posing depan ramai org lalu lalang)

mum-in-front-of-sk

ini la dunia saya. mmg sara kids cawangan ipoh agak kecil saiz kedainya berbanding sara kids shah alam, namun kekuatan jualan disini tak boleh dipertikai. semoga rezeki kami makin murah. Ya Allah, hanya kau Maha Pemberi segalanya. Aminn..

Selamat berkunjung ke SARA KIDS IPOH di: SARA KIDS, Lot 13, LG, Greentown Mall, Ipoh, Perak

Contact Person: 012-4505989 (puan Amrah)

*nota kaki: thanks to my hubby yang tak pernah jemu menyokong apa yg saya buat di SARA KIDS dunia saya. dunia keluarga saya, dunia anak2 saya. Thanks to mama yg sanggup buang masa ke kedai dan uruskan segalanya di SARA KIDS Ipoh. Moga Allah balas jasa kalian.

hujung minggu & happy birthday

happy cny pd semua customers, suppliers and kwn2 saya yg menyambut chinese new year. moga thn ni akan memberi anda lebih bnyk prosper ho yea =)

rutin saya semakin sibuk. hari2 rasa dh semput2 susah nk bernafas. kalau di kedai mmg saya dh tak menang tgn. bila balik ke ipoh nk uruskan kedai SARA KIDS cawangan ipoh pulak. balik ke rumah sibuk dgn laptop pula. jawab email, tgk order online and mcm2 lagi la. namun, saya sgt gembira dgn apa yg saya buat ni. dunia saya pack dgn kedatangan ibu2 mengandung yg comel2 perut mereka, yg berseri2 nk menyambut anak baru. yg dh melahirkan pula, akan bawa si manja mereka ke SARA KIDS. puas hati saya tgk anak2 ni. bersungguh daddy mummy mereka in giving best to their sweetheart. terdetik kat hati saya, saya juga begitu!!! walaupun saya ada kedai, peralatan baby ada disini, tapi kalau keluar berjalan2 ke shopping complex.. x sah kalau saya x membeli sesuatu utk sara & syasya. padahal di kedai pun boleh cari. human kan.. hehehe.

well last week merupakan hari lahir big ‘boss’ SARA KIDS, suami saya, daddy sara & syasya. jadi kitorg ada buat sambutan within family. and barbeque sempena bday adik n suami. bday daddy, tp yaya yg lebih.
100_1260

sedap gak sekali sekala berbarbeque ni
100_1247

daddy & angah (adik saya) sibuk membakar

100_1245

ramai gak sedara mara dtg
100_1255

inila family saya. suka gather2 mcm ni bila sekali sekala berjumpa. kdg2 kalau dpt lepak kat mamak pun dh cukup utk buat kami pecah perut ketawa.

100_1287

abah pulak jadi pemerhati dr jauh

100_1289

syasya? huh.. sedap beradu berdakap ngan mummynya dlm pouch..

100_1283

to daddy: selamat hari lahir sayang. no words can describe how much i love u. May Allah bless u always.

selamat bercuti dan berhujung minggu!

penyusuan ibu bekerjaya (working mummy)

salam semua. hari ni jadual saya sgt padat. saya ke PPUM utk berjumpa dgn kaunselor laktasi (bfeeding) di bilik sekretariat penyusuan ibu utk membincangkan beberapa plan saya utk tahun ini berkenaan diskusi dan kelas penyusuan ibu di butik saya di (SARA KIDS terdapat satu bilik aktiviti berkenaan keibu-bapaan dan penyusuan ibu). Bnyk yg kami bincangkan, termasuk beberapa soalan2 dr patient2 beliau dan customer2 saya.

hari ini saya nak bercerita tentang step2 utk ibu yg mau mula bekerja tetapi ingin meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif. berikutan terdapat soalan2 dr sahabatinteraktifmalaysia (sim)@yahoogroup, timang1005@yahoogroup, mahligai@yahoogroup, keluarga@yahoogroup, respek02@yahoogroup, jadi saya kumpulkan soalan dan jawab time to time (sorry, terlampau bnyk soalan saya kena kumpul dan fokus satu2)

saya ingin petik soalan dr puan ameera dr sim@yahoogroup dan puan azs dr mahligai@yahoogroup:

1) puan ameera:

Saya amat menyokong penuh apa yang dikatakan puan mengenai penyusuan ibu kepada anak2.
Tapi bagaimana pula dengan ibu-ibu yang bekerja?
Ibu-ibu yang terpaksa meninggal anak2 di waktu pagi dan kembali di waktu malam?
Apa kaedah terbaik untuk menyimpan susu ibu agar ianya mencukupi untuk anak2 yang masih bayi, dalam tempoh 12 jam ibu tidak berada di rumah?

2)puan azs: (harap puan x kisah saya siarkan soalan ini)- beberapa ayat terpaksa saya cut utk menghormati ibu yg gigih ini. ikuti soalannya:

SALAM….
ADA BENARNYA KATA2 PUAN…

SEKARANG SY MENGANDUNG 7 BULAN ANAK KE 2. TAPI MASALAH SEKARANG SY TELAH BEKERJA…SY SERING MEMIKIRKAN MASALAH UTK MENYUSUKAN ANK..SEBOLEHNYA SY NAK NYUSUKAN ANAK SY SELAMA YG BOLEH…SAYA AGAK TERTEKAN DENGAN ORG DISEKELILING YG KURANG BG SOKONGAN PADA SY MENYUSUKAN ANAK.. MEREKA TETAP MENYURUH SY AJAR ANAK GUNA SUSU FORMULA…

SAYA NAK MINTA TOLONG BG NASIHAT:-

1) MACAM MANA NAK SIMPAN SUSU BADAN SEKIRANYA KITA BEKERJA?

2) CARA YG BETUL SIMPAN SUSU BADAN?

3) CARA MEMANASKAN SUSU BADAN?

4) SESUAI DISIMPAN DALAM BEKAS APA?

5) BERAPA HARI SUSU ITU AKAN BERTAHAN? JIKA ANAK X HABIS MINUM, BOLEHKAH DISIMPAN & PANASKAN SEMULA?

HARAP PUAN BOLEH BAGI PANDUAN LENGKAP PADA SAYA…
SAYA SUDAH BYK KALI CARI & TYA MENGENAI PANDUAN SUSU IBU NI…TP SY X BERAPA FAHAM LAGI…
TERIMA KASIH…

lihatlah, betapa ibu2 sekarang sgt mementingkan penyusuan susu secara eksklusif. dr susu ibu, setiap ibu tahu apa yg beliau makan, nutrien apa yg terserap pd anaknya. namun susu formula? apakah lembu2 yg diternak tu makan? apakah bahan kimia yg dimasukkan ketika proses membuat susu itu? fikir-fikirkan.

ok menjawab pd soalan2 ibu2 ini, saya akan ceritakan untuk topik ibu yang ingin kembali bekerja dahulu.

pertama, anda buat keputusan tentang pump ape yg anda hendak gunakan ketika bekerja (anda harus kerap mengepam utk penghasilan susu yg bnyk di masa depan). disini ada berbagai jenis pump, namun nasihat saya belilah pump yg betul kerana pemilihan pump pun main peranan dlm menjayakan bf. bagi saya dan kebanyakan customer saya, pump spectra 3 (ikuti cerita saya mengepam) dan medela merupakan pump yg baik (kerana electric pump, double pumping, suction ikut suction baby, very relaxing dan tak sakit)

100_0923inila pump spectra 3 (double pumping)

kedua, anda dh kena start mengepam 2 minggu sebelum anda bekerja and ready berfikir dimana kah tempat yg sesuai utk anda pump ditempat kerja. jika yg membeli pump electric, plug la perkara yg anda kena fikirkan. jika pump manual yg anda pilih, carilah tempat yg sunyi kerana anda akan mengambil masa yg agak lama mengepam. dan kemungkinan anda akan penat. (i’ve experienced it before). ok bagi yang ingin jimat masa, anda boleh mengepam didlm kereta (jika pump anda electric dan anda mempunyai car adapter/inverter- ada dijual di kedai saya)- sila klik utk melihat bagaimana saya mengepam dlm kereta.

ok, tentang masa mengepam. sebelum anda keluar bekerja, anda direct feed baby anda dahulu (direct feed sgt bagus utk stimulation). atau jika anda tidak sempat, harus keluar rumah awal, mulakan pengepaman sewaktu makan pagi di ofis/tempat kerja (pukul 7.30-9.30am). selepas pam, simpan susu dlm peti ais ofis (jika ada) atau dlm cooler bag yg berisi ice pack (ice pack tahan selama 12jam). then, anda sambung sesi mengepam 2-3 jam kemudian (bila breast rasa padat n penuh) 10.30-11.30am. lakukan perkara yg sama pd tengahari (on demand). namun, sejam sebelum anda pulang ke rumah dan menggomol si kecik, jgn kosongkan payudara, biarkan penuh utk tujuan menyusukan si kecik sejurus sampai di rumah.

100_1229ice pack (utk sejukkan susu- tahan 12 jam)

kemudian, ape yg anda buat, katakan anda dpt mengumpul 4 botol 4oz susu yg dipump, dan katakan anak anda minum 9 oz satu hari (semasa di baby sitter, maid atau nursery), anda simpan 1 botol4 oz susu yg diperah td ke dlm fridge (peti ais bwh) dan simpan selebihnya di dlm freezer (sejukbeku) dan anda bawa turun 2 botol susu yg telah beku (yg dh disimpan terlebih awal- make sure ambil susu yg plg awal tarikhnya-jgn lupa tulis tarikh anda simpan). so, baby masih dpt khasiat susu fresh (high antibody). namun, wpun susu yg frozen dh berkurang antibodi, tetapi jauh lebih baik dr khasiat susu formula.

100_1226botol pink (susu yg baru diperah, susu dlm liner susu yg dr freezer)

ok, buat pengetahuan semua, susu yg disimpan dlm peti sejuk bwh (peti sejuk 2 pintu) tahan selama 5 hari. selepas 5 hari, mestilah diangkat n disimpan di atas (freezer- tahan 3 bulan).

mlm sebelum bekerja, anda harus membawa turun stok susu dr freezer utk dihantar kepada baby sitter (untuk diletakkan bersama susu fresh yg disimpan dlm fridge (peti sejuk bwh). simpan susu semalaman.

ok bgn pagi2 anda isikan stok susu yg ingin diberi pd baby sitter, maid atau nursery dlm cooler bag dan berikan pd mereka (mereka harus simpan dlm peti ais). tiba masa utk feed baby, maid/nursery atau bbsitter harus panaskan susu (dlm boto) dlm air suam (suhu 35deg-45 deg) sebelum feed d baby. ingatkan mereka hanya panaskan kuantiti yg hendak diberi shj(keperluan baby setiap feeding time). diisini saya syorkan anda beli satu warmer (sila klik utk lihat cara saya panaskan susu) utk panaskan susu, memandangkan babysitter kdg2 malas nak suamkan susu lalu dipanaskan atas dapur atau microwave… ini akan matikan antibodi dlm susu. selepas susu dicairkan/dipanaskan, mestila diguna dlm masa 1 jam, dan susu yg telah dicairkan tak boleh dibekukan semula.

100_1228warmer, brand snow bear (available in my shop)

begitulah rutin ini akan berulang2 setiap hari. nmpk/dgr mcm susah kan, tp kalau anda dh biasakan diri, ia taklah susah, kerana rasa kasih ibu nak menyusukan lebih dr segala kesusahan. yg ptg, kaum suami/bapa adalah org terdekat nk beri sokongan. nak beli pump yg berkualiti mmglah mahal, tp one time spend. dan ingatlah, jika kita tak menyempurnakan hak anak kita ini, bersediala di soal nnti.. (ini bg ibu2 yg mampu susukan anaknya, tp x berbuat demikian)

btw, inilah stok2 susu saya yg telah mencecah 80 paket liner. itu tak termasuk botol2 lagi. syukur, inilah kepuasan saya bergelar ibu. ini kerana saya menyusukan kedua2 anak saya sekarang. saya harus mngumpul stok sebanyak mungkin, supaya tak ada kes anak x cukup susu mummynya.

100_1225

saya maklum mungkin dlm entry ni saya ada terlepas beberapa perkara, kerana terlampau bnyk yg saya ingin kupas. akan saya cerita kan satu persatu nanti (i’m too busy, but i wont dissapoint u =)

tiada yg susah dlm menyusukan buah hati kita. hanya perlu sedikit ilmu, berkongsi pengalaman, sabar dan jgn putus asa =). jika ada sebarang penceritaan saya ni anda tak faham, jgn segan utk hubungi saya di 012-6448091 utk maklumat lebih lanjut, atau dtg ke kedai saya for 4 eyes free discussion! atau boleh dptkan buku panduan penyusuan bagi ibu bekerjaya dgn harga RM 10

fikirkan: ibu angkat pun mampu menyusukan anak angkatnya, ini kan pula ibu kandung, yg diberi susu oleh Allah selepas anda melahirkan=)

selamat menyusu, selamat memberi hak anak2!

pa & ma magazine march 2009

skrg saya baru ada masa nk update pasal sesi photoshoot yaya anak sulung saya tu di karangkraf utk marketing butik saya di magazine pa & ma bln march. actually sara kids dh shoot sendiri di tmn tasik s.alam bln 11 lalu, tapi mereka nak konsepkan mereka sendiri so yaya kena shoot lg skali. mungkin yaya x berapa kenal model boy tu (wafi) so yaya x berapa nk bermesra dgn wafi. jual mahal betul anak dara tu. kalau dgn iki (sila klik tgk iki masa shooting), dia suka cium2 sampai iki rimas (sila klik tgk gelagat iki n yaya di sara kids). namun, kehendak org majalah mcm tu, saya ikutkan aje.

so seawal pagi kul 10 saya, suami n yaya dh terpacak di karangkraf. syasya saya tinggalkan dgn maid dirumah, memandangkan sesi shooting amik masa beberapa jam, confirm syasya akan mengamuk kepanasan.

awal2 pagi saya dh kejutkan yaya, mandikan dia, blow sikit rambut dia supaya cepat kering (mummy nya yg lebih kan)

100_1079

tgkla daddy yaya, siap suap anak daranya mkn, takut2 yaya lapar n bad mood.

100_1087

ni mummy nya.. sibuk nk bergambar (sebenarnya saya bosan menunggu).

100_1094

then kami pun ikut kereta wartawan karangkraf ke satu tempat utk shooting. tp… mood yaya potong.. tempat tu bnyk nyamuk. berbirat2 mukanya dgn nyamuk. mujur saya ada bw mosquito repellent dlm hbag saya (sbb mummy dia pun tak tahan nyamuk). lalu saya cadangkan pd wartawan tu boleh tak tukar tempat lain coz gigitan2 nyamuk ni cukup buat anak saya bad mood. mana taknya.. asyik menggaru2 and cakap “mummy… gatal..”

100_10961yaya n wafi..? sian diorg kena gigit mossy..

then dia pun setuju.. trus gerak ke tasik s.alam (playground). penat juga mengejar diorg ni (budak2 kalau dh dpt playground..) sampai penat anak saya. lepas sesi tu dia tidur sepuas2 nya dlm kereta dan kami berdua bawa dia ke butik kami utk berehat. dan inilah hasilnya…

pama

pama-2

inilah hasilnya sesi tersebut. dan 2 pages ni la yg akan di publish dlm magazine tu nnti (artikel ni di eamil oleh norhasliza yusoff, wartawan pa & ma, thank you). bukan senang nk kawal dua org? kanak2 yg sedang membesar main and buat hal sendiri (bila mereka tak kenal).. hehhe..

pb100274

inila marketing utk kedai saya. semoga ianya membantu. to all, dapatkan keluaran ni bulan depan, adios..

* to iki, aunty tetap nk masukkan iki n yaya dlm keluaran september 2009. aunty x kira sbb.. yaya suka iki =)

saya tetap suka gambar ni:

dsc_81601

tgk yaya, dia syg iki kan? aunty pun suka iki? sebab iki budak baik =) pandai mummy iki didik iki

ShoutBox
Last Message 20 minutes ago
4 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah