Archive for December, 2008
thoughts of the week =)
salam semua. dh lama saya tak coret2 disini, ekoran kesibukan saya mengurus si kecil 2 org. bnyk bezanya kehidupan saya kini. 24 jam terasa x cukup satu hari. si kakak sara sudah petah bercakap. geli hati tgk telatah dia. tau tak kdg2 dia usik saya “yang….” dia ikut daddy dia panggil mummy nya. the best part bila si adik menangis, saya pura2 buat tak tau. mula la si kakak yang bertanggungjawab ni “memi… adik kwai” – (mummy, adik cry). selagi saya tak pergi dptkan adik dia akan sebut benda yg sama. so sweet, bahagianya melihat anak saya dh semakin besar dan bijak. dan adik pula dah pandai senyum, and yg best.. dia suka melekat dengan mummynya =)
tentang aktiviti penyusuan pula, alhamdulillah stok saya sudah bertambah bnyk dan cukup utk kedua2 anak. memandangkan stok dh semakin bnyk, jadi saya isikan susu2 saya ke dalam liner (playtex liner) yang mana boleh menjimatkan ruang, selamat dan disposable (oleh kerana macik x beli lg deep freezer). -sila lihat gambar di bawah
ok, ada satu cerita saya ingin kongsi bersama anda ibu2 semua.
my EbM stocks
playtex liner
EBM stocks in liner
saya ingin berkongsi satu cerita dgn ibu2 semua (sorry ye, entry hari ni utk ibu, nnti saya publish entry lain) tentang seorg customer saya yg mempunyai 4 org anak dan tak fully bfeed anak2 nya. dia bertanya pd saya tentang bf. saya pun dgn semangat nye bercerita semua tentang bf dan saya beritau dia, saya sedang tandem nurse/bf (iaitu menyusukn 2 anak – adik dan kakak sekaligus). lalu terus beliau tny ” eh farah, akak rasa x elok u tandemfeed anak2 u. sbb kalo u tgk susu formula kanade rumusan 0-6 bulan, 6-12 bulan, 1-3 tahun? tak takut ke perkembangan anak u terbantut sbb u bg susu 0-6 bulan pada anak u yg dah setahun lebih?” saya hanya tersenyum dan saya ada jawapannya (sebenarnya suami saya yang beri jawapan ini, sayang nye pd dia!) ” sebenarnya tak tepat nk samakan susu lembu formula dengan khasiat susu ibu. sangat tak adil kerana dr segi fizikal nya pun, ibu n lembu kan tak sama. susu formula di buat rumusan 0-6 bulan kerana kadar serbuk susu (particle) nya adalah lebih halus. kerana sistem penghadaman bayi br lahir hingga 6 bulan masih belum berfungsi sepenuhnya. kemudian, rumusan 6-12 bulan dibuat utk bayi yang dh matang sistem penghadaman mereka, kerana kadar particle susu nya lebih kasar dan mengenyangkan bayi. ibu2, tiada kaitan pun susu 0-6 bulan dengan perkembangan anak2. Allah dh kurniakan 1 pakej yang lengkap sistem laktasi ibu, yang mana sesuai utk susukan anak dgn umur dan cara ape sekalipun. terguris juga mendengar ape yg dia ckp, namun sy faham, x semua org berfikir seperti kita fikir. dan mungkin itu pendapat awalnya, disebabkan dia tak berapa tau hal2 laktasi, walaupun sudah ada 4 cahayamata. saya bukannya org yang banned susu lembu, kerana saya pun sekarang minum susu lembu (dutch lady low fat) hehehe, cuma maksud saya disini utk bayi yang berusia kurang dr 2 tahun, adalah dgalakkan menyusu susu ibunya sahaja. kalau nk beri anak susu lembu lps 2 tahun atau 3 tahun, x salah…. jd jgn salah faham ye.. =)
oh ya, kami sekeluarga sudah change plan for holiday. kami akan ke surabaya yogjakarta 6hb februari 2009 utk bercuti dan shopping… oh cant wait.. dan plg manis kami akan kesana satu family termasukla adik ipar baru (pengantin baru) ila skali.
ok guys, thats all. jumpa di lain entry =)
helo
smlm saya br pulang ke kl. happy rasanya dpt kembali ke rumah sendiri. ada 10 hari lg utk habiskan tempoh berpantang. risau juga dihati, siapala nk menguruskn saya lps ni. bibik dh sibuk ngan yaya n kerja rumah, suami pula keluar kerja siang hari. dlm hati “ah, ku kena lakukan semuanya sendiri” slps mama pulang ke ipoh ptg smlm, bermula lah episod baru dlm hidup saya dan suami, iaitu menjaga dua anak kecil sendiri =) mmg beza, menjaga yaya dulu sorg, sekarang makin besar tanggungjawab. pengalaman pertama mlm td, si kakak blum tidur, adik sdg tidur, si kakak menangis, adik terjaga, adik pun menangis. kakak dh tidur, adik pulak belum tidur. lalu kami berdua agihkan tugas. “ok abg jap lg mlm kalau yaya jaga nk susu abg setelkan. yang pulak mlm jap gi adik menangis nk tukar pampers n menyusu yang setelkan.” hehe kelakar pun ade. tersengguk2 saya tau. suami pun penat. sbb sblm ni mama tidur ngan yaya masa saya berpantang di ipoh. mlm td penat juga melayan karenah 2 puteri. si adik syasya, tgh malam br nk jaga n main (borak bahasa baby). bak kata org2 tua “siang mengantuk mlm berjaga”. aduh nak.. masa ni la mummy nk rehat. namun sbg ibu, x kan di kecewakan anaknya. 5 kali mummy bgn tukar pampers adik, main ngan adik (tgh2 malam), dan nurse adik. capek mummy dik.. siang pula peruntukan masa utk si kakak, melayan dia main, baca book, tgk cartoon and.. semua lah. but in any ways, i love being a mummy! tak sabar nk lihat mereka membesar.
ade org yang bertanya, adakah saya atau suami berketurunan bangsawan (ewah) kerana menamakan anak2 kami puteri. jawapan saya TIDAK. kami berdua bukanlah dr keturunan raja, tengku, syed2, sheikh mau pun ape2 keturunan atau gelaran. kami hanyalah insan biasa, sederhana yang menamakan anak2 kami dengan puteri. puteri hati kami berdua. itu sahaja. becoz i am saiful’s queen and he’s my king. king of my heart. so anak2 saya adalah princesses. jd jgn salah anggap ya. hihi.
dan juga sy terima satu msg di dlm friendster. “nok… nak tgk ko ni mmg dh jadi mak mak la.. ko dh tak funky2 gila2 mcm dulu. mmg dh mak..” hehehe meh sini mak jawab. mak mmg dh jadi mak. dah 2 anak dara mak. nape nyer.. hehehe.. serius, saya rasa sudah tiba masanya saya berubah. people changed. life changed. even weather also changed. begitu juga saya. saya sudah tiada minat nk funky2 or melompat2 mcm dulu. no more. no more farah farhan yang suka talk crap atau ape2 kerja gila saya mcm di universiti dulu. saya lebih minat bercerita tentang ape2 saje yang berkisar tentang parenting, anak2, dan family. tp jgn salah faham, saya masih saya yang suka ketawa, senyum dan bercerita. saya masih lg sporting (hello, saya taklah mak mcm mak2 dolu2 sampai nk bersosial pun takleh). maksud bersosial di sini adalah subjektif. fikir yang positif ya. saya masih lagi boleh enjoy young life saya, but with condition. BERSAMA FAMILY SAYA. saya masih boleh keluar dgn kawan2, have a coffee, shopping but also with condition. and i have my border. ini kerana bg saya keluarga saya adalah nyawa saya. Thats why saya selalu ckp, 24-7 cerita saya adalah anak2, suami, family (ibu bapa n adik2) dan diri saya. kerana di waktu saya sakit, susah, hanya mereka yang bersama saya. Dan saya sgt hargai ape yang saya dpt skrg ini. Saya juga bersyukur saya ada kwn2 disekeliling saya, kump sokongan ibu, ibu2 di yahoogroup (credit to k.pja for introducing) dan customer2 saya, dan sesiapa jua di sekeliling saya yang ikhlas. terima kasih ya.
Hmm.. saya rasa mau pergi holiday.. activity rutin family saya. cuma beberapa bulan kebelakangan ni tak sempat. (kerana siapkan kedai baru, promosi raya, nk bersalin). InsyaAllah saya dan suami plan ke singapura dlm awal thn dpn. Kami nak berehat 1 keluarga sepuas-puasnya, kerana telah penat melalui 2008 yang sibuk. InsyaAllah, sampai ke sana.
cinta suamiku =)
dr entry ke entry selalu je cite pasal anak2 je.. hari ni saya nk cerita pasal suami saya, SAIFUL AZWAN. kerana jika Allah tidak kurniakan dia sbg suami saya, tiadalah anak2 yang saya kandung, tiada la cerita saya seperti entry2 sebelum ini, tiadalah kenikmatan saya bergelar seorg ibu kepada sara azalea dan syasya adalea. suami saya ni, lelaki terbaik dlm hidup saya. sebelum ini bapa saya (macik kan anak abah). tapi selepas bapa saya serahkan anaknya ini kepada suami saya, maka syurga saya di bwh tapak kaki suami saya. mungkin terlalu awal utk cerita tentang suami saya, ye la, br kawin 2 tahun, org kata setahun jagung lagi, tp saya tetap nk cerita tentang org yang paling macik cinta.
suami saya, he’s full of suprises. I love the way he makes my day. Dia sentiasa berada di setiap nafas saya. org yang plg ideal utk saya cerita ape jua masalah saya, ape yg saya lalui dan rasa setiap hari. kawan baik saya, org plg dekat dgn saya dan sentiasa faham saya. dia boleh tau bila saya marah, merajuk, dan dia boleh tau jika saya sorokkan kesedihan saya. maklumla, kawan sekatil sebantal. mestilah tau kan. dan saya juga! saya boleh tau jika dia penat, marah tau gembira atau gembira yang dibuat2 pun saya boleh identify =) kerana saya isteri dia. suami saya, mempunyai hati yang sgt penyayang, he’s a family man, dia sgt sygkan anak2 nya.. dia sanggup buat apa saja utk anak2, utk saya walaupun terpaksa ketepikan kepentingan nya. dia saja la yang sabar dengan karenah saya, yang mcm2 ni. boleh pening kepala dibuatnya.
bagi saya, suami saya kekuatan saya dlm setiap apa yang saya lakukan. SARA KIDS takkan berdiri di situ jika suami saya tak beri galakan. Dia beri semangat, siap tolong saya cat kedai, siapkan kedai dan buat semuanya sendiri, tanpa mengupah org utk menata rias SARA KIDS. saya hanya boleh lihat dan beri komen, kerana waktu itu saya mengandungkan syasya. Dia turun ke ipoh, berjumpa dgn customer SARA KIDS ipoh, utk menerangkan tentang produk2 breastfeeding yang dijual di kedai kami, tanpa rasa segan silu, bagi dia walaupun produk breastfeeding khas utk wanita, tp bg seorg suami, adalah peranan paling utama. Dia sanggup berdiri memberi flyers pada org2 yang lalu di booth2 yang kami join, juga tanpa rasa malu, atas dasar menolong si isteri mencari rezeki. Dia bersama2 saya ketika saya sedang bersabung nyawa lahirkan yaya dan syasya. Ah, sedih rasanya. Ya Allah, Kau berikanlah suamiku balasan yang baik2. Pendek kata, saya amat mengagumi suami saya, dari seorg yang sgt nakal dahulu, menjadi seorg suami yang baik, bapa yang baik. saya harap anak2 juga mengagumi daddy mereka bila mereka besar nnti. i know my hubby will read my blog, sbb dia tukang comment tetap setiap entry dlm blog saya. so abg, let me say this, ” Allah sgt sygkan hambanya ini yang tak punya apa2, di kurniakan seorang suami yang sgt hebat, utk dicintai, utk mendidik si isteri ke jalan yang benar, utk mengasihi isteri dgn penuh kasih sayang, utk membesarkan anak2 dgn kudrat yang ada, utk mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Moga abg sentiasa begini, malah lebih lagi, sehingga tertutup mata kita. Moga kekal bahagia hidup kita sayang”
Blog ni merupakan blog peribadi saya, tentang kehidupan saya, tentang anak2 saya dan segala-galanya yang saya hendak tulis. utk sesiapa yang confuse tentang cerita saya yang bercampur dgn breastfeeding, jgn risau, anda boleh lihat artikel yang lebih formal di dlm website www.sarakids.com di dlm blog ini cuma selingan yang saya saja tulis, ini kerana melihat ramai yang join blog saya ini dan traffic yg bnyk ke blog ini, jd ape salahnya saya sampaikan info breastfeeding skali =)
itu saje. daa =)
HAPPY =)
helo semua.. hari ni dah masuk hari ke 21 saya berpantang.. lamanya lagi nk abis. saya dh teringat2 kedai saya. bnyk plan dan kerja yang saya kena kejar selepas ini. skrg masa utk bekerja keras. well semalam (friday) SARA KIDS s.alam menerima kunjungan shooting dr krew NONA utk segmen k.anim yang akan keluar TV pada 21hb disember ini. dalam masa yang sama saya promosikan kedai saya skali. hehe. tp sayang, saya tak berpeluang berada di sana memandangkan saya sedang berpantang di ipoh. kat bwh ni saya attachkan gambar sekitar shooting (suami saya ambil pakai kamera hp). so image might be a bit blur.
staf saya LIA sedang pura2 briefing tentang breastfeeding products
k.anim dan suaminya pura2 memilih barang kelengkapan bayi
mereka pura2 lagi memilih baju baby
sebenarnya ada bnyk lagi nnti anda lihatlah sendiri segmen itu pd 21 disember, ahad pukul 2.30 ptg ye. interview bersama personaliti juga diadakan di SARA KIDS.
ok, tutup cerita tentang shooting2.. hari ni saya sgt happy. sesi pagi td saya dapat 6 botol susu perahan (EBM), bersamaan dengan 23 oz = 644ml. setengah liter! itu baru sesi pagi. rezeki anak2. Alhamdulillah.. benar, emosi ibu mempengaruhi aktiviti pengeluaran susu. Ibu yang tidak stress mampu mengeluarkan susu yang lebih. Terdapat kajian pada 2 ekor lembu, 1 lembu diberi stress/tekanan dan 1 lembu yang tiada tekanan, lembu yang tiada tekanan mapu mengeluarkan susu yang lebih berbanding lembu yang tertekan/stress. Bukan menyamakan manusia dan lembu, tetapi susu formula yang dihasilkan oleh lembu kan digunakan secara meluas merata dunia, jadi lembu lah subjek kajian mereka =). hari ini pengeluaran susu saya lebih, kerana suami saya yg tercinta pulang melawat saya dan anak2. rindu suamiku =)
23 oz EBM
td saya terima call dr kwn saya ila, bertanya tentang warmer utk susu perahan. ok, utk pengetahuan semua, suhu yang optimum nk panaskan susu perahan yang disimpan dlm peti sejuk adalah suhu badan, 37-39 deg celcius. dan juga menjawab pertanyaan alya, 98 farenheit adalah bersamaan dengan 37 deg celcius juga.
warmer (snow bear)
ok, utk ibu2 yang ingin meninggalkan anak di nursery atau baby sitter, anda tiada pilihan lain selain memberi botol bukan? di sini saya cadangkan anda cari botol2 susu yang nipple nya menyerupai nipple ibu, utk mengelakkan anak/bayi anda mengalami nipple confusion. Tetapi jgn pula anda sentiasa biasakan dengan botol, risau anak anda tidak gemarkan puting anda nanti. Sebaiknya botol hanya diberi semasa bayi berada di bb sitter. Jika anda bersama bayi, sentiasa direct feeding ya. ada bnyk brand di pasaran, cuma anda perlu teliti satu lagi faktor, iaitu BPA (Biso-phenol A) free. Di bawah ini, botol yang saya gunakan utk memberi yaya (kakak) susu perahan saya. MAM brand. Dahulu saya beri yaya botol AVENT, tetapi setelah mengetahui botol Avent mengandungi sedikit BPA, saya terus stop beri botol AVENT pd yaya. Bagi saya, biar berhabis, biar rugi, janji perkakasan anak saya selamat dan tidak mengandungi toxic. utk peralatan makan juga saya beri yaya brand steadyco (ada dlm website saya), yang mana brand ini juga bebas BPA.
MAM bottle, 160 ml
saya terima sms dr satu customer saya, LISA (chinese working mummy) yang merupakan exclusive pumping mother (dia hanya beri EBM pd anaknya, kerana trauma direct feed- nipple sore) ” farah, i have blocked duct. It turn into big hard lump now. What should i do? very painful. I’ve pumped, but doesnt work out” saya pun syorkan beliau direct feed baby nya, dan cuba position football (sisi), kerana masa menyusukan yaya dahulu, saya mengalami situasi yang sama. the next day, dia sms “farah.. really thanked u. no blockage anymore. and i feel very close bond with my baby. now i started to nurse/feed her again, not just pumping. Thanks, u’ve make my day!” Menolong org melakukan sesuatu yang baik merupakan benda yang paling bahagia dlm hidup manusia, begitu juga saya. saya rasa gembira begini, hidup begini, situasi begini. Saya bukanlah seorg yang mengaku mulia utk menolong org, tapi saya seorg ibu, yang mau berkongsi kisah duka dan suka bersama ibu lain, demi anak2 yang tak pernah berdosa, dan ibu bapalah yang mencorak hidup mereka. Moga di berkati Allah.
Oh ya, suami juga org yang terdekat utk memberi moral support pada isteri atau ibu2 yang ingin menyusu. Saya sgt happy bila suami saya beritahu dia mau menulis blog dalam website SARA KIDS tentang peranan suami dalam memberi sokongan kepada isteri yang ingin menyusu bayi secara eksklusif. Exclusive breastfeed bermaksud menyusu bayi anda tanpa mencampurkan dgn susu formula, bukan setakat menyusu bayi tetapi memberi susu formula bila menghantar bayi ke taska. itu bukan exclusively breastfeed. itu hanya breastfeed. ada bnyk bezanya, akan saya ceritakan nnti. Terima kasih abg, sentiasa support yang menyusu anak2 kita.
ok itu saja utk hari ni. utk artikel2 yang lebih formal, sila layari ruangan info centre di website sarakids (www.sarakids.com)
cerita emak emak =)
hari ni dh masuk hari ke 15 saya berpantang dan menjadi ibu kepada 2 org anak dara. bercerita pasal anak dara, sememangnya saya selalu berdoa saya punya ramai anak perempuan, supaya boleh tolong mummy di dapur nanti. dan juga saya ada teman bercerita tentang fashion, tentang apa2 sahaja yang org perempuan suka. hehe.. tapi jika saya diberi anak lelaki pun syukur, daddy ada teman tengok WORLD CUP (tapi mujur daddy x gila bola =) dan baru saya tau bukan mudah memujuk hati anak sulung yang baru menerima kehadiran adik. Yaya sgt sayangkan syasya, setiap hari diciumnya adik sedang tidur, cuma bila ada time kecil hati nya dia akan menangis bila mummy sedang menyusu adik. apa yang saya buat, bila si adik tidur, saya akan beri sepenuh perhatian pada kakak. saya manjakan dia seperti baby baru lahir. yaya memang seorang kakak. bila saya ckp “kakak pls ambil pampers adik” dia akan terus pergi ambil dan bawakan pampers. she loves her sis, thats the most important. kdg2 kesian, pd usia terlalu muda dh dpt adik. tp mama kata, biarkan.. this is normal. dia akan belajar berkongsi, sayang dan protect adik dia sendiri. btw, yaya memang sayangkan anak2 kecil. (menurun mummy nih). jumpa budak2 kecik je dia akan big hug and kiss. but now she’s a bit sensitive. mummy tau bagaimana nk handle situasi tu. dia nak perhatian, sbb sebelum ni terlalu manja dgn mum n dad and even nanny dia. so, kami harus bijak membahagi syg. yang penting, anak2 yang keluar dr perut saya adalah sama, dan tiada istilah sayang kakak lebih or sayang adik lebih. itu cabaran menjadi ibu baru kepada anak yang lebih dr 1.
Oh ya, saya sgt gembira kerana semakin hari stok kilang susu saya production nya makin laju. satu sesi pam, saya dpt 4 botol (4 oz x 4) susu. senyum suami saya bila saya beritau dia. katanya, murah rezeki anak2. jika dikira, stok susu saya satu hari 16 botol saya dpt. dan saya akan beri pada yaya utk minum ikut demand nya. utk syasya, wpun sudah mengepam, saya masih direct feeding adik kerana faham dengan kitaran supply dan demand. Istimewa nya jadi Ibu!! Syukur. Dan smlm saya timbang berat syasya di klinik, dia dh 3.3kg!! masa lahir 2.6kg, kemudian dlm 2 hari selepas lahir biasanya berat bayi akan turun sedikit. dan jika dia mendapat cukup susu, beratnya akan meningkat. tp terkejut saya bila doc ckp 3.3kg. cepat anak u akan besar, katanya.
stok susu 1 sesi (pagi) (dua2 breast)
stok susu sesi tgh hari (both breast)
beg mengepam saya (pump spectra 3)
bercerita tentang SARA KIDS pulak, syukur atas rezeki yang kami perolehi. SARA KIDS baru sign kontrak dgn produksi rancangan MARI MENGAJI yang akan ditayangkan di ASTRO OASIS tak lama lagi. Pakaian kanak2 adalah dr SARA KIDS. Harapan saya moga selepas ini SARA KIDS akan masuk ke rancangan TOM TOM BAK pula. =) dan pada hari jumaat ni akan ada shooting program NONA di kedai saya, yang mana kak anim (HASNIDA HANIM) akan shooting segmen nya utk program tersebut.)
that’s all for today. saya nk mengepam, utk stok susu anak2 =)
mummy, www.sarakids.com











