Archive for the ‘my entry’ Category
Ku pasrah
Tak banyak nak cerita hari ini.
Hari2 saya dah semakin memenatkan.
Badan makin berat.
Saya dah tak bisa berdiri lama. Dah tak boleh tidur lena. Kalaupun lena bermacam mimpi buruk.
Dah tak boleh nak mengejar adik syasya yang ‘lebih’ naughty dan cheeky berbanding kakaknya.
Berbual dgn kak siti sifir kita smlm.
Dia tanya, “hang booking hospital mana?”
Saya jawab “tak booking. Pasrah aje kat mana2 yang dekat.”
Andaikata dia nak keluar sewaktu kami sekeluarga beraya, maka mana-mana yang hampir itulah tempatnya.
Saya suka bila kak sifir itu menenangkan saya “Takpe. Allah tau lah nak atur macam mana”
Tak tahulah kenapa, kali ni terlampau “relax” – bahaya juga kalau mcm tu kan.
Agaknya sbb terlalu sibuk sampai tak sempat nak pergi – antenatal check up pun pergi bila di paksa suami.
Putera, mami sayangkan adik. Maaf kalau mami sambil lewa. Jauh dalam hati, mami tak sabar nak jumpa anak sulung lelaki mami ni. Cuma, mami ada banyak kerja yang perlu selesai sebelum kita berdua berjumpa nanti. Supaya dalam tempoh itu kita tidak terganggu dek perkara lain. Allah pelihara adik, mami tidak bimbang.
(emosi sebentar)
Saya hanya kongsi gambar sekitar persiapan sederhana hari raya keluarga kami. Tak ada yang menarik, sbb bnyk baju dan persiapan hanyalah untuk si kecil dua orang tu. Mami dan daddy hanya ada sehelai baju di pagi raya. Cukup
Penat pergi shopping sampai tertidur
Pergi salon gunting rambut adik yang dah tutup mata tu
Daddy yang selesaikan tanggungjawab membayar fitrah siap2 takut lupa dan tak sempat.
Bawa anak bersiar2 sebelum berbuka puasa
Di tasik putrajaya
Sambil shopping, sempat ke Petrosains KLCC bawa anak2 explore dunia sains
di Petrosains
Penat juga bawa 2 org ni membeli belah sebenarnya.
Tapi kalau saya pergi berdua dgn suami, mesti saya nak cepat balik dan tak habis beli brg sbb teringatkan 2 ketul ni di rumah.
Lagi beberapa hari nak raya dan saya masih sibuk.
Bila kerja nak surut, tak tahu lagi.
saya akan buat, walau perlahan-lahan mcm siput.
Mengimbas kembali gambar raya kami berdua dari tahun pertama perkahwinan (belum ada anak), sehingga tahun lepas.
2006 – baru kahwin 2 bulan (sedang mengandung sara)
2007 – Sara dah berumur 4 bulan – di terengganu
2008 – sara setahun lebih dan sedang mengandung adik syasya – di Perak
2009- tahun lepas – sara 2 tahun dan syasya 10 bulan – Di Johor
Tahun ini – sara 3 tahun, syasya nak masuk 2, dan sedang mengandung adik putera
Saya juga nak kongsi video anak-anak saya menyanyi lagu “Ibu Ratu Hatiku” di bilik karaoke rumah opah mereka – sungguh, akan saya pasang sewaktu nak melahirkan nanti – penguat semangat mami nak berjuang melahirkan seorang zuriat. Kerana saya tahu, sayalah ratu hati mereka sampai bila-bila.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang semakin “blues” 2 3 minggu ini. Saya tahu, anda faham kenapa – kerana anda juga mungkin pernah melaluinya – prenatal blues
Hati saya sayu bila ambil gambar belakang 3 orang ini. Setiap kali buka mata mahupun hendak tutup, 3 org ini tak pernah saya lupa.
*Bonda: Sesungguhnya padaMu Allah ku serahkan segala-galanya. **Tears**
Mami hari khamis
Hari ini hari yang lebih bertenaga untuk saya.
Saya dah berehat beberapa hari dan kembali!
Owh.. rupanya banyak kerja yang tertunggak.
Termasuklah blog yang bersawang
2 3 hari tak bekerja,
saya ‘ganti’ balik masa yang terambil masa weekend lepas dgn anak-anak.
Ajak mereka belajar berbelanja barang rumah.
adik “nak tato (potato)” – saya minta kakak tolong kira berapa biji potato yang dia masukkan dalam beg plastik. Kakak “eh silap. eh tak kira pulak” – kelakar
adik tolong buka plastik – dia pun sibuk nak kira.
“Memi… nak owen” – Nak orange
Pilih ikan pula.
Kakak bertanya “daddy, kenapa fish ni duduk diam saje? Dia dah mati ke. Kenapa kita makan ikan mati. Kenapa tak bubuh fish dalam aquarium?”
Daddy nya terang satu persatu. Sambil tersenyum.
“tak ape ke tangan kakak bau kuman?” – hehehe ketawa saya dgr.
daddy “tak apa, nnti kita basuh”
Malam, selepas terawih, kami main mercun pop dan bunga api. Kalau boring sgt, daddynya start kereta dan ajak round KL dalam kereta. Menghabiskan minyak. hehe
seronoknya dapat kembali kepada kehidupan normal.
Dapat bergolek-golek dgn anak.
Dapat habiskan masa dgn keluarga.
Dapatkan mingguan wanita terbaru (cover Maizawati edisi 27 ogos-2 september) dan selak2 ke mukasurat 100-101, artikel suami saya, Saiful Azwan.
Mengambil kata-katanya “Kekuatan Sarakids adalah kami sendiri, sepasang ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak dan pastinya keadaan ini memberikan kami inspirasi untuk mengendalikan perniagaan memandangkan kami adalah ibu bapa seperti pelanggan kami”

Katanya lagi “Tuhan itu Maha Kaya apabila wanita diberi keistimewaan hamil dan boleh melahirkan anak, malah dibekalkan sekali dengan susu untuk diberikan kepada anaknya”
Mudah-mudahan dengan adanya artikel dari seorang lelaki untuk lelaki, akan membuka mata bapa-bapa untuk menggalakkan isteri mereka menyusukan anak.
Anak-anak juga ada sesi shooting bersama akhbar Harian Metro khusus untuk hari lebaran akan dtg.
sara, syasya & hafiy (anak hero cik lyna) – tak lupa terima kasih kepada pasangan angah & ila serta ratu aleesya kerana sudi membantu utk sesi ini
Saya hari ini?
Ceria gembira bertenaga!
Ibu sarat mengandung menghitung hari melahirkan bergaya dgn busana nursing kurung dari Mumsdreams. Tiada zip, kain yang amat selesa, sesuai utk ibu mengandung dan menyusu seperti saya!
Dapatkan baju kurung menyusu dari Mumsdreams dan Bling Buubies di Sarakids utk ibu menyusu bergaya di pagi lebaran
Ok, saya nak mula kerja.
Ambil sara sekolah- hantar balik rumah-ke bank-ke JPJ- ke store pembekal- update invois-payment-order-tulis artikel-balik rumah-masak-berbuka-terawih-jalan-jalan malam
Jumpa lagi
Break :-)
Salam semua
Lelah saya masih berbaki sejak pulang dari Parenthood Expo di Midvalley.
Kedai yang masih berantakan dgn brg2 yang masih belum habis di kemas,
Badan sakit2 lenguh dek berkampung 3 hari dari pagi smp malam di booth,
Perhatian lebih yang harus di beri pada anak-anak yang dah ditinggal 3 hari – keluar ketika mereka masih tidur, pulang ketika mereka sudah tidur malam,
Semua ini membuatkan blog ini bersawang berhari2
Saya masih lelah. Masih sakit2 badan.
Kehamilan sudah melepasi angka 30 minggu ke atas - berdiri terlalu lama di booth melayan pelanggan dan ibu yang memerlukan semangat tentang penyusuan, menyebabkan kaki bengkak teruk dan mami seorang ini berjalan terjingkut2.
Tapi – saya puas – saya gembira – saya rasa semuanya!
Tak sabar berkongsi gambar di Parenthood expo – dan cerita di dalamnya!
Terima kasih, anda – yang hadir – yang dtg utk bertanya khabar – yang dtg utk bertemu 4 mata dan bergambar – yang dtg menegur sapa – yang senyum dan yang memberi semangat kepada saya & suraya di booth A86.
Kami berkongsi booth – sarakids & Lunatots- berkongsi cerita – berkongsi suka dan duka.
2 syarikat yang berbeza – tetapi matlamat kami sama.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak – booth kami tak henti2 dikunjungi – penuh sesak sepanjang 3 hari – walaupun ada yang tidak membeli – senyuman dan tegursapa anda kepada kami cukup2 bermakna walaupun kita hanya kenal di alam maya sebelum ini
Beri masa saya berehat sekejap ya.
Adik putera dah tak lama nak keluar – berat dah lebih 2.5kg – doktor jangka kali ni adik putera lahir besar – kakak-kakaknya paling berat 2.8kg (sara) dan 2.6kg (syasya). Si kecil ni sihat2 saja di dalam
Ibu manis yang baik hati menegur sapa mami dan ajak bergambar – nice to know u dear – ada masa kita jumpa lagi
**Bonda: Mengenali rakan baru membuatkan hidup kita lebih berbunga kerana ada episod cerita yang baru
Terawih
Alhamdulillah, dah masuk hari kedua kita berpuasa.
Indahnya ramadhan, dari sahur, hingga ke petang hingga berbuka hingga habis terawih, semuanya indah.
Dah 2 malam juga kita berterawih.
Saya nak share kisah kami sekeluarga ke masjid berterawih. Bukannya apa, nak cerita kisah lucu pertama kali bawa anak solat terawih di masjid.
Hari pertama, bila saya cakap, ok girls, jom siap.. Mami ngan daddy nak bawa pergi solat kat mosque.
Dua2 blur.
Kakak “yeay yeay kakak nak pergi”
Penuh pesanan saya dari masuk kereta sampailah perkarangan masjid.
1) Kakak ngan adik ikut mami solat tau.
2) Kakak, kalau nak she she bagitau mami.
3) Adik, kalau nak nek (susu) jgn nangis. Bagitau mami.
4) Tak mau lari2 dlm mosque. Kita nak pergi rumah Allah.
… dan bermacam pesanan. Bimbang sbb ini kali pertama.
Apa yang jadi?
1) Tengah2 sembahyang.. Kakak “Mamiiiiiiii….. nak kencing!!!”
2) Adik ikut solat sekejap aje. lepas tu dia buka telekung n jalan2 dlm masjid sambil tegur and senyum pada jemaah yang tgh solat.
3) Kakak boleh ikut dari awal sampai akhir. Cuma kadang2 dia sempat ckp “eh silap. Alamak tak sempat.” – Geli hati saya sebenarnya. Tapi nak buat mcm mana, saya tgh solat waktu tu.
4) Tengah2 sembahyang, adik lari2. Kakak terus ckp “adik, jgn bising, jgn lari, nnti Allah marah. Allah tak marah kakak sbb kakak senyap je, Allah tak marah mami sbb mami tgh solat, Allah tak marah adik Adrian (perlu ke kakak oiii- mami tak decide lagi adik putera nama apa) dalam perut sbb dia tidur je” – (kakak, bukan ke awak bercakap tu tak senyap..? Hehe)
5) Bila Imam selesai baca Al-Fatihah, semasa semua orang “Amin….” anak-anak saya pun ikut jerit “Aminn……” – lepas tu mereka tunggu Amin yang seterusnya. Sekali lagi, saya tak tahu nak cakap apa.
Mula2 saya dan suami risau, takut org marahkan mereka. Tetapi rupanya jemaah lain ramai yang bawa anak masing2 yang rata-ratanya masih kecil. Penuh masjid Bukit Jelutong dgn jemaah, dari seawal 1 tahun hinggalah tua. Bila tazkirah, anak-anak kecil yang tak mengerti apa2 berlari dan buat bising di masjid, tetapi masing2 faham dan saya kira satu contoh yang baik utk mendekatkan hati anak-anak dengan rumah Allah. Bila tgh2 doa, ada anak yang mahukan susu, ada anak yang bawa kerja sekolah menemani ibu mereka yang ingin bersolat terawih. Betapa mereka sangat merindukan kedatangan ramadhan. Inilah istimewanya bulan ramadhan.
Saya kira, pahala bukan semata-mata kita bersolat sahaja. Ianya subjektif dan hanya Allah yang tahu untuk kira dan pertimbangkannya.
Dan bukanlah maksud bila masa terawih kita berpusu ke masjid utk ‘berpesta’ di bulan ramadhan, ianya lebih baik dari org yang tahu berkata2 tapi tak pergi langsung. Niat orang, hanya Allah yang tahu. Ada baiknya kita berfikiran positif dari memikirkan org yang dtg ke masjid tu nak bersuka sahaja. At least, mereka bawa anak-anak utk menerangkan benda yang baik, bukankah begitu?
Dalam kereta menuju ke masjid. Siap dakap sejadah kecilnya.
Berjalan ke masjid.
Sara & daddy.
Sara
Balik terawih, kami reward anak-anak – tanya mereka apa mereka nak. bawa mereka main playground sbb mereka behave themselves walaupun mcm2 sampai buat kami tercungap-cungap mengejar. Kali pertama. Nanti bila mereka dah biasa, mereka akan faham dengan sendiri. Serik? Oh tidak. Kami akan bawa mereka lagi setiap hari.
Sara & syasya, mempunyai kamu berdua dalam hidup buat mami & daddy tak pernah berputus asa untuk mencuba belajar perkara baru utk seorang ibu dan bapa, dalam segenap segi. Walaupun tidak sempurna, kami akan cuba.
Mami dan daddy tidak pernah sekali mengganggap kakak dan adik beban dlm hidup kami. Malah kami tak betah hidup kalau sehari tak dengar suara adik dan kakak. We love u so much..
————-
Jom, tgk video sara (maaf, terbalik sikit) belajar mengenal haiwan dalam ekspresinya tersendiri dan video sara & syasya bermain blocks bersama-sama
sara – syasya
Jumpa lagi!
*Bonda: andainya umur masih panjang, teringin sekali lihat mereka, anak-anak membaca setiap coretan mami.
Selamat Menyusu – HARIAN METRO
Salam satu ramadhan
Semasa anda membaca entry ini,
anda mungkin baru pertama kali menjengah ke blog laman sesawang www.sarakids.com ini.
Ini kerana hari ini cerita tentang penyusuan saya terpampang di Harian Metro mukasurat v8-v10.
Menurut staf di sarakids, hari ini telefon di kedai tak berhenti berbunyi dari ibu2 yang memerlukan kaunseling dan bantuan tentang penyusuan.
Ini maknanya, masih ramai ibu di luar sana bermasalah dalam menyusukan.
Ini juga bermakna, awareness tentang penyusuan masih rendah di Malaysia.
Kita harus lakukan sesuatu, walaupun bermula dari ground.
Selamat berkenalan, anda yang baru mengenali dunia penyusuan susu ibu.
Selamat datang, ibu yang baru menyusukan anak anda
Statistik yang jengah ke blog saya hari ini naik mendadak 70% dari statistik biasa.
Jadi, saya anggarkan saya sedang menerima kawan2 baru dari kaum ibu. Selamat berkenalan dan berkongsi idea
Mami & syasya.
Perkongsian tentang penyusuan ibu bekerjaya
Paparan istimewa, adik ipar saya Nur syazwani yang berkongsi cerita menyusukan dua anak dalam satu masa (ibu susuan)
syasya dan sepupunya Iffah Irdina. dua-dua anak susuan susu ibu
Terima kasih wartawan Siti Zarinah. penulisan anda cukup istimewa dan sebagai seorang pembaca akhbar, anda telah buat saya sangat bersemangat untuk menyusukan anak saya!
