Archive for the ‘Resepi Si Manja’ Category

Food For Love- Homemade pizza & fish nugget

Resepi hari ini dinamakan resepi ekspres.

Mana taknya, ianya dibuat bila si anak sulung ucapkan terima kasih sbb mami cuti. Katanya, dia nak sembang banyak2.

Nmpk sgt dia suruh maminya cuti hari ini. :-)

Saya siapkan kerja cepat2, and minta ain, nurul dan ina handle kedai dan buat apa yang patut, saya terus balik rumah.

Suami pula outstation Kedah, jadi saya decide nak buat resepi khas utk anak-anak.

Menu hari ini: Pizza Sara & Fish Nugget.

2 makanan segera ni mmg makanan kegemaran anak-anak kita yg sedang membesar.

Kalau dibeli di luar, mestilah ada perasa tambahan, bahan yang kita sendiri tak tahu pucuk pangkalnya.

Kalau buat sendiri? Mudah dan semua bahan bersih dari perisa.

Ok, mari kita ke dapur!

Bahan-bahan:

Doh pizza

Sos tomato

Sosej

Keju mozarella

Mixed fruit

sara sedang sapukan sos tomato di atas doh pizza.

Syasya pula taburkan sosej di atas doh pizza yang telah bersalut sos tomato

Mmg sedikit comot, tp saya tetap puji kakak “pandai anak mami ni.”

Mami bantu susun sampai habis. :-)

Taburkan mozarella cheese akhir sekali. Adik ian pun join tgk sambil air liuh meleleh atas bip :-) hehe geram la ian ni.

bakar selama 8-10 minit :-)

Taraa.. Pizza mudah dari mami dan anak-anak :-)

Kalau nak lebih sedap, boleh tambah ayam, mushroom, nenas atau yg lain2 mengikut citarasa :-)

Pic taken by sara :-) mami sedang potong pizza utk di rasa :-)

I like the ‘melt’ part :-) Kalau daddy ada, mesti dia suruh bubuh banyak2 cheese :-)

kakak nak mi…. nak…

Bila dia sendiri yang buat, dia excited nak makan :-)

Dah selesai makan, mandi, hujan pula turun. mereka berdua tak dpt ke playground.

Jadi, saya ajak mereka sekali lg buat fish nugget pula :-)

Si kenit tu mmg tak duduk diam.

Bahan-bahan:

Kepingan isi ikan

Tepung gandum

Putih telur

Cornflakes (emping jagung) – dihancurkan

fish fillet

salutkan dgn tepung gandum

kemudian putih telur

kemudian salutkan cornflakes yang telah hancur tadi.

kakak tunjuk skill, adik seperti biasa… nak naughty.

saya biarkan aje kakak buat sebab dia dah makin fokus dgn apa yang dia lakukan.

dah siap mami!

Bakar selama 10 minit, dan balikkan ia dan terus bakar lagi 3-5 minit.

Alhamdulillah, dah siap dan sedia di makan! :-)

Look at my cheeky syasya. Main tepung sampai comot ;-)

Lepas makan sekali lagi, kami anak beranak naik ke atas. Dgr pula sara membebel sambil main dgn ian yang dh pandai ketawa mengekek :-)

Syok betul. ada juga anak teruna yang boleh tolong2 mami nnti :-)

Selamat mencuba resepi yang ringkas tapi bermakna!

* Bonda: Keluarga di dahulukan, Pencapaian diutamakan :-)

Buah tangan untuk nenek – Homemade Moist choc cake

Smlm si sulung saya tgk TV.

Agaknya ada iklan kek/birthday di TV, terus dia ckp “kakak nak makan kek boleh tak mami?”

Kebetulan ptg nak balik berbuka di rumah mertua di cheras, saya ajak sara pergi beli brg nak buat kek coklat.

Dalam banyak2 kek, kek coklatlah satu-satunya kek yang saya pandai buat sejak dari anak dara. Hehe :-)

Resepi ini dari ibu saya yang tercinta, sejak dia handover resepi ni pada saya semasa saya tingkatan 5, dia dah tak buat lagi kek coklat. Setiap kali open house raya atau apa2 majlis, mmg saya seorang lah yang akan buat kek ni.

Saya suka resepi kek ini berbanding yang lain sbb ianya sgt MUDAH dan anak-anak dara yang masih sekolah pun boleh buat. Dan seperti biasa, tak perlu pakai penimbang, pakai sukatan cawan sahaja. :-)

Seperti biasa, saya tak bakar kek. Saya kukus.

Jom, kita share resepi kek, mana tahu anda masih sempat buat sebelum menjelang LEBARAN :-)

Bahan-bahan utk adunan pertama:

* 2 cawan tepung kek naik sendiri

* 1 cawan gula – gula pasir biasa

* 1 cawan serbuk koko

Gaulkan bahan di atas tadi sehingga serbuk koko, gula dan  tepung sebati.

Prepare utk adunan kedua:

* 1 cawan susu pekat manis

* 1 cawan minyak – minyak masak biasa

* 1 cawan air panas mendidih

* 2-3 biji telur

Masukkan semua adunan kedua tadi ke dalam adunan pertama.

Kacau sehingga sebati.

Seperti biasa, prepare loyang (letak marjerin/planta – kemudian salut dgn tepung) untuk mengelakkan kek melekat di loyang

adunan yang sedia untuk di kukus :-)

Kukuskan adunan selama 30 MINIT – 35 MINIT

Kek yang telah siap di kukus. abaikan kek yang terbelah di tgh semasa kukus tadi. Nanti kita boleh adjust ;-)

Sementara tunggu kek sejuk – cairkan cooking choc – buat double boiling

Selepas kek dah sejuk – telangkupkan kek kukus tadi ke atas cake board (jangan telangkupkan terlalu awal bila kek masih panas – kek terbelah)

Taraa…

Masa untuk topping :-)

Topping bahagian atas terlebih dahulu

Kemudian baru bahagian tepi

Dah siap topping, minta si kecil tolong decorate

Kakak khusyuk :-)

Alhamdulillah, dah siap.

Letak dalam kotak untuk di bawa ke rumah nenek.

Perkara yang menyeronokkan mami ialah apabila dapat memasak dan beraktiviti dgn anak-anak :-) – walaupun risiko tumpah, comot dan lain2 :-)

Mami, kakak tak sabar nak makan kat rumah nenek!

Ok girls, jom bersiap – kita ke rumah nenek.

Selamat berbuka aunty uncle semua. Kami nak ke rumah nenek :-)

Selamat mencuba anda-anda semua. hanya satu jam- dah boleh jimat wang – yang paling seronok: bila anak-anak dan suami dan ahli keluarga lain makan kek air tangan kita :-)

Satu perkara yang membuat seorang ibu bahagia, bila dia sediakan sesuatu hidangan utk keluarga, dia hidangkan dengan sepenuh hati. Dan selalunya, isi keluarga tak akan mengomen- malah makan dgn banyak – walau tak tahu sedap ke atau hanya nak ambil hati :-)

Dan satu perkara yang saya suka, bila anak-anak yang sedang menumpu perhatian pada TV dan kartun mereka, bila saya sebut “sape nak tolong mami…” – mereka akan dtg berlari dan mulakan peranan masing2 walaupun dalam versi ‘menyibuk’ :-) Mereka anak perempuan, mula2 tak apalah menyibuk, esok bila besar mesti tolong mami di dapur ya!

Sekali lagi – selamat mencuba, anda!

Food For Love – Dough Nut

Salam selasa!

Sebenarnya hari ni saya dan staf berkampung di Matrade utk jualan di booth.

Tapi saya nak update juga tentang resepi donut yang kami buat anak beranak semalam.

Watak utama: Mami- penguli donut, pembuat donut, chef

Jurufoto: Daddy- kerja dia komen dan ambil gambar

Watak sempilan: Bibik – menyibuk nak tgk dan buat.

Watak kecil: Sara & syasya – penyokong dan pom pom girl :-)

Ok, jom kita tgk pula apa resepi donut yang saya kira mudah aje sebenarnya :-)

Ambil sepeket kecil yis kering segera (ragi) atau org tua2 panggil ibu roti dan campurkan air suam. Tunggu sehingga ia berbuih (dalam 5 minit)

Ini contoh ragi yang boleh didapati di mana2 kedai runcit :-)

masukkan tepung gandum atau tepung roti 2-3 cawan

Masukkan gula (gula pasir halus atau kasar) 1 cawan

Masukkan shortening (boleh didapati di kedai bakeri) 1/2 cawan

Masukkan butter (kalau tak ada shortening) juga 1/2 cawan – kalau nak sedap, masuk dua2

Masukkan fresh milk 1 1/2 cawan

masukkan yis (ragi tadi ke dalam adunan)

Uli jgn tak uli. sambil uli, masukkan tepung sedikit demi sedikit. TIPS: uli sehingga tepung yang cair dan melekat td, dah tak melekat di tangan. sambil uli tu, leh baca Ya Latif 3 kali (niat utk anak yang dgr kata dan lembut hati – air tgn ibu kan :-)

Uli sehingga jadi begini. Letakkan dalam bekas yang lain.

Wrap dgn plastic wrap atau tutup dgn kain lembap selama 20-30 minit dan biarkan adunan doh tadi naik 2 kali ganda.

Setelah doh dah naik 2 kali ganda, keluarkan dan letak atas board begini.

potongkan kepada beberapa bahagian menggunakan dough cutter atau pisau pun boleh :-)

uli jgn tak uli. buatkan bulatan.

buat lubang di tgh

sebenanrnya, buatlah ape bentuk anda nak buat pun boleh :-)

Nak buat mcm Auntie’s Anne pretzel pun boleh :-)

si tgn kecik kat sebelah sibuk tanya “bila nak siap, mami?”

Ini anak-anak saya buat. :-)

TIPS: sebelum menggoreng, biar dalam 10 minit lagi utk naikkan lagi doh sehinga sekali ganda. (GEBU org kata :-)

Gorengkan (deep fry) dalam api yang kecil.

yang telah siap di goreng :-)

hiaskan ikut kreativiti ibu2 dan bergantung kepada bahan apa yang ada di rumah.

isnt this yummy guys? – nampak je la, rasa tak tahu lagi.. hehehe

Boleh letak jem strawberry, buat letak serbuk milo, buat letak susu pekat manis dan taburkan kacang, apa2 sahaja! :-)

Ini kegemaran mami :-) – gula halus

wah… so nice… kata sara

ini syasya punya :-)

ini daddy punya :-)

yang bergula tu dah tentu mami punya :-) yummy!

Ini pula bekal si kecil sara ke sekolah. Tak sabar dia nak bawa sbb dia nak share dgn kawan2nya :-)

Saya tak tahu sara sukakan donut sampaila satu hari ketika menuju ke Ipoh, dia tunjuk dan sebut “dunkin donuts” – kat school rayyan selalu bawak, mami. kakak suka, kakak teringin nak makan. Pilu hati saya dgr, rupanya anak saya teringin makanan kawannya. Sejak itu, pantang ke dunkin donut, dia akan makan dgn banyak. Ini membuatkan saya teringin nak buatkan sara& syasya donut sendiri. yang mana mereka boleh decorate mengikut citarasa mereka.

Selamat makan di sekolah, sara. Walaupun tgnnya luka masih belum baik, dia masih mahu ke sekolah dan share makanan yang dia bawa dgn kawan-kawannya. *Big HUG*

Selamat mencuba semua :-)

Thanks to Intan Jastina kerana budi baik anda :-) InsyaAllah, merasalah mami muda ni menulis sebuah buku bersama Alaf 21, yang akan berada di pasaran tahun depan. Syukur, rezeki anak baru :-)

*Bonda: semalam saya berbual dgn suami – “abg, gigih rupanya org yang jual donut/kuih muih, nak buat bukan mainlah renyahnya (bnyk ramuan), tapi jual 30 sen sebiji. ” Suami “Nak cari rezeki yang.. Janji halal. Sekurang-kurangnya org yang tak tahu buat boleh merasa makan kuih. ”

- Struggle nya hidup ini. buat saya insaf.

Food for love- Mini sate sarakids :-)

Semalam saya berehat satu hari di rumah sebab doktor bagi MC.

Tapi, bila tak biasa duduk diam2, wpun kat rumah, saya tetap aktif melayan 2 anak dara, mengemas baju, masak, susun mainan anak-anak.

Termasuk memasak, entahla kenapa mengandung kali ketiga ni saya sangat rajin memasak sampai suami saya naik hairan.

Suami “sama je doc bagi MC ke tak. Kalau tak sibuk kat kedai, sibuk kat dapur pulak” – Hehe :-)

Dulu mengandung sara, saya tak boleh masuk dapur langsung. Apatah lagi nak basuh pinggan dll :-) – time sara dulu mengada2 sikit agaknya, maklumla anak sulung, hehe :-)

Semalam saya buat hidangan istimewa utk keluarga. MINI SATE.

Jom, kita tgk mcm mana saya sepahkan dapur semalam :-)

ayam dipotong tanpa tulang – saya selalu beli ayam seekor, jadi saya kena pilih part yang banyak isi- lebihan isi dan tulang boleh simpan buat soto ayam nnti :-)

Ayam dipotong kecil2. Saya letakkan sekali kulit ayam utk selang selikan dgn isi ayam (muak kalau makan isi aje) :-)

Bahan2 utk dikisar:

1) 4 ulas bwg besar (merah)

2) 2 cm kunyit hidup (besar ibu jari)

3) 2 biji buah keras (yg warna putih 4 biji dlm gambar)

4) lengkuas (besar ibu jari)

5) 1/2 sudu besar ketumbar (kalau nak sedap goreng tanpa minyak dlm kuali dulu)

6) 1/2 sudu teh jintan manis

7) 1/2 sudu teh jintan putih

8) 2 sudu besar air asam jawa

9) 4 sudu besar santan

10) 1 batang serai

Blend semua bahan ini sehingga hancur :-)

Gaulkan semua bahan yang dikisar tadi dgn daging.

Masukkan pula:

1) 1/2 sudu teh garam

2) Air gula (cairkan gula dalam air panas- 1/2 cawan) atau madu

3) 3 sudu besar minyak (minyak masak)

PERAP AYAM SELAMA 3-5 jam (kalau nak lagi meresap, perap semalaman)

Tips: rendamkan lidi sate dalam air sepanjang pemerapan ayam tadi. tujuan: utk elakkan ayam lekat pada lidi (selepas bakar) dan memudahkan semasa nak cucuk lidi pada daging ayam nnti. – lembutkan kayu lidi.

Cucukkan lidi pada daging ayam tadi. (saya guna lidi buah sbb tak panjang sgt utk anak-anak saya pegang)

syasya setia tunggu “nak mamam” – belum siap lagi dik :-)

sate yang siap dicucuk dan ready utk dibakar :-)

Ketukkan serai dan campur minyak serta lebihan kisaran utk perap td.

sambil tu boleh rendamkan beras utk nasi impit :-) dan buat kuah kacang

Abg engineer ni baru balik kerja, terus ke dapur siapkan utk bakar sate (chef sebelah dah penat, hehe :-)

Bakar atas dapur gas aje. Kalau buat bbq sedap bakar atas arang :-)

Yummy yummy yummy! tak sabar nak makan :-)

Alhamdulillah, siap hidangan utk keluarga. 40 cucuk sate :-)

Kesian si dia penat balik dari site, dah kena tolong saya, so mlm ni, makan puas2 ye encik :-)

“Mami jual sate ke?” – anak dara saya tanya. “Taklah, utk anak mami makan je.”

Nanti kuah sate saya share kan resepi nya ye. Hari ni kita tgk cara buat sate nya dulu.

Mudah saja bukan! Selamat mencuba, semua ibu2 yang hebat!

Tangan kuning dek kunyit hidup. Tak mengapa, yang penting puas dan gembira dapat sediakan hidangan sate utk anak2 dan suami, walaupun tak sesedap sate samuri :-)

Banana split, puding roti & twinkle2 little star :-)

Bismillahirrahmanirrahim :-)

Siap baca bismillah sbb entry hari ini entry makan-makan lagi :-)

Wallaweh!

Kan saya dah bilang, July ni saya rehat dan bnyk masa sedikit sebelum mula sibuk Ogos ini.

Ingat tak entry semalam kulit roti yang saya simpan?

Semalam suami saya baca blog saya, dia cakap mana ada orang ckp BENGKANG roti, itu bahasa org perak. orang panggil puding roti. hehe. ok, saya betulkan. puding roti.

Semalam, utk minum ptg, saya hidang banana split n ice cream utk anak2.

awal makan, masih bersih.

akhir makan, ish ish.. anak sape la comot ni. tgk si kecik syasya, comotnya! :-)

Saya hanya beri aiskrim pd anak jika anak tidak batuk dan hanya sekali sekala :-) – rewards pada mereka sekali sekala coz kids really love ice cream – and we shouldn’t stop them :-) beri mereka jadi kanak-kanak, kerana aiskrim dicipta utamanya utk kanak-kanak :-) – tapi lepas tu kena ckp “mesti brush teeth ok” :-)

Ok, jom kita tgk resepi puding roti :-) Ianya hanya memakan masa 1/2 jam :-)

ini roti yang disimpan semalam.

rendam dalam air sejuk (air dari fridge) utk lembutkan roti dan kulitnya.

Utk satu bekas = (suku buku roti).

Perah/tapis roti yang direndam tadi.

masukkan susu cair sejat 1/2 cawan

masukkan tepung gandum 2 senduk kecil

Masukkan telur 2 biji

Masukkan santan 2 sudu besar atau separuh senduk kecil.

Masukkan gula melaka atau gula biasa dalam 2-3 sudu.

Gaulkan sehingga rata dan pastikan tiada ketul2 tepung.

kemudian, prepare utk kukuskan ramuan :-)

Ambil loyang saiz sederhana, sapukan mentega di sekelilingnya dan taburkan tepung gandum. (purpose: utk mengelakkan puding melekat di loyang)

Pastikan periuk kukus dah berisi air dan api telah dipasang :-)

Puding yang dah ready utk dikukus.

Option: Boleh bakar dalam oven juga :-)

kukuskan selama 20-25 minit. (tips: jgn buka tutup buka tutup periuk kukus ye – mode nervous menjadi ke tak :-)

Taraa… dah siap!

Puding yang tak melekat :-)

Kalau nak lagi sedap, banjirkan puding dgn susu cair tadi.

Yang ini utk anak-anak. Takut mereka bosan, tambahkan chocolate rice atau koko krunch, honey star ataupun milo krunch utk menarik minat sambil ckp “oooo… nice… yummy!” :-)

Alhamdulillah, cik abang tu makan sampai separuh loyang habis. yang lain semua pembantu rumah saya habiskan sebab dia berpuasa. :-)

Saya? Lepas hajat nak makan bengkang roti, sbb kecik2 dulu mak saya selalu buatkan kami adik beradik bengkang roti. yang penting, tak membazir buang kulit roti :-)

Pagi tadi, saya agak kelam kabut. Sbb nak bergegas ke bank, ke kilang n lain2.

So, tak ada breakfast berat utk sara ke sekolah.

Saya hanya sempat cairkan cooking chocolate dan sapukan pada roti.

Belah roti kepada 2.

utk nmpk lebih menarik, saya taburkan star dan namakan “twinkle2 little star” – si kecik saya excited nak bawa ke sekolah :-)

Yang ini utk anak manja saya, syasya di rumah.

Syasya teruja tgk bnyk star dalam roti ;-)

Dia makan star dulu sebelum makan roti.

Ok anak2, mami pergi kerja dulu ya!

Kita jumpa ptg nnti :-)

Girls, i love you both! Muahhhhhh!

Menyediakan masakan dari rumah bukanlah istilah kedekut/berkira duit pada keluarga. Duit bukan masalah. Yang penting kita punya air tangan kasih yang mengalir masa kita basuh sayur, potong bawang atau semasa gaul masakan. Bukanlah tak boleh makan di luar lgsg. Kami sekeluarga selalu juga makan luar, cari McD, cari KFC dan terbaru saya mengidam nak makan marrybrown.. Tapi most of masakan utama esp pagi dan malam adalah masakan di rumah. Saya amat titikberatkan makanan anak-anak. Mereka sgt kecil, tak patut dedahkan dgn makanan berperisa, makanan segera dan lain2. Saya sgt percayakan khasiat makanan di rumah. So ibu2, ianya bergantung kepada anda. Kita yang corakkan anak kita bagaimana. Kalau kita lihat gigi anak rosak, tanya pada diri, bagaimana boleh rosak? Adakah kita terlalu bagi bnyk junk food? Atau kita yang x galakkan anak gosok gigi setiap hari? Atau gigi itu sengaja rosak? Sbb anak2 tidak akan pernah tahu setiap hakikat itu melainkan ibu ayah yang beritahu, didik dan corak. Kita yang tahu dan kita yang patut sedar. Saya ingatkan diri sendiri juga sbb gigi depan sara dah mula crack dan saya patut bawanya jumpa dentist secepat mungkin :-)

Selamat mencuba! Saya nak buat mini sate pula nnti :-)