Archive for the ‘Breastfeeding’ Category
Hari Isnin
Syukur Alhamdulillah.
Impian saya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah utk ahli2 dlm keluarga saya yang baru melahirkan anak.
Adik2 saya – kedua2nya adik ipar – seorang sebelah suami, seorang isteri adik lelaki saya sendiri.
Mengandung anak pertama pada tahun yang sama kedua-duanya. Seorang melahirkan bulan April. Seorang melahirkan bulan Julai. Seorang anak perempuan, Iffah Irdina. Seorang lagi jua anak perempuan, Ratu Aleesya.
Saya mempunyai impian utk mereka sejak mereka mengandung awal trimester. “Aku nak diorg ni fully breastfeed anak diorg”
Saya selalu dengar, seorang kaunselor boleh memberi kaunseling kepada beratus2 org lain diluar, tetapi sukar nak bercerita kepada ahli keluarga sendiri. Berbaur2 perasaan, saya bimbang. Bimbang anak-anak saudara baru yang bakal lahir tidak dapat menikmati susu ibu. saya bimbang adik2 saya tidak mahu mendengar advice saya berkenaan penyusuan. Saya bimbang saya duk membebel sana sini tentang penyusuan, tetapi adik2 sendiri atau ahli keluarga sendiri tidak menyusukan. Alangkah kecewanya saya, dalam karier kalau mereka tak dapat menyusukan anak mereka.
Allah itu Maha Besar. Nyata Dia dengar doa saya. Walaupun mereka menangis pada awal minggu kelahiran anak, mengatakan susu tak cukup, anak tak mahu hisap dan sebagainya, Alhamdulillah, anak-anak saudara saya masih menikmati susu ibu sepenuhnya. Puas saya yakinkan mereka, puas saya cakap yang nothing is wrong with the baby, just feed her dan bermacam ayat pujukan lain, namun hati ibu yang risau, apatah lagi di dalam tempoh berpantang, menyukarkan sedikit tugas saya. Namun, saya tak putus asa. Saya beri masa pada mereka. Saya pujuk mereka. Dan, kini semua masalah itu telah berlalu dan adik2 saya telah boleh menyesuaikan diri sebagai ibu yang menyusu
Ini gambar stok susu Ila, mama ratu aleesya di peti ais rumah ibu saya.
Ratu Aleesya bercloth diaper sejak sebulan umurnya.
Papanya, adik lelaki saya suka gendong anaknya dalam pouch. Poyo kan adik saya ni, siap ber sun-glass lagi.
Jelas, mereka mengamalkan konsep natural parenting sejak dari Aleesya lahir. Bertuahnya Aleesya. Tak seperti kakak sara nya, kesan dari ilmu yang kurang, maminya tak tahu menahu tentang ini semua. Bila dapat adik syasya, baru kesedaran ini ada. Tp tak mengapalah, mami belajar dari kesilapan dan mama aleesya juga belajar dari kesilapan mami
Sebagai ibu baru, adik2 saya kdg2 risau bila anak menangis, anak meragam. Saya cakapkan pada mereka, baby duduk dlm perut ibu 9 bulan tanpa gangguan, keadaan yang gelap dan vacum, suara sayup2, tetapi apabila telah keluar dari perut mamanya, bunyi bising, hiruk pikuk sini sana, baby needs time to adapt to the new environment. Kita tak boleh nak harapkan anak belajar semua benda baru dgn cepat
Seronok juga nak berkongsi gambar yang di email kepada saya oleh orang kuat Sarakids di sarawak sana, Kak Azlina.
Kesal dari anak pertama dan kedua yang tidak berjaya menikmati susu ibu, Kak Azlina bangkit utk tidak mengalah untuk Armand Rayyan, anak ketiganya.
Mewahnya stok susu Rayyan…
Perlu diingat juga, breastfeeding dan breastmilk feeding adalah dua benda berbeza. Ibu2 jgnlah gopoh nak penuhkan peti ais semata2 untuk berikan anak susu perahan. Utamakan penyusuan secara terus (direct feeding) kerana disitulah “bonding” itu wujud dan bersemarak. Susu perahan adalah untuk perpisahan sementara antara ibu dan anak (akibat bekerja). Selebihnya, hargai masa kita bermain dgn anak tatkala menyusuinya!
Sekarang saya menemani suami di Ikea, dia ajak cari kain utk sarung bantal/bolster/tilam utk anak heronya. Yang kakak sara & syasya punya kaler pink, tak sheshuai utk adik putera

Sape nak jahit ni cik abang oii…
Kdg2 badan penat terbongkok di kedai, bila si dia ajak ke tpt favourite, saya ikut aje……
p/s: Padahal banyak kerja di kedai. Nak prepare brg ke parenthood expo jumaat ni….
Selamat Menyusu – HARIAN METRO
Salam satu ramadhan
Semasa anda membaca entry ini,
anda mungkin baru pertama kali menjengah ke blog laman sesawang www.sarakids.com ini.
Ini kerana hari ini cerita tentang penyusuan saya terpampang di Harian Metro mukasurat v8-v10.
Menurut staf di sarakids, hari ini telefon di kedai tak berhenti berbunyi dari ibu2 yang memerlukan kaunseling dan bantuan tentang penyusuan.
Ini maknanya, masih ramai ibu di luar sana bermasalah dalam menyusukan.
Ini juga bermakna, awareness tentang penyusuan masih rendah di Malaysia.
Kita harus lakukan sesuatu, walaupun bermula dari ground.
Selamat berkenalan, anda yang baru mengenali dunia penyusuan susu ibu.
Selamat datang, ibu yang baru menyusukan anak anda
Statistik yang jengah ke blog saya hari ini naik mendadak 70% dari statistik biasa.
Jadi, saya anggarkan saya sedang menerima kawan2 baru dari kaum ibu. Selamat berkenalan dan berkongsi idea
Mami & syasya.
Perkongsian tentang penyusuan ibu bekerjaya
Paparan istimewa, adik ipar saya Nur syazwani yang berkongsi cerita menyusukan dua anak dalam satu masa (ibu susuan)
syasya dan sepupunya Iffah Irdina. dua-dua anak susuan susu ibu
Terima kasih wartawan Siti Zarinah. penulisan anda cukup istimewa dan sebagai seorang pembaca akhbar, anda telah buat saya sangat bersemangat untuk menyusukan anak saya!
Sesi Penyusuan FRIM
Kisah sesi penyusuan di FRIM
Pertama kali masuk ke FRIM, terus terdetik di hati ‘kat sini ke penggambaran cerita pontianak harum sundal malam, congkak atau susuk?’
Pokok2 nya tinggi dan rapat2… kalau malam confirm seram!
Tapi, yang bestnya ke sini, tenang dan tak sangka di tengah kuala lumpur ada kawasan menghijau mcm ni
Tercungap-cungap baru smpai dari Ipoh, sampai2 je dh nmpk kelibat cik suraya kita dah menunggu dgn suaminya, yang sentiasa menyokong isterinya dalam apa jua keadaan :-0
Sesi kami bermula pukul 3, didahului dgn Puan Suraya.
Di dalam Auditorium FRIM
semangat acik sorg ni
Ini sesi saya – berkongsi cara menyimpan dan mengendalikan susu perahan semasa bekerja luar (penerbangan) – masa ini saya & suraya ke Bintulu.

Dah penat berdiri, saya duduk pula. Dah sarat, tak mampu berdiri lama
Cenderahati dari FRIM. terima kasih Puan Haliyan, selaku org kuat untuk menjayakan sesi ini
sijil utk kakitangan FRIM yang hadir
Terima kasih atas masa anda semua, Perkumpulan Wanita FRIM
Terima kasih Datin Halidah
Kak Yan, ada masa Farah & suraya akan datang lagi
terima kasih.
Semoga kita sama2 mendapat manfaat. Kami selalu berharap, selepas setiap sesi, ibu2 akan menanamkan hasrat utk menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu. Kalau anda pernah hadir ke kelas kami, anda pasti pernah lihat ekspresi muka saya secara semulajadi yang kdg2 sgt huduh dan buruk menyeru dan mengajak anda kembali kepada fitrah kita. Kita bertuah, kita ada banyak PILIHAN jika kita gagal menyusukan anak. Tapi, lihat saja di GAZA, PALESTIN. Lihat saja di kawasan bencana. Makanan disekat, makanan tidak sampai. Apatah lagi susu? TIADA PILIHAN. TIADA ALTERNATIF. Pandanglah ke bawah sebentar. Lihat kepada mereka yang tidak sebertuah kita di Malaysia.
Entry hari ini agak eksklusif kerana saya sempat ambil video beberapa saat semasa sesi Suraya. Tgklah betapa semangatnya ibu kepada 2 org anak ini bercerita tentang susu ibu.
Selamat menyusukan
p/s: Jika anda mahu kami berada ditempat kerja atau organisasi anda, sila email ke admin@sarakids.com untuk pertanyaan
Entry campur-campur :-)
Hari ini saya di Sarakids Ipoh. Tak menang tgn juga bila melayan ibu yang dtg utk mendapat khidmat nasihat penyusuan di kedai sarakids yang sekangkang kera itu. Saya dlm proses nak dptkan kedai yang lebih besar di Greentown Mall, supaya lebih banyak brg boleh dipamer dan taklah pelanggan rasa sempit ya amat.
InsyaAllah, Sarakids kami akan dibuka di Hospital Shah Alam, seksyen 7 shah alam dlm 3-4 bulan terdekat, selepas saya selesai melahirkan anak dan berpantang. Tak sabar rasanya berpremis di Hospital. Mesti banyak pengalaman baru yang akan kami timba, apabila berhadapan dgn patient2 yang dtg ke hospital Shah Alam, sebuah hospital baru yang akan dibuka tidak lama lagi. Terima kasih Puan dari PUNB, yang membantu kami utk mendapatkan premis ini
Hari ini hari gambar bertabur2, saya berblogging dari Sarakids Ipoh
Ini pam salah seorang kawan baru saya di PPUM
Sangat menarik dan tertarik, ini salah satu usahanya untuk meningkatkan ransangan penghasilan susu ketika mengepam. Beliau tampal gambar2 anaknya di atas PAM SUSU, sambil mengepam sambil lihat gambar anak, bukan lihat di botol berapa oz beliau dapat. Hasilnya, memberangsangkan! (saya terbayangkan mcm mana saya nak letak gambar 3 org anak di atas pam saya.. hehehe. itu belum gambar bapanya!)
Ini gambar adik ipar saya, seorang ibu baru yang masih berpantang memandikan anaknya Ratu Aleesya buat pertama kali. saya suka snap gambar dia kekok2 sampai dia ckp “abg long (merujuk kpd suami saya) jgn bising2, jgn cakap banyak, org tgh nervous fokus ni!” – suami saya mmg suka mengusik! hehe
Ini gambar dia di sarakids, baru balik dari klinik utk imunisasi pertama (1 bulan) anaknya. sempat lg singgah sarakids, walaupun 5 minit. Saya suruh dia gendong anaknya dgn pouch.


Ini pula antara gambar sehari di Sarakids Ipoh utk sesi kaunseling penyusuan percuma setiap hari Khamis. Seronok dpt jumpa ibu2 di Ipoh
(senang nak ckp perak… heheh)
Dua tiga hari ni asyik dukung baby aje… sabo2…
Sekian, saya yang masih di sini, belum balik. Yang mana saya terdaya bantu, saya akan bantu. Yang mana luar bidang saya, saya akan refer pada yang lebih pakar
Esok, saya akan naik train seorang diri ke KL Sentral dr Ipoh, dan ambil komuter ke Kepong, utk ke Sesi Penyusuan di Auditorium FRIM. Sesi bermula jam 2.45 ptg, jadi saya harus bertolak dr Ipoh tren pukul 9 pagi.
Suami berat hati nak lepas saya seorang diri, tapi saya ckp tak apa sbb ini dah tanggungjawab saya, saya dh janji. Dia belum habis site di Ipoh so dia akan bawa anak-anak saya balik ptg esok selepas selesai kerja. InsyaAllah, saya berdoa Allah akan lindung saya dan minta dijauhkan dari perkara buruk dan bencana.
Utk kakitangan FRIM, tunggu saya & suraya di sana
*Bonda: Hidup ini kdg2 apa yg org buat tak kena pd pandangan mata kita, begitu juga apa yang kita buat tak semestinya kena pd pandangan mata org. Bila ada 10 otak, ada 10 pemikiran dan 10 idea. Masing2 ada cara tersendiri. Jgn ambil hati, teruskan gerak hati kita. Petunjuk yang sahih adalah daripadaNya.
Sambutan minggu penyusuan PPUM
Semalam saya ke minggu penyusuan susu ibu yang diadakan di PPUM, tempat bermula kerjaya Kaunselor Laktasi saya. Saya adalah anak didik PPUM, dari mentah dan kosong. Mereka melatih saya sehinggalah saya berupaya menolong ibu2 sekarang. Tidak sesekali saya akan lupakan jasa mereka.
Saya diberi satu sesi pada waktu pagi di klinik Ibu Mengandung dan satu sesi petang di Dewan Pulasari bersama kakitangan PPUM.
Di Klinik Ibu Mengandung, semuanya bakal ibu baru pertama kali. Jadi, semasa sesi, masing2 santai dan tak tahu apa nak tanya atau apa nak expect dari ceramah berkenaan. Tersenyum saya, teringatkan saya sewaktu mengandung sara dulu. Saya pun ingatkan menyusu ni senang, selak dan beri. Bila sara lahir, baru tau langit itu tinggi ke rendah coz breastfeeding is not easy as i thought!
Sesi pagi di Klinik Ibu Mengandung
Sesi petang, sesi di Dewan Pulasari dan kami sama-sama menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia dgn kakitangan PPUM dan tetamu yang hadir.
Mereka menjemput kawan baru saya (kenal semasa on air di Wanita Hari Ini Jun tahun lalu), Suraya Yeop Junior untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak beliau, Ilhan Moris. Suraya pernah telefon saya beberapa kali semasa beliau dalam confinement period bertanyakan pandangan saya kepada masalah block duct yang beliau alami dan Alhamdulillah, apa pun cabaran, beliau ibu yang kuat serta tidak putus asa walaupun keadaan sekeliling sibuk bertanya bila nak mula beri susu formula.
Kata suraya, the good thing about breastfeeding is ONLY YOU can provide the best to your baby. Not other people.
Inilah anak Suraya, Ilhan Moris. what a cute and adorable baby!
Semangat suraya cerita pengalamannya yang takkan dia lupa iaitu menyusukan anak
Antara kakitangan PPUM yang hadir.
Saya rasa nak menangis dgr perkongsian pengalaman ibu yang bertugas sebagai jururawat di PPUM ni.
Beliau terpisah dgn anaknya selama 8 bulan, anaknya dijaga oleh ibu di kampung yang insist nak jaga cucu, sbb jadual kerja ibu ini sebagai jururawat tidak menentu. anaknya di Perlis, katanya “kalau org lain balik rumah cari anak, saya balik rumah cari pam susu. Kalau org lain tgh malam bangun susukan anak, saya tgh malam bangun mengepam”. setiap minggu dia akan ada di terminal bas transnasional untuk kirim susu. Rutin ini dilalui selama 8 bulan, sebelum beliau ambil semula anaknya.
Saya kagum sbb, dahlah tak bersama anak, tak seperti kita yang boleh ulik anak pagi ptg siang malam, beliau masih memerah susu buat bekal anaknya yang jauh di mata. Dan bila beliau balik menjenguk anak, anaknya akan disusukan direct feeding tanpa ada apa2 masalah. saya kagum sbb ibu ini tabah, walhal anak tak ada dlm pandangan mata. Mungkin hanya gambar dan video menjadi penguat semangat semasa ibu ini memerah susu.
sekarang anaknya sudah 1 tahun setengah, dan dah tinggal bersama beliau, tetapi masih menyusu secara eksklusif dgn susu ibu. Inilah nilai titis kasih ibu yang di bawa kemana-mana sehinggalah tutup mata. Susah itu nombor 2. anak itu nombor satu, dalam kes beliau ini. Kagum! (saya berpisah 4 malam dgn anak masa ke korea pun drama swasta 1 episod air mata, tak tahulah mcm mana saya kalau jadi seperti dia!)
Ini sesi saya pula. Seronok berkongsi cerita suka dan duka dalam menyusukan anak-anak saya.
Ini antara slide saya yang saya akan kongsikan di setiap kelas penyusuan yang saya hadiri.
Inilah juga antara perkara paling manis yang suami saya pernah buat, yang saya takkan lupa sepanjang hayat saya. Ini antara usahanya untuk menyokong isterinya dalam penyusuan susu ibu.
Saya takkan lupa bagaimana saya panik, saya tak tahu apa nak buat sbb waktu itu stok susu saya beratus-ratus botol (utk sara& syasya) dan waktu itu saya langsung tak terfikir nak buat apa2 selain panik dan menangis. Suami saya ckp “yang, u amik kamera n amik gambar je. biar abg handle” – suami lebih cool, tak seperti kita org perempuan, gelabah memanjang! cerita tentang kisah itu di SINI
Terima kasih, semua suami2 yang menyokong kami ibu2 yang benar2 ingin melaksanakan tanggungjawab dan hak kepada anak-anak. Pasangan hidup bukan sekadar berkongsi sayang, tetapi susah, senang dan segala-galanya! Terima kasih
*Sepanjang minggu penyusuan, InsyaAllah saya akan kongsikan semua pengalaman dan kisah penyusuan dari ibu2 untuk tatapan dan pembakar semangat anda semua
