Archive for the ‘Mother Support’ Category

Persediaan Sebelum Bersalin

Orang lain sibuk bersedia untuk berhari raya,

tapi saya sibuk bersedia brg2 utk keperluan selepas bersalin.

Bukannya apa, nnti bila dah beraya dah tak ingat semua keperluan2 ni :-)

Tahun ini, memilih untuk pos kad raya kepada semua kenalan, rakan supplier, rakan niaga, stokis dan cawangan- mahu kembali ke zaman dahulu :-)

Kad dari sarakids utk anda semua (dah pos, tak tahulah sempat tiba sebelum raya atau tidak :-)

Minggu ni, sibuk nak buat kuih raya (haha, kali ni saya nak buat sendiri kuih raya – mcm banyak aje masanya!)

Saya dah siapkan beg utk diletak dlm kereta manalah tau jika dah sampai waktu utk bersalin bila nak buat tour raya IPOH-KELANTAN-TERENGGANU nnti :-)

Manalah tahu adik putera nak lahir kat kelantan? Hehe :-)

Kali ini, kali ketiga, seperti yang saya pernah kongsi, nak membeli peralatan bayi yang berwarna biru saya sangat kekok. Dua kali sebelum ini semuanya PINK, yang mana warna kegemaran saya sejak di bangku sekolah.

Namun, bila masuk anak ketiga, persepsi persediaan peralatan bayi dah berubah. Saya tak banyak fikirkan tentang katil, playpen, kereta sorong atau apa2 yang bagi saya tidak terlalu penting dan bersifat complimentary.

Saya lebihkan kepada beberapa perkara wajib dan penting utk bayi – kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah salam perkenalan pertama KAMI berdua iaitu TOUCHING, BONDING & BREASTFEEDING :-) Banyak pengalaman lalu yang saya kutip dan akan betulkan seiring dgn nombor bilangan anak yang makin meningkat :-)

taraa.. simple sahaja- baju, mitten & booties, lampin kain boleh basuh, barut bayi, baby wrap & receiving blanket. Napkin, dan segala tuala – pakai yang kakak punya :-) Sungguh biru!

Barut bayi (material- kain flannel atau org tua panggil kain panas)

Kalau kakak2 dulu, ada hairband, brush, ropol2 sini sana :-)

adik lebih maskulin, ha-ha ;-)

Adik putera tak ada mosquito net, tak ada besen mandi, tak ada babycot, tak ada itu tak ada ini. Semuanya pakai kakak punya dan mami tahu, tak perlu pun mosquito net tu sebenarnya – kakak sara lengkap segala, dan guna hanya sekali – sangat membazir bukan.

Untuk saya sendiri, mami yang akan berpantang, ada juga keperluan yang dah saya sediakan siap2 in case tak sempat nak cari di musim raya dan seterusnya nanti.

Bra menyusu, minyak afiat panas segala, stokin, baju, kain batik, maternity pad, telekung (jika terpaksa di tahan di hosp sebelum bersalin), tuala, tungku tradisional, mandian herba, bengkung moden & bengkung tradisional serta pam susu dan peralatan nya.

Cerita tentang pam susu, pam susu mahal bukan tanda susu akan terhasil dgn banyak. Saya mahu betulkan persepsi ini. Kekerapan memerah, menyusu anak lah yang akan menentukan segalanya :-)

Saya adalah seorang ibu yang konservatif bila berbicara tentang tempoh berpantang. saya memilih berpantang seperti orang2 tua kita dahulu – 4o hari. Dua kelahiran sebelum ini juga begitu. Berpeluh2 bertungku. Bertangas, berpilis dan lain2 kerana saya serik. Satu hari, semasa berpantang selepas melahirkan syasya, konon-kononnya tak mahu berstokin, buka aircond kuat dek cuaca panas, tidak berehat dan sibuk di depan laptop dan lasak. Malamnya, 6-7 selimut membalut badan pun tak boleh lawan bila mana saya demam menggigil tak boleh nak cerita. Sampaikan minta ibu saya duduk di atas saya, masih sejuk – tak tahulah kenapa. Sampai sekarang, kesannya masih terasa. Saya tak boleh terlalu sejuk. Itu sebabnya, saya decide utk teruskan berpantang 40 hari walaupun dalam hati ingin sangat keluar dan menguruskan sarakids sejurus selepas bersalin. Saya kira badan saya tak cukup kuat utk itu.

Pilihan saya, tungku tradisional warisan mama seberat 2 kg. ringan dan boleh bertungku sendiri tanpa bantuan bidan.

Bengkung tradisional warisan mama – saya gemarkan bengkung tradisional lama – lebih kemas dan sedap memakai – saya lasak – kalau pakai yang moden (velcro) – alamatnya naik ke dada atau terlondeh ke bawah :-)

Dapatkan semua produk warisan mama di sarakids serta cawangannya. Pembelian melalui online adalah di www.sarakids.com

Selain itu, saya akan memulakan pemerahan susu selepas beberapa hari kelahiran adik putera. Ini kerana, tuntutan kerja saya selepas adik putera lahir amat tinggi. saya harus menyimpan stok lebih banyak, kerana jadual ke luar negara sudah menanti (dah tertangguh beberapa bulan selepas pulang dari Korea). Tentang peralatannya, ini semua sudah tersedia kerana peralatan lama syasya masih elok dan boleh diguna pakai. Pemanas susu, botol penyimpanan dan lain2 boleh dipakai – tidak perlu beli walaupun utk anak yang baru lahir.

Itu membuktikan penyusuan menjimatkan – saya tidak perlu beli apa2 keperluan makanan adik putera kerana sepanjang 6 bulan – dia hanya perlukan susu maminya :-)

Jelas, konsep attachment parenting tidak menyukarkan walaupun banyak belanja kali pertama. Ianya sangat menjimatkan – contoh: tidak perlu berulang alik ke klinik dek anak yang tidak sihat (bila anak menyusu susu ibu- jarang demam dan sakit – kurang belanja klinik), tidak perlu beli susu tepung (semakin banyak formula baru kononnya, semakin mahal harga susu). Bukanlah maknanya kita kedekut, tetapi ada baiknya duit itu disimpan untuk percutian keluarga, insurans anak-anak atau pelan pendidikan mereka,  bukan?

Inilah saja sedikit perkongsian persediaan untuk bersalin. Memanglah sudah tidak sehebat anak pertama – tetapi saya tahu – ada banyak hikmahnya – ada banyak kebaikannya – bukan diukur dari berapa RM material yang keluar – tetapi dari ILMU dan nilai kasih sayang yang terterap di dalamnya.

Saya belajar dari kesilapan. saya banyak belajar, menjadi ibu dan ayah bukanlah berapa mahal baju anak dan berapa mahal perkakasannya – tetapi berapa nilai tinggi kasih sayang – yang dicipta semasa awal kelahirannya, yang dibaja semasa tumbesarannya.

Moga yang baik, kita pohon.

I am not saying i am right in every angle. :-)

Jika tidak relevan utk anda, abaikan saja kerana saya tahu, setiap org ada cara tersendiri utk keluarganya.

Semoga jumpa lagi, Salam Merdeka dari kami sekeluarga!

*Bonda: Kerana anda berdua, mami banyak belajar utk berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Terima kasih anakanda!

Hari Isnin

Syukur Alhamdulillah.

Impian saya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah utk ahli2 dlm keluarga saya yang baru melahirkan anak.

Adik2 saya – kedua2nya adik ipar – seorang sebelah suami, seorang isteri adik lelaki saya sendiri.

Mengandung anak pertama pada tahun yang sama kedua-duanya. Seorang melahirkan bulan April. Seorang melahirkan bulan Julai. Seorang anak perempuan, Iffah Irdina. Seorang lagi jua anak perempuan, Ratu Aleesya.

Saya mempunyai impian utk mereka sejak mereka mengandung awal trimester. “Aku nak diorg ni fully breastfeed anak diorg”

Saya selalu dengar, seorang kaunselor boleh memberi kaunseling kepada beratus2 org lain diluar, tetapi sukar nak bercerita kepada ahli keluarga sendiri. Berbaur2 perasaan, saya bimbang. Bimbang anak-anak saudara baru yang bakal lahir tidak dapat menikmati susu ibu. saya bimbang adik2 saya tidak mahu mendengar advice saya berkenaan penyusuan. Saya bimbang saya duk membebel sana sini tentang penyusuan, tetapi adik2 sendiri atau ahli keluarga sendiri tidak menyusukan. Alangkah kecewanya saya, dalam karier kalau mereka tak dapat menyusukan anak mereka.

Allah itu Maha Besar. Nyata Dia dengar doa saya. Walaupun mereka menangis pada awal minggu kelahiran anak, mengatakan susu tak cukup, anak tak mahu hisap dan sebagainya, Alhamdulillah, anak-anak saudara saya masih menikmati susu ibu sepenuhnya. Puas saya yakinkan mereka, puas saya cakap yang nothing is wrong with the baby, just feed her dan bermacam ayat pujukan lain, namun hati ibu yang risau, apatah lagi di dalam tempoh berpantang, menyukarkan sedikit tugas saya. Namun, saya tak putus asa. Saya beri masa pada mereka. Saya pujuk mereka. Dan, kini semua masalah itu telah berlalu dan adik2 saya telah boleh menyesuaikan diri sebagai ibu yang menyusu :-)

Ini gambar stok susu Ila, mama ratu aleesya di peti ais rumah ibu saya.

Ratu Aleesya bercloth diaper sejak sebulan umurnya.

Papanya, adik lelaki saya suka gendong anaknya dalam pouch. Poyo kan adik saya ni, siap ber sun-glass lagi.

Jelas, mereka mengamalkan konsep natural parenting sejak dari Aleesya lahir. Bertuahnya Aleesya. Tak seperti kakak sara nya, kesan dari ilmu yang kurang, maminya tak tahu menahu tentang ini semua. Bila dapat adik syasya, baru kesedaran ini ada. Tp tak mengapalah, mami belajar dari kesilapan dan mama aleesya juga belajar dari kesilapan mami :-)

Sebagai ibu baru, adik2 saya kdg2 risau bila anak menangis, anak meragam. Saya cakapkan pada mereka, baby duduk dlm perut ibu 9 bulan tanpa gangguan, keadaan yang gelap dan vacum, suara sayup2, tetapi apabila telah keluar dari perut mamanya, bunyi bising, hiruk pikuk sini sana, baby needs time to adapt to the new environment. Kita tak boleh nak harapkan anak belajar semua benda baru dgn cepat :-)

Seronok juga nak berkongsi gambar yang di email kepada saya oleh orang kuat Sarakids di sarawak sana, Kak Azlina.

Kesal dari anak pertama dan kedua yang tidak berjaya menikmati susu ibu, Kak Azlina bangkit utk tidak mengalah untuk Armand Rayyan, anak ketiganya.

Mewahnya stok susu Rayyan… :-)

Perlu diingat juga, breastfeeding dan breastmilk feeding adalah dua benda berbeza. Ibu2 jgnlah gopoh nak penuhkan peti ais semata2 untuk berikan anak susu perahan. Utamakan penyusuan secara terus (direct feeding) kerana disitulah “bonding” itu wujud dan bersemarak. Susu perahan adalah untuk perpisahan sementara antara ibu dan anak (akibat bekerja). Selebihnya, hargai masa kita bermain dgn anak tatkala menyusuinya!

Sekarang saya menemani suami di Ikea, dia ajak cari kain utk sarung bantal/bolster/tilam utk anak heronya. Yang kakak sara & syasya punya kaler pink, tak sheshuai utk adik putera :-)

Sape nak jahit ni cik abang oii… :-)

Kdg2 badan penat terbongkok di kedai, bila si dia ajak ke tpt favourite, saya ikut aje……

p/s: Padahal banyak kerja di kedai. Nak prepare brg ke parenthood expo jumaat ni….

Sesi Penyusuan FRIM

Kisah sesi penyusuan di FRIM

Pertama kali masuk ke FRIM, terus terdetik di hati ‘kat sini ke penggambaran cerita pontianak harum sundal malam, congkak atau susuk?’

Pokok2 nya tinggi dan rapat2… kalau malam confirm seram!

Tapi, yang bestnya ke sini, tenang dan tak sangka di tengah kuala lumpur ada kawasan menghijau mcm ni :-)

Tercungap-cungap baru smpai dari Ipoh, sampai2 je dh nmpk kelibat cik suraya kita dah menunggu dgn suaminya, yang sentiasa menyokong isterinya dalam apa jua keadaan :-0

Sesi kami bermula pukul 3, didahului dgn Puan Suraya.

Di dalam Auditorium FRIM

semangat acik sorg ni :-)

Ini sesi saya – berkongsi cara menyimpan dan mengendalikan susu perahan semasa bekerja luar (penerbangan) – masa ini  saya & suraya ke Bintulu.

Dah penat berdiri, saya duduk pula. Dah sarat, tak mampu berdiri lama :-)

Cenderahati dari FRIM. terima kasih Puan Haliyan, selaku org kuat untuk menjayakan sesi ini :-)

sijil utk kakitangan FRIM yang hadir :-)

Terima kasih atas masa anda semua, Perkumpulan Wanita FRIM :-) Terima kasih Datin Halidah :-)

Kak Yan, ada masa Farah & suraya akan datang lagi :-) terima kasih.

Semoga kita sama2 mendapat manfaat. Kami selalu berharap, selepas setiap sesi, ibu2 akan menanamkan hasrat utk menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu. Kalau anda pernah hadir ke kelas kami, anda pasti pernah lihat ekspresi muka saya secara semulajadi yang kdg2 sgt huduh dan buruk menyeru dan mengajak anda kembali kepada fitrah kita. Kita bertuah, kita ada banyak PILIHAN jika kita gagal menyusukan anak. Tapi, lihat saja di GAZA, PALESTIN. Lihat saja di kawasan bencana. Makanan disekat, makanan tidak sampai. Apatah lagi susu? TIADA PILIHAN. TIADA ALTERNATIF. Pandanglah ke bawah sebentar. Lihat kepada mereka yang tidak sebertuah kita di Malaysia.

Entry hari ini agak eksklusif kerana saya sempat ambil video beberapa saat semasa sesi Suraya. Tgklah betapa semangatnya ibu kepada 2 org anak ini bercerita tentang susu ibu. :-)

Selamat menyusukan :-)

p/s: Jika anda mahu kami berada ditempat kerja atau organisasi anda, sila email ke admin@sarakids.com untuk pertanyaan :-)

Penyusuan Ketika Mengandung

Salam semua.

Hari ni nak berkongsi tentang topik penyusuan ketika mengandung atau istilah tandem nursing while pregnant.

Ramai yang ragu-ragu tentang hal ini. Ramai yang susah hati nak menyusukan anak di saat mendapat berita mengandungkan anak seterusnya. Jgn bimbang, anda tidak perlu memberhentikan penyusuan apabila mengetahui anda mengandung lagi. LLLi menyokong penyusuan ketika mengandung.

Sedikit fakta tentang penyusuan ketika mengandung:

1) Ada ibu yang risau tentang kontraksi ketika menyusukan anak toddler dan akan menyebabkan bayi yang dikandung gugur atau risiko melahirkan lebih awal (bagi ibu yang normal dan tidak pernah ada sejarah keguguran atau kes rahim lemah) – hakikatnya kontraksi yang terjadi semasa penyusuan ketika mengandung adalah mild dan tidak cukup kuat utk menolak bayi utk keluar lebih awal (ianya sama seperti selepas melakukan hubungan intim suami isteri ketika mengandung). Jadi jgn bimbang! :-)

2) Anda mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya jika menyusukan semasa mengandung. Please, have a good rest (ingatkan diri sendiri, hehe) :-)

3) Anda mungkin akan berasa sakit atau puting susu akan menjadi lebih tender tidak seperti sebelum ini. Anda boleh alihkan posisi bayi atau berfikir tentang hal lain (alihkan perhatian) yang lebih menyeronokkan berbanding mengeluh aduh sakit.. sakit… tolong… sakit… :-)

4) Anda juga seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul. makan makanan berzat, minum air dgn kuantiti yang sepatutnya utk kesihatan diri anda dan juga bayi. :-)

5) Anda juga akan mendapati susu akan berkurangan apabila tiba masuk trimester kedua. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan pada masa ini juga kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu utk anak yang lebih tua. Pada masa ini bnyk ibu yang khuatir tentang keperluan susu anak mereka. Ketahuilah, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.

6) Susu ibu pada waktu ini juga akan berubah rasanya dan kebanyakan anak akan berhenti sendiri setelah menyedari rasanya sudah berubah. Jgn bersedih, anda boleh cuba utk memujuk mereka menyusu semula setelah bayi baru anda lahir nnti :-)

7) Ramai juga ibu yang mendapati anak mereka akan mahu menyusu semula dan lebih kerap dari bayi baru lahir kerana ‘susu’ mereka yang asal sudah kembali :-) Ada yang boleh melekap dgn baik seperti sebelumnya, dan mungkin ada yang sudah lupa sehingga ibu sendiri berasa tidak selesa. Jika ibu memilih utk tidak menyusu anak yang terdahulu, anda boleh beri mereka minum melalui sippy cup atau mengajak mereka melalui pertalian penyusuan dgn cara lain. tetapi bagi saya, breast is ready, berikan! :-)

Saya juga melalui semua hakikat penyusuan di atas. Sudah melangkau ke trimester ketiga, masih menyusu syasya dan ianya kadangkala perit. Perit sehingga mengalir air mata. Sakit, penat semuanya ada. tetapi lihat mata syasya yang bahagia, walau susu adalah setitis dua bakinya utk dia, dia tak kisah. Yang penting dapat memenuhi keperluan emosi di saat dia tahu perut maminya semakin membesar dan dia tahu dia sedang berkongsi. dia tahu susu itu dah berubah rasa, selepas susu dia akan minta air dan kadangkala buat muka pelik, tapi saya pasti bukan susu yang dia mahu semata. Dia mahu saya. Dia mahu perhatian saya. Itulah bonding paling kuat dan menyentuh hati sepanjang menyusukan syasya sewaktu mengandung.

Ada yang bertanya syasya minum susu apa sekarang. Saya cakap susu ibu. Susu milo, susu kotak, vitagen, susu segar dan semua makanan lain. Saya tidak tetapkan syasya harus minum susu apa, berapa oz dan saya yakin inilah decision yang paling tepat utk keluarga saya. Saya juga tidak pernah cadangkan kepada sesiapa tentang apa2 jenama susu tepung yang paling baik utk gantikan keperluan susu utk anak susuan ibu yang bakal dapat adik (means ibunya sdg mengandung)- Bagi saya syasya sudah harus kenal bagaimana rasa sayur, bagaimana mahu kunyah ayam, bagaimana lazatnya pelbagai jenis minuman, bagaimana crunchy setiap snek dan lain2 pada umur sekarang, 1 tahun 9 bulan ;-) . Bila saya kata ianya decision, maknanya ianya adalah decision saya dan suami dan bukanlah perkara yang harus diikuti jika ibu2 rasa ianya tidak bertepatan dgn kondisi umur anak, dan persekitaran keluarga dan keadaan masing2. (contoh, anak baru berumur 4 bulan, ibu mengandung lagi).

Keindahan menyusu tak dapat nak cerita nikmatnya.

Selamat menyusukan, semua ibu yang mengandung!

*Disclaimer: Artikel ini bukan juga rujukan utama dalam kes-kes yang berbeza. Utk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya atau mana-mana kaunselor atau konsultan laktasi yang lain, atau merujuk kepada yang lebih pakar.

Belaian jiwa, Sara Azalea

Hari ini, 3 tahun lepas, saya & seluruh ahli keluarga saya mendapat gelaran baru. Mummy, daddy, atuk, opah, nenek, aki, tokma, tokdi, aunty ngah, aunty yang, uncle sbb hari inilah hari kelahiran anak sulung, cucu sulung dan anak saudara sulung.

Ianya adalah hari kelahiran Puteri Sara Azalea, belaian jiwa kami satu keluarga.

Dia ni lah yang buat saya dapat nama baru iaitu MUMMY :-)

Dari hari ke hari, dia membesar dgn sihat. Dan selalu buat hati kami cair dan selalu rindukan dia.

Selalu hiburkan hati. Selalu buat kami hilang penat. Selalu buat kami gembira.

Hidup kami lengkap. Sangat lengkap dgn kehadiran dia.

ke mana jauh pun pergi, dia sentiasa dalam ingatan.

Inspirasi dapat nama Puteri  Sara Azalea.

Puteri- puteri hati kami.

Sara- SAiful + faRA

Azalea- ?

Di sini, di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Selepas berkahwin, di sini kami berjalan2 berdua. Tiba2 suami nampak signboard ini dan sangat berkenan nama ini untuk anak perempuannya. Maksudnya “yang kekal abadi”.

Sekarang, anak ini sudah 3 tahun.

SARA AZALEA:

Sudah pandai menunjukkan emosinya tersendiri.

Sudah faham perasaan mami nya. Perasaan orang sekelilingnya.

Sudah pandai berdikari sejak umurnya 1 tahun 5 bulan, selepas kehadiran adiknya.

Selalu hold back perasaannya. Pemendam.

Sangat kasihkan haiwan dan anak kecil.

Bijak bertutur, bijak memikir.

Manja, lebih manja dari adiknya.

Anak daddy. Cucu opah.

Mak saya cakap, kalau nak tgk perangai saya masa kecil, tgk lah perangai sara. Sama.

.. dan banyak lagi.

Hari ini, saya dan staf sarakids serta customer yang dtg meraikan hari lahir sebenarnya.

Selamat hari lahir, Sara!

Nanti hari sabtu kita celebrate ramai2 lagi ye kakak?

Ucapan utk sara sangat panjang, tak tertulis di sini.

Puas saya usap kepala dan rambutnya malam tadi. Puas dah bercakap dgn nya yang saya bertuah kerana diberi peluang menjadi ibu. Ibu kepada dia.

Sara,

Selamat hari lahir. Mami sayangkan kamu. Setiap hari berpuluh kali mami selalu katakan begitu. Kalau dapat mami beri gunung emas, mami beri. Kalau dapat mami beri laut intan, mami beri. Jadilah anak yang solehah. Peganglah pada agama Mu nak. InsyaAllah kakak bahagia dunia dan akhirat.

Sekian hari ini.

Jom sama2 memeriahkan birthday celebration sara sabtu ini :-)

DAH 3 TAHUN BERGELAR MUMMY,

ShoutBox
Last Message 45 minutes ago
4 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Maslina : Selemat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • Guest_1419 : Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin
  • kemma : lma x kesini..rindu amat pada sarakids
  • AMS : Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog «link» @ 0123736548
  • ana : salam kak paan. nak tyer. kat area ipoh akak ade bukak butik tak. nak cari maternity baju laa....ssh nak dapat
  • nurjannah saifulla : salam. Bila nk dtg sabah, area Kota Kinabalu atau Kota Belud? Teringin nk ajak keluarga saya utk mmahmi lebih mdalam kpentingn breasfeeding. sbb saya kurang dpt sokongn drpd fmily hubby utk breastfeeding :cry:
  • Guest_3328 : halo....ni yg pernah masuk dlm PA&MA 2 yea?...penah baca rs nya...and try to follow gak natural parenting mcm u tp x tau la cmne.... :D
  • kemma : cutenya sara :D
  • Maslina : Alahai..comelnya sarah dengan telekung tu..
  • hilarious quotes : Please add my Blog's Link in your Blog....My blog is «link»
  • kemma : slm..farah sy ada wat entry pasl minat saya pada coretan farah..jemput ke blog ye «link» :D
  • dyna jamal : salam paan. bile due? nanti boley la jemput datang ke upm pulak buat talk on bf for working mother kan.
  • mamaqari : salam singgah...nice blog, good info and i luv ur story
  • hilarious quotes : Can you please add my Blog's Link in your Blog..
  • nuget kepiting : Repot siapin sarapan?Ingin makanan enak nan sehat dalam 5 menit?Kunjungi web kami ya :)
  • zai : singgah sini
  • saraa : bile pam saya leh siap servis ek.. :?:
  • norulhz : Blouse menyusu dari Aqeela (wardhiah enterprise) ada blog tak?
  • Guest_4818 : sarakids branch at jerantut..now..l ets visit us.. :-)
  • mommaMia : semoga mami sara & syasya cepat sembuh
  • Guest_3107 : Thanks so much for inspire me to laid-out this sharing in my blog.
  • Guest_3107 : Salam Farah.Just nak inform, I mention your BF posting on cabaran in my blog posting today. - Hanz
  • deena awanis : kuih raya FREE!!!jom!! :D
  • mommynadia : jom join my GA..«link» nadia.blogspot.c om/2010/07/fabul ous-motherhood-1 st-giveaway.html
  • akmajb : huhuhu..rse nak nanges knape sy x bleyy comment..hukhuk. ..sedeyyy :cry:
  • aimeysecret : kembalikan keperawanan mu, bagaikan dara :)
  • akmajb : aiii farah..xtau knape ekk sy x blh leave comment kat post farah..huhu :cry:
  • akmajb : aii farah... :lol:
  • Guest_4818 : :D fara, tq.good luck.
  • irra : slm k.farah..irra nk tnya skit.camner nk simpan EBM while we're travelling overseas by flight?lg satu..dieorg xtahan ker kat airport?
  • RYENA : HYE KAK FARAH.. NAK TNY OUTLET SARAKID KT PENANG DI MANA YA? :D
  • iza : salam kak farah..best sgt dpt bc blog nih. byk info2 berguna especially psl BF 4 baby. tq so much.. :D
  • Guest_1552 : bila nak buat kelas breastfeeding class di kuala terengganu??? kami di sini perlukan info dan tips2 drpd kaunselor laktasi supaya berjaya menyusu anak secara eksklusif... harap dlm perhatian. :-)
  • akmajb : salam ziarah
  • SHAZRIL : salam ziarah