Author Archive
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Dengan rendah diri, khas untuk anda semua:
1) Utk pelanggan setia SARAKIDS: Salam Aidilfitri dari kami warga SARAKIDS Shah Alam, Ipoh, JB, KL, Sarawak dan wakil di negeri2 utk anda semua yang telah menyokong perniagaan kami, mempercayai kami, menegur kesilapan kami dan anda yang tidak putus2 berdoa utk kemajuan SARAKIDS. Maaf Zahir & Batin dari SARAKIDS Team, Malaysia =)
2) Utk client2 penyusuan: Salam Aidilfitri dari saya utk anda semua yang pernah menghadiri kelas kami, serta menyokong support group seterusnya ibu yang memperjuangkan breastfeeding di Malaysia. Pesanan saya, teruskan penyusuan walaupun sibuk berhari raya. Dan lebih elok jika anda direct feeding si kecil anda kerana 24 jam dia bersama di hari lebaran =) Maaf Zahir & Batin =)
3) Utk rakan2 dan follower blog Mummy Sara & Syasya @ SARAKIDS: Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga – Saiful Azwan (daddy), Farah Farhan (mummy), Puteri Sara Azalea (Princess) dan Puteri Syasya Adalea (Doll) serta keluarga di Ipoh, Cheras & Terengganu. Tanpa anda yang mengomen, memberi respon, maka tidak bernyawa lah blog ini dan saya pula tidak akan ada mood nak menulis. Jujurnya, saya hargai setiap komen dan nasihat membina dari anda dan ianya menceriakan hari2 saya (yang sentiasa sibuk tak menentu). Dan paling manis, bila berjumpa di mana2, anda menegur saya dan kita berbual mcm dah lama kenal, walaupun selalu bersua di blog. Juga ampun jika ada yang terguris dengan penulisan saya selama ini. =) Maaf zahir dan batin dari kami sekali lagi =)
4) Buat rakan niaga, supplier, stockist: Salam Aidilfitri dari kami di PSA MARKETING (syarikat Sarakids) utk anda semua yang support business Sarakids selama business ini bernyawa 3 tahun lepas. Tanpa anda, org tidak akan kenal sarakids, dan mungkin tanpa sarakids, org tidak akan kenal anda. In other way, we are compliment for each other. Saya sgt hargai relationship yang terjalin selama ini dan harap ianya akan berpanjangan, demi masa depan perniagaan kita semua. Andai ada salah dan silap, salah tutur bicara, ampun maaf saya pinta. Maaf zahir dan batin utk anda dari kami, SARAKIDS, dimiliki oleh PSA MARKETING =)
5) Buat semua warga SARAKIDS di Shah Alam mahupun Ipoh, JB, Sarawak, KL, Kedah, Pahang, Terengganu dan semua stokis Sarakids, Salam Adilfitri dari Sarakids HQ dan Pengarah Urusan Sarakids. Tanpa anda yang bekerja keras utk kualiti servis SARAKIDS mahupun PR dengan pelanggan, SARAKIDS tidak berdiri disini sehingga sekarang. Maaf jika selama kita bekerja ada yang terguris rasa. Dengan rendah diri kami minta maaf. hehe =) Maaf zahir & batin
Maafkan kami, ampunkan kami. 0-0 ya
Lengkap sudah apa yang terbuku dan ingin di ucapkan. Pandu berhati2 dan ingatlah org yang tersayang. Selamat menjamu selera di hari lebaran dan jgnlah lupakan insan yang malang yang tidak bernasib baik seperti kita.
Salam SAYANG dari kami sekeluarga dan terima kasih atas segalanya =)
*Bonda: Saya dah berada di kampung Ipoh, tgh buat kuih
Reward
Nampaknya ini bukan entry hari raya lagi
Nak mengarang satu entry perlu feel tertentu supaya entry tidak nampak fake dan dibuat2. Hehe.
Semalam, hari kami satu syarikat berkumpul dan saya namakan ia REWARD day
Staff di cawangan, jgn marah ya. Kita akan aturkan satu masa lain.
Kami adakan majlis berkumpul berbuka puasa bersama-sama di SACC Convention Centre Shah Alam
Semua staff sarakids Shah Alam, termasuklah keluarga saya berkumpul di satu meja yang kecil.
Sarakids dah bertukar jadi Surakieds? Haha- kesilapan yang boleh dimaafkan.
anak-anak yang menjadi inspirasi kami dalam setiap perjalanan Sarakids.
Makyung baju merah tu… makan tak ingat dunia!
Anak-anak dara yang sgt passion tentang breastfeeding and natural parenting
– Aina, nurul & ain
Sedapnya ice cream.. mami kasi chance makan ok?
Org tua2 kata, bila ada anak kecik, makan dah jadi tak puas. tgh2 makan, “daddy… kakak nak poo poo” – nge he he he he…
Terima kasih pada org kuat sarakids shah alam (semua mereka).
Setiap hari, mereka mengangkat barang, membungkus, mengemas dan bermacam2 kerja walaupun di luar skop kerja mereka.
Mereka update stok, kemas stor, dan bermacam kerja lain.
Mereka tidak pernah berkira, dan saya pasti mereka lebih penat dari staf di cawangan.
Yang lebih teruk, kdg2 mereka dimarahi pelanggan tanpa sebab.
Terbaru di parenthood expo – berdiri sepanjang hari – menguntum senyum dalam kepenatan – saya sangat hargainya!
Org ramai tak henti2 berkunjung ke booth kami- Alhamdulillah
Nurul dan ain – masih mampu ceria walaupun mereka penat sebenarnya.
Aina- komitmen tinggi dari awal set up booth hingga habis
Syahril- seperti buruh kasar angkat gondola dan segala barang berat bersama abangnya, suami saya
Dan saya, ibu buyung yang capek
Saya tahu, kumpulan dalam syarikat kami masih kecil. Hanya satu meja, nak dibandingkan dengan syarikat besar yang lain.
Tapi, tak mustahil dari satu meja yang kecil boleh jadi banyak meja di kemudian hari?
Its not easy man.
Its not as simple as **POP** – terus jadi hebat.
Ianya perlu airmata, perlu peluh, perlu sakit kepala.
Dan bukan itu semata-mata.
And its unfair to judge other people easily.
U can talk – anything u want
Bila setiap org sudah kerja keras, dia berhak menikmatinya bukan?
Kami juga begitu.
Sudah penat bersusah dari awal nak naikkan nama sarakids.
Ada waktu, kami ingin merasai hasil titik peluh kami.
Ada waktu, kami ingin reward diri kami dan orang yang bersama kami.
Sekali lagi, terima kasih anda semua
Tanpa mouth to mouth marketing dari anda, pelanggan kami – sarakids tidak seperti ini sekarang.
Saya tetap akan menulis – berkongsi suka duka dgn anda.
Buah tangan untuk nenek – Homemade Moist choc cake
Smlm si sulung saya tgk TV.
Agaknya ada iklan kek/birthday di TV, terus dia ckp “kakak nak makan kek boleh tak mami?”
Kebetulan ptg nak balik berbuka di rumah mertua di cheras, saya ajak sara pergi beli brg nak buat kek coklat.
Dalam banyak2 kek, kek coklatlah satu-satunya kek yang saya pandai buat sejak dari anak dara. Hehe
Resepi ini dari ibu saya yang tercinta, sejak dia handover resepi ni pada saya semasa saya tingkatan 5, dia dah tak buat lagi kek coklat. Setiap kali open house raya atau apa2 majlis, mmg saya seorang lah yang akan buat kek ni.
Saya suka resepi kek ini berbanding yang lain sbb ianya sgt MUDAH dan anak-anak dara yang masih sekolah pun boleh buat. Dan seperti biasa, tak perlu pakai penimbang, pakai sukatan cawan sahaja.
Seperti biasa, saya tak bakar kek. Saya kukus.
Jom, kita share resepi kek, mana tahu anda masih sempat buat sebelum menjelang LEBARAN

Bahan-bahan utk adunan pertama:
* 2 cawan tepung kek naik sendiri
* 1 cawan gula – gula pasir biasa
* 1 cawan serbuk koko


Gaulkan bahan di atas tadi sehingga serbuk koko, gula dan tepung sebati.
Prepare utk adunan kedua:
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 cawan minyak – minyak masak biasa
* 1 cawan air panas mendidih
* 2-3 biji telur
Masukkan semua adunan kedua tadi ke dalam adunan pertama.
Kacau sehingga sebati.
Seperti biasa, prepare loyang (letak marjerin/planta – kemudian salut dgn tepung) untuk mengelakkan kek melekat di loyang
adunan yang sedia untuk di kukus
Kukuskan adunan selama 30 MINIT – 35 MINIT
Kek yang telah siap di kukus. abaikan kek yang terbelah di tgh semasa kukus tadi. Nanti kita boleh adjust
Sementara tunggu kek sejuk – cairkan cooking choc – buat double boiling
Selepas kek dah sejuk – telangkupkan kek kukus tadi ke atas cake board (jangan telangkupkan terlalu awal bila kek masih panas – kek terbelah)
Taraa…
Masa untuk topping
Topping bahagian atas terlebih dahulu
Kemudian baru bahagian tepi
Dah siap topping, minta si kecil tolong decorate
Kakak khusyuk
Alhamdulillah, dah siap.
Letak dalam kotak untuk di bawa ke rumah nenek.
Perkara yang menyeronokkan mami ialah apabila dapat memasak dan beraktiviti dgn anak-anak
– walaupun risiko tumpah, comot dan lain2
Mami, kakak tak sabar nak makan kat rumah nenek!
Ok girls, jom bersiap – kita ke rumah nenek.
Selamat berbuka aunty uncle semua. Kami nak ke rumah nenek
Selamat mencuba anda-anda semua. hanya satu jam- dah boleh jimat wang – yang paling seronok: bila anak-anak dan suami dan ahli keluarga lain makan kek air tangan kita
Satu perkara yang membuat seorang ibu bahagia, bila dia sediakan sesuatu hidangan utk keluarga, dia hidangkan dengan sepenuh hati. Dan selalunya, isi keluarga tak akan mengomen- malah makan dgn banyak – walau tak tahu sedap ke atau hanya nak ambil hati
Dan satu perkara yang saya suka, bila anak-anak yang sedang menumpu perhatian pada TV dan kartun mereka, bila saya sebut “sape nak tolong mami…” – mereka akan dtg berlari dan mulakan peranan masing2 walaupun dalam versi ‘menyibuk’
Mereka anak perempuan, mula2 tak apalah menyibuk, esok bila besar mesti tolong mami di dapur ya!
Sekali lagi – selamat mencuba, anda!
Ku pasrah
Tak banyak nak cerita hari ini.
Hari2 saya dah semakin memenatkan.
Badan makin berat.
Saya dah tak bisa berdiri lama. Dah tak boleh tidur lena. Kalaupun lena bermacam mimpi buruk.
Dah tak boleh nak mengejar adik syasya yang ‘lebih’ naughty dan cheeky berbanding kakaknya.
Berbual dgn kak siti sifir kita smlm.
Dia tanya, “hang booking hospital mana?”
Saya jawab “tak booking. Pasrah aje kat mana2 yang dekat.”
Andaikata dia nak keluar sewaktu kami sekeluarga beraya, maka mana-mana yang hampir itulah tempatnya.
Saya suka bila kak sifir itu menenangkan saya “Takpe. Allah tau lah nak atur macam mana”
Tak tahulah kenapa, kali ni terlampau “relax” – bahaya juga kalau mcm tu kan.
Agaknya sbb terlalu sibuk sampai tak sempat nak pergi – antenatal check up pun pergi bila di paksa suami.
Putera, mami sayangkan adik. Maaf kalau mami sambil lewa. Jauh dalam hati, mami tak sabar nak jumpa anak sulung lelaki mami ni. Cuma, mami ada banyak kerja yang perlu selesai sebelum kita berdua berjumpa nanti. Supaya dalam tempoh itu kita tidak terganggu dek perkara lain. Allah pelihara adik, mami tidak bimbang.
(emosi sebentar)
Saya hanya kongsi gambar sekitar persiapan sederhana hari raya keluarga kami. Tak ada yang menarik, sbb bnyk baju dan persiapan hanyalah untuk si kecil dua orang tu. Mami dan daddy hanya ada sehelai baju di pagi raya. Cukup
Penat pergi shopping sampai tertidur
Pergi salon gunting rambut adik yang dah tutup mata tu
Daddy yang selesaikan tanggungjawab membayar fitrah siap2 takut lupa dan tak sempat.
Bawa anak bersiar2 sebelum berbuka puasa
Di tasik putrajaya
Sambil shopping, sempat ke Petrosains KLCC bawa anak2 explore dunia sains
di Petrosains
Penat juga bawa 2 org ni membeli belah sebenarnya.
Tapi kalau saya pergi berdua dgn suami, mesti saya nak cepat balik dan tak habis beli brg sbb teringatkan 2 ketul ni di rumah.
Lagi beberapa hari nak raya dan saya masih sibuk.
Bila kerja nak surut, tak tahu lagi.
saya akan buat, walau perlahan-lahan mcm siput.
Mengimbas kembali gambar raya kami berdua dari tahun pertama perkahwinan (belum ada anak), sehingga tahun lepas.
2006 – baru kahwin 2 bulan (sedang mengandung sara)
2007 – Sara dah berumur 4 bulan – di terengganu
2008 – sara setahun lebih dan sedang mengandung adik syasya – di Perak
2009- tahun lepas – sara 2 tahun dan syasya 10 bulan – Di Johor
Tahun ini – sara 3 tahun, syasya nak masuk 2, dan sedang mengandung adik putera
Saya juga nak kongsi video anak-anak saya menyanyi lagu “Ibu Ratu Hatiku” di bilik karaoke rumah opah mereka – sungguh, akan saya pasang sewaktu nak melahirkan nanti – penguat semangat mami nak berjuang melahirkan seorang zuriat. Kerana saya tahu, sayalah ratu hati mereka sampai bila-bila.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang semakin “blues” 2 3 minggu ini. Saya tahu, anda faham kenapa – kerana anda juga mungkin pernah melaluinya – prenatal blues
Hati saya sayu bila ambil gambar belakang 3 orang ini. Setiap kali buka mata mahupun hendak tutup, 3 org ini tak pernah saya lupa.
*Bonda: Sesungguhnya padaMu Allah ku serahkan segala-galanya. **Tears**
Persediaan Sebelum Bersalin
Orang lain sibuk bersedia untuk berhari raya,
tapi saya sibuk bersedia brg2 utk keperluan selepas bersalin.
Bukannya apa, nnti bila dah beraya dah tak ingat semua keperluan2 ni
Tahun ini, memilih untuk pos kad raya kepada semua kenalan, rakan supplier, rakan niaga, stokis dan cawangan- mahu kembali ke zaman dahulu
Kad dari sarakids utk anda semua (dah pos, tak tahulah sempat tiba sebelum raya atau tidak
Minggu ni, sibuk nak buat kuih raya (haha, kali ni saya nak buat sendiri kuih raya – mcm banyak aje masanya!)
Saya dah siapkan beg utk diletak dlm kereta manalah tau jika dah sampai waktu utk bersalin bila nak buat tour raya IPOH-KELANTAN-TERENGGANU nnti
Manalah tahu adik putera nak lahir kat kelantan? Hehe
Kali ini, kali ketiga, seperti yang saya pernah kongsi, nak membeli peralatan bayi yang berwarna biru saya sangat kekok. Dua kali sebelum ini semuanya PINK, yang mana warna kegemaran saya sejak di bangku sekolah.
Namun, bila masuk anak ketiga, persepsi persediaan peralatan bayi dah berubah. Saya tak banyak fikirkan tentang katil, playpen, kereta sorong atau apa2 yang bagi saya tidak terlalu penting dan bersifat complimentary.
Saya lebihkan kepada beberapa perkara wajib dan penting utk bayi – kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah salam perkenalan pertama KAMI berdua iaitu TOUCHING, BONDING & BREASTFEEDING
Banyak pengalaman lalu yang saya kutip dan akan betulkan seiring dgn nombor bilangan anak yang makin meningkat
taraa.. simple sahaja- baju, mitten & booties, lampin kain boleh basuh, barut bayi, baby wrap & receiving blanket. Napkin, dan segala tuala – pakai yang kakak punya
Sungguh biru!
Barut bayi (material- kain flannel atau org tua panggil kain panas)
Kalau kakak2 dulu, ada hairband, brush, ropol2 sini sana
adik lebih maskulin, ha-ha
Adik putera tak ada mosquito net, tak ada besen mandi, tak ada babycot, tak ada itu tak ada ini. Semuanya pakai kakak punya dan mami tahu, tak perlu pun mosquito net tu sebenarnya – kakak sara lengkap segala, dan guna hanya sekali – sangat membazir bukan.
Untuk saya sendiri, mami yang akan berpantang, ada juga keperluan yang dah saya sediakan siap2 in case tak sempat nak cari di musim raya dan seterusnya nanti.
Bra menyusu, minyak afiat panas segala, stokin, baju, kain batik, maternity pad, telekung (jika terpaksa di tahan di hosp sebelum bersalin), tuala, tungku tradisional, mandian herba, bengkung moden & bengkung tradisional serta pam susu dan peralatan nya.
Cerita tentang pam susu, pam susu mahal bukan tanda susu akan terhasil dgn banyak. Saya mahu betulkan persepsi ini. Kekerapan memerah, menyusu anak lah yang akan menentukan segalanya
Saya adalah seorang ibu yang konservatif bila berbicara tentang tempoh berpantang. saya memilih berpantang seperti orang2 tua kita dahulu – 4o hari. Dua kelahiran sebelum ini juga begitu. Berpeluh2 bertungku. Bertangas, berpilis dan lain2 kerana saya serik. Satu hari, semasa berpantang selepas melahirkan syasya, konon-kononnya tak mahu berstokin, buka aircond kuat dek cuaca panas, tidak berehat dan sibuk di depan laptop dan lasak. Malamnya, 6-7 selimut membalut badan pun tak boleh lawan bila mana saya demam menggigil tak boleh nak cerita. Sampaikan minta ibu saya duduk di atas saya, masih sejuk – tak tahulah kenapa. Sampai sekarang, kesannya masih terasa. Saya tak boleh terlalu sejuk. Itu sebabnya, saya decide utk teruskan berpantang 40 hari walaupun dalam hati ingin sangat keluar dan menguruskan sarakids sejurus selepas bersalin. Saya kira badan saya tak cukup kuat utk itu.
Pilihan saya, tungku tradisional warisan mama seberat 2 kg. ringan dan boleh bertungku sendiri tanpa bantuan bidan.
Bengkung tradisional warisan mama – saya gemarkan bengkung tradisional lama – lebih kemas dan sedap memakai – saya lasak – kalau pakai yang moden (velcro) – alamatnya naik ke dada atau terlondeh ke bawah
Dapatkan semua produk warisan mama di sarakids serta cawangannya. Pembelian melalui online adalah di www.sarakids.com
Selain itu, saya akan memulakan pemerahan susu selepas beberapa hari kelahiran adik putera. Ini kerana, tuntutan kerja saya selepas adik putera lahir amat tinggi. saya harus menyimpan stok lebih banyak, kerana jadual ke luar negara sudah menanti (dah tertangguh beberapa bulan selepas pulang dari Korea). Tentang peralatannya, ini semua sudah tersedia kerana peralatan lama syasya masih elok dan boleh diguna pakai. Pemanas susu, botol penyimpanan dan lain2 boleh dipakai – tidak perlu beli walaupun utk anak yang baru lahir.
Itu membuktikan penyusuan menjimatkan – saya tidak perlu beli apa2 keperluan makanan adik putera kerana sepanjang 6 bulan – dia hanya perlukan susu maminya
Jelas, konsep attachment parenting tidak menyukarkan walaupun banyak belanja kali pertama. Ianya sangat menjimatkan – contoh: tidak perlu berulang alik ke klinik dek anak yang tidak sihat (bila anak menyusu susu ibu- jarang demam dan sakit – kurang belanja klinik), tidak perlu beli susu tepung (semakin banyak formula baru kononnya, semakin mahal harga susu). Bukanlah maknanya kita kedekut, tetapi ada baiknya duit itu disimpan untuk percutian keluarga, insurans anak-anak atau pelan pendidikan mereka, bukan?
Inilah saja sedikit perkongsian persediaan untuk bersalin. Memanglah sudah tidak sehebat anak pertama – tetapi saya tahu – ada banyak hikmahnya – ada banyak kebaikannya – bukan diukur dari berapa RM material yang keluar – tetapi dari ILMU dan nilai kasih sayang yang terterap di dalamnya.
Saya belajar dari kesilapan. saya banyak belajar, menjadi ibu dan ayah bukanlah berapa mahal baju anak dan berapa mahal perkakasannya – tetapi berapa nilai tinggi kasih sayang – yang dicipta semasa awal kelahirannya, yang dibaja semasa tumbesarannya.
Moga yang baik, kita pohon.
I am not saying i am right in every angle.
Jika tidak relevan utk anda, abaikan saja kerana saya tahu, setiap org ada cara tersendiri utk keluarganya.
Semoga jumpa lagi, Salam Merdeka dari kami sekeluarga!
*Bonda: Kerana anda berdua, mami banyak belajar utk berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Terima kasih anakanda!
