The New Sarakids Shah Alam

Salam mommies!

saya update 2 entry hari ini. saya akui, masa saya sangat2 sedikit. walaupun saya tidak bekerja dan bekerja sendiri (mengurus perniagaan) tapi saya rasa kerja saya lagi tiada batas waktu dari mereka yang bekerja 8-5pm. heheh. but this is the path that i chosed. so, saya harus hadapinya dan ianya menyeronokkan!

Mungkin ada yang baca entry lepas (teaser) tentang sarakids. Ya, sarakids sudah berubah wajah ;-) Syukur Alhamdulillah, dengan bantuan semua team sarakids, kami lakukan. Terima kasih semua adik2 di sarakids shah alam, kerana anda semua sangat komited dan selalu menolong tanpa mengeluh.

Jadi, inilah wajah sarakids yang baru (sarakids JB dan ipoh sila bersabar ya):

ruang dalam sarakids telah bertukar menjadi butik. kami buat semuanya sendiri.

brg2 penyusuan utk ibu2 menyusu

Barang kelengkapan bayi dan kanak-kanak adalah di luar:

dan taman mainan sarakids dan tempat kelas penyusuan?

tempat ini akan dikosongkan jika kelas penyusuan atau sesi kumpulan sokongan ibu (kapasiti lebih besar)

rakaman tv bersama pengacara =)

*ada yang kata sarakids ‘gila glamour’, saya tak pernah ambil pusing apa orang mahu kata. mungkin mereka tidak tahu saya bermula dari mana, dari sebuah booth usang, hingga sekarang. mungkin juga mereka tidak tahu bukan senang untuk menjadi senang, bukan senang utk dikenali, dan bukan senang utk menjadi perhatian. saya tidak mati dengan kutukan, tidak hidup dengan pujian. saya hanya mahu yang terbaik dalam apa yang saya lakukan. mahu berjaya seperti orang yang telah berjaya. jesteru, kutukan dan hinaan kosong tidak saya endahkan, kerana org akan sentiasa berkata. dan bila mereka penat, mereka akan berhenti dan diam. saya hanya berdoa moga Allah lembutkan hati mereka.

hey syasya.. mummy ada puppet ;-)

tgk mami buat ni.

daddy dan adik.

produk stylomama, dari sarakids:

stylomama era cooler bag

stylo mama ice gel

stylomama shoulder bag

krew belakang tabir:

Penasihat tetap dan berpencen, encik saiful azwan, hehe ;-)

*Dia bersama saya ketika susah atau senang. bukan sahaja sokongan dan kasih sayang, malah kadang2 bantuan kewangan dari mula sarakids ditubuhkan. Syukur, saya punyai dia dlm hidup.

terima kasih hawa, irma & linda.

terima kasih juga pada bee (adik suami) yang mmg ringan tulang menolong

Tiada dalam gambar: erini dan azie yang bercuti ;-)

Teamwork lah kekuatan kami ketika kami buntu dan terkapai. dengan idea setiap pihak yang diambil kira tanpa mengenepikan walau apa pun pangkat mereka, Insyaallah akan membuahkan hasil yang baik. Saya sayangkan mereka seperti adik2 saya sendiri. Mereka sangat komited dan membuatkan saya sunyi jika salah seorang tiada. Kami bergurau walaupun saya ketua mereka. Saya tegur, jika ada yang tidak elok dipandang mata. Frankly, i love all of them. They are sarakids’ strength.

terima kasih pada kakak yang telah memberi inspirasi kepada mummy utk sarakids kita. kerana semakin kakak membesar, semakin kakak memberi mummy idea untuk mencari yang terbaik untukmu.

terima kasih kepada adik yang hadir utk menambahkan ilmu mami tentang mendidik anak lebih dari seorang dan belajar menjadi ibu yang sayangkan anak-anaknya tapi lebih dan kurang sedikitpun.

terima kasih kepada keluarga yang tak putus2 menyokong apa yang saya buat, sentiasa memberi semangat, berdoa utk kesejahteraan dan lain2 lagi. yang saya tahu, sampai bila pun tak terbalas jasa mereka.

terima kasih pada mentor saya, puan aniza, yang sentiasa memberi teguran demi kebaikan sarakids. yang selalu tidak buat saya berada dalam ‘comfort zone’ dan sentiasa memberi nasihat ke arah yang positif.

terima kasih pada pesaing-pesaing saya, yang memberi saya lebih semangat utk memajukan perniagaan saya walau dalam keadaan cerita yang baik mahupun sebaliknya. Setiap yang terjadi, saya akan ambil yang positif ;-)

terima kasih kepada pelanggan yang setia, yang percaya, yang sabar, yang telah menaikkan nama sarakids from mouth to mouth, juga yang menegur utk kemajuan, yang memberi semangat, tak kurang yang menghentam, ianya semua asam garam perniagaan. InsyaAllah, kami cuba perbaiki servis kami kepada anda.

terima kasih kepada kawan2 maya saya, yang sentiasa membaca, yang menangis bersama saya ketika saya sedih, yang ketawa bersama saya ketika saya gembira, yang berkongsi segala luahan saya di dalam blog ini. Tuhan akan balas semua kebaikan anda.

Akhir sekali, terima kasih kepada diri saya sendiri. saya akui, dalam hidup saya sepanjang bergelar ibu, isteri, anak sulung, menantu sulung, kakak, kawan, ketua kepada organisasi sendiri adakalanya sangat perit dan penat. Saya sentiasa ingin berkorban utk semua sehingga kadang2 mengenepikan diri sendiri, yang mana saya tahu, diri sendiri yang harus dijaga demi orang lain. Saya ingin membahagiakan semua orang walaupun kadangkala hati sendiri menangis kepenatan. Tetapi saya pasti, ini semuanya akan berakhir dengan baik jika niat saya betul. Untuk sarakids, saya berkorban segalanya. Saya berhenti kerja, lewat tidur malam, tinggal anak hari minggu, tinggal suami dirumah, mengetuk, mengemas melayan pelanggan dan semuanya dari awal sarakids ditubuhkan, saya lakukannya. Dari hari ke hari, saya maklum, semuanya akan berubah semakin sarakids berkembang. Syukur, hari ini tak sesusah beberapa tahun lepas. saya punyai team yang banyak membantu saya. Saya punyai kawan yang sering bertukar idea. Saya manusia biasa, tak lari dari silap dan dosa, tak lari dari menjadi apa yang sepatutnya manusia. Tetapi, Farah farhan, saya bangga menjadi nama itu. Nama yang banyak membawa tuah, banyak dugaan, banyak juga kegembiraan, dan saya yakin, nama itu nama yang menjadikan pemiliknya kuat. kuat dari dalam. Bukan mengangkat bakul, tapi inilah pertama kali saya katakan betapa saya bangga menjadi saya. Tuhan, kekalkanlah hamba menjadi hamba, malah perelokkan yang mana yang tidak elok. Hamba mohon, tidak berubah laku, tidak lupa diri, tidak bongkak bila berada di atas. Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini..

Ya Allah, luaskan rezeki kami semua Ya Allah. berikanlah kesihatan yang baik dan sempurna pada keluarga kami. Jauhkanlah kami dari hasad dengki dan anasir jahat serta gangguan syaitan. Jadikanlah iman kami teguh Ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa mengingatiMu dalam susah mahupun senang. Jadikan kami hamba yang beramal soleh dan berbuat kebaikan sesama saudara kami. Amin Ya Allah..

Jumpa 7hb Februari utk aktiviti bersama anak-anak ;-)

**Bonda: tak pernah putus berdoa untuk sarakids, yang tiada apa2 satu masa dahulu, hingga sekarang. No turning back.

Update Kelas Penyusuan & Peer Counselor

Setelah berakhirnya kelas penyusuan Disember& Januari, saya terpanggil utk berkongsi dgn anda semua tentang keunikan setiap kelas penyusuan kami ditempat yang berbeza.

saya mulakan dengan Kelas Penyusuan Topik Khas (Mencetuskan Penyusuan) dan Relaktasi oleh Puan Kamariah dan Puan Rita dari Nurturing concepts Sdn Bhd.

sesi ini dihadiri oleh 12 org peserta (pagi & petang) dan bnyk ilmu yang telah kami timba utk kes relaktasi dan induced lactation. syabas dan terima kasih pada puan kamariah dan puan rita atas ilmu dan sokongan yang diberikan. Saya tidak bawa kamera pada hari tersebut. So ini saja gambar yang saya ada ;-)

Minggu yang berikutnya adalah kelas penyusuan di Sarakids.

Penuh perasaan.

saya puas hati kalau dapat tunjukkan sendiri cara penyusuan ketika berbaring (lying down) ;-)

Kemudian, minggu seterusnya kami ke Pulau Pinang. Ke Butik Bidasari kami terjah, demi kelas penyusuan utk ibu2 di sebelah utara.

sangat serius kah saya bercerita? sambil menggendong anak yang mahu tidur dlm dakapan maminya.

Ni krew bekakang tabir yang sentiasa happening tak kira siang atau malam. Tauke G-LAT ;-)

terima kasih haza kerana sudi berkongsi pengalaman. ;-)

thanks shida dr MBW (Malaysian Babywearers) atas demo ;-)

Anda di kawasan utara, sila lah ke butik Bidasari di Level 3, Kompleks Bukit Jambul Pulau Pinang :-) Terima kasih kak anis ;-)

Tak cukup hembus nafas penat, kami ke Kelantan pula utk ke kelas penyusuan anjuran Puan Huda, dari mamibabyallley.

Kelas di Kelantan buat saya betul2 nervous. entah mengapa. Inilah gambar kami. saya tak ada bnyk gambar jadi ini saja yang saya ada.

Terima kasih huda, wakil jualan sarakids di pantai timur. I love her effort ;-) Sayang kita tak sempat borak lama, sebab kami terpaksa balik awal. InsyaAllah, huda, kami akan menyusul lagi sbb tak puas shopping ;-) Cerita lanjut di blog ummunuha

Selepas ke kelantan, kami ke seremban utk berjumpa dgn ibu2 di negeri sembilan. Kelas ini anjuran NursingPitstop, Puan Suria Irdayu yang sgt kecil molek ;-)

Saya berpisah sementara dengan anak, jadi saya harus mengepam ;-)

Inilah gambar peserta-peserta kelas di seremban ;-)

Terima kasih suria, atas jemputan. tak sangka kita bertemu di seremban seminggu sebelum kita kenal lebih rapat di program PCPA. ;-)

Keesokan harinya, kelas penyusuan di Sarakids pula. Saya tergamam lihat bilangan peserta hari tersebut yang sangat ramai dan PENUH. Jelas, awareness terhadap penyusuan susu ibu telah meningkat. its a good sign ;-)

harap kelas ini membantu anda yang hadir utk ‘bersedia’ lebih awal sebelum kelahiran bayi, bukan seperti saya ketika mengandungkan anak pertama. Anda sangat bertuah ;-)

Terima kasih Lyna mysuperkids atas kesudian berkongsi pengalaman menyusukan anak lebih dari 2 tahun serta tandem nursing. U are the best ;-)

Saya dapat ramai kawan baru hari tersebut. ;-) selamat berkenalan ;-)

Kemudian, kami ke wangsa maju utk memenuhi kelas penyusuan oleh harlinda halim, dari Gading Emas Management & services. seronok dapat jumpa lynn dan suaminya yang baik hati.

inilah participant yang ramai, sporting dan menyeronokkan saya ;-)

seronok dapat jumpa mcjue, yang sentiasa menyokong saya & keluarga dari belakang. dia kawan satu sekolah dgn suami saya ;-)

Thanks Lynn and hubby, and the best part is, i do believe in the law of attraction ;-) Lynn, jom join program peer counselor ;-) Cerita lanjut di blog Lynn

terima kasih semua, atas kepercayaan anda. saya yakin, anda boleh lakukan jika telah bersedia dari awal, sebelum kelahiran anak/bayi anda.

Kawan2 sekalian,

saya dgn rendah diri ingin menjemput anda semua utk menyertai program BREASTFEEDING PEER COUNSELOR di seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak! Program ini dibawah UNICEF dan WABA dan diterajui oleh La Leche league International.

Marilah kita sama2 menjadi Peer Counselor dan menyebarkan penyusuan susu ibu di serata tempat.

Sila email pada admin@sarakids.com dengan subject “peer counselor registration”. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan di dalam email tersebut. Kami di Malaysian Breastfeeding Peer Counselor akan menghantar surat jemputan kepada anda. Tawaran ini terbuka utk semua ibu di SELURUH MALAYSIA!

Jumpa lagi semua ;-)

*Bonda: Ingin sekali ke kawasan pedalaman dan menyebarkan mengenai penyusuan. Come on, all peer counselor to-be!! ;-)

**TEASER**

Utk makluman semua, saya sedikit sibuk kerana Butik Sarakids sedang mengalami ‘perubahan’ besar. Kami mulakan di HQ Sarakids dulu, dan kemudian akan ke Sarakids JB utk perubahan ini ;-)

Saya tidak sabar. Tidak sabar utk menyaksikan keseluruhan perubahan ;-)

Saya excited utk 7 hb Februari 2010.

Sedang bersedia.

Kita akan menyanyi bersama.

Kita akan ada puppet & costume show

kita ada seorang ‘chicky’ yang sporting – sara ;-)

Alahai cik syasya mummy nih – sangat kecil utk costume cow tu sayang ;-)

Kami sedang bersedia. Sarakids masih dalam renovation.

Jika kita beraktiviti outdoor, kita akan ada peralatan yang lengkap ;-)

BANYAK LAGI perubahan Butik Sarakids, bukan hanya utk ibu yang ingin menyusukan, namun utk seisi keluarga.

Sarakids akan beroperasi sebagai:

1) Butik atau pusat keibubapaan alami yang merangkumi semua aspek keibupaan sejak dari mengandung hinggalah dalam proses anak membesar.

2) Masih bergiat aktif  dalam penyusuan susu ibu dan lebih banyak sesi penyusuan utk ibu2. Juga lebih banyak produk baru ibu menyusu. Sesi kumpulan sokongan akan diadakan di bawah program Peer Counselor dan saya masih besar hati menerima kaunseling one-to-one seperti biasa. Saya tidak akan putus perjuangan yang menjadi “nadi” hidup saya. Say Yes to Breastfeeding ;-)

3) Akan menjadi tempat ‘playgroup’ (BUKAN TADIKA) utk anak-anak di hari minggu dan hari biasa (berjadual) dan dari trainer yang bertauliah in early childhood development. Istimewa: syarat: setiap aktiviti mesti dihadiri oleh ibu atau ayah – bukan hantar dan pergi, bukan ditemani pembantu rumah atau sesiapa.

4) Tempat membeli pelbagai peralatan ‘teaching aids’ utk ibu bapa mengajar anak di rumah. Ayah & ibu boleh membeli perkakas seperti apron, sports set, “music set” dan peralatan lain – utk sama2 beraktiviti dengan anak-anak di rumah dan tidak terhad disekolah sahaja :-)

5) tempat membeli educational toys, wooden toys dan lain-lain utk perkembangan anak-anak.

Pendek kata, kami akan tampilkan imej baru sarakids lebih segar dan sesuai utk semua lapisan dalam keluarga, baik papa, mama mahupun anak-anak sejak dari lahir hinggalah membesar. Kami percaya, bukan peralatan hebat, mainan mahal berwarna warni atau video canggih terkini yang membuatkan anak pintar dan cerdas, tetapi SENTUHAN ibu bapa itu sendiri dalam mendidik anak-anak mereka yang akan membantu mencorakkan perkembangan otak serta “trust” on their parent. Pendekatan kami adalah “beraktiviti bersama anak”.

Itu sahaja teaser nya… Selebihnya kita tungguuuuu…

p/s: sertai komuniti SaraLuna utk acara ParentKid Craft Day pada 7hb februari 2010 (ahad) ;-) . Sila klik di sini utk reservation – daftar pada column 6hb februari 2010 – tarikh sebenar 7hb februari 2010. Tema hari tersebut adalah 1 Malaysia. Utk makluman, Majalah Pa&Ma dan RTM akan membuat liputan pada hari tersebut. So mommies, sila lah bergaya ;-)

Bonda: Tak salah menginovasikan diri dan perniagaan. Kalau ianya menghala ke lebih baik, itulah jalan yang harus dipilih dan diterokai. Kalian, doakan kami ;-) terima kasih.

Kasih daddy kami.

Hari ini entry utk daddy.

Dear daddy,

Yaya & icha tahu daddy pembaca setia blog mummy. Daddy tidak pernah komen, tapi kakak & adik pasti daddy tahu apa yang mummy coretkan. Dan teruskan membaca dan menyokong perjuangan ratu rumah kita, daddy.

Daddy, izinkan kami bertiga mengucap selamat hari lahir buatmu. Terima kasih atas segala-galanya dari kami. Terima kasih kerana menjadi bapa dan satu-satunya boy friend dalam keluarga kecil kita.

Morning walk with daddy

hop hop hop. Baby bop likes to hop!

semangat daddy dan kakak!

giliran adik pula ;-)

take a deep breath girls…

mommy: “if you happy and you know you clap your hands”

love this. :-)

last part: i love you song

“i love you, you love me,

we are happy family,

with a great big hug and the kiss from me to you,

would you say you love me too…”

big hug….

Thanks and credit to uncle bee for this session. Uncle bee jadi photographer hari tu. ;-)

—————————————–

Suprise birthday for daddy ;-)

D.A.D – means dad, to daddy ;-)

birthday cake for daddy.

First D – gambar mami & daddy

A letter – daddy & kakak

Letter D- daddy & syasya

Suprise for daddy ;-) gambar di belakang semasa mummy mengandungkan kakak.

Kakak dengan letter A (yang ada gambarnya) tgh menunggu daddy – dah pre-celebrate Chinese New Year, hihihi

syasya yang masih tak faham “baik aku makan kek ni” ;-)

taraa.. daddyy dah turun!

happy birthday, daddy!

“small thoughts from us to daddy ;-)

potong kek & mamam ;-) — thanks to cupcake-car atas kek ini. mesti ecar penat melayan permintaan nak buat block letters with pictures (sememangnya mami ini bnyk karenah yang pelik2 kan) – ecar, yang penting, kek sangat sedap!

amoi-amoi kami ;-)

walaupun murah, kami pasti ia sangat bermakna di hati daddy ;-)

Natural Parenting, pengikat ikatan antara papa & anak – Pa & Ma Februari 2010

page kedua. wartawan ni nak kena denda sbb tulis umur mami & daddy salah. ade ke patut umur mami lagi tua dari daddy? hehehehe kena belanja makan nih sbb salah ;-)

Daddy,

dukungmu pertama kali kami dilahirkan penuh bermakna dalam hati kami anak-anak.

azanmu ditelinga kami saat kami dilahirkan itulah suara rindu yang akan kami bawa sehingga tutup mata.

air peluh mu yang keluar ketika bekerja di site itulah yang membesarkan kami.

walaupun kami tidak menyusu darimu, daddy jgn gusar.

ia tidak akan buat kami lupa pd pengorbanan daddy. TIDAK dan mudah-mudahan Allah mendengar doa kami ini.

air mata? kami tidak pernah melihat air mata daddy walaupun setitis ketika ini. tp kami tahu bnyk air matamu tertumpah dlm masa membesarkan kami.

Daddy tidak pernah mengeluh, walaupun daddy penat balik dar bekerja bila kami merengek mahukan perhatian.

Daddylah perisai kami. Lelaki yang melindungi mummy dan anak-anak perempuannya.

Garangmu tidak buat kami benci. Ianya buat kami hormatkan ketua rumahtangga kami.

Ya Allah, lindungilah daddy kami. Berikanlah limpah rahmatMu kepada org yang kami cintai.

“selamat hari lahir, daddy”

-Puteri-puterimu,  puteri sara azalea, puteri syasya adalea-

* bonda: ucapan & hadiah birthday utk sang suami tercinta dari isterinya dinyatakan dalam bentuk ‘off record’ dan biarlah Dia sahaja saksinya. Sekian.

Sekitar Peer Counselor Programme

Telah beberapa hari saya berdiam tak update blog. Bukannya apa, saya berkursus 6 hari di Seri Kembangan. Jadualnya pack dan bila dah balik rumah, saya harus peruntukkan masa utk suami dan anak.

Alhamdulillah, saya telah completekan kursus 6 hari anjuran Nurturing Concepts Sdn Bhd, dengan tajaan UNICEF dan WABA dan diterajui oleh La Leche League International (saya tidak pernah bermimpi akan menjadi salah seorang ahli La Leche League International). Buat pengetahuan semua, La Leche League adalah satu non profit organization yang memberi maklumat penyusuan dan mempromosi penyusuan (breastfeeding) ke serata dunia. Sebanyak 68 negara telah bernaung di bawah pertubuhan ini. Pertubuhan ini mula ditubuhkan pada 1956 oleh TUJUH orang ibu yang berkumpul pada mulanya utk membantu ibu2 dan menggalakkan ibu2 lain menyusu.

Pertama, terima kasih kepada NCSB atas peluang yang diberikan. terima kasih pada kak rita, kak kamariah dan kak jasmeen atas kerja kuat anda utk melaksanakan pilot programme yang saya kira MEGA project dan bukan projek main2. Besarnya tugas semua PCPA (Peer Counselor Programme Administrator) seramai 19 org ini utk bergerak ke serata Malaysia.

(Abaikan gambar saya yang bermuka pucat esp waktu petang “peningnya dah datang”)

sesi perbincangan

Sesi presentation Dr. Ning on “Ideas to Make it work”

Very special session. It really touched my heart.

Boleh nampak tak networking kami 19 org yang kecil ini?

Kathy dari La Leche League

Api yang kecil jika bergabung akan menyemarakkan. Ini tujuan kami, walaupun bermula dengan kumpulan kecil.
Breastfeeding will grow up in Malaysia, InsyaAllah.

Kathy, i really hope i’ll get ur passion. Lebih berpuluh tahun Kathy berjuang utk penyusuan di serata dunia.
Going to miss u Kathy! *tears*

My beloved group. Kak kamariah, Suraya, Dr. ashikin. Idamurni, Aishah, Dr. Izzura, Linda, jasmeen, Kak Rita, Suria, Jess, Farah, Dr. Ning, Pushpa (from paraguay), Shida, Hayatie, Zatul, Kathy, Dr. Faridah, yusrina ;-) I really LOVE their spirit ;-)

Thanks! Masa graduation ceremony ;-)

Inilah org kuat disebalik Pilot project ini ;-)

Bersama anak Pushpa yang mempersembahkan tarian dari Paraguay.

Saya tidak pernah bermimpi mendapat sijil dari LLLI. Syukur Alhamdulillah. I am now a PCPA
(Peer Conselor Programme Administrator)

Juga sijil Breastfeeding Peer Counselor.

Kad keahlian selama 1 tahun

Lagi cerita di blog suraya & babynme

Sedikit update aktiviti penyusuan saya sepanjang kursus 6 hari berlangsung (sedih dan teringat adik syasya kerana adik yang biasa menyusu terus kena minum EBM):

Saya masih mengepam walaupun berbadan dua. Adik terpaksa tinggal 6 hari. Saya tempah baju kurung dengan dua zip di tepi baju utk memudahkan saya mengepam atau menyusu walaupun bergaya dengan baju kurung ;-)

Bila mummy sampai rumah, mereka berlari ke pintu dan jerit: “maaamiii… yeay mami balikk…”

Tengokla sara. Dua tiga menjak ni dia kerap menyusu dari saya padahal dia dh berhenti menyusu badan.

Bila adik datang, dia ckp: “adik sebelah sini, kakak sebelah sini ok”

Bila dua2 dah besar, posisi menyusu adalah posisi bebas. Hehehe ;-)

Cemburunya saya 6 hari mereka habiskan masa bertiga ;-(

Sungguh, mami tak bisa berpisah dengan anda bertiga walaupun 6 hari!

Special thanks to staf sarakids yang menolong ibu berkursus ini utk jemput sara dari school selama beberapa hari. LINDA, HAWA, ERINI, IRMA, you are the best!

Saya susah hati, 6 hari pergi awal2 pagi anak masih tidur, balik malam anak sudah mahu tidur dan tak sampai 10 minit berguling, mereka dah tertidur. NAMUN, saya pasti pengorbanan 6 hari ini berbaloi. Akan membuahkan hasil yang manis di kemudian hari.

Tugas kami PCPA di Malaysia sangat besar. InsyaAllah program ini akan bermula very2 soon. Kita akan bergerak secara berkumpulan. Insyaallah, ibu2, kita akan bersama2 bergandingan, demi misi ibu menyusu satu Malaysia.

Saya bnyk belajar dari kursus ini. Sungguh. terima kasih semua yang terlibat. saya pasti, ikatan persahabatan kita akan lebih erat dan fokus kita adalah satu. **Tears**

*Bonda: Sayalah yang paling bnyk menangis dalam kelas itu. Ratu air mata + ibu mengandung yang sensitif. ;-)

– akan kembali dengan entry di TV9 dan majalah Pa & ma februari 2010

ShoutBox
Last Message 5 days, 17 hours ago
7 guests are online.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • zunira : salam.. saya hadapi masalah menyusu ank kerana puting payudara agak kecil.. bagaimana cara nk membesarkan puting agar anak dapat menyusu dgn puas? :roll:
  • Guest_4214 : farah, kite tgh cari breastpump yg sesuai.xtau nk choose brand yg mana.nk yg electric,dual pump n bunyi xbising sgt..ay suggestion? tq
  • Guest_1739 : Kak Farah! Lyn dah update blog! Jenguk la yeh kalau nk tgk gmbr program last saturday! :D
  • Tifa : If got kelas arae shah alam , please let me know :D i'm interested
  • cham : akum...thxs sbb bg sy byk ilmu pnyusuan...harap dapat attach lg kelas kak farah...thxs alot.mmg enjoy...dpt btukar2 pngalaman dan knl kwn2 baru.
  • kak inah : salam..paan jemput ke laman ini «link»
  • Mummy : mr wyatt: wah! am so impressed. thank you :D
  • Wyatt_Earp : Blog templates updated, code cleanup & recode. Frontpage templates will be up soon!
  • zura : Tahniah kak,syasya bakal dpt adik nnti..hope dpt baby boy kali ni :D
  • melissa : Salam.. would you be able to share what's the fee like to send my son (2 years) for that Gymboree classes? a rough estimate will do.. just want to know what to expect before I actually bring him over. Thx.Appreciate. :D
  • dyna jamal : makin maju sarakids ni. tahniah! sgt sedey xley nk join bf session kat shah alam this wikend as I have to sit for an exam. :-(
  • iezue : credits to sarakids & lunatots krn memahami pmasalahan ibu2 & m'anjurkan sesi2 khas bsama pakar2 dr nurturing concepts..
  • Guest_108 : hola...:) keep it up!!! gud job!
  • aleeya_fazdlin : salam farah, nak tanye kat sarakids aje jual walking shoes tak?sy tgk dlm webpage sarakids.com tu cam pre-walking shoes je..minat tgk kasut yg sara n syasya pakai tu...comel2 belaka.. :D ;)
  • Mummy : iezue: bileh bawa anak dear
  • Guest_2441 : salam...sy pun de mslh yg sama cm G_4079. nak wt cmne kasi production btmbh ek?rasa2nya mmg nk join kelas on 13th ni (2nd session), tp manalah pulak nk ku tgglkan bb ku yg baru 2 bulan tu...any idea 4 me pn fara...? :?: nk sgt join tp dilema...huhuhu
  • Guest_729 : liner tu nak beli kat mana
  • Guest_4079 : luper lak nk bg email add....ehehehehe :mrgreen:
  • Guest_4079 : pn fara...i enjoy kumpui stock..tp awat stiap kali pump cuma dpt 2oz jer??1 session 1hr..pumping every 2hrs.... :-?
  • &ita maternity : jom join Cutest with nice smile baby contest di blog saya «link»
  • afika8 : salam
  • Guest_938 : rindunye kat yaya ng syasya...sory xdpt dtg hr tu..ade hal..nti lya trun sane ye... :razz:
  • ummi hanie : salam...dh lme hear bout sarakids but only today got chance to droh in here..slm knalan yea :)
  • batrisya : Salam pn farah.ada nak tnya soalan skit la...harap pn farah leh bantu.saya baru je deliver bby boy minggu lepas.saya try nak bf bby saya tapi air susu saya ada setitis 2 saja.Saya dah try p urut n pam tapi still sama gak.apa yang saya bleh buat utk saya teruskan bf bby saya.bila saya bagi juga dia keep on crying mungkin tak cukup kot susu yang saya bg pada dia.hope u can help me please
  • one shoppe : gap pyjamas murah2 je..RM25.90
  • mas : yaya dh pandai ye skng..bleh ganti mummy dia la nnti.lama betoi x tgk dia..
  • Mummy : salam atie, akak xde family planning. :D
  • atie : pastu,camana nak maintain produce milk sbbnya sy cume dpt pam susu kat tpt keje sekali sahaja.dlu dptla dlm 10-12 auns sekali pam.skrg ni dlm 6-8 auns sahaja...risauny e bekalan cpt habis..la ni ade lg 50 stok
  • atie : kak sara,nak tanya la..camana akak wat family planning ye?
  • Qistina : Jom sulam Qistina...singga h jap....byk baju ready made + sulam dr Bukit Tinggi....jommmm mmmmmm
  • eastmail : Salam ziarah...blog yg hebat utk usahawan :lol:
  • Mummy : acar buah masih ada =) sila contact 012-4505989 :mrgreen: